Thursday, April 18, 2013

Mari, Mari, Mari, Siapa Mahu, Cepat!!!!, Masa Sudah Hampir Tamat..

 
  

Penamaan calon pada 20 April, tinggal lagi dua hari. Kemudian tempoh berkempen 15 hari sehingga 5 Mei 2013. Tidak lama lagi PRU13 akan berakhir dan seperti diduga UMNO/BN akan menang besar Insyaallah. Hari ini pula untuk calon-calon NSDK mengisi borang di kediaman MB.

UMNO/BN bukan sahaja akan menang dua pertiga tetapi juga jumlah kerusi yang bakal dimenangi oleh calon-calon BN pastinya akan membuatkan pakatan seperti cicak termakan kapur kelak. Jumlah akan lebih 170 kerusi dan BN mendapat mandat besar.

Sementara masa masih ada ini sesiapa ahli pakatan haram yang hendak keluar parti dan keluar TV eloklah segera dilakukan. Jika hendak masuk BN selepas PRU13 kelak, ok diterima dengan senang hati, namun glamournya sudah tiada.

Tempoh 15 hari yang tinggal ini adalah masa yang paling sesuai untuk mana-mana ahli pakatan keluar meninggalkan parti mereka yang tidak mempunyai hala tuju perjuangan yang jelas tersebut.

Marilah segera bersama dengan komuniti BN yang ternyata telah berjaya membangunkan negara ini sebaik mungkin. Jangan percaya kepada apa yang puak pakatan katakan dalam ceramah mereka kerana semua itu adalah tipu muslihat semata-mata untuk memancing undi.

Elok sedar sekarang dan sumbangan kalian amat diperlukan demi masa depan negara yang lebih cerah. Jangan sekali-kali percaya dengan tohmahan pembangkang yang mengatakan BN ingin bergayut kepada kuasa. Ingatlah kuasa tersebut diperlukan untuk tujuan membela rakyat walaupun mereka mengatakan kuasa BN itu untuk merompak harta rakyat. Itu hanya retorik semata-mata.

Lihatlah kepada 4 negeri yang rakyat amanahkan kepada mereka selama 5 tahun dahulu, semuanya menjadi tidak terurus dan rakyat yang celik mata sebenarnya nampak segala kegagalan puak pakatan ini dalam mentadbir negeri yang mereka kuasai.

Tanpa pertolongan Kerajaan Pusat, keadaan di negeri yang ditadbir oleh puak pakatan ini akan menjadi lebih hancur. Nasib baiklah pemimpin kerajaan pusat tidak berlaku zalim dan terus membantu. Lupakan agenda peribadi dan marilah bersama UMNO/BN demi kesejahteraan yang berkekalan.

Dalam masa 5 tahun tanah-tanah dan hutan balak di Kedah dan Kelantan habis digondolkan oleh puak pakatan yang ternyata amat rakus. Dalam tempoh lima tahun ternyata pasir-pasir di Selangor yang bernilai lebih RM500 juta habis disapu oleh kroni-kroni PKR. Dalam masa lima tahun habis gerai-gerai peniaga kecil di Pulau Pinang dimusnahkan oleh kerajaan DAP.

Ada beratus-ratus lagi kebobrokan mereka dalam mentadbir negeri dan rakyat mestilah mengatakan, cukup..cukup dan cukuplah. Kembalikan semula negeri tercinta ini kepada UMNO/BN.

Rakyat di negeri-negeri lain pula janganlah menjadi seperti nasib rakyat di empat negeri tersebut tadi. Undi kalian amat berharga untuk disia-siakan untuk tempoh lima tahun ini. Ambil pengajaran dan berfikirlah dengan tenang semasa menuju ke peti undi.

 

PRU-13: 246 ahli PKR sertai BN kerana berasa tertipu

TUARAN 18 April - Sebanyak 246 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertindak keluar parti dan menyertai Barisan Nasional (BN) setelah tidak lagi yakin dengan perjuangan pembangkang yang hanya pandai menabur janji-janji kosong.
 
Mereka yang diwakili oleh empat orang wakil penduduk menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sambil disaksikan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dalam Majlis Perjumpaan Timbalan Perdana Menteri bersama Rakyat Tuaran di Dewan Masyarakat Sulaman di sini malam tadi.
 
Yang turut hadir penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman, Datuk Hajiji Noor; penyandang DUN Kiulu, Datuk Jahid Jahim; dan Setiausaha Agung Pertubuhan Pasukmomogun Kadazandusun Bersatu (UPKO), Datuk Wilfred Madius Tangau.
 
Wakil kumpulan itu, Nasip Tukang, 56, berkata, tindakannya keluar dari PKR dibuat setelah menyedari tertipu dengan janji-janji kosong pembangkang selama ini.
 
"Saya berasa begitu menyesal menyokong pembangkang sejak setahun lalu selepas terpengaruh dengan janji palsu mereka kerana golongan ini jelas hanya berjuang untuk diri sendiri.
 
"Sehingga kini tiada satu pun daripada janji mereka ditunaikan, malah kemajuan dan kemudahan yang ada di kampung kami juga adalah atas usaha kerajaan BN," katanya yang berasal dari Kampung Panimbawan itu.
 
Tambahnya, demi masa depan anak-anaknya dia bertindak menyertai BN bagi memastikan masa depan mereka dan negara akan terus terbela bersama BN. - UTUSAN


 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment