Wednesday, April 17, 2013

Jika Datin Seri Rosmah Campur Tangan Dalam Hal Calon BN, Apa Masalahnya...


  


Beliau telah menafikan. Beliau telah mengatakan yang dia sendiri tidak mengetahui siapa yang PM, TPM dan Setia Agung UMNO pilih sebagai calon. Dia tidak melibatkan diri langsung.
 
Namun puak-puak pakatan sibuk pula sehingga tidak cukup tanah hendak memfitnah DS Rosmah Mansor mengatakan dia terlibat dalam menentukan calon-calon UMNO/BN.
 
Oooo mentang-mentang pada PRU12 dahulu agenda mereka berjaya dalam merekasaya fitnah dengan mengatakan seluruh calon yang dipilih oleh Pak Lah tersebut adalah atas persetujuan KJ atau lebih tepat lagi calon-calon BN adalah ditentukan oleh KJ.
 
Ketika itu rakyat begitu marah terutamanya penyokong UMNO kerana puak pakatan berjaya menaikkan sentimen anti KJ. Akibatnya separuh ahli UMNO tidak memangkah calon-calon BN dan akibatnya lagi daripada 115 kerusi yang UMNO tandingi ketika itu hanya 79 sahaja yang menang.
 
Kini mereka ingin mengulangi perkara yang sama dengan cuba menimbulkan kebencian dikalangan penyokong UMNO/BN kerana calon-calon yang dipilih tersebut mesti mendapat persetujuan DS Rosmah terlebih dahulu. Sebab itu lambat sangat diumumkan.
 
Puak ini mungkin lupa bahawa pada PRU12 dahulu calon-calon UMNO hanya diumumkan sehari sebelum hari penamaan calon. Kini diumumkan 5 hari lebih awal. Dulu umum lambatpun salah. Kalau puak pakatan ini hebat sangat kenapa sampai sekarang masih tidak selesai lagi dengan senarai calon-calon yang akan ditinjolkan.
 
Atau puak-puak pakatan ini meroyan disebabkan calon-calon yang dikemukakan oleh UMNO/BN ini telah menyesakkan  nafas mereka dan mereka telah nampak bayang-bayang  kekalahan calon-calon mereka kelak.
 
Nampak sangat puak pakatan ini ketandusan isu. Kalau calon-calon UMNO/BN tersebut tidak baik dan penuh skandal, kenapa mereka susah hati pulak. Bukankah itu akan memberi kelebihan kepada mereka dan memudahkan mereka untuk menang nanti.
 
Gunakanlah sebaik mungkin segala kekurangan dan kelemahan calon-calon UMNO/BN itu untuk membolehkan mereka menang mudah nanti. Gunakalah isu peribadi calon yang terpilih itu semaksimum mungkin sekiranya pengundi dapat menerimanya.
 
Apa perlunya mengkaitkan DS Rosmah Mansor dalam hal ini. Apakah puak pakatan ingin memberitahu rakyat bahawa keputusan memilih Tan Sri Sharir Abdul Samad, Yap Pian Hon, Idris Jusoh, Tengku Razaleigh, Dr Rahman dan Othman Abdul tersebut dibuat setelh DS Najib merujuk dan meminta persetujuan DS Rosmah.
 
Jika puak pakatan ini tidak faham akan hubungan antara suami isteri dinyatakan di sini, bahawa hubungan dua jiwa ini hanya akan dipisahkan oleh kematian. Apa yang isteri lakukan suami patut tahu dan apa yang suami lakukan isteri juga patut tahu.
 
Suami menghormati si isteri dan buah fikiran sertan pandangan orang yang paling rapat dalam hidup kita mestilah diambil kira. Lalu apa masalahnya jika PM mendapatkan pandangan isteri beliau dalam hal-hal tertentu. Kalaupun semua calon UMNO/BN ditentukan oleh DS Rosmah Mansor, untuk kali inilah, puak pakatan ini ingat penyokong UMNO/BN marah ke? memberontak ke?. Menjadi ke agenda memfitnah KJ dalam PRU12 dahulu?? Untuk kali inilah???
 
Jangan haraplah. Carilah isu lain wahai pakatan. Untuk tempoh 15 hari ini seluruh ahli UMNO akan menyayangi DS Rosmah Mansor. Untuk tempoh 15 hari ini seluruh rakyat Malaysia kecuali penyokong tegar pakatan akan berada di belakang DS Rosmah Mansor.
 
Lainlah kalau macam Nuar anak Brahim, dia mana pernah hendak menghormati isteri dia. Segala macam jenis penyeksaan termasuk penyiksaan jiwa dilakukannya terhadap isterinya. Kalau isteri macam itu yang mencampuri urusan suaminya dalam hal pentadbiran negara mungkin juga negara akan huru hara dan sempang peranang.
 
Ini tidak semakin DS Rosmah Mansor mencampuri urusan negara semakin maju pula Malaysia ini. Semakin dia kerap keluar dalam media arus Perdana semakin teruja pula DS najib hendak melaksanakan 145 program Transformasinya. Semakin banyak DS Rosmah Mansor membuat lawatan semakin banyak pula tol dihapuskan dan semakin banyak pula BR1M diberikan. Habis kau puak pakatan oiii... Carilah isu lain kalau sudah tidak mampu menonjolkan kehebatan diri, janganlah isu penentuan calon ini hendak digembar gemburkan. Makan diri nanti.


Sampai Bila Pakatan Haram Mahu Terus Fitnah Datin Seri Rosmah?


          
rosmah najib_UMRAH_2



Sudah tidak ada idea lagikah untuk memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sehingga terpaksa menuduh beliau terlibat dalam soal menentukan calon BN di seluruh negara bagi PRU ke-13 kali ini?

Masih berdesing di telinga saya mendengar seorang penyokong tegar Pakatan Haram selamba memberitahu bahawa calon-calon BN pada PRU kali ini ditentukan oleh isteri Perdana Menteri itu. Seolah-olah Rosmah pula yang berjawatan Perdana Menteri.

Sebetulnya, prasangka buruk itu sengaja ditanam di benak para penyokong Pakatan Haram supaya imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, buruk di pandang rakyat.

Ekoran fitnah itu, Datin Seri Rosmah terpaksa menjelaskan kedudukan sebenar bahawa beliau telah difitnah untuk kali yang berapa ribu entah. Menafikan terlibat dengan penamaan calon BN itu, beliau memberitahu bahawa beliau sendiri tidak tahu siapa calon dan siapa yang tidak tercalon.

Saya melihat bagaimana Rosmah dipersendakan oleh puak-puak Pakatan Haram sejak sebelum suaminya menjadi Perdana Menteri. Sejak bergelar isteri Timbalan Perdana Menteri lagi beliau menerima tohmahan.

Saya tertanya-tanya, tidak adakah sekelumit perasaan bersalah di hati mereka-mereka yang tergamak menfitnah beliau dengan begitu teruk sekali? Tidak terfikirkah dosa dan pahala. Seterusnya baca di sini.


 

No comments:

Post a Comment