Tengoklah betapa bercelarunya pemikiran Tok Guru Pas ini bila hendak melepaskan diri. Dia terpaksa bersilat dengan kat-katanya demi untuk menghalalkan kerjasama Pas dengan DAP.
Buatlah apa yang patut Tok Guru. Buah fikiran orang lain yang tak sealiran bukannya nak dipertimbangkan pun. Carilah alasan. Carilah Nas dan Hadis untuk menghalalkan apa sahaja yang Pas sekongkolkan dengan DAP dan PKR tu.
Jika dilihat asas kerjasama dengan DAP tersebut disebabkan oleh kononnya agenda yang sama, untuk menentang itu ini, maka semua itu sudah diatasi oleh kerajaan pimpinan DS Najib. Segala isu sudah ditangani.. apa lagi hujah mu Tok Guru..
Dalam kes terbaru di mana seorang bekas ahli Pas dan penulis buku kembali menghangatkan tentang 'Amanat Hj Hadi' yang suatu ketika dahulu mewarnai dunia politik tanah air, maka bersegeralah Nik Aziz dan Harun Taib muncul untuk mempertahankan beliau dengan hujah yang dangkal.
Nik Aziz kata 'ilmu' Hj Hadi lebih tinggi daripada Tan Sri Harussaini dan Mufti Wilayah Persekutuan. Soalnya benar ke?? Benar ke Hj Hadi lebih alim daripada dua orang tokoh tersebut??
Segala tindak tanduk dan tutur kata Hj Hadi adakah mencerminkan beliau seorang yang berilmu, merendah diri, tidak riak atau takbur.
Tiba-tiba sahaja para mufti dilarang mencampuri urusan politik. Habis selama ini ulamak Pas tidak berpolitik???.
Jika mufti tidak menegur mereka lemparkan pula pelbagai gelaran seperti 'sudah kenyang' 'makan gaji buta' ulamak wang ringgit dan sebagainya. Bila mufti dengan ikhlas menegur segala kemungkaran mereka maka cepat pulak mereka membelasah para mufti berkenaan.
Sebab itulah sering Jokiden mengatakan Pas kini telah mula ditimpa musibah akibat tabiat serta kelakuan pemimpinnya yang memesongkan kebenaran. Ayat yang sering mereka ulang seribu kali ialah "UMNO tolak Islam.." Hakikatnya Paslah yang menolak Islam.
Kerjasama tidak berasas hudud?
DUNGUN 15 Dis. - Pas hari ini mengakui tidak kisah jika DAP menganggap kerjasama yang terjalin antara mereka berdasarkan atas prinsip pluralisme dan bukan kerana berasaskan negara Islam atau pelaksanaan hukum hudud.
Perkara itu diakui Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) yang mendakwa, pluralisme merupakan satu bentuk fahaman dan tidak boleh dipaksa untuk diterima atau tidak.
Katanya, apa yang penting orang Islam itu sendiri perlu tegas dengan pendirian terhadap agama Islam.
"Pluralisme itu merupakan perkara yang berlaku dalam kehidupan manusia dan tidak boleh dipaksa, tetapi kita tegas dengan agama kita sendiri kerana Allah membawa dua pendekatan, yang pertama, tiada agama yang Allah terima melainkan Islam dan kedua tiada paksaan dalam agama.
"Jadi, sebab itu dalam negara Islam diizinkan orang bukan Islam menjadi rakyatnya," katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam Majlis Perasmian Himpunan Kebangkitan Rakyat Pas Ganti UMNO (PGU) 6.0 di Paka, di sini hari ini.
Beliau mengulas dakwaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa parti itu mendekati dan bekerjasama dengan Pas dalam pakatan pembangkang bukan kerana negara Islam, tetapi atas prinsip galakan demokrasi, pluralisme, kepelbagaian budaya, hak asasi manusia dan wanita serta pembangunan negara.
Mengulas lanjut, Abdul Hadi menjelaskan, kerjasama Pas dan DAP berlaku atas titik persamaan tertentu dengan membiarkan hak masing-masing dalam perkara berbeza termasuklah soal hudud.
"Kita bersama-sama DAP dalam menentang kezaliman, menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Rahsia Rasmi (OSA), penyelewengan, ekonomi serta rasuah dan ini merupakan agenda yang sama, namun dalam isu hudud dan kisas itu tidak sama.
"Namun, kita kemukakan Undang-Undang Jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu yang mana kita buat kelonggaran yang diizinkan Islam iaitu orang bukan Islam boleh pilih mana undang-undang yang dia mahu," katanya.
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.
No comments:
Post a Comment