Monday, April 15, 2013

TQ Jason, You're The Best..


  
 
PM, sekiranya memilih Datuk Abdul Ghani Othman untuk mewakili BN di Gelang Patah berhadapan dengan LKS, sudah tentulah mempunyai perkiraan tertentu terhadap kerjasama yang diberikan oleh ahli-ahli MCA Bahagian berkenaan.
 
Ketua MCA Bahagian Gelang Patah seharusnya mengawal penyokong beliau supaya tidak mengambil tindakan sabotaj jentera atau memberikan undi protes kepada Lim Kit Siang.
 
Dia mesti ingat, bertapaknya Lim Kit Siang Ikan di Johor, alamat masa depan MCA akan semakin pudar. LKS umpama dedalu, parasit, enau dalam belukar ataupun seperti Belanda mendapat tanah.
 
Justru itu jika benar seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia, bahawa Jasan akan akur dengan keputusan PM, maka dia bolehlah menunggu sesuatu jawatan yang lebih utama tanpa perlu menyusahkan diri untuk bertanding.
 
Ingat peristiwa di Hulu Selangor apabila PM memilih Kamalanathan bertanding mewakili MIC walaupun desakan oleh MIC dan Samy Velly supaya Presiden Parti menjadi calun, akhirnya apabila Kamalanathan menang, yang menjadi Menteri bukan beliau sebaliknya G Palaneivel Presiden MIC. Mungkin perkara yang sama berlaku kepada Jasan atas pengorbannya kelak.
 
 


PRU-13: Jason janji terima apa sahaja keputusan BN


NUSAJAYA 15 April - Ketua MCA Bahagian Gelang Patah, Jason Teoh berjanji akan menerima apa sahaja keputusan pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) berhubung calon yang bakal bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.
 
Pada masa sama beliau turut meminta para penyokongnya untuk bertenang dan tidak melakukan perbuatan di luar batasan, sebaliknya menunggu pengumuman tentang calon yang bakal diumumkan esok.
 
"Sama ada saya jadi calon atau tidak bagi kerusi Gelang Patah, saya ingin beritahu yang saya masih sihat dan waras. Apa juga keputusan saya akan terima," katanya dalam sidang akhbar di Gelang Patah, dekat sini hari ini.
 
Beliau yang disebut-sebut akan menentang Penasihat DAP, Lim Kit Siang di kerusi tersebut bagaimanapun enggan mengulas lanjut siapa yang akan bertanding dan sedang menunggu pengumuman rasmi yang bakal dibuat Pengerusi BN negeri, Datuk Abdul Ghani Othman esok.
 
Semalam, Presiden MCA, Datuk Dr. Chua Soi Lek membayangkan kerusi Parlimen Gelang Patah bakal bertukar tangan dan tidak akan ditandingi calon MCA pada PRU-13 nanti.
 
Ini berikutan rayuan beliau kepada ahli MCA Bahagian Gelang Patah supaya menerima siapa sahaja calon yang diputuskan oleh pucuk pimpinan BN untuk bertanding di kawasan tersebut.
 
Sebelum ini, terdapat khabar angin mengatakan Abdul Ghani tidak akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Serom, sebaliknya bertanding di Parlimen Gelang Patah menentang Kit Siang dengan harapan mampu menguburkan veteran DAP itu di situ.- UTUSAN ONLINE
 
 
Laporan The Star seperti di bawah:
 
GE13: Gelang Patah MCA members "stop work" in support of Jason Teoh
 
JOHOR BARU: Gelang Patah MCA members have temporarily disbanded their election machinery as a sign of protest over the doubtful position of their division chief, Jason Teoh, as a parliamentary candidate in the general election.
 
Some 600 of the division's members formed a committee on Sunday to show their support for Teoh as the candidate.
 
Mentri Besar Datuk Abdul Ghani Othman has been speculated to be fielded for the seat which has traditionally belonged to MCA. The group's chairman, Chaw Yee Chong, said the members, mostly volunteers, decided to stop work at 30 of the 38 voting district centres in the Gelang Patah constituency.
 
He added that the group would only resume duty once they know who the candidate is.
 
"We are MCA members and Barisan Nasional supporters. However we want to know who the candidate is in the area," he said.
 


1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment