Thursday, December 27, 2012

Sekarang Rakyat Begitu Mudah Untuk Membuat Keputusan..


 
 
 
 
 

Hari ini rakyat Malaysia yang berbilang kaum amat mudah untuk mengetahui samada sesuatu isu tersebut benar, persepsi ataupun fitnah. Seseorang itu tidak perlukan kajian mendalam atau kajian ilmiah untuk membuat keputusan tentang sesuatu isu.
 
Caranya amat mudah, tengok sahaja bagaimana puak pembangkang memainkan sesuatu isu berkenaan.
 
Jika sesuatu isu tersebut diulang beratus kali dan untuk tempoh yang lama pula maka sohihlah isu itu merupakan fitnah tegar. Contohnya isu komisyen pembelian Scorepene yang sepatutnya Nuar terima, tetapi dia sudah dipecat dari kerajaan, lalu dia andaikan orang lain dapat komisyen itu.
 
Isu ini diulang tayang sejak PRK Ijok sehinggalah ke hari ini dengan pengubah suaian dimana perlu. Ini mengikut teori yang diamalkan oleh orang German iaitu jika sesuatu isu itu diulang banyak kali, maka ada kemungkinan ia akan tertanam dalam minda rakyat sebagai benar. Puaslah penjelasan diberikan namun bagi pembangkang itu semua tindakan untuk menyelamatkan diri PM sahaja.
 
Oleh kerana isu ini semakin memakan diri pembangkang sendiri, maka rakyat yang bijak menilai mudah membuat kesimpulan bahawa isu ini tidak lebih daripada rekaan semata-mata. Libatkanlah semua pihak dari Perancis, dari Australia, dari Suaram, Suhakam, bar Council, fitnah tetap fitnah dan ia akhirnya tidak akan mampu dipertahankan.
 
Isu pembunuhan Model Altantunya, jijik sangat tuduhan pembangkang dengan mengatakan PM terlibat dalam pelbagai cara. Jika PM terlibat pastilah seluruh dunia tidak akan berdiam diri. Kecil sangat peranan Nuar dalam hal ini jika ia benar, kerana pemimpin dunia akan membuat tekanan supaya PM meletakkan jawatan. Bila pembangkang asyik memainkan lagu lama dan isu basi ini maka rakyat sekali lagi mudah membuat keputusan iaitu ini adalah fitnah maya berniat jahattttttttttttt!!!! untuk menghancurkan peluang PM untuk terus berkuasa.
 
Bila pembangkang asyik mengatakan tanah peneroka tergadai, peneroka tertipu, Lembaga Pengarah Felda bertambah kaya, saham merudum, akhirnya kelak peneroka tinggal sehelai sepinggang dan Mazlan Aliman begitu bersemangat dengan Kembara Orennya maka ketahuilah bahawa isu FGVB ini pastilah menguntungkan rakyat. Jika ia merupakan program yang bakal merugikan rakyat, pembangkang tidak akan ambil kisah dan cuba mendiamkannya demi untuk kepentingan politik mereka.
 
Bila  kapal selam ini digembar-gemburkan oleh pembangkang sebagai 'tidak boleh menyelam' dan diulang banyak kali dalam ceramah mereka maka rakyat tahu dah bahawa itu fitnah semata-mata. Dijemput LGE masuk ke kapal dan di bawa menyelam, pun selepas itu pembangkang masih tidak percaya dan memainkan isu tersebut. Maka sohih itu fitnah berniat jahatttttt!!!!
 
Bila isu Lynas diulang tayang dengan mengenepikan segala pandangan pakar termasuk pakar dari Pas maka ketahuilah bahawa projek tersebut pastinya menguntungkan rakyat dalam jangka masa panjang. Dalam masa singkat hampir 1000 orang mendapat faedah. Faedah jangka panjang kepada rakyat amat memeningkan kepala pemimpin pembangkang.
 
Ingat orang Cina senang-senang ke nak berarak, berdemo siang malam sekiranya isu Lynas ini bakal merugikan rakyat..?? Mereka akan ambil berat ke jika benar Lynas merbahaya kepada penduduk sekitar. Merbahaya tetapi hairannya begitu ramai pulak orang Melayu berkerja di sana. Mesti ada apa-apakan sehingga mereka sanggup mengadakan bantahan. Oleh kerana mereka asyik membantah, maka yakinlah bahawa Projek Lynas bakal menguntungkan rakyat, bakal menguntungkan Pahang, bakal menguntungkan penduduk Gebeng dan bakal menguntungkan Malaysiaaaaaaaaaaaa!!!!.
 
Sibuk pembangkang mempertikaikan ketelusan SPR dalam menangani perjalanan pilihanraya di negara ini. Sedap mulut je mereka mengatakan jika SPR adil dah lama dah BN bungkus.. Cetek sangat pemikiran mereka dan diajak pulak rakyat supaya turut berfikiran cetek. Mudah sahaja, mereka menang begitu banyak kerusi adalah akibat ketelusan SPR. Cuma rakyat masih belum memberikan kuasa mutlak kepada mereka.
 
Nak bagi kuasa mutlak macam mana, baru memerintah 4 negeri sudah terjuih segala kemungkaran dan kepincangan mereka sejak 4 tahun ini. Mereka gagal dan rakyat akan kembali memberikan kemenangan besar kepada UMNO/BN dalam PRU13 kelak. Ketika itu nanti rakyat khususnya pengundi akan dihina oleh mereka dengan mengatakan SPR tidak adil seolah-olah hendak menafikan kecerdikan rakyat yang membuat pilihan..
 
Jadi isu SPR ini sebenarnya hanyalah untuk menutup kelemahan sendiri. Mencari alasan awallllll..bila kalah nanti. Bila isu ini diulang beribu kali maka rakyat yakinlah bahawa ini hanya rekaan pembangkang. Mana ada pengundi hantu. Jika adapun hantu mana boleh mengundi??? Jika orang lainpun nak mengundi bagi pihak hantu-hantu ni, berapa kali dia mampu mengundi??? Baca seterusnya di sini.
 
Rakyat kini sudah tahu bahawa jika pembangkang asyik menuduh UMNO/BN mengamalkan rasuah maknanya merekalah yang lebih rasuah. Tuduhan itu semata-mata untuk mengaburi mata seolah-olah mereka itu betul-betul anti rasuah, tidak pernah mengamalkan rasuah dulu kini dan selamanya. Kita tanya balik betulllllllllll ke??????????
 
Jika mereka menuduh UMNO/BN rakus maka merekalah yang sebenarnya rakus. Senang je rakyat membuat kesimpulan. Atau kita tanya balik, mereka tak rakusssssssssss???
 
Mereka mengatakan UMNO/BN takut kehilangan kuasa, habis mereka tak takut???? Jika tak takut kehilangan kuasa kenapa Nik Aziz dah 81 tahun masih nak bertanding??? Pas masih nak bergantung nasib dengan Nik Aziz.
 
Mereka mengatakan  UMNO takut hilang kuasa , kerana takut pemimpin UMNO akan didakwa termasuk bekas Perdana Menteri Tun Mahathir. Tak ada mananya Dr Mahathir takut, lagi dia suka kena dakwa supaya dia dapat membongkar segala salah laku pembangkang.
 
Jadi bila isu bergayut kepada kuasa ini sering dicanangkan oleh pembangkang, siapa sebenarnya yang takuttttttttttttt. Siapa yang punya banyak kes tertunggak di mahkamah sekarang ini??? Jika benar pemimpin seperti Dr Mahathir ini boleh disabitkan dengan dakwaan jenayah, lama dah pembangkang heret dia ke muka pengadilan. Tak yakin dengan mahkamah Malaysia, mereka akan bawa ke mahkamah Singapura. Tak yakin dengan Singapura mereka akan bawa ke Australia, Israel, Queen Counsel, PBB dan Hong Kong. Mereka akan buat kerana mereka bukanya inginkan keadilan, cuma mereka ingin mengaibkan orang sahaja.
 
Bila pembangkang tidak menyintuh isu pasir, maka itu benar merugikan rakyat. Sebab itu mereka tidak ingin memperjuangkannya. Isu air, memang merugikan rakyat, sebab itu pembangkang senyap sepi.
 
Isu murtad selamanya cuba disembunyikan oleh pembangkang, kerana jelas isu itu merugikan rakyat dan tidak menguntungkan rakyat.

Nak tanya lagi, agaknya isu kenaikan yuran KUIN dan UNISEL merugikan atau menguntungkan rakyat?? Sebab kita tak dengar pulak pembangkang memperjuangkannya. Mereka tak hebohpun walaupun mereka kononnya juara dalam membela rakyat.  Mungkin merugikan kot..
 
Isu balak, isu tanah 10,000 ekar, semua itu isu yang merugikan rakyat sebab itu pembangkang tidak pernah bising.
 
   Both seems to be smiling so happpyyyy.....what do you think Pork Nik is signing ? their (ngeh and nga) death warrant?? kihkihkih
Apo yang ditenyeh ea tu sampai Ngeh dan Nga sonyum yo..
 
Isu amanat Hj Hadi ni rasa-rasanya menguntungkan rakyat atau merugikan rakyat??? Sekali pandang bila tidak ramai pemimpin pembangkang memainkannya maka seolah-olah sohih isu ini merugikan rakyat ni. Sebab itu mereka tidak perjuangkan.
 
Isu Tan Sri Syed Mokhtar, kenapa PKR dan DAP beria-ia memainkannya?? Sebabnya jika Tan Sri Syed Mokhtar akhirnya gagal dan muflis maka sebanyak 300,000 orang akan hilang sumber pendapatan tetap bulanan. Sebab kejayaan Syed Mokhtar ini menguntungkan rakyat, maka pembangkang marahlah, bencilah, cemburulah..
 
Bila Syed Mokhtar muflis, bukan sahaja 300,000 orang hilang mata pencarian, malah banyak surau dan masjid yang bakal bergelap. Beribu pelajar tak dapat biasiswa dan beribu pelajar tak mendapat tusyen percuma. Ini yang pembangkang meroyan ni, dengki dan tak suka rakyat senang.
 
Kesimpulannya segala-galanya yang kerajaan UMNO/BN lakukan jika itu menguntungkan rakyat, maka siang malam lah pembangkang melalak menentangnya. Jika sesuatu itu bakal merugikan rakyat seperti banyak hal yang kerajaan pembangkang lakukan maka mereka diamkan. Inilah mentaliti pembangkang di Malaysia. Riwayat mereka akan tamat selepas PRU13 kelak. Rakyat pasti menghukum mereka. Mintalah bantuan daripada mana sekalipun, mereka tidak akan berjaya.
 
Pas janganlah berangan-angan nak menjadi Perdana Menteri. Perdana Menteri mendanya jika bertanding 66 kerusi, menang cuma 9 kerusi. PKR juga jangan berangan-angan kerana walaupun bertanding 90 kerusi, menang cuma 5. DAP bolehlah sikit berangan-angan nak jadi PM kerana DAP pasti menang lebih kerusi dari PAS dan PKR.
 
Sepatutnya mereka tidak berebut untuk jawatan PM, sebaliknya mulai sekarang berebut untuk jawatan Ketua Pembangkang. Menjadi Ketua pembangkang DAP tak kisah, boleh saja bagi pada PKR walaupun kerusi sikit, kononnya untuk semangat kerjasama. Namun jawatan PM jika mereka lebih satu kerusipun dari PKR, mereka tidak akan bagi laluan.
 
Sekarang bolehlah Karpal Singki mengwar-warkan Nuar sebagai PM, tetapi bila tiba masanya, segala peruntukan undang-undang serta Perlembagaan akan dia rujuk untuk menidakkan Nuar sebagai PM, dan menobatkan LKT atau LGE sebagai Perdana Menteri. Masa tu nanti Nuar tak boleh kata apa dah, Hj hadi tak boleh kata apa dah.. Dah join UMNO/BN tak boleh pulak sebab bai'ah cerai bini talak 3 ada. lagipun Nik Aziz tak akan benarkan Pas bekerjasama dengan UMNO...
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

Amanat Hj Hadi.. Syukurlah Orang UMNO Selamat..


   

Jika benarlah amanat Hj Hadi yang dibuatnya pada tahun 1981 di ketika dia berusia 38 atau 34 tahun tersebut merupakan sesuatu yang sesat dan menyesatkan, maka bersyukurlah semua ahli UMNO kerana sesungguhnya ahli-ahli UMNO tidak terlibat dengan amanat tersebut.
 
Yang menjadi mangsa ialah ahli-ahli Pas. Yang dizalimni ialah ahli-ahli dan pemimpin Pas. Mungkin tidak semua ahli Pas yang mempercayai amanat tersebut. Mungkin tidak semua pemimpin Pas yang mematuhi fatwa berkenaan. Mungkin tidak semua ahli Pas turut bersyubahat dalam perkara ini. Mereka juga selamat adanya.

Jika benar amanat tersebut sesat dan menyesatkan dan Hj Hadi belum bersedia untuk menarik balik, lantaran takut kehilangan pengaruh atau kehilangan undi dan bakal memalapkan impian ke Putrajaya, dan tidak berminat untuk memperbetulkan keadaan, maka pastilah beliau bertanggung-jawab sepenuhnya dan apa-apa kesan yang bakal mendatang pastinya terpikul ke bahu beliau.
 
Atau jika benar amanat tersebut sesat dan menyesatkan, mungkin secara sembunyi atau senyap Hj Hadi telahpun memohon taubat daripada Allah swt. Cuma beliau tidak menghebahkannya kepada umum atas sebab-sebab yang beliau sendiri sahaja mengetahuinya.
 
Mungkin juga telah ramai para pemimpin Pas yang cerdik dan celik Agama telahpun menjarakkan diri mereka dengan amanat tersebut.
 
Nik Aziz juga baru-baru ini telah menyindir Hj Hadi dengan berkata bahawa ilmu Hj Hadi adalah lebih tinggi daripada ilmu ulamak yang ada dalam UMNO terutamanya para mufti yang bertauliah.
 
Atau Nik Aziz bukan menyindir Hj Hadi tetapi hujah tersebut terbit daripada hatinya yang ikhlas demi membela Tuan Presiden. Atau dia sendiri merasakan ada regu kerana dia juga suka mengkafirkan UMNO.
 
Baiklah mereka orang bijak pandai agama, bijak mentafsirkan Al-Quran dan Hadis mengikut keseuaian mereka. Bagaimana pula dengan pengikut mereka yang tidak beberapa arif tentang hukum hakam agama lalu mempercayai sepenuh hati bahawa orang UMNO memang murtad atau kafir..??
 
Persoalan ini amat berat sebenarnya. Untuk menamatkan isu ini sekali untuk selamanya, wajarlah Hj Hadi atau Nik Aziz membuat kenyataan yang tidak berselindung lagi. Wajarlah kenyataan yang tidak berbau politik atau bermaksud politik dikeluarkan.
 
Mudah sahaja, jika mereka berdua percaya dengan apa yang mereka katakan maka panggilah TV3, Utusan Malaysia dan buatlah pengumuman iaitu benar mereka mengatakan UMNO itu murtad dan kafir. Jika mereka tidak lagi mempercayai kenyataan yang mereka keluarkan dulu itu benar dan betul maka katakanlah 'itu semua tidak benar dan saya menarik balik serta memohon maaf'
 
Jika itu dapat dilakukan maka percayalah akan berjurai-jurai air mata pengikutnya lantaran rasa simpati yang amat mendalam kepada mereka berdua. Selagi dua perkara ini tidak dilakukan selagi itulah polimik ini tidak akan berakhir. Walaupun tidak akan ada pihak yang mengungkit-ungkit isu ini lagi, kerana telah 'basi' namun apakah mereka terlepas daripada pegangan tersebut sekiranya tiada tindakan diambil.??
 
Hj Hadi mungkin boleh berkata, saya tidak suruh kamu semua percaya, saya tidak suruh kamu semua ikut dan benarkan apa yang saya cakap, saya telah bertaubat lama dah, orang je tak tau' Saya tak pernah suruh kamu ceraikan isteri kamu, saya tak pernah suruh kamu sembahyang dua imam, saya tak pernah suruh kamu kawin lagi sekali, saya tak pernah larang kamu mengziarahi saudara kamu yang mati.. bla..bla..bla..'
 
Terlepaskah Hj Hadi dari tanggung-jawab sekiranya itu yang beliau fikirkan?? Terlepaskah tanggung-jawab Hj Hadi hanya dengan mengatakan orang yang menuduh UMNO kafir telah berada dalam UMNO.? Dia pernah cuba melepaskan diri dengan mengatakan orang yang menuduh UMNO kafir ialah Datuk Nakhaei Ahmad bekas Naib Presiden Pas yang kini menjadi ahli UMNO.
 
Jika benarlah amanat Hj Hadi sesat dan menyesatkan maka beliau sepatutnya berasa simpati dengan ahli-ahli Pas yang mempercayainya sepenuh hati. Kesianlah pada mereka, kerana mereka tidak tau apa-apa dan mereka cuma taksub membuta tuli.
 
Diulangi sekali lagi, rasanya ahli UMNO terselamat dalam isu ini kerana ahli UMNO tidak pernah menyetujui amanat tersebut. Sementara ahli Pas pula sekiranya kalian merasa tertipu, terpedaya, apalagi tunggu!!!! samada tinggalkan Pas beramai-ramai dan masuk UMNO atau saman je Hj Hadi di Mahkamah.. ataupun maafkan Hj Hadi serta Nik Aziz dan terukan sokongan kalian. Pilihlah.

Baca juga yang ini
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

Wednesday, December 26, 2012

UMNO Pengamal Budaya Samseng...


 

Masa kita kecil-kecil dulu kita sering mendengar berita setiap kali MIC mengadakan mesyuarat pastilah berlaku pergaduhan. Mestilah berlaku baling-baling kerusi di semua peringkat. Kini budaya baling kerusi dalam mesyuarat MIC sudah jarang kedengaran.
 
Di dalam mesyuarat UMNO juga sesekali kita terdengar kisah baling-baling kerusi ini. Di dalam mesyuarat Pas jarang kita dengar tentang baling-baling kerusi ini kerana mereka selalunya akur sahaja dengan apa yang disogokkan oleh pemimpin mereka.
 
Di dalam mesyuarat MCA pernah berlaku baling-baling kerusi dan jerit-jerit namun tidaklah serius sangat. Dalam Mesyuarat DAP kisah bergaduh pernah berlaku tetapi tidaklah sampai ketahap parah.
 
Bila Parti PKR ditubuhkan dan mula mengadakan mesyuarat kisah baling kerusi, tumbuk menumbuk, tolak menolak ini kembali segar. Budaya ini sedikit sebanyak menular juga kepada parti-parti lain.
 
Budaya politik wang menular sejak dulu dalam parti UMNO. Menjadi tidak terkawal dalam pemilihan pada tahun 1993. Pada tahun 1987 juga berlaku politik wang, namun tidak secanggih dalam tahun 1993.
 
Kini budaya politik wang menular dalam ke semua parti. Bagusnya ialah budaya politik wang dalam UMNO sudah semakin terkawal. Sebaliknya budaya politik wang ini akan menjadi parah pula dalam parti PAS dan DAP. PKR tidak perlu disebutlah, kerana segala yang buruk-buruk berlaku dalam parti tersebut.
 
Yang ingin diperkatakan di sini ialah budaya samseng yang kononnya diamalkan oleh UMNO secara meluas. UMNO dikatakan sudah terdesak dan akan berbuat apa sahaja untuk mengekalkan kuasa. Itu persepsi yang diwujudkan oleh pembangkang terutamanya PKR dan Pas dalam menghadapi kebangkitan UMNO/BN ini.
 
Hakikatnya sejak dahulu lagi pengamal budaya samseng dalam mempertahankan ideologi parti dan mempertahankan pemimpin parti ini telah diamalkan oleh PAS. Ini berlaku dalam setiap pilihanraya atau ceramah mereka. Provokasi melampau oleh jentera PAS ini berlaku sepanjang masa sehingga menyusahkan pihak SPR dan pihak polis dalam mengawal mereka. Memanglah mereka boleh menafikankannya.
 
Kira-kira 30 tahun dahulu ketika kali pertama Harun Taib bertanding dalam PRK Teluk Pasu berhadapan dengan bekas Kadi Terengganu, ketika itu Jokiden sendiri menerima kesan daripada budaya samseng yang diamalkan oleh puak-puak Pas ini.
 
Cara samseng PAS ini mudah sahaja, apabila mereka ramai, maka mereka merasakan dunia ini sudah menjadi milik mereka. Pelbagai provokasi akan mereka lakukan demi untuk menarik perhatian lawan. Dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor perangai samseng puak Pas ini semakin menjadi-jadi kerana  mereka dibantu oleh samseng PKR dan samseng DAP.
 
Begitu juga ketika PRK Bagan Pinang, para samseng PAS ini semacam orang kehilangan akal. Sehinggakan ada yang pecah berdarah. Namun apa bila mereka disergah kembali oleh petugas-petugas MIC yang juga jumlahnya ramai, maka mereka tersipu-sipu malu lalu mengundurkan diri.
 
Perancanagan untuk menimbulkan provokasi supaya sesuatu keadaan itu menyebelahi mereka sebenarnya dilakukan oleh pakar strategi puak-puak pembangkang ini lama sebelum sesuatu kejadian itu berlaku. Ada kalanya perancangan mereka menjadi. Ada kalanya perancangan mereka menemui kegagalan dan mereka terkantoi.
 
 
  
 
Dalam setiap perhimpunan yang mereka adakan ada terdapat rancangan sulit untuk menimbulkan suasana yang tidak tenteram dengan harapan mereka akan memperolehi kemenangan moral. Dalam kebanyakan situasi pihak polis, pihak berkuasa dan pihak UMNO selalunya beralah sahaja.
 
Namun sampai bila UMNO mesti terus beralah membiarkan sahaja segala provokasi puak-puak pembangkang ini. Apabila pihak UMNO bertindak balas maka mereka akan berasa seronok kerana umpan mereka telah terkena. Jika suasana menjadi lebih kecoh sehingga melibatkan pihak polis, maka itu mereka anggap satu kejayaan. Biasalah ketika itu pemimpin mereka akan secara sembunyi dan senyap meninggalkan semua penyokong mereka. Pemimpin akan menghilangkan diri.
 
Kemudian pemimpin merekalah yang paling sibuk di dunia untuk membuat dakwaan bahawa segala kekecohan tadi berlaku disebabkan oleh puak UMNO yang mengamalkan budaya samseng. Hebohlah mereka membuat tuduhan dan menghalakan segala kesalahan tersebut kepada pihak lain selain daripada pihak mereka. Ini yang berlaku semasa bersih 2 dan 3. Juga mungkin dalam bersih 4 nanti.
 
Sehari dua ini heboh dan kalut betul dengan kisah jelajah pembangkang 'Kembara Oren' yang diketuai oleh Mazlan Aliman yang cuba memasuki kawasan FELDA di NSDK tetapi telah dihalang dengan cara kasar oleh penduduk FELDA berkenaan. Admin FB Nik Aziz juga memuatkan perkara ini. Tak cukup tanah mereka mengatakan halangan tersebut dilakukan oleh samseng upahan UMNO/BN.
 
Dah masuk ke kawasan orang tanpa memberi salam, cuba pulak nak menabur fitnah mengatakan tanah Felda tergadai, peneroka tertipu, saham merudum, Pengerusi Felda bertambah kaya, kilang Lynas membawa racun rumpai dan pelbagai lagi, maka tentulah penduduk Felda berkenaan merasa tidak senang hati.
 
Kembara Oren mesti faham, bahawa majoriti peneroka Fleda tidak bersama mereka, maka itulah yang sepatutnya mereka jangkakan tentang sambutan yang bakal mereka terima sekiranya datang membawa berbakul-bakul fitnah. Jika sungguh mereka datang untuk membela nasib peneroka Felda tentulah kedatangan mereka akan dialu-alukan dengan permaidani merah.
 
 
Ini yang patut Mazlan Aliman perjuangkan..Cerita lanjut di sini
 
Namun biasalah apabila menerima sanggahan atau tentangan yang sedemikian rupa, maka jalan pintas untuk mendapat markah tinggi ialah dengan menyalahkan UMNO/BN. Itu telah menjadi piawaian standard dikalangan puak pembangkang.
 
Siapa tahu halangan dan rancangan untuk menghambat kembara oren itu dilakukan sendiri oleh puak cai pakatan yang memang telah diarahkan oleh pakar strategi dari pusat. Mana tahu orang mereka sendiri yang melakukan itu semua. Yang menyimbah cat kepada bas mewah juga mana tahu ia dilakukan oleh puak mereka sendiri.
 
Dalam kembara oren ini mereka sudah menjangkakan sambutan pastilah tidak cantik, tidak molek dan tidak gah. Untuk menjadikan semua itu supaya kelihatan hebat maka rancanglah sesuatu yang boleh membuatkan kembara oren itu menjadi isu nasional. Mana tahu.??
 
  Ha ha ha.. Pembangkang kaki KANTOI!!!! Susah-susah cai bekerja siang malam pagi potang subuh sapie.. rupa-rupanya BIKIN FILIM yer bang.. Pelik tak orang yang sama saja yang kena kat mana saja dia berada.. EDISI Kembara ANAK.. Adoi.. ingat dah tak main FILIM lagi.. rupanya BA'JET ada lagiiiiiiiiii.. Sama2 lah kita menilai..

Ha ha ha..

Gambar atas : Di FELDA Raja Alias (JEMPOL)
Gambar bawah : terima di INBOX PNS
Mereka rancang orang yang sama mesti kena pukul dan orang yang sama mesti kena ikat.
 
Ingat dulu semasa unit amal Pas berkonfrontasi dengan pihak polis di Dataran Merdeka, kononnya untuk mempertahankan mahasiswa yang berpesta sek di situ, puak pembangkang menuduh itu kerja Pemuda UMNO yang menyamar. Masa Unit Amal Pas merempuh polis di KLCC mereka juga menuduh itu kumpulan Pemuda UMNO yang menyamar.
 
Semasa muslimat Pas terjerit terlolong di depan Perkarangan Mahkamah Jalan Duta pada 9 Januari, mereka juga menuduh itu kerja wanita UMNO yang menyamar sebagai muslimat Pas untuk memburukkan Pas.
 
Semasa seorang penyokong tegar Pas berbaring di depan kenderaan yang membawa pemangku Sultan Perak, dia juga dituduh oleh Pas sebagai orang UMNO yang menyamar. Nik Aziz mengatakan semua ahli Pas adalah berdisplin tinggi dan mematuhi segala peraturan dan arahan polis. Betul ke???
 
Jadi jika mereka mudah je mengatakan semua yang dilakukan oleh penyokong mereka di atas adalah kerja orang UMNO yang menyamar, apa salahnya kali ini kita katakan bahawa semua hambatan yang mereka terima dalam kembara oren tersebut dilakukan sendiri oleh penyokong mereka yang menyamar sebagai orang UMNO/BN?? Boleh jadi.. 
 
Polis Malaysia terkenal dengan sifat sabar dan bertolak ansurnya dalam dunia ini jika dibandingkan dengan polis Mesir, polis Singapura dan polis Amerika. Namun bagi pencacai pakatan ini, polis Malaysia adalah kejam, zalim, tidak berperi kemanusiaan dan bertindak keras terhadap peserta demontrasi. Mereka mengambil contoh peristiwa dalam Bersih 3 untuk menyalahkan polis.
 
Apa yang berlaku ialah provokasi melampau yang mereka lakukan dengan menghina polis, memanggil polis sebagai anjing UMNO/BN, polis rasuah, polis anjing kerajaan dan pelbagai cemuhan lagi. Itupun polis Malaysia tidak bertindak.
 
Polis hanya bertindak selepas Nuar Brahim dan Azmin Ali memberi isyarat supaya sekatan polis di rempuh. Undang-undang telah tidak dipatuhi lagi, maka polispun bertindak. Nik Aziz kata air kalau disekat akan melimpah, mana boleh tahan-tahan. Begitu juga dengan peserta demontrasi, bila di sekat mereka merempuh, maka tindakan itu wajar. Adakah patut seorang ulamak menghalalkan perkara sedemikian.??? Sah Nik Aziz bukan ulamak sebenar.
 
Bila polis bertindak, biasalah pemimpin pembangkang akan meloloskan diri, meninggalkan lapangan dan para penyokong merekalah yang akan berhadapan dengan pihak polis. Itupun piawaian standard pemimpin pembangkang. Orang kampungpun dah tahu.
 
UMNO/BN sekarang ini perlu bertindak lebih agresif. Jangan lagi berada di pihak yang selamanya mempertahankan diri. UMNO/BN mesti mula menyerang pulak selepas ini. Dedahkan segala kepincangan pembangkang dari yang kecil sehingga yang besar, sama seperti yang mereka lakukankan selama ini.
 
Segala tohmahan puak pakatan tidak perlu lagi dijawab sebaliknya segala kemungkaran puak pakatan yang harus diketengahkan. Terlalu banyak isu sekarang ini daripada cukai pintu, bantuan ibu tunggal, sokongan kepada penggunaan Kalimah Allah, negara berkebajikan, CAT, tanah yang diberikan kepada pemimpin DAP, isu balak di Kedah dan Kelantan sehinggalah kepada isu jalan-jalan yang tidak diselenggara dan diturap seperti di Selangor, isu rasuah pemimpin pakatan dan pembukaan rumah-rumah urut yang bercambah di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.
 
Di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang, rakyat bertambah terseksa di bawah teraju pakatan, yang dulunya sibuk meminta diberi peluang kononnya mereka lebih baik dari UMNO/BN dalam mentadbir negara ini. Habukpun tarak. Pemimpim mereka bertambah kaya raya dan rakyat terbiar melata.


1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

Friday, December 21, 2012

Bila Hj Hadi Bersilat Lidah...



Tengoklah betapa bercelarunya pemikiran Tok Guru Pas ini bila hendak melepaskan diri. Dia terpaksa bersilat dengan kat-katanya demi untuk menghalalkan kerjasama  Pas dengan DAP.
 
Buatlah apa yang patut Tok Guru. Buah fikiran orang lain yang tak sealiran bukannya nak dipertimbangkan pun. Carilah alasan. Carilah Nas dan Hadis untuk menghalalkan apa sahaja yang Pas sekongkolkan dengan DAP dan PKR tu.

Jika dilihat asas kerjasama dengan DAP tersebut disebabkan oleh kononnya agenda yang sama, untuk menentang itu ini, maka semua itu sudah diatasi oleh kerajaan pimpinan DS Najib. Segala isu sudah ditangani.. apa lagi hujah mu Tok Guru..

Dalam kes terbaru di mana seorang bekas ahli Pas dan penulis buku kembali menghangatkan tentang 'Amanat Hj Hadi' yang suatu ketika dahulu mewarnai dunia politik tanah air, maka bersegeralah Nik Aziz dan Harun Taib muncul untuk mempertahankan  beliau dengan hujah yang dangkal.

Nik Aziz kata 'ilmu' Hj Hadi lebih tinggi daripada Tan Sri Harussaini dan Mufti Wilayah Persekutuan. Soalnya benar ke??  Benar ke Hj Hadi lebih alim daripada dua orang tokoh tersebut??
 
Segala tindak tanduk dan tutur kata Hj Hadi adakah mencerminkan beliau seorang yang berilmu, merendah diri, tidak riak atau takbur.

Tiba-tiba sahaja para mufti dilarang mencampuri urusan politik. Habis selama ini ulamak Pas tidak berpolitik???.
 
Jika mufti tidak menegur mereka lemparkan pula pelbagai gelaran seperti 'sudah kenyang' 'makan gaji buta' ulamak wang ringgit dan sebagainya. Bila mufti dengan ikhlas menegur segala kemungkaran mereka maka cepat pulak mereka membelasah para mufti berkenaan.
 
Sebab itulah sering Jokiden mengatakan Pas kini telah mula ditimpa musibah akibat tabiat serta kelakuan pemimpinnya yang memesongkan kebenaran. Ayat yang sering mereka ulang seribu kali ialah  "UMNO tolak Islam.." Hakikatnya Paslah yang menolak Islam.
 

Kerjasama tidak berasas hudud?


DUNGUN 15 Dis. - Pas hari ini mengakui tidak kisah jika DAP menganggap kerjasama yang terjalin antara mereka berdasarkan atas prinsip pluralisme dan bukan kerana berasaskan negara Islam atau pelaksanaan hukum hudud.
 
Perkara itu diakui Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) yang mendakwa, pluralisme merupakan satu bentuk fahaman dan tidak boleh dipaksa untuk diterima atau tidak.
 
Katanya, apa yang penting orang Islam itu sendiri perlu tegas dengan pendirian terhadap agama Islam.
 
"Pluralisme itu merupakan perkara yang berlaku dalam kehidupan manusia dan tidak boleh dipaksa, tetapi kita tegas dengan agama kita sendiri kerana Allah membawa dua pendekatan, yang pertama, tiada agama yang Allah terima melainkan Islam dan kedua tiada paksaan dalam agama.
 

Monday, December 17, 2012

Nuar Ni Bila Nak Menangis Ni...?


Obama cembeng!!
 

Sehari dua ni ramai pemimpin yang kelihatan sebak dan menangis di khalayak ramai atas pelbagai sebab tertentu. Bagi penyokong tegar perbuatan tersebut mampu merobek jiwa nurani lantas meningkatkan lagi sokongan kepada individu berkenaan.
 
Bagi yang tidak menyokong pula atau dalam ertikata lain penentang tegar perbuatan mengalirkan air mata oleh seseorang akan hanya dianggap sebagai lakonan murahan yang bertujuan cuba meraih simpati.
 
Orang menangis dalam saat gembira. Ribuan contoh boleh kita buat. Orang juga menangis dan menjadi sebak atas sebab-sebab kesedihan. Juga ribuan contoh boleh kita buat. Sedikit sangat orang mengeluarkan air mata akibat terkena asap atau akibat mengupas bawang. Sebabnya ialah tidak ramai orang yang tugasnya mengupas bawang.
 
Apapun air mata mempunyai kesan sikologi yang mendalam. Ia boleh meresap ke dalam jiwa. Lim Guan Eng menyedari perkara tersebut, sebab itu beliau menyindir para pemerhati dan perwakilan UMNO yang berhimpun di Dewan Merdeka pada 27 November dulu apabila ramai yang mengalirkan air mata setiap kali Presiden UMNO berucap. Dia tahu air mata tersebut menggambarkan betapa sayangnya ahli UMNO terhadap Presidennya.
 
Beberapa hari yang lalu Lim Guan Eng sendiri menjadi sebak dan menangis ketika menyampaikan ucapannya. Dia juga terkena badi menangis. Apa motif  kesedihannya sukar difahami. Ingatkan dia sahaja, rupanya tidak.
 
Bapanya Lim Kit Siang juga menjadi sebak dan sedih dikala menerima keputusan pemilihan 20 orang ke Jawatankuasa Pusat DAP. LKS sedih kerana tidak ada macai atau pemimpin Melayu yang dimenangkan oleh perwakilan DAP yang majoritinya Cina.
 
KS bertambah sedih apabila wakil-wakil dari Sabah dan Sarawak juga tidak ada yang menang dan ini menyukarkan pihak DAP pusat untuk memujuk orang Sabah dan Sarawak.
 
Tidak lama dulu, juga kelihatan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik, dikala meninggalkan suatau majlis kelihatan teresak-esak menangis dan terpaksa ditenangkan oleh pembantunya. Sebabnya dia mungkin terlalu gembira melihat rumah penduduk Kerinchi yang indah dan cantik yang menggantikan flat lama Kerinchi.
 
Nik Aziz Nik Mat pernah menangis dan mengalirkan air mata dikala berdoa di khalayak ramai. Perbuatan itu tentunya meruntun hati pengikutnya dan menaikkan 'sahamnya'
 
  Apa Masalahnya Gelar Nik Aziz Nabi?
 
Tun Mahathir pernah menangis dikala mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Presiden UMNO dan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2002. Ketika itu Dewan Merdeka menjadi kacau bilau dan airmata tersebut menyelamatkan beliau dan UMNO kerana sekurang-kurangnya beliau kekal untuk setahun lagi.
 
Itu di Malaysia. Semalam kita lihat pula Presiden Obama mengalirkan air mata dikala berucap menyampaikan takziah kepada mangsa amukan di sekolah tadika Sandy.
 
Semasa Taufan Sandy melanda dan membawa kemusnahan yang bernilai sehingga RM600 billion Baracck Obama tidak menangis. Namun apabila Adam mengamuk dan membunuh 28 orang termasuk  20 orang kanak-kanak di Sekolah Tadika Sandy, jiwa kental Obama terusik juga. Dia sedih dan dia menangis. Berlakonkah dia?? Entahlah.
 
Obama berjanji untuk menghentikan semua itu dengan serta merta. Dia bertekad untuk melihat semula undang-undang pemilikan senjata api oleh rakyatnya. Dia benar2 sedih melihat anak-anak kecil Amerika terkulai layu dibunuh kejam, dimana ada yang dadanya ditembusi oleh 2 atau 3 butir peluru.
 
Sebelum itu semasa di Bangkok di sebelah Yinluck yang tersenyum manis, Obama mengatakan dia bersetuju dengan semua tindakan Israel untuk menjaga keselamatan penduduknya waima beratus dan sejak berpuluh tahun dahulu beribu anak-anak kecil Palestine yang terkulai layu, dibunuh dengan kejam oleh askar Zionis. Tedapat anak Palestine yang putus leher, terkeluar otak, terbelah muka, perut yang terburai, namun itu semua tidak sedikitpun menyintuh hati nurani Obama. Apalah salahnya dia merasakan sedikit penderitaan anak-anak Palestine seperti mana dia terasa ketika melihat anak-anak di Sekolah Sandy dibunuh dengan kejam.
 
Anak Palestine, tembuk perutnya, meninggal, namun tetap tersenyum. Ini tidak mampu mengguris hati Obama..
 
 
Jokiden pernah menangis. Bila perlu dan bila jiwa terusik Jokiden pasti menangis. Itu sudah lumrah. Jokiden tidak berlakun.. Ketika menonton video di youtube Ngah Kor Ming membaca surah suci Al-Quran dengan tunggang-langgang tanpa di tegur oleh Nik Aziz dalam satu majlis ceramah Pakatan, airmata Jokiden mengalir tanpa sedar.
 
Eh ramai yang menangis ni timbul pula pertanyaan bila pula Nuar Brahim ni nak menangis??? Jikalah Nuar Brahim ni menangis dikhalayak ramai, keluar pula TV dan ditonton oleh berjuta rakyat, kesannya tentu mendalam.
 
Mau beribu orang akan mengikut dia menangis. Mau mati akal semua musuh-musuh politiknya. Silap hari bulan jika Nuar mengalirkan air mata, mau terbalik sokongan kepada beliau. Tanpa airmatapun dia mampu mengekalkan momentum politiknya, apa lagi dengan rembesan airmata.. Bimbang Jokiden memikirkan kesannya.
 
Apakah dia bersedia untuk menagis sebaik sahaja Parlimen dibubarkan atau apakah dia akan menagis selepas keputusan pilihanraya umum ke 13 diketahui..?? Sama-sama kita nantikan. 
 
 
 
Hampir nangis!!! Dalam Google ada 27 juta gambar Nuar, tapi tak ada gambar nangis.
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

Sunday, December 16, 2012

Hai Ya Susah Mau Cakap Ooo..


 
 
Selesai sudah konvensyen DAP yang menyaksikan parti chauvinis Cina ini kekal dengan sentimen kecinaannya. Tiada calun-calun Melayu yang berjaya meraih kemenangan dan mendapat tempat dalam saf kepimpinan DAP. Mungkin ada perlantikan seorang dua nanti sebagai tindakan untuk mengaburi mata atau untuk 'mengambil hati.'
 
Selepas ini nanti akan kita dengar beberapa hujah pakatan terutamanya daripada mereka yang berketurunan Melayu tetapi mencuba untuk berjuang menerusi parti DAP. Sudah tentu mereka mempunyai pandangan tersendiri. Sudah tentu mereka tidak akan berkecil hati dan sudah tentu mereka akan berusaha untuk mendapatkan tempat pula sebagai calun boneka dalam PRU13 kelak.
 
Secara logiknya memang tidak patutpun pemimpin Melayu yang menjadi ahli DAP mendapat kemenagan dalam pemilihan parti tersebut. Mereka tidak sepatutnya berada dalam barisan kepimpinan. Setakat untuk menjadi macai dibolehkan. Untuk membuat dasar usah harapalah.
 
DAP mempunyai agenda yang tersendiri dalam percaturan politik di tanah air kita ini. Ada yang diketahui dan ada yang tersembunyi. Ada yang tersirat dan ada yang tersurat. Ada yang boleh difahami dan ada yang tidak mampu untuk difahami. Ada yang mereka boleh perbincangkan secara umum dan ada yang mereka terpaksa berbincang sesama senidri.
 
DAP dulu, kini dan selamanya tidak menyenangi perkembangan Islam di negara ini. Mana mungkin disaat DAP hendak mengatur strategi untuk melemahkan Islam dan membuat perancangan jangka panjang ianya turut disertai oleh Orang Melayu..
 
Orang Melayu tidak kira apa ideologi politiknya, tetap akan merasa sensitif apabila agama mereka disentuh dengan cara yang tidak baik, tidak sopan, tidak manis apalagi bertujuan untuk melemahkan agama mereka.
 
Sudah pasti sekiranya ada pemimpin Melayu dalam saf kepimpinan DAP dikala agamanya, bangsanya dan keturunanya dikutuk dan dihina secara melampau oleh bangsa lain, telinganya pasti merah dan tindakannya mungkin berlainan.
 
Tanpa ada wakil Orang Melayu dalam Jawatankuasa Pusat DAP, maka memudahkan mereka untuk berbincang, bermesyuarat dan merangka pelan tindakan.  Walau macammana liberal sekalipun pemikiran pemimpin Melayu yang menyertai DAP, mereka tidak akan dapat menerima sekiranya agama mereka dipersendakan.
 

Ini yang berlaku kepada beberapa orang seperti saudara Razali yang pernah bersama DAP, akhirnya terpaksa melarikan diri kerana tidak tahan dengan perancangan sulit yang menjurus untuk menjahanamkan bangsanya. Dia cabut dan dia mendedahkan banyak rahsia. Namun biasalah akan ada orang lain, bangsa Melayu yang sudi menjadi ahli DAP.
 
 
 "Perlukan bantuan.. jgn lupo esok bantu ese plak, gunokan mulut laser you tu"  
 

1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

Cerita Lucu Di Pagi Minggu...



 
Macam zaman dulu-dulu ni..

Kenyataan Presiden Perkasa ini seperti yang dilaporkan oleh akhbar amat menarik untuk direnungkan. Malah kita boleh juga ketawa jika kita mahu.
 
Beria-ia dia nak menyokong UMNO/BN, nak mempastikan supaya BN memperolehi majoriti dua pertiga dalam PRU13 akan datang.
 
 
KUALA LUMPUR 15 Dis. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini berbaiah atau berikrar membantu Barisan Nasional (BN) mendapatkan kemenangan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang demi mengukuhkan kerajaan sedia ada seterusnya menjamin kelangsungan bangsa dan negara.
 
Ikrar itu dilafazkan kira-kira 10,000 ahli Perkasa diketuai Presidennya, Datuk Ibrahim Ali dalam Perhimpunan Agung Ketiga pertubuhan tersebut di Padang Astaka Taman Tasik Titiwangsa di sini hari ini.
 
Turut serta timbalan presiden, Datuk Abdul Rahman Abu Bakar.


Jiwa dan semangatnya tetap membara untuk membela nasib Orang Melayu, menjaga kedaulatan institusi raja dan mempertabatkan Agama Islam. Dalam hal ini dia sememangnya konsisten sejak dari dulu lagi.
 
Dalam hal tertentu dia di lihat sebagai oportunis terutamanya berkaitan dengan bertanding dalam mana-mana PRU. Beliau pernah mendapat pelbagai gelaran oleh musuh-musuh politik beliau seperti gelaran 'katak'
 
Datuk Ibrahim Ali bijak mencari dan menghidu peluang. Di saat dia bersungguh-sungguh untuk membantu kemenangan BN, dia juga tidak menolak untuk bekerjasama dengan mana-mana parti samada PKR atau Pas dalam membantu beliau mencapai cita-citanya untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas.
 
Penyokong tegar beliau memang sudah sedia untuk timbul dan tenggelam bersama beliau di sana. Dengan sedikit bantuan daripada mana-mana pihak lain samada UMNO, Pas atau PKR beliau rasanya mungkin menang dengan selesa juga kali ini.
 
Pas yang merasakan terpukul dengan tindakan beliau selepas PRU13 rasanya sudah serik untuk membantu atau memberikan laluan mudah kepadanya kali ini. Perkara ini pernah diungkit-ungkit oleh Nik Aziz beberapa kali.
 
PKR mungkin bersedia membantu beliau jika kena dengan rundingannya. Nuar Brahim rasanya juga tidak keberatan untuk bekerjasama dengan beliau kerana bagi Nuar matlamat lebih penting daripada hal-hal yang lain.
 
Apapun yang terbaik mungkin ialah beliau mendapat kerjasama daripada UMNO/BN. Lagipun beliau sudah berterus terang dan sudah membuka laluan tanpa segan silu. Kita tunggu juga langkah seterusnya daripada seorang lagi anak Ali iaitu Datuk Dr Hassan Ali.
 

Ibrahim Ali akan pertahan kerusi Pasir Mas

 
KUALA LUMPUR 15 Dis. - Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali akan mempertahankan kerusi itu dalam pilihan raya umum akan datang namun belum menentukan untuk bertanding di bawah lambang parti politik tertentu.
 
Menurutnya, beliau bersedia bertanding sama ada di bawah Pas seperti dalam Pilihan Raya Umum 2008 atau di bawah lambang parti lain seperti UMNO.
 
Sehubungan itu, katanya, beliau masih mengharapkan sokongan semua pihak sama ada daripada UMNO serta Barisan Nasional (BN) atau Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi membantunya memenangi semula kerusi itu.
 
"Saya bersedia berbincang dengan mana-mana parti politik yang sedia menawarkan saya bertanding di bawah lambang parti mereka dalam pilihan raya umum nanti.
 
"Saya mahu meneruskan khidmat dengan penduduk Pasir Mas dan yakin khidmat saya lebih baik daripada ramai pemimpin parti politik tertentu," katanya.

 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

DAP Akhirnya Merajuk...


Mengacau betul.. orang nak berkonvensyen dia pulak nak berdemo..
 
 
  Bos tetap duduk walaupun yang lain kena berdiriiiiii!!!!

Ke mana menghilangnya pemimpin-pemimpin kanan pakatan kerana tidak langsung menunjukkan muka dalam Konvensyen DAP yang diadakan pada hari ini.
 
Mana Presiden PKR, mana Presiden Pas dan mana Ketua Umum lantikkan sendiri.??? Mana??? Saja kot tidak mahu dilihat oleh masyarakat Melayu bahawa mereka kelihatan terlalu menghormati DAP.
 
Cukup ke sekadar menghantar wakil sahaja?? PKR melalui Timbalan Ketua Menteri dan Pas oleh Setiausaha Agung sahaja.
 
Nuar entah ke mana. Hj Hadi dan Pok Nik berada di Terengganu dalam majlis perdana jelajah entah apa-apa Pas nak ganti UMNO kononnya..
 
DAP mungkin merajuk sakan apabila perhimpunan parti mereka tidak dihadiri oleh pemimpin rakan sekongkolan mereka. Oleh kerana terlalu merajuk mungkin menyebabkan Setia Agungnya tanpa segan silu menuntut tambahan kerusi untuk ditandingi dalam PRU13 kelak.
 
Tanpa kehadiran Hj Hadi di saf hadapan Karpal Singki mengambil kesempatan untuk terus menghina ahli-ahli akar umbi Pas iaitu dia tetap mahukan Nuar Brahim menjadi Perdana Menteri dan bukannya Hj Hadi. Dalam ertikata lain "Hj Hadi tidak layak.. tak fahamkah..??"
 
Semalan Penganjur Konvensyen Terresa K menjelaskan keahlian DAP sekarang telah mencecah 150,000 orang. Alah ciputnya tak sampai setengah ahli puteri UMNO, itu yang ada hati nak kerusi lebih, itu yang nak mewakili majoriti rakyat Malaysia 28 juta orang, itu yang beria-ia nak ke Putrajaya?? Ish..ish.. 
 
Ingatkan ahli DAP ni ramai sangat, mencecah jutaan orang bagi mewakili tiga bangsa terbesar Cina, India dan Melayu.. Apapun tahniah kepada Ngeh walaupun tempat terakhir tetapi tetap tersenarai.
 
Tanpa pendekatan rasis dalam PRU13 kelak DAP pasti tidak akan ke mana. Tengoklah nanti. Lagi kisah merajuk di sini
 
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

Friday, December 14, 2012

Ini Disebabkan Terlampau Ego Atau Lupa Daratan Ke Ni..


"Ekau jangan main-main Khalid, tosilap cakap mampusss!!!, jangan jadi Taliban!!"
 

Tan Sri Khalid Ibrahim dilaporkan berkata bahawa buktikan dahulu yang ibu-ibu tunggal yang berjumlah beribu-ribu orang di Selangor tersebut telah benar-benar mengundi PKR, DAP atau PAS, barulah berhak menuntut royalti RM100 sebulan yang dijanjikan itu.
 
Terkedu juga kita mendengarnya kerana dia boleh sesuka hati memperbodohkan daya pemikiran ibu tunggal berkenaan. Jika itulah pra syaratnya maka Khalid perlukan kelulusan khas daripada SPR supaya wakil-wakil pemerhati pembangkang dalam setiap bilik mengundi dibenarkan membuat catatan siapa yang pengundi pangkah dan membawanya kepada Khalid untuk dibayar royalti.
 
Sistem demokrasi kan jelas setiap undi itu sulit dan apabila rakyat telah membuat keputusan dan kerajaan telah dipilih serta dibentuk, maka menjadi tanggung-jawab kerajaan yang memerintahlah untuk menjaga segala kebajikan rakyat di bawah jajahan takluknya.
 
Kan itu juga yang selama ini dituntut oleh pembangkang sehinggakan mereka diajar supaya jangan berterima kasih kepada setiap budi baik kerajaan UMNO/BN kerana itu memang telah menjadi kewajipan dan di pihak rakyat pula sudah menjadi hak termaktub.
 
Jika cara Khalid inilah yang nak diikut oleh UMNO/BN, maka jawapnya suku kakitangan kerajaan tidak akan mendapat bonus pada 18 Disember ini. Lebih mudah lagi untuk mengenal pasti ialah mereka yang telah pencen dan akan menerima bonus pada 17 Disember depan sekiranya telah menyertai parti pembangkang maka ikut cara Khalid tak yak dapat bonuslah. 
 
Layanlah dengan cara baik rintihan ibu-ibu tunggal tersebut wahai MB. Jangan bercakap ikut sedap mulut sahaja. Jangan tunjukan sangat ke egoan tersebut. Melepaskan hajat ibu-ibu tunggal serta janda-janda kan ke besar sangat pahalanya.
 
Atau mengaku sahaja bahawa janji tersebut tidak aklan dilaksanakan kerana duit Selangor dah kering, atau duit sudah digunakan untuk urusan lain yang lebih penting atau duit ada tetapi untuk digunakan sepenuhnya dalam PRU13 kelak. Senang cerita.
 
Tak perlulah nak ikut cara DAP PP yang mengatakan janji-janji tersebut tidak perlu ditepati kerana ia janji yang tidak disengajakan. "Ingat kita tidak boleh menang hari tu.."
 
Jika hati ibu-ibu tunggal ini terus disakiti bayangkan kesannya kepada sokongan yang bakal hilang kelak 6000 orang kali dengan 4 orang dalam sekeluarga, jumlahnya sudah melebihi 20,000 tu. Dalam saat getir ini satu undipun penting wahai 'MB terbaik' dan MB yang mempertikaikan kemampanan ekonomi negara seperti unjuran yang di buat oleh Morgan S.

Mengenai air bersih di Selangor Khalid dilaporkan sanggup bertahan sehingga 100 tahun, dia tidak akan tunduk dengan isu Langat 2. Apa salahnya beri kerjasama demi untuk rakyat kerana masalah akan menjadi lebih rumit selepas 5 ke 10 tahun dimana Khalid mungkin sudah tidak ada lagi dalam senario politik tanah air.
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

Thursday, December 13, 2012

Patutlah Nuar Meroyan Sakan..


 

Kita pun tertanya-tanya juga kenapa Nuar geram sangat dengan Pas, dgn Hj Hadi, dgn Takiyuddin dan dgn Nik Aziz. Ingatkan pasal Hj Hadi menyokong penuh dan berterima kasih kepada kerajaan BN yang memberikan subsidi disel kepada para nelayan.
 
Rupanya ada sebab lain yang Nuar Meroyan dan membiarkan Karpal Singki membelasah Hj Hadi. Sebabnya ialah isu video. Klik Sini. dan sini
 
Nuar ni pobhia sikit bila sebut video-video ni. Dulu dia seronok dah sebab emimpin Pas kata, video cuma besi dan tidak boleh dijadikan saksi untuk sebarang pembuktian apa-apa kespun.
 
Kini Pas dah mula nak jilat ludah sendiri. Video boleh digunakan untuk membuktikan sesuatu kejadian. Maunya Nuar tak bengkak.
 
Menjadikan Nuar dan Ambiga lebih meroyan ialah Pas menangkap dua orang yang sama jantina kononnya sedang berduaan-duaan dalam sebuah kereta sedang menikmati waktu santai melihat kapal terbang turun naik.
 
Hak asasi mereka dinodai dan dinafikan. Jika mengikut kemahuan puak-puak LGBT ni, apa kisah dengan perlakuan dua orang yang sama jantina dalam kereta milik mereka?? Boleh belako..
 
Dua tiga hari ni pulak sibuk dengan isu pemilik salon gunting rambut di Kota Baru kena saman, sebab tukang gunting perempuan menggunting dan memegang kepala lelaki. Kepala lelaki mana boleh dipegang sesuka hati oleh kaum perempuan.
 
Apapun dua isu ini nampaknya bakal menyebabkan 'keharmonisan' hubungan dalam pakatan pembangkang menjadi semakin berkurangan.
 
Pas ingin membuktikan sesuatu. PKR ingin menjaga hati kedua-dua pihak. DAP pulak ingin menunjukkan mereka tetap jaguh dalam menundukkan Pas.
 
Keputusan EXCO Kelantan yang bersidang semalam, memberi tamparan kepada semua pihak. Mereka akur dengan tuntutan DAP. Sokongan sepatutnya diberikan kepada kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan sesuatu bagi menarik kembali sokongan rakyat menjelang PRU13 ini.
 
DAP pulak semacam tidak mahu berkompromi dengan Pas. Nuar dalam hal ini hanya senyum simpul. Sebenarnya dalam dua isu ini Pas boleh bertindak, cuma mestilah dengan cara yang bijaksana. Janganlah sampai tindakan tersebut seperti yang digambarkan oleh Kepal Nasi Kepal Beras iaitu meletakan katil dan tilam di ruang tamu dan bukannya dibilik tidur..
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

Tuesday, December 11, 2012

Janji Ditepati..Guan Eng Bakal Tumbang Di PP..


Bertemu kawan lama
DR. MAHATHIR Mohamad bertanya khabar dengan rakan lama beliau, Ahmad Mat (duduk), 87, dari Kampung Bukit Berangan, Belantik semasa melawat Kampung Pelangi, Gulau, Sik, Kedah, semalam. - BERNAMA
 

Nampaknya marah betul Lim Guan Eng dengan kempen terkini Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN di Pulau Pinang tempoh hari. Secara halus dan bernada rasis beliau mengingatkan bahawa pengundi Cina tidak mungkin akan tergoda dengan janji-janji PM itu. Contoh yang beliau kaitkan ialah semasa PRK di Sibu.
 
Guan Eng juga mungkin tersedak dan tersentak dengan kemasukan Zaharain Hashim bersama lebih 300 orang penyokongnya ke dalam UMNO. 300 di dikalikan dengan 4 sahaja sudah menjadi 1000 orang lebih yang bakal menjadi jentera UMNO/BN dalam PRU13 kelak di Bayan Baru.

Dia ni seorang pemimpin yang suka putar belit yang suatu ketika dahulu di labelkan sanggup masuk penjara semata-mata kerana hendak membela seorang gadis sunti Melayu. Ish..ish.. bila pulak dia membela gadis berkenaan??

Faktanya dia terperosok dalam penjara sebab menghina mahkamah, mempertikaikan keputusan mahkamah, maklumlah dia super hebat, super berani.

Cantiknya demokrasi berparlimen di Malaysia ialah bekas banduan masih boleh meraih kehidupan popular dan masih diterima menjadi 'pemimpin' masih boleh menjadi YB dan masih boleh menjadi Ketua Menteri.

Semasa dia keluar penjara pemimpin Pas yang paling tinggi mengangkat bendera meraikan pembebasan dia di Plaza Tol Air Keroh ialah Timbalan Presiden Pas sekarang, tetapi berbaloilah kerana dia akhirnya melantik Mat Sapu menjadi bos air di PP dengan kemudahan VVIP.

Sedap mulut je dia mengkritik Perdana Menteri dengan mengatakan PM menabur janji untuk PRU13. Yang dia selama bertahun-tahun menabur janji bulan bintang cakrawala tu dia tak sedar pulak.

Memanglah dalam kempen untuk menarik sokongan janji amat perlu. Soalnya PM dan BN bila berjanji seboleh mungkin akan ditunaikan apabila mendapat kejayaan, Maksudnya janji ditepati.

Pembangkang pulak bila berjanji bukan untuk ditepati tetapi untuk memainkan sentimen rakyat semata-mata. Janji hapuskan tol, apabila menang dan rakyat menagih janji berkenaan, selamba je pembangkang mendakwa janji tersebut tidak boleh pakai sebab itu janji tak sengaja. "ingatkan kita tidak boleh menang" pulak. Siapa mereka nak bodohkan ini.

Manifesto PRU bukannya janji, itu cuma main-main sahaja. Sebab itu ibu tunggal 2020 orang menyaman pembangkang di mahkamah.

Bila menyedari kedudukannya di PP semakin tidak selamat dan goyah, LGE nampaknya semakin meroyan sehinggakan air mata perwakilan di Perhimpuan Agung UMNO turut menjadi bahan ceramah dan sindiran beliau.

Bila Ketua pembangkang di DUN PP bertanya kenapa jumlah kemasukan pelabur asing ke Pulau Pinang pada tahun ini begitu merudum, bukan dia nak menjawabpun sebaliknya segera mengatakan itu fitnah jahat, putar belit dan sengaja nak memburukan kerajaan DAP di PP. Jawap jelah, kenapa dan bersilat lidah. Jika tak faham soalan, minta ulang semula, kenapa pelaburan asing cuma RM1.8 sahaja kerana pada tahun 2010 ianya berjumlah lebih RM10 billion.

Tak reti sangatkah kerajaan DAP hendak mendapatkan pelaburan baru. Dulu bukan main bongkak mendakwa PP masih terus mendapat kepercayaan asing dan pelaburan FDI melonjak. Lupa pulak dia bahawa itu semua adalah hasil usaha kerajaan BN yang terdahulu.

Berbangga dia apabila dipuji melangit oleh pemimpin Pas bahawa peruntukan untuk Agama Islam meningkat menerusi pembentang bajet setiap tahun. Tetapi kenapa pewruntukan itu tidak dibelanjakan?? saja nak mengkaburi mata rakyat ke?? Lapuran Audit mengesahkan perbelanjaan untuk urusan agama tidak dibelanjakan sepenuhnya. Datuk Dr Helmi juga pernah menulis di akhbar mengenai perkara ini.

Apa yang pembangkang tidak janji dalam PRU12 dulu? semua mereka hamburkan dalam kempen mereka. Hendak memperbaiki itu dan hendak menyelamatkan ini, segala-galanya. Bila rakyat memberikan kepercayaan dan amanah kepada mereka, maka mereka lupa dan lalai dibuai oleh ulitan kuasa yang enak.

Mereka hendak menyelesaikan segala kemungkaran UMNO/BN, kemungkaran kerajaan, kemungkaran pemimpin namun setelah berkuasa rakyat melihat mereka lebih teruk lagi daripada orang yang mereka pernah tuduh.

Berbuih mulut mereka setiap malam menyebut segala isu daripada isu babi, isu hudud, isu minyak, isu subsidi, isu kroni, isu SPR, isu polis, isu rasuah, isu air, isu rumah, malah segalanya seolah-olah akan terhapus semua sekali jika rakyat memberi mereka mandat. Setelah mendapat kuasa di beberapa negeri?? apa yang terjadi??? Jawablah sendiri, PRU13 hampir menunjukkan diri.

Bercakap memang mudah. Berjanji memang mudah, namun sebelum pembangkang naik leka dan masih bernostalgia dengan kemenangan dulu harus diingatkan bahawa punca penolakan rakyat terhadap UMNO/BN bukanlah semata-mata yakin dengan kemampuan pembangkang.

Rakyat ingin 'mengajar' kerajaan dan pemimpin. Jika pemimpin lupa daratan, tidak boleh ditegur, maka rakyat gunakan peti undi untuk memberikan peringatan. Ramai yang berkata, " alah undi aku seorang tak menjadi kudis.." akhirnya apabila ramai yang ke peti undi dengan sikap yang demikian maka keputusannya di luar jangkaan. Itu sahaja, bukannya rakyat menerima agenda pembangkang sepenuhnya.

Pembangkang apabila mendapat kuasa rupanya serupa sahaja dan mereka juga melakukan segala kemungkaran. Ibarat beruk dapat bunga atau sikudung mendapat cincin. Kata dulang paku serpih..

Pemimpin kerajaan pula sebaliknya cepat menginsafi keadaan dan berubah kerana tidak mahu terus diubah. Transformasi berlaku setiap  hari, setiap waktu diterajui oleh Perdana Menteri meliputi segenap denyut nadi rakyat. Slogan 1Malaysia rakyat didahulukan, janji ditepati, zaman kerajaan mengetahui segala-galanya telah berakhir dan terkini 1Malaysia tolak fitnah, semakin dihayati oleh rakyat.

Rakyat akan terus selamat di bawah teraju UMNO/BN. Rakyat akan kembali menyokong UMNO/BN. Yakinlah. Buktinya semua ceramah Perdana yang melibatkan pemimpin besar pembangkang telah gagal menarik pendengar.

 
Saya akan kembali bertanding di Melaka sebab PP tidak lagi selamat untuk saya. 
 
 
Ceramah Di Klang.. 200 orang je hadir??? paghah!!!

 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

Tuesday, December 4, 2012

UMNO/BN Bukan Milik Sdn Bhd..


Perhimpunan Agung UMNO 2012
 

Berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO tempoh hari dan sehingga bulan Mac tahun hadapan rasanya fokus pemimpin, ahli parti dan rakyat kebanyakanya ialah tertumpu kepada pembubaran Parlimen dan PRU13 akan diadakan.
 
Topik perbualan di warung-warung kopi atau di loby Hotel mewah juga tidak boleh lari dari kisah PRU ini.
 
Pelbagai kisah daripada kekuatan parti, ramalan terkini, sehinggalah kepada bakal calun dan YB yang bakal digugurkan tidak lepas daripada tajuk perbualan.
 
Sipolan akan digugurkan, sipolan calun winabble, jika sipolan tidak dicalunkan parti ini dan itu akan kalah.
 
Membaca blog-blog politik dari NSDK juga paparan di FB ternyata perbualan juga berkisar kepada PRU13. Ramalan berlegar setiap minit. Tidak terkecuali ialah kisah sabotaj parti, sabotaj calun oleh orang tertentu yang bakal menghantui senario politik tanah air hari ini.
 
Presiden parti dalam penggulungan hujah di Perhimpunan Agung UMNO juga tidak lupa berpesan malah beliau mengwar-warkan satu kaji selidik yang perlu dijawab oleh setiap pendukung parti. "Sekiranya anda tidak terpilih sebagai calun, apakah anda akan...??? Lima andaian sebagai jawapan yang digariskan oleh PM.
 
Kisah sabotaj, merajuk, keluar negara, tidak menunjuk muka serta cah keting bukanlah perkara baru dalam mana-mana PRU di negara ini. Pemimpin parti sejak dahulu sehingga kini sering mengingatkan betapa pentingnya ketaatan kepada pemimpin parti dan kepatuhkan kepada setiap keputusan yang telah diambil.
 
Sungguhpun berkali-kali diingatkan, namun perbuatan sabotaj dan sebagainya itu berlaku juga. Akibatnya calun yang dipilih tidak mendapat sokongan yang padu dan parti akhirnya akan kalah.
 
Ada yang berpuas hati dan merasa gembira apabila calun yang dia tidak sokong kalah kerana itu membuktikan bahawa pemimpin telah tersilap memilih calun. Pemimpin tidak akan tersilap dan calun akan menang sekiranya dia yang dipilih.
 
Pemimpin atau ahli parti yang sebegini sebenarnya merugikan parti. Jika calun yang dipilih tidak disokong kerana ingin membuktikan sesuatu, maka yang rugi ialah parti.
 
Untuk PRU13 ini semuanya seolah-olah menjadi getir. Sebab itu Presiden Parti dan Pengerusi BN mengingatkan berkali-kali betapa pentingnya ahli parti menyokong sepenuh hati calun-calun yang bakal terpilih nanti.
 
 
Transformasi politik pastinya akan dilaksanakan oleh Presiden parti selpeas ini walaupun tidak disukai oleh sesetengah pemimpin. Perubahan terpaksa dilakukan demi masa depan parti, rakyat dan negara.
 
Terdapat kini pemimpin BN yang telah bertanding dalam PRU sebanyak 3 hingga 6 penggal. Bermakna telah menabur bakti selama antara 12 hingga 20 tahun. Tidak mengapa jika tidak mahu berundur, tetapi jika nama tidak tersenarai, jangan cuba-cuba hendak membuat angkara.
 
Jika YB-YB  yang telah otai ini masih juga dikekalkan, kebolehan dan kemampuan mereka setakat itu sahaja. Mereka tidak  akan tiba-tiba sahaja menjadi gemilang dan terbilang selepas PRU13 kelak. Bagi orang lain pula kesempatan untuk menabur bakti. Pusaka bergilir pemimpin berganti.
 
Mereka yang tidak terpilih ini tidak kira siapa mereka, apa kedudukan mereka sekarang, mestilah insaf bahawa masa mereka telah tamat sebagai YB. Berbaktilah dengan cara dan saluran lain pula.
 
Jika masa kita dahulu berduyun-duyun orang menyokong demi untuk memenangkan kita, apa salahnya kali ini kita pula mendukung dan menyokong orang lain agar parti mencapai kejayaan.
 
Bagi ahli parti, orang parti dan rakyat biasa kita mesti sedar bahawa kuasa kita adalah penting. Sekiranya terdapat pemimpin yang tidak terpilih, mereka mengajak kita mengikut mereka mensabotaj calun yang dipilih oleh pucuk pimpinan maka peranan kita adalah jelas, iaitu tinggalkan mereka begitu sahaja.
 
Katakan kepada mereka bahawa kita menyokong parti dan mengutamakan parti. Tidak ada makna sekiranya calun parti kita kalah dan air muka kita jatuh terkebawah.
 
Sebelum pemimpin yang tidak terpilih ini berjaya mengsabotaj parti dalam apa bentuk sekalipun, maka mari kita beramai-ramai mengsabotaj beliau dengan menjauhkan diri dari mereka dan menumpukan sepenuh sokongan kepada calun yang terpilih.
 
Soal tidak puas hati memang tidak dapat dielakkan. Samada calun diumumkan awal atau lambat, perasaan kecewa tidak dapat dihindarkan. Ada pro dan kontranya jika calun diumumkan terlalu awal.
 
Yang penting setiap ahli parti mestilah menerima hakikat bahawa daripada 28 juta rakyat Malaysia yang terpilih sebagai calun hanya sekitar 0.003 peratus  sahaja. Selebihnya adalah merupakan pendukung parti.
 
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

Monday, December 3, 2012

Anggota Polis Malaysia Telah Berlebihan..


 

Kepada pembaca blog, Jokiden mohon maaf kerana blog ini lama tidak diupdate. Tidak ada apa-apa masalah, cuma masa agak terhad sejak Perhimpunan Agung UMNO tempoh hari. Pada Sabtu dan Ahad pula banyak sangat jemputan kenduri.
 
Blog ini akan dikemaskinikan seperti biasa. Sebelum itu mari kita baca artikel yang disiarkan dalam Mingguan Malaysia ini jika ada yang terlepas pandang dan sama-sama kita renungkan.
 
 

Pembangkang mahu beku ambil polis

BATU GAJAH 1 Dis. - Pakatan pembangkang merancang untuk membekukan pengambilan anggota polis baru sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana mendakwa nisbah anggota kepada penduduk di negara ini telah melebihi daripada statistik piawaian di peringkat antarabangsa.
 
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar berkata, nisbah seorang anggota polis kepada penduduk di Malaysia telah mencecah 270, melebihi nisbah yang diperakukan polis antarabangsa (Interpol) iaitu seorang anggota polis bagi setiap 250 penduduk.
 
"Dengan pembekuan ini, saya beri jaminan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahawa kita akan rancang dan laksanakan peningkatan 15 peratus gaji anggota-anggota polis yang di peringkat bawahan sebaik sahaja kita menang.
 
"Kita lebih baik nisbahnya daripada Singapura, Hong Kong dan Thailand. Anggota polis itu cukup, tapi semuanya tidak payahlah hendak menjadi Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) kot. Bukan tidak payah buat FRU kerana di bawah pakatan pembangkang, kita akan kurangkan kadar protes dan demonstrasi.
 

Wednesday, November 28, 2012

UMNO Selamanya Mengatasi PAS..


Barisan ini gagal disaingi oleh Pas dan PKR.
   

Sesak nafas pemimpin dan pengikut Pas selepas mendengar ucapan perasmian Perhimpunan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO semalam. Ada yang seperti orang baru kehilangan bini. Ada yang seperti baru terbangun dari tidur dan mimpi ngeri. Reaksi ini dapat difahami apabila kita menilai setiap butir komen dari mereka.
 
Berdasarkan komen-komen yang pelbagai yang dihamburkan oleh pencacai pakatan menerusi laman atau media sosial, ternyata mereka meroyan dengan apa yang mereka dengar. Apa yang disampaikan oleh Timbalan Presiden tersebut hanyalah ulangan atau ingatan terhadap kenyataan yang ada di depan mata mereka.
 
 
Sedap dipandang mata.. 
 
Jelas pencacai pakatan ini takut, fobia dan bimbang untuk berhadapan dengan realiti. Mereka takutkan kebenaran. Mereka lebih sukakan khayalan.
 
Realiti politik dalam negara yang mengamalkan demokrasi berpalimen, parti mana yang mempunyai kerusi lebih walaupun satu kerusi maka parti itulah yang akan mengetuai pemerintahan. Menjadi Perdana Menteri tidak sama dengan menjadi Ketua Pembangkang.
 
Kerusi kurangpun jika rakan sekongkol atas sebab-sebab tertentu boleh bersetuju dengan calun dari parti yang memperolehi kerusi paling sedikit untuk menjadi Ketua mereka.
 
Begitu juga apa yang berlaku di Perak tidak sama dengan apa yang mesti dipraktikkan di Putra Jaya. Undang tubuh negeri-negeri di Malaysia berbeza.
 
 
Ini gagal disaingi oleh PKR
 
Di Perak walaupun Pas hanya melukut di tepi gantang, namun berjaya memperolehi jawatan Menteri Besar kerana Undang-undang Negeri Perak tidak membenarkan selain daripada Bangsa Melayu menjadi Menteri Besar. Jadi DAP terpaksa beralah.
 
Pas tidak mahu belajar dari kenyataan, mereka lebih sukakan syok sendiri. Merasa hebat, tetapi tidak hebat. Merasa lebih Islamik dari orang lain tetapi sebaliknya lebih mungkar. Merasakan lebih alim tetapi sebenarnya lebih jahil. Merasakan diri lebih membangun bersama Islam, tetapi sebenarnya lebih mundur. Ini semua pernah dikatakan oleh Nuar suatu ketika dahulu.
 
DAP sebaliknya belajar daripada pengalaman. Sebab itu sekarang ini DAP bersungguh-sungguh mencari calun-calun Melayu yang boleh mereka kotak katikkan untuk bertanding atas tiket DAP dalam PRU13 kelak sebagai persiapan sekiranya memperolehi majoriti, maka calun merekalah akan menjadi Menteri Besar.
 
Mereka akan meletakkan calun Melayu di Perak, di Melaka, di Sarawak, di Negeri Sembilan dan juga di Pahang. Perancangan DAP jelas menuju ke arah kuasa mutlak. Pas sebaliknya asyik beralah dan tunduk layu terutamanya apabila di sergah oleh Karpal Singki. Terbaru ialah kes salun di Kota Baru Kelantan.
 
 
Lambang kemegahan umat Melayu
 
Perlembagaan Persekutuan membenarkan sesiapa sahaja daripada rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan menjadi Perdana Menteri sekiranya memperolehi majoriti dalam PRU. Jadi dalam isu ini jangan mimpilah DAP akan meletakkan calun Melayu untuk bertanding di kawasan Parlimen yang mereka boleh menang. DAP tidak akan mengorbankan  kerusi Parlimen mereka. 
 
Sebagai sebuah parti otai dalam sistem politik Malaysia, Pas menyedari perkara ini. Jika sudah tersedar daripada mimpi, apa kata dalam pembahagian kerusi dalam PRU13 kelak Pas menuntut pembahagian yang sama rata.
 
Pas bertanding di 74 kawasan, PKR 74 dan DAP 74. Sama rata, sama rasa. Ucapan TPM yang membuka mata penyokong tegar Pas (jika mereka insaflah) pastinya membuatkan Nuar meroyan kerana sedikit sebanyak ia akan menjejaskan perancangan Nuar dalam pembahagian kerusi kelak.
 
Sekarang ini apa yang mereka bersetuju untuk tidak bersetuju ialah PKR bertanding di 90 kerusi, DAP 72 dan Pas merosot ke 60. Maknanya belum memasuki PRU13 Pas sudah kalah dan sudah menjadi minoriti.
 
Harus diingat tidak berlaku di mana-manapun dalam negara ini apabila orang Islam tidak memegang kuasa kedudukan Islam kekal terpelihara. Tidak berlaku. Sebaliknya tanpa kuasa orang Islam akan terus di hina sepanjang masa. Perhatikanlah.


TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.