Sunday, December 16, 2012

Cerita Lucu Di Pagi Minggu...



 
Macam zaman dulu-dulu ni..

Kenyataan Presiden Perkasa ini seperti yang dilaporkan oleh akhbar amat menarik untuk direnungkan. Malah kita boleh juga ketawa jika kita mahu.
 
Beria-ia dia nak menyokong UMNO/BN, nak mempastikan supaya BN memperolehi majoriti dua pertiga dalam PRU13 akan datang.
 
 
KUALA LUMPUR 15 Dis. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini berbaiah atau berikrar membantu Barisan Nasional (BN) mendapatkan kemenangan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang demi mengukuhkan kerajaan sedia ada seterusnya menjamin kelangsungan bangsa dan negara.
 
Ikrar itu dilafazkan kira-kira 10,000 ahli Perkasa diketuai Presidennya, Datuk Ibrahim Ali dalam Perhimpunan Agung Ketiga pertubuhan tersebut di Padang Astaka Taman Tasik Titiwangsa di sini hari ini.
 
Turut serta timbalan presiden, Datuk Abdul Rahman Abu Bakar.


Jiwa dan semangatnya tetap membara untuk membela nasib Orang Melayu, menjaga kedaulatan institusi raja dan mempertabatkan Agama Islam. Dalam hal ini dia sememangnya konsisten sejak dari dulu lagi.
 
Dalam hal tertentu dia di lihat sebagai oportunis terutamanya berkaitan dengan bertanding dalam mana-mana PRU. Beliau pernah mendapat pelbagai gelaran oleh musuh-musuh politik beliau seperti gelaran 'katak'
 
Datuk Ibrahim Ali bijak mencari dan menghidu peluang. Di saat dia bersungguh-sungguh untuk membantu kemenangan BN, dia juga tidak menolak untuk bekerjasama dengan mana-mana parti samada PKR atau Pas dalam membantu beliau mencapai cita-citanya untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas.
 
Penyokong tegar beliau memang sudah sedia untuk timbul dan tenggelam bersama beliau di sana. Dengan sedikit bantuan daripada mana-mana pihak lain samada UMNO, Pas atau PKR beliau rasanya mungkin menang dengan selesa juga kali ini.
 
Pas yang merasakan terpukul dengan tindakan beliau selepas PRU13 rasanya sudah serik untuk membantu atau memberikan laluan mudah kepadanya kali ini. Perkara ini pernah diungkit-ungkit oleh Nik Aziz beberapa kali.
 
PKR mungkin bersedia membantu beliau jika kena dengan rundingannya. Nuar Brahim rasanya juga tidak keberatan untuk bekerjasama dengan beliau kerana bagi Nuar matlamat lebih penting daripada hal-hal yang lain.
 
Apapun yang terbaik mungkin ialah beliau mendapat kerjasama daripada UMNO/BN. Lagipun beliau sudah berterus terang dan sudah membuka laluan tanpa segan silu. Kita tunggu juga langkah seterusnya daripada seorang lagi anak Ali iaitu Datuk Dr Hassan Ali.
 

Ibrahim Ali akan pertahan kerusi Pasir Mas

 
KUALA LUMPUR 15 Dis. - Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali akan mempertahankan kerusi itu dalam pilihan raya umum akan datang namun belum menentukan untuk bertanding di bawah lambang parti politik tertentu.
 
Menurutnya, beliau bersedia bertanding sama ada di bawah Pas seperti dalam Pilihan Raya Umum 2008 atau di bawah lambang parti lain seperti UMNO.
 
Sehubungan itu, katanya, beliau masih mengharapkan sokongan semua pihak sama ada daripada UMNO serta Barisan Nasional (BN) atau Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi membantunya memenangi semula kerusi itu.
 
"Saya bersedia berbincang dengan mana-mana parti politik yang sedia menawarkan saya bertanding di bawah lambang parti mereka dalam pilihan raya umum nanti.
 
"Saya mahu meneruskan khidmat dengan penduduk Pasir Mas dan yakin khidmat saya lebih baik daripada ramai pemimpin parti politik tertentu," katanya.

 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

3 comments:

  1. Salam Bang,

    Dokek nak pilihanrayo ni ..mintak abg komen sikit ala no holds barred pasal keadaan sebonar politik kek pilah ni ...apo dio kehendak rakyat dan apo sobonar eh yg digambarkan kek pusat oleh wakil rakyat yg sedio ado ....rakyat deserve to know the truth bang ....demi survival umno ...kito tak boleh biarkan wakil rakyat berunding sesamo sendiri untuk kekal berkuasa ...lamo2 sok ...org umno akan mual dan lari ....pedulikanlah hal nasional ni bang ...kito nengok lopak kito ...

    ReplyDelete
  2. Wkslm Anon 5.14,

    Toghimo kasih sobab baco blog Jokiden.

    Memang Jokiden jarang bona tulih pasal senario politik NSDK ateh sobab2 berikut:

    1. Tak mahu mengeruhkan keadaan
    2. Tak mahu boghi bola tanggung kek pombangkang,
    3. Apopun ramalan oghang ghamai, ese berpendapat NSDK masih solamat bagi UMNO/BN dalam PRU13 kelak.
    4. Tak mau kawan2 kito dalam hiraki kopimpinan tersinggung dgn komen2 Jokiden
    5. Sokali dulu ese dah tulih, pada 2004 sapo yg mengetuai barisan di NSDK ini?? Pado 2008 sapo yg mengetuai?? dan pado 2013 sapo yang mengetuai?? Masih pomimpin yang samo daghi sotiap Bahagian. Tok Mat, Tok Rais, Tok Lillah, Tok Sahak, Tok Isa, Tok Shaziman, Tok Hashim dan Tok Mail. Kok lah NS kalah dan jatuh kek pombangkang dalam PRU13 sok, inilah pomimpin yg kono bertanggung jawab.

    Pilah setakat hari ni ok. Siapa yang bertanding UMNO/BN akan monang. Jangan kito donga bona gompar yang dibuek ea dek pombangkang tu.

    Ketuo Penerangan Pas memanglah jiko dio boceramah kek Johol tu, macam sok pagi yo Pas nak tawan Johol. Bendera Pas memang banyak kek sopanjang jalan di Johol tu, tapi jgn kito ghisau bona.

    Apopun ese sotuju dgn komen di ateh, kito tidak boleh biakan wakil rakyat boghunding sosamo merko yo doh..

    Pilah dipantau sotiap maso. Pomimpin atasan faham senario di Pilah. Laporan dtg daghi polbagai pihak. Polis ado, MIO ado, kemas ado, penerangan ado, DO ado, BTN ado, Rela ado, org tertentu yang dihantar oleh pomimpin atasan sontiaso ado memantau kek Pilah, cumo kito tak kona sapo deh.

    Juasseh, Pilah, Sonaling, Johol, SM dan Parlimen Insya Allah solamat bang.

    Calun yang ditapih pun ghamai. Banyak pihak yang sodiokan calun. Calun Bahagian lain, calun SB lain, calun MIO lain, calun Rela pun lain. Sok jgn topoghanjat daghi onam, cumo duo oghang lamo yo yg kokal di Pilah. Lain muko baghu..

    Yang tak jadi calun sok, kok dio nak sabotaj, dio dulu yang kito samo2 sabotaj.. Kito mesti bokempen habis-habisan untuk monangkan parti. Kok yg tak topilih nak merajuk kito biakan..jgn kitopun samo nak bosimpati kek dio.Dio nak bocuti koluar negeri ko, kito biakan..

    Ese Insya Allah macam biaso, tibo pilihanrayo ese akan turun bantu di mano bulih... Kali nipun samo tekad ese. UMNO/BN mesti kito monangkan di Pilah.

    ReplyDelete
  3. Salam Bang,

    Timo kasihlah dengan reply yg chopek dari abg. Saya kagum dengan semangat abg walaupun saya tau abg ponah kono kecewa kek bahagian. Biasolah tu bang, org macam abg yg ado potensi selalu eh tak diberi peluang berbakti. Itulah sobab sayo nak abg komen buek iktibar kek org mudo yg sebonar eh nak berbakti dan berjuang dalam UMNO tapi tak dibori peluang kek pimpinan yang sedio ado. Walaupun kito ado keyakinan akan monang tapi sebonar eh kito mesti perjuangkan survival umno dikalangan org melayu ni bang. Kalau lamo bonar pegang jawatan, timbul lak sifat complacent dan amik tak kisah. Orang mudo abih sumo jauhkan diri dari umno. Kito ni nak umno terus memerintah sampai ko anak cucu kito dan bukan guno periodic approach. Maso nak pilihanrayo yo sibuk nak jumpo ahli.
    Kalau kito tengok wakil rakyat yg sedio ado ni, kebanyakan dah lobih 3 penggal. Jadi persoalan sayo, sampai bilo nak duduk situ dan terus menidakkan pemimpin mudo. Di pilah ni memang open secret yang ahli nak pembaharuan tapi pimpinan yg ado masih dalam denial. Saya yakin abg tahu yg makin lamo org2 ni memimpin, makin orang jauh dari parti.
    Saya samolah ngan abg bab peluang BN di pilah tapi saya yakin abg tau, we will win the battle but in the long run, we will lose the war.

    Salam hormat bang

    ReplyDelete