Thursday, December 27, 2012

Amanat Hj Hadi.. Syukurlah Orang UMNO Selamat..


   

Jika benarlah amanat Hj Hadi yang dibuatnya pada tahun 1981 di ketika dia berusia 38 atau 34 tahun tersebut merupakan sesuatu yang sesat dan menyesatkan, maka bersyukurlah semua ahli UMNO kerana sesungguhnya ahli-ahli UMNO tidak terlibat dengan amanat tersebut.
 
Yang menjadi mangsa ialah ahli-ahli Pas. Yang dizalimni ialah ahli-ahli dan pemimpin Pas. Mungkin tidak semua ahli Pas yang mempercayai amanat tersebut. Mungkin tidak semua pemimpin Pas yang mematuhi fatwa berkenaan. Mungkin tidak semua ahli Pas turut bersyubahat dalam perkara ini. Mereka juga selamat adanya.

Jika benar amanat tersebut sesat dan menyesatkan dan Hj Hadi belum bersedia untuk menarik balik, lantaran takut kehilangan pengaruh atau kehilangan undi dan bakal memalapkan impian ke Putrajaya, dan tidak berminat untuk memperbetulkan keadaan, maka pastilah beliau bertanggung-jawab sepenuhnya dan apa-apa kesan yang bakal mendatang pastinya terpikul ke bahu beliau.
 
Atau jika benar amanat tersebut sesat dan menyesatkan, mungkin secara sembunyi atau senyap Hj Hadi telahpun memohon taubat daripada Allah swt. Cuma beliau tidak menghebahkannya kepada umum atas sebab-sebab yang beliau sendiri sahaja mengetahuinya.
 
Mungkin juga telah ramai para pemimpin Pas yang cerdik dan celik Agama telahpun menjarakkan diri mereka dengan amanat tersebut.
 
Nik Aziz juga baru-baru ini telah menyindir Hj Hadi dengan berkata bahawa ilmu Hj Hadi adalah lebih tinggi daripada ilmu ulamak yang ada dalam UMNO terutamanya para mufti yang bertauliah.
 
Atau Nik Aziz bukan menyindir Hj Hadi tetapi hujah tersebut terbit daripada hatinya yang ikhlas demi membela Tuan Presiden. Atau dia sendiri merasakan ada regu kerana dia juga suka mengkafirkan UMNO.
 
Baiklah mereka orang bijak pandai agama, bijak mentafsirkan Al-Quran dan Hadis mengikut keseuaian mereka. Bagaimana pula dengan pengikut mereka yang tidak beberapa arif tentang hukum hakam agama lalu mempercayai sepenuh hati bahawa orang UMNO memang murtad atau kafir..??
 
Persoalan ini amat berat sebenarnya. Untuk menamatkan isu ini sekali untuk selamanya, wajarlah Hj Hadi atau Nik Aziz membuat kenyataan yang tidak berselindung lagi. Wajarlah kenyataan yang tidak berbau politik atau bermaksud politik dikeluarkan.
 
Mudah sahaja, jika mereka berdua percaya dengan apa yang mereka katakan maka panggilah TV3, Utusan Malaysia dan buatlah pengumuman iaitu benar mereka mengatakan UMNO itu murtad dan kafir. Jika mereka tidak lagi mempercayai kenyataan yang mereka keluarkan dulu itu benar dan betul maka katakanlah 'itu semua tidak benar dan saya menarik balik serta memohon maaf'
 
Jika itu dapat dilakukan maka percayalah akan berjurai-jurai air mata pengikutnya lantaran rasa simpati yang amat mendalam kepada mereka berdua. Selagi dua perkara ini tidak dilakukan selagi itulah polimik ini tidak akan berakhir. Walaupun tidak akan ada pihak yang mengungkit-ungkit isu ini lagi, kerana telah 'basi' namun apakah mereka terlepas daripada pegangan tersebut sekiranya tiada tindakan diambil.??
 
Hj Hadi mungkin boleh berkata, saya tidak suruh kamu semua percaya, saya tidak suruh kamu semua ikut dan benarkan apa yang saya cakap, saya telah bertaubat lama dah, orang je tak tau' Saya tak pernah suruh kamu ceraikan isteri kamu, saya tak pernah suruh kamu sembahyang dua imam, saya tak pernah suruh kamu kawin lagi sekali, saya tak pernah larang kamu mengziarahi saudara kamu yang mati.. bla..bla..bla..'
 
Terlepaskah Hj Hadi dari tanggung-jawab sekiranya itu yang beliau fikirkan?? Terlepaskah tanggung-jawab Hj Hadi hanya dengan mengatakan orang yang menuduh UMNO kafir telah berada dalam UMNO.? Dia pernah cuba melepaskan diri dengan mengatakan orang yang menuduh UMNO kafir ialah Datuk Nakhaei Ahmad bekas Naib Presiden Pas yang kini menjadi ahli UMNO.
 
Jika benarlah amanat Hj Hadi sesat dan menyesatkan maka beliau sepatutnya berasa simpati dengan ahli-ahli Pas yang mempercayainya sepenuh hati. Kesianlah pada mereka, kerana mereka tidak tau apa-apa dan mereka cuma taksub membuta tuli.
 
Diulangi sekali lagi, rasanya ahli UMNO terselamat dalam isu ini kerana ahli UMNO tidak pernah menyetujui amanat tersebut. Sementara ahli Pas pula sekiranya kalian merasa tertipu, terpedaya, apalagi tunggu!!!! samada tinggalkan Pas beramai-ramai dan masuk UMNO atau saman je Hj Hadi di Mahkamah.. ataupun maafkan Hj Hadi serta Nik Aziz dan terukan sokongan kalian. Pilihlah.

Baca juga yang ini
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.

1 comment:

  1. Addi, Addi.., dah den kobakan dulu topi kau 'door-gay'. Hambik kau. Jawab jangan tak jawab.

    ReplyDelete