Mungkin inilah hasil daripada ulang aliknya Lim Guan Eng Ke Singapura setiap bulan atau setiap minggu sejak mengambil alih Pulau Pinang. Mungkin ini juga hasilnya kunjungan Lee Kwan Yu ke Kota Bharu bertemu dengan Nik Aziz suatu ketika dahulu.
Mungkin juga ini sebabnya kenapa Lim Kit Siang Ikan begitu teruja untuk bertanding di Gelang Patah. Mungkin ini juga yang dikatakan oleh Tun Mahathir betapa berusahanya DAP hendak menghasut orang Cina supaya membenci orang Melayu.
Kita tidak akan terperanjat nanti sekiranya akan ada sebuah bengkel khas di Johor Baharu yang memberikan khidmat menukar nombor pendaftaran tersebut buat sementara waktu ke nombor pendaftaran Malaysia secara palsu bagi menjalankan misi ini nanti pada hari mengundi kelak.
Keberanian puak-puak DAP ini ialah hasil daripada sokongan atau kerjasama yang diberikan oleh PKR dan PAS kepada mereka. Maka benarlah bahawa Si Kitol moden telah menjelma di negara kita ini. Adalah menjadi tugas setiap warga negara yang cintakan negara ini supaya bertindak menghancurkan petualang yang berselindung di sebalik retorik demokrasi ini.
Kenderaan seperti di bawah mungkin akan masuk seminggu sebelum hari mengundi atau dua hari sebelum bagi mengelakkan dikesan oleh pihak Kastam di Tambak Johor. Apapun sekiranya Orang Melayu bersatu di bawah panji-panji UMNO dalam PRU kali ini, misi mereka pastinya akan gagal.
Kenderaan seperti di bawah mungkin akan masuk seminggu sebelum hari mengundi atau dua hari sebelum bagi mengelakkan dikesan oleh pihak Kastam di Tambak Johor. Apapun sekiranya Orang Melayu bersatu di bawah panji-panji UMNO dalam PRU kali ini, misi mereka pastinya akan gagal.
Pihak asing bantu DAP menang PRU-13?
KUALA LUMPUR 14 April - Sebuah parti politik dari sebuah negara jiran didakwa membantu secara dekat untuk memberi kemenangan kepada DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ng Lum Yong berkata, menurut sumber yang juga seorang kenalan beliau yang bekerja di negara berkenaan, terdapat satu perancangan besar sedang giat dijalankan untuk membantu membawa pulang pekerja Malaysia membuang undi pada 5 Mei ini dengan tawaran cuti dan elaun khas.
Kata beliau, sebanyak 100 buah kereta dengan nombor pendaftaran negara itu yang tertera cogan kata 'Ubah' dijangka memasuki negara ini pada hari pengundian.
"Kerajaan negara itu melalui parti tersebut akan menanggung segala perbelanjaan rakyat Malaysia yang akan balik mengundi termasuk mereka yang tinggal di negeri berdekatan dan membayar tiket penerbangan jika mereka mengundi di negeri lain.
"Mereka turut diberikan cuti khas dua hari tanpa dikenakan pemotongan gaji iaitu pada 3 dan 6 Mei nanti,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta membuat siasatan berhubung dakwaan serius tersebut kerana membabitkan campur tangan kuasa asing dalam pilihan raya umum negara.
"Nampaknya hubungan antara parti berkenaan dan DAP semakin erat dengan kehadiran Penasihat DAP, Lim Kit Siang di Gelang Patah sebagai calon.
"Bersungguh-sungguh parti dari negara jiran itu untuk membantu DAP membuktikan bahawa selama ini mereka sebenarnya tidak pernah berpecah. DAP menjadi sebagai cawangan parti itu di Malaysia,'' katanya lagi.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130415/px_08/Pihak-asing-bantu-DAP-menang-PRU-13#ixzz2QTg7vVJ9
© Utusan Melayu (M) Bhd
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
No comments:
Post a Comment