Masa kita kecil-kecil dulu kita sering mendengar berita setiap kali MIC mengadakan mesyuarat pastilah berlaku pergaduhan. Mestilah berlaku baling-baling kerusi di semua peringkat. Kini budaya baling kerusi dalam mesyuarat MIC sudah jarang kedengaran.
Di dalam mesyuarat UMNO juga sesekali kita terdengar kisah baling-baling kerusi ini. Di dalam mesyuarat Pas jarang kita dengar tentang baling-baling kerusi ini kerana mereka selalunya akur sahaja dengan apa yang disogokkan oleh pemimpin mereka.
Di dalam mesyuarat MCA pernah berlaku baling-baling kerusi dan jerit-jerit namun tidaklah serius sangat. Dalam Mesyuarat DAP kisah bergaduh pernah berlaku tetapi tidaklah sampai ketahap parah.
Bila Parti PKR ditubuhkan dan mula mengadakan mesyuarat kisah baling kerusi, tumbuk menumbuk, tolak menolak ini kembali segar. Budaya ini sedikit sebanyak menular juga kepada parti-parti lain.
Budaya politik wang menular sejak dulu dalam parti UMNO. Menjadi tidak terkawal dalam pemilihan pada tahun 1993. Pada tahun 1987 juga berlaku politik wang, namun tidak secanggih dalam tahun 1993.
Kini budaya politik wang menular dalam ke semua parti. Bagusnya ialah budaya politik wang dalam UMNO sudah semakin terkawal. Sebaliknya budaya politik wang ini akan menjadi parah pula dalam parti PAS dan DAP. PKR tidak perlu disebutlah, kerana segala yang buruk-buruk berlaku dalam parti tersebut.
Yang ingin diperkatakan di sini ialah budaya samseng yang kononnya diamalkan oleh UMNO secara meluas. UMNO dikatakan sudah terdesak dan akan berbuat apa sahaja untuk mengekalkan kuasa. Itu persepsi yang diwujudkan oleh pembangkang terutamanya PKR dan Pas dalam menghadapi kebangkitan UMNO/BN ini.
Hakikatnya sejak dahulu lagi pengamal budaya samseng dalam mempertahankan ideologi parti dan mempertahankan pemimpin parti ini telah diamalkan oleh PAS. Ini berlaku dalam setiap pilihanraya atau ceramah mereka. Provokasi melampau oleh jentera PAS ini berlaku sepanjang masa sehingga menyusahkan pihak SPR dan pihak polis dalam mengawal mereka. Memanglah mereka boleh menafikankannya.
Kira-kira 30 tahun dahulu ketika kali pertama Harun Taib bertanding dalam PRK Teluk Pasu berhadapan dengan bekas Kadi Terengganu, ketika itu Jokiden sendiri menerima kesan daripada budaya samseng yang diamalkan oleh puak-puak Pas ini.
Cara samseng PAS ini mudah sahaja, apabila mereka ramai, maka mereka merasakan dunia ini sudah menjadi milik mereka. Pelbagai provokasi akan mereka lakukan demi untuk menarik perhatian lawan. Dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor perangai samseng puak Pas ini semakin menjadi-jadi kerana mereka dibantu oleh samseng PKR dan samseng DAP.
Begitu juga ketika PRK Bagan Pinang, para samseng PAS ini semacam orang kehilangan akal. Sehinggakan ada yang pecah berdarah. Namun apa bila mereka disergah kembali oleh petugas-petugas MIC yang juga jumlahnya ramai, maka mereka tersipu-sipu malu lalu mengundurkan diri.
Perancanagan untuk menimbulkan provokasi supaya sesuatu keadaan itu menyebelahi mereka sebenarnya dilakukan oleh pakar strategi puak-puak pembangkang ini lama sebelum sesuatu kejadian itu berlaku. Ada kalanya perancangan mereka menjadi. Ada kalanya perancangan mereka menemui kegagalan dan mereka terkantoi.
Dalam setiap perhimpunan yang mereka adakan ada terdapat rancangan sulit untuk menimbulkan suasana yang tidak tenteram dengan harapan mereka akan memperolehi kemenangan moral. Dalam kebanyakan situasi pihak polis, pihak berkuasa dan pihak UMNO selalunya beralah sahaja.
Namun sampai bila UMNO mesti terus beralah membiarkan sahaja segala provokasi puak-puak pembangkang ini. Apabila pihak UMNO bertindak balas maka mereka akan berasa seronok kerana umpan mereka telah terkena. Jika suasana menjadi lebih kecoh sehingga melibatkan pihak polis, maka itu mereka anggap satu kejayaan. Biasalah ketika itu pemimpin mereka akan secara sembunyi dan senyap meninggalkan semua penyokong mereka. Pemimpin akan menghilangkan diri.
Kemudian pemimpin merekalah yang paling sibuk di dunia untuk membuat dakwaan bahawa segala kekecohan tadi berlaku disebabkan oleh puak UMNO yang mengamalkan budaya samseng. Hebohlah mereka membuat tuduhan dan menghalakan segala kesalahan tersebut kepada pihak lain selain daripada pihak mereka. Ini yang berlaku semasa bersih 2 dan 3. Juga mungkin dalam bersih 4 nanti.
Sehari dua ini heboh dan kalut betul dengan kisah jelajah pembangkang 'Kembara Oren' yang diketuai oleh Mazlan Aliman yang cuba memasuki kawasan FELDA di NSDK tetapi telah dihalang dengan cara kasar oleh penduduk FELDA berkenaan. Admin FB Nik Aziz juga memuatkan perkara ini. Tak cukup tanah mereka mengatakan halangan tersebut dilakukan oleh samseng upahan UMNO/BN.
Dah masuk ke kawasan orang tanpa memberi salam, cuba pulak nak menabur fitnah mengatakan tanah Felda tergadai, peneroka tertipu, saham merudum, Pengerusi Felda bertambah kaya, kilang Lynas membawa racun rumpai dan pelbagai lagi, maka tentulah penduduk Felda berkenaan merasa tidak senang hati.
Kembara Oren mesti faham, bahawa majoriti peneroka Fleda tidak bersama mereka, maka itulah yang sepatutnya mereka jangkakan tentang sambutan yang bakal mereka terima sekiranya datang membawa berbakul-bakul fitnah. Jika sungguh mereka datang untuk membela nasib peneroka Felda tentulah kedatangan mereka akan dialu-alukan dengan permaidani merah.
Ini yang patut Mazlan Aliman perjuangkan..Cerita lanjut di sini
Namun biasalah apabila menerima sanggahan atau tentangan yang sedemikian rupa, maka jalan pintas untuk mendapat markah tinggi ialah dengan menyalahkan UMNO/BN. Itu telah menjadi piawaian standard dikalangan puak pembangkang.
Siapa tahu halangan dan rancangan untuk menghambat kembara oren itu dilakukan sendiri oleh puak cai pakatan yang memang telah diarahkan oleh pakar strategi dari pusat. Mana tahu orang mereka sendiri yang melakukan itu semua. Yang menyimbah cat kepada bas mewah juga mana tahu ia dilakukan oleh puak mereka sendiri.
Dalam kembara oren ini mereka sudah menjangkakan sambutan pastilah tidak cantik, tidak molek dan tidak gah. Untuk menjadikan semua itu supaya kelihatan hebat maka rancanglah sesuatu yang boleh membuatkan kembara oren itu menjadi isu nasional. Mana tahu.??
Mereka rancang orang yang sama mesti kena pukul dan orang yang sama mesti kena ikat.
Ingat dulu semasa unit amal Pas berkonfrontasi dengan pihak polis di Dataran Merdeka, kononnya untuk mempertahankan mahasiswa yang berpesta sek di situ, puak pembangkang menuduh itu kerja Pemuda UMNO yang menyamar. Masa Unit Amal Pas merempuh polis di KLCC mereka juga menuduh itu kumpulan Pemuda UMNO yang menyamar.
Semasa muslimat Pas terjerit terlolong di depan Perkarangan Mahkamah Jalan Duta pada 9 Januari, mereka juga menuduh itu kerja wanita UMNO yang menyamar sebagai muslimat Pas untuk memburukkan Pas.
Semasa seorang penyokong tegar Pas berbaring di depan kenderaan yang membawa pemangku Sultan Perak, dia juga dituduh oleh Pas sebagai orang UMNO yang menyamar. Nik Aziz mengatakan semua ahli Pas adalah berdisplin tinggi dan mematuhi segala peraturan dan arahan polis. Betul ke???
Jadi jika mereka mudah je mengatakan semua yang dilakukan oleh penyokong mereka di atas adalah kerja orang UMNO yang menyamar, apa salahnya kali ini kita katakan bahawa semua hambatan yang mereka terima dalam kembara oren tersebut dilakukan sendiri oleh penyokong mereka yang menyamar sebagai orang UMNO/BN?? Boleh jadi..
Polis Malaysia terkenal dengan sifat sabar dan bertolak ansurnya dalam dunia ini jika dibandingkan dengan polis Mesir, polis Singapura dan polis Amerika. Namun bagi pencacai pakatan ini, polis Malaysia adalah kejam, zalim, tidak berperi kemanusiaan dan bertindak keras terhadap peserta demontrasi. Mereka mengambil contoh peristiwa dalam Bersih 3 untuk menyalahkan polis.
Apa yang berlaku ialah provokasi melampau yang mereka lakukan dengan menghina polis, memanggil polis sebagai anjing UMNO/BN, polis rasuah, polis anjing kerajaan dan pelbagai cemuhan lagi. Itupun polis Malaysia tidak bertindak.
Polis hanya bertindak selepas Nuar Brahim dan Azmin Ali memberi isyarat supaya sekatan polis di rempuh. Undang-undang telah tidak dipatuhi lagi, maka polispun bertindak. Nik Aziz kata air kalau disekat akan melimpah, mana boleh tahan-tahan. Begitu juga dengan peserta demontrasi, bila di sekat mereka merempuh, maka tindakan itu wajar. Adakah patut seorang ulamak menghalalkan perkara sedemikian.??? Sah Nik Aziz bukan ulamak sebenar.
Bila polis bertindak, biasalah pemimpin pembangkang akan meloloskan diri, meninggalkan lapangan dan para penyokong merekalah yang akan berhadapan dengan pihak polis. Itupun piawaian standard pemimpin pembangkang. Orang kampungpun dah tahu.
UMNO/BN sekarang ini perlu bertindak lebih agresif. Jangan lagi berada di pihak yang selamanya mempertahankan diri. UMNO/BN mesti mula menyerang pulak selepas ini. Dedahkan segala kepincangan pembangkang dari yang kecil sehingga yang besar, sama seperti yang mereka lakukankan selama ini.
Segala tohmahan puak pakatan tidak perlu lagi dijawab sebaliknya segala kemungkaran puak pakatan yang harus diketengahkan. Terlalu banyak isu sekarang ini daripada cukai pintu, bantuan ibu tunggal, sokongan kepada penggunaan Kalimah Allah, negara berkebajikan, CAT, tanah yang diberikan kepada pemimpin DAP, isu balak di Kedah dan Kelantan sehinggalah kepada isu jalan-jalan yang tidak diselenggara dan diturap seperti di Selangor, isu rasuah pemimpin pakatan dan pembukaan rumah-rumah urut yang bercambah di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.
Di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang, rakyat bertambah terseksa di bawah teraju pakatan, yang dulunya sibuk meminta diberi peluang kononnya mereka lebih baik dari UMNO/BN dalam mentadbir negara ini. Habukpun tarak. Pemimpim mereka bertambah kaya raya dan rakyat terbiar melata.
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.
No comments:
Post a Comment