Monday, April 15, 2013

Kah..Kah..Kah..Kah!!. Menang 3 Kerusi Berangan Nak Tawan Putrajaya..


  
Ini photo macho yg admin fb dia keluarkan selepas kena dukung.
 
 
 

Nik Aziz walaupun terpaksa di dukung pergi juga beberapa hari ke Johor kononnya untuk mengumumkan senarai calun-calun yang bakal mewakili PAS dalam PRU13 kelak. Kawasan-kawasan yang bakal diwakili oleh PAS juga telah dimuktamadkan iaitu Ayer Hitam, Pagoh, Parit Sulong, Simpang Renggam, Mersing, Tenggara, Kota Tinggi dan Pulai.
 
PAS mendapat satu tambahan kerusi dalam PRU kali ini. Kesemuanya 8 kerusi Parlimen dan 30 kerusi DUN. Salahuddin mengumumkan senarai calun Parlimen dan Dr Mahfod mengumumkan senarai calun-calun DUN. Peranan Nik Aziz terpaksa diambil alih akibat beliau keletihan dan kepenatan, malah perlu dikendong kerana tidak larat berjalan.
 
Melihat kepada senarai nama-nama tersebut tidak syak lagi bahawa kesemuanya senarai calun yang bakal kalah kepada UMNO/BN, Insya Allah.
 
Yang melucukan PAS bertanding 8 kerusi Parlimen, namun hanya yakin untuk menang di 3 kerusi sahaja. Cakap berdegar-degar, belumpun tiba hari mengundi sudah tidak yakin untuk menang. Apahal bertanding 8 kerusi tetapi hanya mengsasarkan untuk menang tiga sahaja.
 
Rugilah lagi 5 kerusi yang diperuntukan. Lebih baik serahkan kerusi itu kepada PKR atau DAP. Tidak perlu menghantar calun jika sekadar untuk memenuhkan kuota atau semata-mata untuk untung sabut timbul. Sumbangan kerusi dari PAS amat penting untuk pakatan haram menuju ke Putrajaya.

Jika setakat boleh menyumbang 3 kerusi, maknanya baki lima kerusi akan dimenangi oleh UMNO/BN, maka ternyatalah impian ke Putrajaya semakin pudar. Tambah tidak manis dan tidak elok ialah PAS menamakan seorang Cina dan seorang India mewakili parti PAS. Ish..ish..ish.. Pas kini sudah terlebih liberal daripada UMNO.

Inilah hasil persekongkolan dan penghijrahan PAS bersama PKR dan DAP. Orang berhijrah daripada yang kurang baik kepada yang lebih baik, tetapi puak PAS ni berhijrah daripada yang agak baik kepada yang lebih buruk. Apa nak buat kan? kalau itu sudah takdir PAS yang Allah tentukan. Ahli terpaksalah menerimanya atau jika tidak mahu bersubahat, ahli-ahli pakat-pakatlah tinggalkan PAS.

Melucukan lagi PAS bertanding di 30 kerusi DUN dan hanya berkeyakinan akan menang di 10 kawasan sahaja. Maknanya 20 lagi akan dimenangi oleh UMNO. Ini sudah membuktikan bahawa hasrat untuk menawan Johor hanyalah gimik politik dan retorik PAS semata-mata.

Adakah dengan sumbangan dari PAS sebanyak 10 kerusi tersebut akan membolehkan Salahuddin menjadi Menteri Besar?? Kalaupun kesemua baki kerusi pakatan akan dimenangi oleh PKR dan DAP, apakah mereka akan membenarkan PAS menjadi MB??

Menjijikan pula ialah, Salauddin Pudu ini bertanding dua kerusi iaitu Parlimen Pulai dan DUN Nusajaya. Kenapa begitu?? Memang perangai pemimpin pakatan atau dia juga takut kecundang di salah satu kerusi tersebut.?

Atau tidak ada sesiapa yang bernai bertanding di kerusi Nusajaya dan Parlimen Pulai ini??? Atau dia ni memang tamak haloba untuk menyapu kedua-dua elauan bulan  bagi kerusi DUN dan Parlimen??????????????

Jika dia dan Suhaizan rasa yakin sangat untuk menang seperti yang didakwa, agihkanlah dua lagi kawasan itu kepada tokoh lain yang siang malam berhempas pulas menyokong PAS selama ini. Janganlah semua hendak disapu seorang diri. Malulah sikit kepada dunia.

Rakyat dan pengundi nilaikanlah sendiri. Bukanya pemimpin pembangkang ini hendak berkhidmat dengan sepenuh hati kepada rakyat sebaliknya hanya untuk mementingkan isi perut mereka sahaja. Wahai rakyat Johor, mari TOLAK PAS.

Pas Johor umum calon

JOHOR BAHRU 13 April - Pas Johor hari ini mengumumkan untuk bertanding di lapan kerusi Parlimen dan 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan menampilkan 20 muka baru bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
 
Pas Johor turut menampilkan dua calon bukan Islam dari Dewan Himpunan Penyokong Pas masing-masing Hu Pang Chaw bagi kerusi Parlimen Ayer Hitam dan R. Kumutha untuk merebut kerusi DUN yang ditandingi pada PRU-12 iaitu Tiram.
 
Selain di Parlimen Ayer Hitam, Pas turut bertanding di kawasan Parlimen lain iaitu Pagoh, Parit Sulong, Simpang Renggam, Mersing, Tenggara, Kota Tinggi dan Pulai, berbanding sembilan kerusi pada PRU-12.
 
Kerusi DUN yang ditandingi Pas selain Tiram ialah, Buloh Kasap, Pemanis, Tenang, Jorak, Gambir, Serom, Sungai Abong, Maharani, Sungai Balang, Sri Medan, Semarang, Parit Yaani, Parit Raja dan Senggarang.
 
Pas turut bertanding di Rengit, Machap, Mahkota, Endau, Pasir Raja, Johor lama, Penawar, Tiram, Puteri Wangsa, Permas, Kempas, Nusajaya, Bukit Permai, Benut, Pulai Sebatang dan Kukup.
 
Pada PRU-12, Pas Johor bertanding di 34 kerusi DUN. Pengumuman calon kerusi Parlimen dibuat oleh Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub manakala kerusi DUN diumumkan Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad pada satu majlis yang turut dihadiri Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
 
Dalam pada itu, Mahfodz berkata, Pas Johor yakin mampu menang di tiga kerusi Parlimen dan 10 kerusi DUN.
 
Ditanya mengapa Salahuddin dan Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kaiat bertanding di dua kerusi iaitu Parlimen dan DUN, beliau menjawab: "Kedua-dua mereka boleh menang di kawasan ditandingi."
 
Salahuddin akan bertanding di Parlimen Pulai dan DUN Nusajaya, Suhaizan pula di Parlimen Simpang Renggam dan DUN Kempas.

 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment