Friday, April 19, 2013

Tun Mahathir... Saya Tidak Akan Berkempen Lagi..


 
Tun M di Muar.

Tun Mahathir dan isteri kini berada di London atas jemputan Kerajaan omputih tu bagi mewakili kerajaan Malaysia dalam upacara penghormatan terakhir ke atas bekas Perdana Menteri Britain yang meninggal dunia iaitu Magaret Thatcher.
 
Begitu besar penghormatan yang diberikan kepada beliau sehingga terpilih sebagai wakil negara. Semasa ditanya oleh wartawan Tun Mahathir masih ingat lagi tentang pujian-pujian yang Magaret Thatcher berikan kepada beliau semasa mereka sama-sama menjadi Perdana Menteri dahulu.
 
Di dalam negara seperti dulu, beliau masih menerima kritikan hebat daripada pihak pembangkang kerana merasakan sumbangan beliau dalam PRU13 kali amatlah signifikan.
 
Tun Mahathir sebenarnya telah berkali-kali mengatakan bahawa dia akan bekerja keras untuk membantu kemenangan calon-calon UMNO/BN. Bila ditanya kenapa dia berbuat demikian? Jawapan beliau sentiasa sama, konsisten iaitu ingin membalas jasa UMNO yang telah memungkinkan dia menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.
 
Puak pakatan sangat tidak suka dengan komitmen Tun Mahathir sehinggakan tokoh otai DAP Lim Kit Siang turut menyerang beliau sejak akhir-akhir ini. Ini disebabkan Tun Mahathir secara terbuka menyeru rakyat Malaysia supaya menolak tiga orang ahli politik yang tidak membawa kebaikkan untuk negara ini iaitu Lim Kit Siang Ikan, Nuar Brahim dan Nik Aziz.
 
Terbukti kini ialah dalam usia lanjut namun masih kelihatan bertenaga, Tun mempunyai jadual yang ketat setiap hari. Pernah pada satu petang beliau berhadapan dengan 20,000 orang ahli PERKASA di Shah Alam. Kemudian pada sebelah malamnya beliau dan isteri berhadapan pula dengan 60,000 orang di Stadium Putra semasa pelancaran Akujanji BN.
 
Esoknya beliau dan isteri telah berada pula di hadapan 14,000 orang di Muar Johor. Begitulah gigihnya beliau menerima jemputan daripada pelbagai pihak dalam misi kempen mempertahankan BN dalam PRU13 ini. Mari kita ucapakan terima kasih yang tidak terhingga kepada mantan Perdana Menteri ini yang berusaha seperti seolah-olah beliau sendiri yang menjadi calon.  
 
Sokongan terbuka beliau kepada Presiden PERKASA supaya dipilih sebagai calon yang mewakili BN di Pasir Mas sudah tentu berasas. Namun Perdana Menteri dan BN mempunyai perkiraan lain yang kita mungkin tidak tahu.
 
Tun Mahathir pernah berkata bahawa jika Ibrahim Ali terpilih menjadi calon mewakili BN di Pasir Mas, dia akan datang semula berkempen di sana untuk membantu Ibrahim Ali.
 
Namun kini setelah Ibrahim Ali tidak terpilih sebagai calon UMNO/BN, dan akan bertanding atas tiket bebas, maka rasanya Tun Mahathir tidak akan berkempen bagi membantunya nanti. Jikapun beliau pergi ke sana kerana jadual telah disusun, tentu beliau akan berkempen untuk UMNO/BN. Silap hari bulan Datuk Ibrahim Ali juga akan hadir dalam majlis yang sama..
 
Seolah-olah  terdengar Tun Mahathir berkata "Dulu saya janji untuk berkempen untuk dia sekiranya dia bertanding atas tiket BN. Kini tak adalah.. saya kena kempen untuk BN sahaja.." Agaknyalah..  

PRU-13: Ibrahim Ali tanding Bebas di Pasir Mas

 
KOTA BHARU 16 April - Biarpun akan bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Pasir Mas, namun Datuk Ibrahim Ali menyatakan secara terbuka sokongannya kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO.
 
Malah, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu yang sedang bercuti, turut menyeru kepada semua ahli pertubuhan tersebut supaya terus memberikan sokongan tidak berbelah bahagi serta tidak melakukan apa-apa tindakan yang boleh menjejaskan BN.
 
Beliau yang tidak menolak kemungkinan untuk turut bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan tersebut berharap, orang ramai tidak menyamakan keadaan yang berlaku di Pasir Mas dengan kawasan lain di seluruh negara termasuk Kelantan.
 
"Saya ingin berterus terang sememangnya saya berharap bahawa saya dipilih menjadi calon BN tetapi saya tidak disenaraikan, maknanya saya tidak diberi peluang. Sebab-sebabnya saya tidak tahu, tetapi saya ingin nyatakan di sini walaupun bertanding di Parlimen Pasir Mas bukan bererti saya menentang BN.
 
"Saya kira hal Pasir Mas kes terpencil iaitu kerana pertama, saya penyandang dan rakyat mahu saya mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas dan kedua, saya perlu berada di Dewan Rakyat bagi meneruskan perjuangan agenda Melayu dan Islam.
 
"Walaupun saya tidak terpilih saya berterima kasih kepada Datuk Seri Najib Tun Razak. Saya tidak berkecil hati dan pada saya kalau ini nasib saya, saya terima, mungkin juga ada pihak yang cemburu dan dengki kepada saya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Tebang Sultan Ismail Petra di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

 
  
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment