Saturday, May 5, 2012

DS Najib Menjadi Punca Di Sebalik Demontrasi Bersih.. Buktinya...

Apo laie yg puak ni ondak ni..?    

Setiap perhimpunan dikawasan awam, dimana sahaja atas muka bumi ini, atas nama apa sekalipun tetap mengundang risiko. Jika dibenarkan pula penganjur atau pemimpin berucap dan membakar semangat para peserta, keadaan pasti menjadi lain. Ketenteraman yang dijangkakan pada awalnya akan bertukar ganas.

Berbeza sedikit dengan perhimpunan yang diadakan di kawasan tertutup, dalam bangunan atau dalam stadium. Perhimpunan yang dianjurkan oleh pihak pemerintah sekalipun tetap mempunyai risiko. Apa lagi perhimpunan yang bertujuan untuk menentang sesuatu isu atau pihak.

Jika polis anti rusuhan pun ada kalanya tidak mampu untuk membendung orang ramai apabila mereka merusuh, apalagi kemampuan penganjur. Bila suasana sudah menjadi tidak terkawal penganjur akan menghilangkan diri sambil memikirkan strategi terbaik untuk melepaskan semua tanggung-jawab. Mereka akan mencari pihak lain untuk diletakan semua kesalahan. Selalunya polis dan pihak keselamatanlah yang akan dijadikan kambing hitam.

Penganjuran bersih tidak sepatutnya dilakukan jika benar pembangkang di Malaysia inginkan satu penyelesaian yang terbaik. Mereka telah membuat tuntutan dan SPR telah berjanji untuk memenuhi tuntutan mereka. Daripada 8 tuntutan mereka 7 telah diterima. Asalnya 22 tuntutan dan 17 diterima oleh SPR. Wakil mereka dalam PSC dengan sendirinya dianggap bodoh. 

Walaupun kerajaan berlembut dengan tuntutan mereka, pembangkang terpaksa mencari kaedah lain untuk menunjukkan mereka masih wujud di negara ini. Maka SPR dijadikan modal terbaik, tanpa rasa malu. Bersih3 diadakan. Apa hasil yang mereka dapat?? sudah bertambah bersihkan SPR??

Sejak Perdana Menteri DSN mengambil alih kuasa, satu persatu transformasi dilakukan oleh beliau. kemampuan beliau menyelesaikan semua masalah membuatkan pembangkang hilang punca dan hampir pitam. Kemampuan kerajaan di bawah pimpinan DS Najib membela rakyat menyebabkan kewujudan pakatan pembangkang seolah-olah tidak relevan lagi.

Kejayaan transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri telah dengan sendirinya membuatkan pakatan pembangkang kelihatan CACAT di sana sini. Dalam temph tiga tahun menerajui negara, dengan slogan 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan kejayaan jelas terpampang di depan mata dan rakyat menerimanya dengan baik.

Sedangkan pentadbiran pembangkang di negeri yang mereka perintah terus kucar kacir, pincang dan serabut dengan pelbagai masalah. Senario yang menyebelahi BN ini  membuatkan pembangkang menghitung hari-hari terakhir mereka sebagai pentadbir.

Masalah asas rakyat seperti sampahpun tidak dapat mereka selesaikan hinggakan negeri maju suatu ketika dahulu, kini dikenali sebagai negeri sampah. 

Kegigihan Perdana Menteri dan Timbalannya dalam mempastikan seluruh lapisan rakyat mendapat pembelaan, menyebabkan Nuar serta rakan sekongkolannya menghadapi jalan buntu serta resah gelisah. Semua warga mendapat pembelaan Perdana Menteri dan yang terakhir rasanya ialah warga koperat. Mood rakyat yang semakin berpihak kepada DSN dan BN membuatkan pakatan haram seperti orang hilang arah.

Sebenarnya ramai yang tahu bahawa Nuar dan puaknya menyedari kemampuan DSN dalam menerajui negara ini. Sebab itu mereka berusaha seboleh mungkin supaya DSN tidak dinobatkan sebagai Perdana Menteri sejak awal lagi. Jika pentadbiran negara terus lemah, pastilah dalam PRU13 pakatan haram akan mudah memenangi hati rakyat. Kini mereka ketandusan isu.

Ketenangan DSN dalam menghadapi sebarang masalah, membuatkan pemimpin pembangkang yang utama sebagai orang dungu. Ini yang menghantui mereka. Sesuatu mesti dicipta supaya rakyat tidak terus terusan menerima baik segala pembaharuan yang dibuat oleh kerajaan.

Jadi Bersih mungkin boleh mencalar sedikit sebanyak imej tenang, cool  Perdana Menteri:

Ingin menunjukkan kerajaan seolah-olah hilang kawalan,
Ekonomi negara bertambah baik,
Pentadbiran pembangkang di negeri yang mereka perintah gagal dan mesti ditutup,
Golongan ulama' menyokong UMNO/BN,
Golongan muda berpihak kepada UMNO/BN,
Isu PTPTN menjerat pembangkang,
Penyelewengan pembangkang mengatasi penyelewengan UMNO/BN walaupun baru sepenggal berkuasa,
Masalah kejumudan pemimpin UMNO/BN hampir selesai sepenuhnya,
Kakitangan awam dihargai,
ISA, AUKU, Akta mesin cetak dihapuskan,
Isu FGVB hanya 8/120,000 orang menentang,
BR1M, KR1M, KLINIK1M, GTP, ETP, 1MDB
Gulungan peniaga Cina  selesa dengan pertumbuhan ekonomi,
Media baru tidak disekat,
Bantuan buku percuma,
Elektrik percuma,
Nadi rakyat didengar.
Tol dihapuskan,
Harga minyak kekal,


Kata-kata PM yang pembangkang tidak sanggup dengar:

"Kalau anak jantan bersainglah di peti undi.."
"Kita tidak pernah ganggu biarpun suatu ketika kerajaan Pas Kelantan hidup atas satu kerusi dan dua undi sahaja," katanya.

Sesuatu yang amat sukar, yang tidak akan mampu dilakukan oleh Nuar ialah, kejayaan Perdana Menteri menyelamatkan negara daripada terjerumus kekancah kemelesetan dengan pendekatan yang pragmatik membuatkan pembangkang macam cicak termakan kapur. Terkebil-kebil.

Barang keperluan mencukupi, harga terkawal, perniagaan berjalan seprti biasa, kilang-kilang terus beroperasi, bank masih banyak wang, penjualan kereta walaupun ada sekatan, terus berdaya tahan, hujung minggu pusat pelancungan masih meriah dan negara terus aman damai.

Semua faktor di atas tidak memihak kepada pembangkang. Isu-isu lama sebelum DSN menjadi PM seperti kes Liong Sik, Chan kong Choy, Khir Toyo, NFC, sedikit sebanyak menjejaskan juga persepsi rakyat terhadap BN, namun dapat ditangani oleh secara berhemah oleh DSN. Pening..pening..  bertambah pening Pakatan haram. Jadi Bersih hanyalah alat untuk menunjukkan mereka masih ada dalam senario politik Malaysia ini.

Di awal perlantikan DSN sebagai Perdana Menteri pada 2009, tumpuan ialah untuk menyerang peribadi beliau, isteri beliau dan keluarga beliau. Pembunuhan karakter dilakukan semaksimum mungkin, namun nampaknya kurang menjadi dan PM tetap cool, tidak melatah, tidak terusik dan terus bekerja untuk membela rakyat. Pembangkang mati akal lagi.

Melalui perbincangan strategi mereka menemui jalan yang paling berkesan dan ada uummphh ialah keluar ke jalanan buat hiruk pikuk, kacau bilau, panggil press dari luar negara dan jadikan SPR serta polis sebagi kambing hitam.

Apakah mereka semua Ambiga, Nik Aziz, Mat Sabu, LKS, LGE, nuar, Azmin, Wan Azizah, tian Chua, Hj Hadi tidak nampak risikonya bila berhimpun di kawasan lapang dan ditempat awam??? Mereka tahu semua risiko dan semua kemungkinan tersebut.

Mereka tahu akan ada yang cedera, mereka tahu akan ada harta awam yang rosak, mereka tahu jumlah yang ramai tidak akan dapat dikawal, mereka tahu ramai reporter akan hadir, mereka tahu polis akan dimaki hamun, mereka tahu kedai-kedai akan terpaksa ditutup, mereka tahu teksi akan lumpuh, mereka tahu ramai yang akan berkaki ayam, mereka tahu sampah sarap akan bersepah, mereka tahu FRU akan bawa gas dan mereka tahu imej negara akan tercalar. Jadi kenapa jalan yang busuk ini mereka pilih??? Kerana hanya itu talian hayat terakhir pembangkang.

Bila semuanya seolah-olah berjalan elok, polis dan FRU yang kena makipun buat dek je, Nuar telah 
segera bertindak dengan mengarahkan supaya peserta demontrasi merempuh polis dan tercapailah apa yang dia inginkan....Dia sebenarnya tersenyum.


Ps: Dengarnya ibu Azmin akan muncul di TV3 malam ini..

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Patutlah orang panggil dia Mahpooozzz Bean.

HAJI HADI PITAM LAGI... SURAT KE 2


Sambungan Surat

"Ini rahsia besar ni.."
 
Tuan berdua serta puak-puak tuan sepanjang masa memutar belitkan kenyataan. Sepanjang masa menabur fitnah. Malah PAS hidup atas isu fitnah, maki hamun serta isu hudud sejak ia ditubuhkan lebih 50 tahun dahulu. Budaya memfitnah dan memaki hamun dalam setiap ceramah disegarkan oleh parti dan puak tuan. 

Namun yang digambarkan sebagai pemfitnah ialah media arus perdana, lalu tuan menjadikan alasan untuk meneruskan demontrasi jalanan siri ke4. Silakan sekiranya tuan merasakan hujah tersebut wajar. Media arus perdana seperti Utusan Malaysia pemegang saham terbesarnya ialah UMNO. Patut sekali semua yang baik tentang kerajaan, UMNO dan BN ditonjolkan.  

Sesuatu yang benar tetapi merugikan pembangkang apabila disiarkan oleh media perdana maka segera akan dituduh sebagai fitnah jahat. Sedangkan tuan menutup mata dan memekakan telinga sekiranya fitnah disebarkan oleh media lidah rasmi milik tuan dan puak sekongkolan tuan.

Masih segar dalam ingatan rakyat bagaimana pantasnya media pembangkang memainkan isu Menteri Penerangan dituduh merogol pembantu rumahnya, sedangkan kesahihan berita tersebut belum dipastikan. Jika menerima berita dari orang fasik, selidikilah dahulu kesahihan berita tersebut. Namun 'pesalah' tersebut ialah pemimpin UMNO maka segalanya diharuskan dan dibelasah tanpa belas ihsan. Tidak ada teguran terhadap editor akhbar berkenaan kerana isu tersebut menguntungkan pembangkang. tuan menyedari puak tuan tidak memerlukan bukti soheh, cukuplah rakyat dibiarkan membuat andaian sendiri.

Perdana Menteri dituduh sebagai pembunuh Altantunya tanpa perlukan bukti. Setiap akhbar puak tuan serta setiap ceramah tuan sejak 5 tahun lalu memainkan isu tersebut tanpa teguran kerana tuan tahu isu itu dekat dengan hati rakyat.

Keberanian DSN bersumpah sebanyak 4 kali di dalam masjid dengan menyebut nama Allah, tidak sedikitpun dapat menghentikan ribut fitnah tersebut, sedangkan tuan tahu dosa memfitnah lebih besar daripada membunuh. Tuan jangan mengharapkan akhbar dan media propanganda kerajaan hendak menyebelahi tuan, jika itu yang tuan tuntut ianya pasti tidak akan berlaku dan tuan mempunyai alasan kukuh untuk meneruskan bersih4. teruskanlah..


Tidur lagi.. negara tidak boleh diuruskan melalui mimpi tuan..
 
Rakyat sesungguhnya tidak mudah lupa dengan apa yang tuan perkatakan. Sekejap boleh, sekejap tidak boleh. Suatu waktu dulu tuan menyebut, mengaibkan pemimpin adalah dibolehkan. Tuan mempunyai hujah untuk berkata demikian kerana yang hendak diaibkan tersebut ialah pemimpin dari BN.  Kebelakangan ini puak tuan berhujah bahawa tidak boleh sama sekali mengaibkan pemimpin hanya kerana yang diaibkan tersebut ialah pemimpin dari puak tuan. Berlaku adillah sikit tuan. Walaubagaimanapun tidak kira dipihak mana, mengaibkan seseorang tetap tidak boleh.

Beberapa hari yang lepas tuan dikatakan berkata bahawa Perlembagaan Negara akan diubah dan Agama Islam akan digugurkan sebagai agama rasmi. Pastinya apabila orang mempertikaikan perkara tersebut tuan akan mengatakan media arus perdana tersalah tafsir dan putar belit. Kebanyakan negara di dunia ini mempunyai agama rasmi.

Menyedari keresahan rakyat Perdana Menteri terpaksa mengulas dengan berkata perlembagaan negara tidak boleh dipinda sewenang-wenangnya.  Jikalah kenyataan hendak menggugurkan agama Islam sebagai agama rasmi keluar dari mulut Ibrahim Ali, mungkin tuan dan puak-puak tuan tidak cukup air liur untuk membelasah beliau. 

Pemimpin UMNO/BN digambarkan sebagai makhluk perosak, kejam, zalim, perasuah, gila kuasa, fasik, munafik,  mungkar, penuh skandal, tidak Islamik dan tidak bermoral. Hakikatnya di pihak tuan juga tidak kurang pemimpin sebegitu dan kini satu persatu terbongkar. Walaupun tuan mengatakan jijik dengan segala pembongkaran tersebut, tetapi tidakkah tuan percaya bahawa semua itu sudah ketentuan Allah.

Ambiga tuan sanjung, puji dan puja sedangkan tuan amat tahu, suatu waktu dulu wanita tersebut merupakan musuh parti tuan dan menentang tuan dalam pelbagi isu. Hari ini wanita yang sama seolah-olah begitu suci dan wangi perjuangannya. Segalanya semata-mata demi keuntungan politik.

UMNO Tuan perlekehkan dan tuan tohmahkan sebagai menolak Islam, sedangkan selama ini UMNOlah yang menyelamatkan dan mempertabatkan Islam di bumi ini. Tuan lebih percayakan DAP kerana menurut tuan pemimpin DAP tidak tolak Islam dan dah mula faham Islam. Benarkah??? Sila tuan baca pendedahan ini iaitu Rancangan Halus DAP. Tuan dianggap besyubahat.

Tuan mungkin teruja yang amat sangat dengan 'kejayaan' bersih3 tempoh hari sehinggakan tuan melihat ada peluang untuk menjatuhkan kerajaan yang dipimpin oleh orang Islam ini melalui cara tersebut. Sebab itu tuan ingin meneruskan dengan bersih4. Silakan.. Mulut tuan mengatakan kehadiran melebihi 200,000 orang, sedangan hati tuan mungkin berkata hanya setakat 70,000 orang sahaja.

200,000 atau 70,000 bukan soalnya, namun yang dikesalkan ialah imej negara yang tercemar, kemusnahan harta benda, kecederaan anggota keselamatan, wartawan serta penyokong tuan tidak sedikitpun menginsafkan tuan berdua. Hati tuan tidak terusik sedikitpun dan tidak ada rasa malu pada diri sendiri kerana tuan dan puak tuan berjaya menyakinkan penyokong tuan bahawa yang patut disalahkan ialah pihak polis, kerajaan, UMNO/BN, SPR dan media arus perdana sebagai punca segala masalah.

Jika semua itu membanggakan tuan maka silakanlah menganjurkan bersih4 secepat mungkin.

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Patutlah orang panggil dia Mahpooozzz Bean.

Friday, May 4, 2012

TERKINI.... HAJI HADI PITAM LAGI SEKALI....


Ini Surat Tertutup Jokiden khas untuk 2 orang Tuan Guru PAS (Kalau surat tentulah panjang sikit)

Ini baru lepas pitam ke ni??? Nak pitam lagi ke??

Merenung masa depan sendiri atau negara??

Haji Hadi dilaporkan sebagai berkata akan meneruskan Bersih 4. Hahaha.. dah kemaruklah tu, dah gian sangatlah, dah teruja. Dia ingat orang semua suka..Hahaha Tipah tertipu!!!!!

Biasalah alasan dia selagi SPR tak telus, selagi tak bersih, selagi semua tuntutan tidak dipenuhi, maka dia akan menggerakan demontrasi bersih4 pula. Ini tidak memeranjatkan dan telah diramalkan. Pada 8 Julai 2011 Jokiden telah menulis di Utusan Malaysia, mengatakan selepas 9 Julai akan ada 9 Ogos, 9 Oktober dan seterusnya.. Baca di sini.

Kenyataan Haji Hadi seperti berikut: " Kita tengok dulu, kalau dia (kerajaan) tak buat perubahan, media tak tidak bebas, pilihanraya tipu, daftar polis tidak bersih, kita akan buat lagi (Bersih4)" Utusan Malaysia 2 Mei 2012.

Mana ada dalam dunia ni semua tuntutan dapat dipenuhi, mana boleh nak puaskan hati semua orang. Dalam keluarga yang mempunyai anak seramai 9 orangpun susah si ayah nak memenuhi kesemua tuntutan anak-anak tersebut. Anak yang mendengar kata akan lebih diberi perhatian oleh si bapa daripada anak yang gedebe. Inikan pula nak memuaskan hati 28 juta orang.

Kenyataan Nik Aziz lagi sedap seperti berikut: "Jadi cara untuk membuang mungkar sekarang ialah demonstrasi. Sebab itulah saya kata wajib pergi Bersih 3.0, lebih baik kita buat daripada kita khianat cara lain seperti bakar bendera, ini bukan kerja Islam.

"Maka kalau ada Bersih 4.0, 5.0 atau 6.0 siapa pergi saya akan beri sokongan. Salah apa, nak suruh orang ramai, macam kita ada pasukan bola, kalau saya ada perlawanan bola, saya beri RM20,000, RM30,000 tambang bas.

"Salah apa, saya nak suruh nampak ramai demonstrasi, nak suruh ramai menentang mungkar, tolak Islam adalah perkara paling mungkar dan jahat,"

"Kecoh itu kerana disekat. Air turun dari bukit jangan sekat dia turun ke laut, kalau sekat dia masuk kampunglah. Demonstrasi hak rakyat hatta komunis beri peluang rakyatnya berdemonstrasi.

"Orang Pas kita jamin dididik dengan baik tapi baik sampai orang titik kepala tak boleh. Orang Pas tidak akan buat macam itu (melakukan rusuhan) tapi kalau disekat masalahlah," tambahnya.

"Demontrasi bagus dan halal" Biar betul tuan guru. 

Jokiden tidak merayu Tuan Presiden PAS dan Tuan Mursyidul Am PAS ini untuk memikirkan semula tindakan yang mereka ingin ambil tersebut. Tidak ada hujah untuk membantahnya. Tidak ada risiko yang ingin diterangkan kerana sebagai pemimpin parti semuanya diketahui oleh mereka. Nak buat demontrasi bersih lagi, buatlah..... Teruskan dan dipersilakan.

Silakan Tuan Guru. Di Malaysia tuan boleh dengan bebas melakukan segala kemusnahan dan tuan terlepas kerana antaranya berselindung di sebalik serban yang besar tu.

Naiwaitu??? hanya Allah yang tahu. Allah mengetahui apa yang ada dalam hati tuan. Jika itu yang terbaik yang Islam ajarkan silakan Tuan Guru. Turunlah dan kumpulkan orang lebih ramai dari bersih3. Jika dulu takut keluar belanja, mulai sekarang cari duit untuk penyokong-penyokong tuan. Jika UMNO/BN akan dilihat bersyubahat dalam perkara mungkar sebegini, namun bagi tuan yang sentiasa menyebut Islam di mulut, akan dilihat benar oleh pengikut tuan.

  Samada polis hadir atau tidak inilah hasilnya kelak.

Alasan sudah sedia ada. Sebersih manapun SPR, bagi Tuan, ianya tetap tidak bersih dan tidak akan mampu memenuhi selera tuan. Sepenuh mana segala tuntutan tuan dilayan oleh SPR tidak akan dapat memuaskan nafsu tuan kerana:

Pertamanya tuan juga seperti orang lain yang baru hendak berpolitik iaitu persepsi yang melekat di minda tuan ialah, SPR tidak bersih, tidak telus, SPR diperguna, SPR manipulasi dan SPR berpihak. Jika itu yang ada dalam fikiran tuan seperti yang selalu disuarakan, buat macam manapun SPR tetap tidak akan bersih dalam mengendalikan PRU. Atau..

Keduanya tuan juga seperti sesetengah pemimpin pembangkang yang lain berfikiran kotor dan melihat isu SPR merupakan isu yang boleh menaikan suhu kebencian rakyat terhadap kerajaan. Peluang ini bagi tuan harus digunakan sebaik mungkin untuk membolehkan PAS mendapat undi lebih dalam PRU13. Sedangkan dalam hati tuan (Ingat, Allah mengetahuinya) mengakui bahawa SPR sebenarnya tidaklah seteruk seperti yang dimomokan. Dalam hati tuan selama ini tuan memenangi pilihanraya adalah hasil ketelusan SPR.

Jadi SPR sebenarnya hanyalah alat kempen yang mujarab semata-mata. Tidak lebih dari itu. Tuan mempunyai alasan tersendiri dalam setiap tindakan tuan. Tindakan tersebut mestilah mampu memberikan keuntungan politik kepada parti tuan. Umpamanya, tuan berasa lebih selesa berpelukan dan bergesel pipi dengan LKS pemimpin parti politik yang dari dulu, kini dan selamanya menolak perjuangan yang parti tuan bawa. Tuan juga mempunyai alasan untuk tidak mahu bersalaman dengan Tun Dr Mahathir suatu ketika dahulu atas alasan Tun Dr Mahathir kurang Islamik.

Gambar ini tidak berbohong.
Parti Tuan memperjuangkan Islam, parti LKS menentang Islam. Demi kuasa boleh belaka.

Masakan tempua bersarang rendah!!!

Tuan mempunyai alasan untuk mengunjungi LKY di Singapura mungkin untuk menunjukkan betapa hormatnya tuan kepada pemimpin Cina dari seberang tambak tersebut dan Cina di Johor jangan takut kepada PAS. Tuan juga mempunyai alasan untuk tidak menghadiri jamuan hari raya Perdana Menteri di Seri Perdana kerana mungkin merasakan DSN kurang Islamik daripada LKY. 

Hebat Tuan, Singapura sejak hari pertama keluar Malaysia hingga ke hari ini tetap tidak mesra sepenuhnya. Pemimpin Singapura selamanya prejudis terhadap Malaysia.

2 L. Tidak terasa apa-apakah dalam hati tuan melihat gambar ini.??

 
Tuan memimpin sebuah parti politik 'Islam' terbesar di Malaysia, maka segala pertuturan, perbuatan, langkah dan tindakan yang Tuan ambil dilihat oleh ahli parti Tuan sebagai seolah-olah menjurus kepada Islam itu sendiri. Benarkah???  Hakikatnya Tuan sendiri boleh senaraikan semua perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam yang diamalkan oleh parti Tuan, sekiranya di hati tuan ada sekelumit keikhlasan untuk berjuang menegakan Islam di bumi bertuah ini.

Tuan berdua  mahu rakyat pergi ke meja peti undi untuk membuang undi dengan hati yang berbelah bahagi. "Betul ke UMNO/BN ni?" "Kejam ke UMNO/BN ni..?" Zalim ke kerajaan ni..?" "SPR ni betul ke telus ni?" Mereka ingin rakyat ragu-ragu, was-was dan bila tiba ketika nak memangkah...terus pangkah pembangkang kerana masih timbul keraguan tentang semua hal yang di bawah kerajaan.  Tidak pernahkah tuan merasa berdosa apabila mengajak penyokong mempercayai sesuatu yang tidak benar atau sebaliknya.

Inilah sebenarnya niat tuan. Tuan amat menyedari bahawa tanpa keraguan, rakyat sudah pasti memilih UMNO/BN. Tuan menyedari jasa UMNO/BN terhadap rakyat, terhadap negara, terhadap tuan dan keluarga tuan sendiri amat besar.  Tanpa UMNO/BN tuan sendiri tidak mungkin mengecapi apa yang tuan kecapi hari ini.

Sepatutnya tuan mengajak penyokong tuan supaya turut menguatkan kerajaan yang ada, bukannya cuba melemahkan. Lemahnya kerajaan ini akan turut dirasai kesannya oleh anak cucu tuan di masa depan. Sepatutnya tuan menggunakan kelebihan yang Allah kurniakan kepada tuan untuk mententeramkan pengikut tuan dan melarang mereka daripada berhimpun semata-mata untuk memuaskan nasfu Anwar Ibrahim. Tuan mampu sekiranya tuan mahu dan tuan sudah tentu berhujah menggunakan Nas dan Hadis.  

Menentang 'mungkar' dengan cara merusuh di jalan raya walaupun bertujuan baik, tetap tidak dibenarkan oleh agama. Namun sudah tentu hujah tuan walaupun terpesong akan dilihat betul oleh pengikut tuan.

  Gelak bersama, dalam hati siapa tahu. "Bersyubahatkah aku..???" 

Silakan tuan, buatlah bersih4 jika itu dapat memuaskan hati rakan sekongkolan tuan dari PKR dan DAP. Tuan telah memilih rakan seperjuangan yang hati kecil tuan sendiri mungkin mengetahui siapa mereka, pendirian mereka, akhlak mereka dan matalamat mereka. Atau tuan benar-benar tidak mengetahuinya lalu tuan memilih benefit of the doubt.

Kerjasama yang diberikan oleh pihak kerajaan dengan membenarkan tuan berhimpun di tempat yang selesa secara aman dan tidak menyusahkan sesiapa di mana penyokong tuan boleh duduk seramai 100,000 orang seperti di Stadium Bukit Jalil telah tidak tuan hargai, kerana berhimpun secara aman bukanlah niat sebenar puak-puak tuan.  

Kelembutan kerajaan dalam melayani tuan selama ini tuan pandang sepi, tuan tetap memilih jalan yang ditegah oleh undang-undang kerana desakan rakan sekongkolan tuan.

DAP dengan slogan Malaysian Malaysianya hidup atas isu perkauman sejak penubuhannya walaupun DAP menuduh orang lain bersifat perkauman. Tuan menyedari perkara tersebut. Tuan mungkin terbuai dengan falsafah DAP seperti yang dijaja dalam setiap ceramahnya bahawa Perdana Menteri dan Menteri Besar mestilah orang Melayu beragama Islam. Itu benar tuan, namun berapa ramai dalam dunia ini pemimpin boneka yang nampak memegang tampuk kuasa, namun tidak ada kuasa. Masih ingatkah tuan tentang tanah tol di Perak??? 999 tahun.

PKR rakan sekongkol tuan muncul dengan budaya politik baru iaitu politik demontrasi jalanan dan tidak mempunyai arah tuju yang jelas namun tetap berselindung disebalik slogan 'membela rakyat' yang tidak sepatutnya melekakan tuan.

PAS parti pimpinan tuan pula demi untuk memenuhi tuntutan rakan tuan terpaksa melupakan asas perjuangan untuk mendirikan negara Islam dan membawa pendekatan baru iaitu Negara Berkebajikan. Tuan sebenarnya amat menyedari Islam sebenarnya selamat selagi UMNO memegang tampuk kuasa. Tuan juga menyedari apa sahaja yang ada tentang Islam di negara ini adalah hasil perjuangan UMNO.

Namun tidak mengapa, tuan mempunyai alasan lain untuk memperlekehkan UMNO dan masih beria-ia untuk meneruskan Bersih4. Silakan, kali ini tidak akan ada pihak yang melarang. Kerajaan tidak akan melarang, polis tidak akan hadir dan FRU juga tidak akan hadir. Tuan boleh bebas sebebasnya.

Suatu hari tuan berucap di hadapan ahli parti tuan dan dengan jelas tuan menyebut Negara Perpaduan dan mendapat reaksi positif dari pelbagai pihak. Beberapa hari kemudian dengan di apit oleh rakan sekongkol tuan, maka terkeluarlah tuduhan tuan terhadap UMNO, Utusan dan TV mengatakan semuanya tersilap lapor dan tersilap taksir apa yang tuan ucapkan. Begitulah patuhnya tuan kepada rakan sekongkolan tuan.

Tuan tetap kelihatan hebat dengan berpakaian begini.. 

Sepuluh tahun dahulu terkeluar dari mulut tuan bahawa jika syaitan boleh memberikan kemenangan kepada parti tuan maka pertolongan syaitan itu juga diterima. Sehingga begitu sekali sedangkan wahai anak Adam jangan kamu ikut akan syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata. Jadi persekongkolan dalam perkara maksiat dan mungkar dengan DAP dan PKR adalah perkara tersangat kecil yang tidak seharusnya memberatkan kalbu tuan. Teruskanlah..   

(Posting ini akan disambung malam nanti, Insyaallah. Jokiden nak rihat sebentar. Jika ada yang berminat untuk mengikutinya boleh lawat semula sekitar jam 11.00 malam nanti. TQ atas sokongan) 


"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Patutlah orang panggil dia Mahpooozzz Bean.

KESEMUA BURUAN POLIS MENYERAH DIRI..AZMIN ALI MULA BERCUTI..

Ini termasuk tak dalam senarai nak kena tangkap??? Salah ke meniarap atas jalan???
 

Para blogger  telah mula memaparkan muka-muka perusuh yang dikehendaki oleh polis. Mereka sedang di buru dan akan ditangkap tidak lama lagi. 49 orang daripadanya adalah perusuh tegar, sementara perusuh separuh tegar ada sebanyak lebih kurang 700 orang.

Perusuh yang kerjanya maki hamun polis ada sekitar 1000 orang dan skrip telah disediakan melalui pembakaran semangat oleh pemimpin pembangkang melalui pembesar suara.

Perusuh yang hanya berlari-lari anak ada sebanyak lebih kurang 2000 orang. Perusuh yang bertempiaran lari akibat semburan asap pemedih mata ada sekitar 15,000 orang.

Perusuh yang syok sendiri, yang tak tahu apa-apa, tetapi dapat duit belanja dan ditaja oleh pihak tertentu termasuk oleh Nik Aziz ada sekitar 30,000 orang. Mereka ni suka-suka je, nak berkelah dan ada yang sanggup membawa keluarga masing-masing termasuk anak-anak keci.

Seorang daripadanya iaitu seorang India dari Rasah Seremban dilaporkan oleh TV telah didakwa di mahkamah siang tadi. Dia hanya tersenyum, tiada pengakuan bersalah. Kenapa dia senyum????

Budak-budak yang berdemo dan mengkalunkan bunga malai ke potret PM serta Menteri Pengajian Tinggi telah dibicarakan di peringkat Universiti. Hukuman yang dikenakan ke atas 3 orang tersebut ialah Amaran, Denda RM200 serta Digantung Semesta pengajian.

Yang menariknya pendemo dari Rasah Seremban di dakwa di bawah seksyen 143 kanun keseksaan. Dia senyum kerana ikat jamin hanya RM2000.00. Ciput sangat, Sam kemetot pun mampu bayarkan. Jika dia di dapati bersalah dia boleh dipenjara maksimum 6 bulan. Dia juga boleh didenda maksimum RM400.00. Maknanya sehari pergi menoreh getah selesailah membayar denda tersebut.

Masuk penjara, keluar jadi hero, denda ciput, siapa yang takut untuk melakukan kesalahan. Ingat kes Mahpoozzz bean dulu dia sanggup masuk penjara, no hal, keluar dia buat lagi. Tidak ada kesan. Bagi mana-mana  pemimpin, yang mereka takut ialah bila masuk penjara tidak layak bertanding. Baru mereka berhati-hati.

Di negara ini berpuluh masuk penjara, jadi banduan, keluar jadi hero, bertanding senang-senang je menang. Malah bertanding dari dalam penjara pun boleh menang, asalkan bijak memusingkan isu dan meletakan kesalahan di pihak lain.  Jadikan diri seolah-olah dianinyanya, soheh simpati mencurah-curah dan bertanding boleh menang. 

Jadi benarkah undang-undang tersebut merupakan hukuman yang boleh memberikan pengajaran bagi yang melakukan kesalahan.?? Di Singapura mungkin ia di sini mungkin tidak. Ini kena tanya penggubal undang-undang di Parlimen tu.

Saranan Jokiden kepada semua perusuh yang diburu oleh polis tadi, jangan takut dan bimbang, pergi je kemana-mana balai polis serah diri. Bila di bawa ke mahkamah, tunjuk muka sedih, mengaku bersalah, merayu pasti dapat hukuman ringan. Ciput je. keluar dari bangunan mahkamah tu mulakan semula perangai gedebe dan boleh maki polis semula.

Bila serah diri kurang sikit kerja polis, jimatkan masa dan jimatkan tenaga dan kurang sikit kenyataan para Menteri kerajaan. Ada berani???

Terkini, Jokiden dengar Azmin Ali telah menghantar notis (entah kepada siapa) mohon bercuti dari segala tugasan. Hahaha... Berhenti teruslah Azmin. Letak semua jawatan..


"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Patutlah orang panggil dia Mahpooozzz Bean.

Thursday, May 3, 2012

AISKRIM COKLAT MENEGANG, ORANG LAIN PULAK KENA SAMAN

Model BMW lama.
  

Zakar menegang, lelaki saman BMW


SAN FRANCISCO 1 Mei - Seorang lelaki memfailkan saman terhadap dua buah syarikat berikutan pengalaman ngeri yang dilaluinya apabila alat sulitnya menegang selama dua tahun selepas menunggang sebuah motosikal berkuasa besar.

Henry Wolf yang menetap di sini, mengemukakan saman tersebut terhadap syarikat pengeluar motosikal, BMW dan juga Corbin-Pacific Inc., yang bertanggungjawab membuat tempat duduk kenderaan itu di Mahkamah Agung San Francisco, minggu lalu.

Dalam saman tersebut, Wolf mendakwa pada mulanya dia sangat gembira dapat menunggang motosikal BMW 1993 yang dilengkapi tempat duduk Corbin-Pasific, dalam tunggangan selama dua jam tanpa henti.

  

Namun, secara tiba-tiba selepas itu, alat sulitnya mengalami ketegangan sepanjang masa yang didakwanya berpunca daripada rekaan tempat duduk berbonggol dan kegagalan pembuatan serta pemasangan oleh defendan.

Peristiwa tersebut menurutnya berlaku pada 1 Mei 2010 dan sejak itu, keadaannya berterusan sehingga sekarang.

Wolf turut menyatakan bahawa aktiviti hariannya terjejas termasuk tidak dapat melakukan hubungan seks, yang menyebabkan dia mengalami tekanan emosi dan mental yang teruk.

Sementara itu, sebuah blog automotif, Rushlane melaporkan, kejadian seperti itu bukan yang pertama pernah berlaku.

Bagaimanapun dalam kebanyakan kes, ia dilihat mempunyai kaitan langsung antara rekaan tempat duduk motosikal dan masalah berkaitan seperti kesuburan dan mati pucuk.

Menurut blog tersebut, getaran yang berterusan sepanjang tunggangan ditambah keadaan tempat duduk, dikatakan menjadi punca masalah tersebut berlaku. - AGENSI


Paderi Bakar Al-Quran

Seorang Paderi dari Florida Terry Jones bertindak membakar kitab suci Al-Quran serta gambar lukisan yang  menggambarkan Nabi Muhammad saw pada hari Sabtu yang lalu. Pembakaran itu disiarkan sepenuhnya menerusi internet dan disertai oleh kira-kira 20 orang di Gerejanya.

Jabatan Negara Amerika telah mengecam tindakan Paderi tersebut kerana ia tidak mencerminkan nilai-nilai masyarakat Amerika sebenarnya.

Komen Jokiden

Posting ini lari sedikit daripada cerita politik, namun ianya boleh saja dikaitkan sekiranya kita mahu. Moral ceritanya banyak seperti antaranya:

Menyalahkan orang lain atau pihak lain atas musibah diri,
Kebebasan yang tidak terbatas, saman ke atas sesiapa sahaja jika tidak berpuas hati,
Umat Islam yang menjadi minoriti di negara lain tidak menikmati apa yang umat Islam di sini nikmati.

Ada orang risau bila 'aiskrimnya' tidak naik atau tidak tegang. Namun kes yang di atas sudah terbalik pulak 'aiskrimnya' asyik naik dan tidak turun-turun selama lebih dua tahun. Dia menyaman BMW atas masalah tersebut.

Di mana-manapun berdasarkan rekod terdahulu apabila naskah Al-Quran dibakar dengan niat menghina, selalunya tempat itu atau negara itu akan menerima musibah segera. Umpamanya dilanda banjir besar, ribut taufan, puting beliung dan juga hangus terbakar.

Di Selatan Thailand bom terus meletup dan dua anggota renjer Thai terbunuh. di Syria bom motar meletup dan membunuh 11 orang. Kisah bom meletup ini  boleh kita baca dalam akhbar setiap hari. Kisah ini boleh kita tonton dalam TV setiap hari. Kisah ini banyak dipaparkan dalam internet setiap hari.

Di Malaysia hasil usaha keras UMNO/BN umat Islamnya bernasib lebih baik dari umat Islam ditempat lain. hargailah nikmat tersebut. Keamanan negara ini jangan dimusnahkan dengan imej buruk melalui demontrasi jalanan.


"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Patutlah orang panggil dia Mahpooozzz Bean.

RAMAINYA KENA TANGKAP...SOHEH POLIS KEJAM.

Ini polis yang menyamar sebagai Unit Amal PAS, yang menangkap Cikgu Bad, sebab tu senang-senang je mereka lepaskan baju merah tu. Yang baju merah tupun ada pulak polis sebenar yg menyamar.

(Real Madrid seperti yang diramalkan hari ini soheh menjadi juara Liga Sepanyol.)

Dimana-mana pun rupanya tugas polis ini adalah sama. Jika sesiapa melanggar undang-undang polis akan tangkap mereka. Untuk menyuraikan demontrasi polis Amerika ni pun gunakan gas pemedih mata. Apa yang berlaku di sana sama sebiji yang berlaku di sini. Tahun lepas juga mereka berarak, tahun inipun mereka berarak.

Ada juga yang kena gari kerana  menyerang kereta polis, menendangnya dan cuba memecahkan cermin kereta tersebut. Inilah budaya yang Nuar ikuti sejak dahulu. Ada masalah je, keluar ke jalan raya demontrasi. Ada yang tak puas hati ajak orang pergi merusuh. Bila Hakim nak buat keputusan ajak orang yang tidak bersangkut paut memenuhi kawasan mahkamah, hingga sanggup suruh orang bermalam di tengah padang, di bawah pokok dan di atas jalan.  
 
Banyak juga kerosakan yang dilakukan oleh pendemo di Amerika ni. Dengar khabar Nuar ada rumah di New York, kalau betul eloklah tu, pindahlah ke sana demi untuk memudahkan berdemo bila-bila suka nak berdemo.

Zaini Hassan juga pernah menulis dan mengwar-warkan gimik Nuar nak berpindah ke Amerika, kerana orang Malaysia tidak sukakan dia dan dia lebih diterima oleh orang Amerika dan masyarakat di sana lebih terbuka. Cuma gimik merajuk, mohon simpati tersebut tidak berapa nak jadi, lalu cerita itu senyap begitu sahaja dibawa oleh angin malam. Baca seterunya kisah demontrasi di Amerika tersebut di bawah ini.

Sedikit mengenai gambar Azmin seperti yang dihebuhkan tersebut rupanya telah lama tersiar di dalam blog pembangkang tu iaitu sejak 13 Disember 2011 lagi. Ish..ish lambatnya terbongkar.
Occupy protesters detained in US May Day rallies

Occupy protesters detained in US May Day rallies


WASHINGTON, (AFP) - Thousands of Occupy protesters marched on Wall Street in New York in the highlight of a May Day "general strike," while police arrested dozens in sporadic clashes on the US West Coast.

Police used tear gas during the protests Tuesday in Oakland, California, and Seattle, where windows were smashed, while some 20 people were detained in Portland, Oregon and 10 at Los Angeles international airport.

In New York mounted police were deployed to keep protestors out of Wall Street itself, barring access to the famous financial thoroughfare to anyone without proof of residency.

One protestor was handcuffed as he tried to get to Wall Street's iconic bronze bull statue. After a prolonged struggle watched by jeering crowds, the man was carried away, although only after kicking out a police car window and being put in a restraining jacket.


Some locals were not pleased. "This is absurd and we allow it to go on," said one young woman, who said she lived there and had shown proof of address. "It's useless. Nothing will change because of this.

"All I want to do is be able to go home after working my ass off all day."

Protests appeared to be peaceful and AFP reporters witnessed only five arrests during early events, in contrast to previous Occupy marches that have typically ended in scuffles with the police and mass arrests on minor charges.

Activists say they are protesting against corporate greed and the plight of ordinary people in an anemic economy and housing market. "Hey, hey, BOA, who did you foreclose today?" some chanted at a Bank of America office building.

Similar protests were announced across dozens of US cities and in countries ranging from Spain to Australia.

"While American corporate media has focused on yet another stale election between Wall Street-financed candidates, Occupy has been organizing something extraordinary: the first truly nationwide General Strike in US history," the OWS movement said on its website occupywallst.org.

On the West Coast, police made a number of arrests in Oakland, California -- the scene of repeated protests last year, some of which turned violent -- using tear gas to quell clashes.

The Oakland clashes came after officers ordered the crowd to clear a downtown intersection and many refused to move, chanting, "We are not afraid. The whole world is watching," the Contra Costa Times reported.

In nearby San Francisco, Occupy members canceled a protest on the famed Golden Gate Bridge.

In Seattle, downtown retail stores sustained extensive damage. A Wells Fargo branch and the city courthouse were also damaged. At least two people were arrested as police used tear gas and pepper spray to disperse protesters.

In Los Angeles, 10 people were arrested near the city's airport for obstructing a main access road, while three were held downtown as thousands joined rallies, snarling traffic but remaining largely peaceful.

In Oregon police arrested at least 19 people in Portland, where some protestors were described as "very combative" and fought officers while being arrested. A fire was also started in a parking garage, police said.


The day of action unfolded against the backdrop of a rancorous presidential election campaign, but it also tested the Occupy movement's ability to regain influence months after police tore down its tent camps in several cities.

OWS appeared in New York for the first time last September, with activists taking over a square near Wall Street to protest against government bank bailouts, corporate greed and the economic struggles of ordinary people.

But after police across America ejected OWS protesters from public squares two months later, the movement struggled to stay in the limelight and to back up its claim to represent the mainstream public, the so-called 99 percent.

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Patutlah orang panggil dia Mahpooozzz Bean.

Wednesday, May 2, 2012

ALAHAI TAK HABIS LAGI CERITA POLIS NI..

Ini susah ese nak toghimo dan susah ese nak maafkan ni, bosa bona ko kosalahan polis ni??..Ini akibat hasutan Nuar, apo komen bar cansel??
 

Berpuluh-puluh kisah kepincangan dalam negara ni yang tidak diulas oleh Bar Council, tiba je pasal polis, terus mengelurkan kenyataan. Biasalah seperti kata kebanyakan penulis blog, kenyataan paling 'bahalol' mereka keluarkan iaitu polis memulakan provokasi. Baca di GAP sini

Cuba jawab bar cansel, apa komen kamu jika polis dan FRU tidak ada seorangpun bagi mengawal suasana ketika demontrasi bersih tempoh hari?? Berlaku pulak kemusnahan teruk seperti pembakaran bangunan, pergaduhaan akibat kasut hilang,  rompakan, kereta dimusnahkan, kedai dipecahkan untuk cari air minuman,  bla..bla.. cer citer.

Agaknya masa tu semua jari termasuk bar cansel akan menuding ke arah polis jugak kan.. "mana polis, polis makan gaji buta, polis tak perihatin, polis tak bertanggung-jawab, berdosa membiarkan Dataran Merdeka huru hara.. KL hancur akibat polis tiada..bla..bla..." 

You all ingat Nuar suka ke jika polis taka ada?? Kalau polis tak ada hari tu dia akan mencuka, sebab hilang satu modal politik kerana dia nak salahkan polis. Hilang modal dia nak buat provokasi, hilang modal dia nak jadikan polis sebagai kambing hitam. Sesia dia jemput wakil Gay dari Australia tu kalau polis tak ada. Lagi satu kalau dia turut dibedal, siapa nak jaga keselamatan dia. Ingat Nuar suka ke polis tak ada di situ..?? cer citer. Lagi ramai polis lagi dia suka, tau tak???

Kalau polis tak ada, FRU tak ada, gas tak di bawa, apa modal Nuar nak cakap, Silap-silap diapun tak mahu datang demontrasi tu. Kalau polis tak ada takkan dia nak tuduh bar cansel pulak, takkan dia nak tuduh Tantawi pulak, takkan dia nak tuduh Hassan Ali pulak, takkan dia nak tuduh Tian Chua pulak yang memulakan rusuhan.

Lagipun tak ada polis tak syoklah, atas alasan apa dia nak suruh orang merusuh. Silap besarlah jika dia suruh orang pecah kedai ambil mineral water. Jika tak ada polis di sana hari itu, skrip dia nampak hambarlah.. Itupun bar cansel tak  boleh nak faham??  Bab skrip Nuar ni bar cansel kena tanya Datuk Zulkifli Nordinlah atau Ruslan Kassim atau Ambigaaaaaaaaaaaa!!!!!. Lagi satu semua kena tau bar cansel ni tiap kali AGM tak pernah cukup korum...

Mano poie ea ghamai loyar-loyar daghi UMNO, MCA dan MIC tu yang jadi ahli majlis poguam, poie lah mosyuarat agung, pilihlah oghang yang pro kerajaan jadi Presiden.. sonang sikit.. 

Dari sejak malamnya lagi polis sudah dicaci maki dan di provok, polis diam je, buat bodoh je, malas nak melayan orang-orang bodoh tersebut. Ada ke dalam dunia ni manusia yang tahan kena maki dengan sgala kata kesat selain daripada polis Malaysia??. Ada ke??? Polis diam je.. tak jawab pun apa yang pendemo termasuk budak hingusan mahasewel tu sumpah seranah mereka.

Mereka yang berani maki polis ni pun sebab mereka tau polis tak react, mereka tau polis akan buat pekak badak je. Mereka berani sebab mereka ramai. Cuba maki seorang dengan seorang, dalam tandas umpamanya, belum sempat habis ayat ketiga penumbuk sudah hinggap ke muka. Ini ditengah lapang, depan wartawan asing, depan kamera TV, bolehlah maki hamun polis.

Sesabar mana pun seseorang itu tidak akan tahan bila kena hina dan caci. Polis?? sabar je mereka, menahan perasaan je mereka bila anak bangsa sendiri menghamburkan kata-kata kesat, buat do no je.

Nik Aziz tahan??? Nuar tahan kena maki??? Baru kena dengan soalan wartawan dah melenting, muka dah herot merot, J Marriot, dan keluarlah segala jawapan merapu termasuklah mengatakan wartawan bertanya soalan itu wartawa upahan UMNO. Kok wartawan UMNO pun jawablah Nuar. Kok wartawan upahan pun jawablah. kau dah merosakan imej negara dan Kuala Lumpur, wartawan tu rakyat jugak, rakyat nak tahu... yang kau muka herot merot bila dengar soalan tu pasal apa..?? 

Kadang-kadang mereka ni bercakap ikut sedap mulut je macam yang si Nuar tu lakukan. Dengan penuh beremosi yang dilebih-lebihkan, dengan mata buntangnya, dia cuba mengatakan yang kerajaan Malaysia lebih teruk dari Hitler dan Stalin masa sidang medianya, sedangkan Azmin dan Wan Azizah gelak dalam hati."Real bos, real non..." Kah..kah..kah..kah.Nak buat rakyat marahlah tu.You failed Nuar. 

Dalam paparan beratus-ratus video tu, hanya satu yang nampak polis bertindak kejam, selebihnya semasa huru hara tersebut mana ada polis berhampiran. Tu yang kejar-kejar kereta polis macam kena rasuk tu, terbang atas bawah, depan belakang, mana ada polis selain yang terperusuk dalam kereta tu je. Yang mengalih-alihkan kon dan merosakan harta benda tu mana ada polis kat situ.

Mana provokasi polisnya. Mana ada langgar orang???
 

Polis sembur gas dan sembur air sebab pendemo dah hilang arah, dah mula nak merusuh. Jika setakat maki hamun, cacian serta sumpah seranah polis diam je. Tetapi bila dah mula nak masuk kawasan larangan, nak tawan Dataran Merdeka dan nak Merdekan Dataran Merdeka, maka polispun bertindaklah. Selama 20 jam polis bertugas di situ, pendemopun tak buat apa-apa, hanya sekadar memaki hamun, polispun tak kisah. Makilah sepuas hati, cacilah bagai tak ingat dunia, polis selamba je, sesekali tersengeh melihat telatah pendemo semua. Itupun bar cansel tak mahu memahami.

Mereka tu pakar undang-undang. Di sana ada tanda-tanda kawasan larangan, tak boleh masuk, perintah mahkamah telah diperolehi, maka penceroboh akan didakwa.. Yang Nuar dan Azmin suruh masuk..masuk..masuk tu pasal apa??

Pendemo yang tidur baring secara kurang ajar di depan polis, terlentang, tertangkup, menonggeng dan membuat isyarat lucah, kan semua itu mengganggu ketenteram awam dan polis perlu membendungnya. Masih tak faham kah bar cansel.??

Mana kejamnya polis-polis ni? Mana zalimnya seperti yang Nuar gambarkan polis sebagai penindas, dan rakyat sebagai yang ditindas. Soheh nak mainkan sentimen rakyat semata-mata. Berapa ratus yang mati Nuar, berapa baldi darah yang menitik seperti yang mat Sabu harapkan???  Kau kata polis kejam sebab semata-mata nak tutup kesalahan tindakan rimba dan bebal oleh penyokong-penyokong kamu je.

Susah kalau orang tak mahu faham ni. Susah kalau orang tak pernah rasa bersalah apabila melakukan kesalahan kerana dia sentiasa mampu mengalihkan kesalahan sendiri kepada orang lain. Sentiasa membuatkan orang lain memikul kesalahan diri dia. Tangan lain yang mencincang, bahu lain pula yang terpaksa memikul.

Ambiga dan Susahterawan Negara yang menganjurkan Bersih, dia pulak yang buat press statement. Jokiden dengar Ambiga dah merajuk dah, bawak diri ke Amerika. Samad Said lagi merajuk sebab tak dapat baca puisi de depan satu juta pendemo.  

Daripada '300,000' orang yang hadir tu, berapa ribu yang merasai pukulan polis??? Yang kena asap dan air serta yang hilang kasut memanglah ramai. Patuhlah pada undang-undang Nuar oii, di R&R tupun tempat parking untuk orang cacat orang tak masuk letak kereta sesuka hati, sebab rasa bersalah, rasa malu dan rasa menghormati hak orang lain. Ini kan pulak dah diarahkan oleh mahkamah, jangan masuk.. tapi kau suruh masuk..masuk..masuk.. Apa ni Nuar???

Lepas tu kau pergi canang seluruh dunia mengatakan polis Malaysia kejam, ganas dan penindas. Tak logik Nuar tapi itulah yang kau lakukan dan itulah yang kau mahu seluruh dunia percaya. Well, ada orang yang percaya dan ada orang tidak percaya. Jangan juga lupa bahawa makin ramai yang bertambah meluat kerana terpaksa mengalami peristiwa hitam dalam negara yang aman damai ini.

'Beribu-ribu' pemimpin UMNO yang kau tuduh rasuah, kejam, zalim, mengamalkan kroni, merompak harta rakyat, menyamun siang malam, namun rakyat tidak pernah rasa terancam sebegini, kerana keperihatinan kerajaan terhadap rakyat.


Habis lingkup dah duit negara ini disapu oleh pemimpin UMNO/BN, seperti yang kau tuduh, namun rakyat masih aman damai, bebas keserata tempat tanpa rasa takut, bebas memandu ditengah malam buta, tapa gerun. Rakyat masih bebas dan mampu bercuti dihujung minggu di pusat-pusat peranginan walaupun semua duit pemimpin UMNO/BN dah kebas.

Hancur punah dah ekonomi negara akibat rakusnya dan cerdiknya pemimpin UMNO/BN menteadbir negara seperti yang kau tuduh Nuar oii, namun rakyat masih mampu menghirup udara segar di Frasser Hill atau Cameron Highland. Rakyat masih mendapat semua kemudahan di hospital. Sekolah masih berjalan, beras masih ada di pasaran, nelayan masih turun ke laut. Shoping Complex masih beroperasi dan rakyat masih mampu berbelanja.


Rakyat masih mampu mengisi minyak dan kenderaan bertali arus di lebuh raya, bangunan masih di dirikan walaupun duit sudah kering kontang di kikis oleh pemimpin UMNO/BN seperti yang kau tuduh setiap malam.


Bersyukurlah Nuar yang kau tidak seperti pemimpin UMNO/BN yang kejam dan menyeksa rakyat. Kau terlalu baik, kau bersih, tidak menipu, tidak ada skandal, tidak mengorat dan kau semua membela rakyat. Bersyukurlah kerana kau tidak seperti pemimpin UMNO/BN.

 
Peristiwa memaki hamun polis secara di luar batasan ini bermula pada tahun 1974 sehinggakan Hishamuddin Rais hilang IC dan tak dapat kahwin serta merempat di luar negara selama berpuluh tahun. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, akhirnya hari ini dia pulang semula ke negara aman damai ini, bukan untuk disyukurinya, tetapi untuk dikejinya.

Semasa dia menjadi pelarian, kebebasan bersuaranya agak terbatas, namun bila dia kembali, dia dapati di sini rupanya lebih bebas daripada yang dia bayangkan. Begitu juga dengan RPK, sikit hari lagi akan kembalilah tu.. setinggi-tinggi terbangnya bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau jugak. Siapa yang memulakannya pada tahun 1974 itu??. Siapa Pegawai Polis yang menangkap Ketua pendemo masa itu??

Demontrasi jalanan reda sebentar selepas itu, namun kembali berkembang biak dan kemuncaknya pada tahun 1978. Siapa yang memulakannya?? Siapa pula Ketua Polis Negara ketika itu. Jawapannya orang yang samaaaaaaaaaaaaa!!!!.

Berhentilah menuduh polis, nanti jika betul-betul polis merajuk dan semua meletakan jawatan, kita akan sama-sama susah. Atau memang itu yang Nuar harapkan supaya semua orang susah dan dia rasa dengan cara itu dia mudah mendapat kuasa.

Jokiden bukan peramal, bukan ahli nujum, namun jauh di sudut hati ini mengatakan Nuar tidak akan menjadi Perdana Menteri. Terimalah hakikat dan bersaralah. Allah berikan kuasa kepada sesiapa yang dia kehendaki dan dia berkuasa menarik kuasa daripada sesiapa yang dia kehendaki.

"Anwar Ibrahim has created enough  trouble for this country..Anwar Ibrahim harus bertaubat" Itu dari lubuk hati Kapal Sink. Cukup, cukuplah. Setiap sesuatu mesti ada titik nokhtahnya. Terimalah nasihat peguam tersebut. Dari sejak dia boleh berlari, berjalan laju sehinggalah saat dia tak mampu lagi berjalan, dia asyik berurusan dengan Nuar je dalam pelbagai urusan. Kesian dia.

 

  

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Patutlah orang panggil dia Mahpooozzz Bean.

SPR BUAT HAL LAGI..TAK TELUS, SUSAH NAK JAWAB NI..

Uwan Serak (kiri) Lahir 6/11/1903, gambar pada 21/4/12...Mengundi baginya mesti..  

Tak habis-habis dengan SPR ini buat kerja baik nak puaskan hati semua pihak dan nak ikut peraturan serta undang-undang. Bukan mudah nak mengemaskinikan daftar pemilih dalam sebuah negara Seperti Malaysia yang mempunyai pembangkang bermentaliti kelas bawahan. Atau mereka terlampau kelas atasan. Ada ke pembangkang nak berterima kasih dengan segala ketelusan SPR ni? 

Buatlah macam mana baik sekalipun pasti mereka akan mengada-adakan kesilapan kecil lalu menjadikannya isu nasional. Mereka buat-buat dungu sambil mengharapkan agar ramai yang benar-benar jadi dungu dan ikut telunjuk mereka.

Nasib SPR lah selalu dijadikan kambing hitam. Nasib Polislah selalu digambarkan kejam. Nasib Hakim-hakimlah selalu dimomokan sebagai memihak kerajaan. Nasib pemimpin dan Menteri UMNO lah selalu di persepsikan sebagai perasuah dan kroni. Nasib Utusan Malaysialah selalu digambarkan sebagai media pencacai UMNO/BN.

Nasib pemimpin pembangkanglah selalu mendapat kelebihan untuk meletakan semua kesalahan terhadap kerajaan. Nasib pemimpin pembangkanglah sebab dipercayai membela rakyat sedangkan tidak ada sekelumitpun pembelaan mereka. Nasib pemimpin pembangkanglah boleh menjadikan isu sex mereka sebagai bahan lawak jenaka dalam mana-mana ceramah mereka. Banyak lagi nasib-nasib ni jika hendak disenaraikan.

APA LAGI PAKATAN, DAFTAR SUDAH DIPAMIR, PERGILAH SEMAK DAN CARI PENGUNDI HANTU SEBERAPA RAMAI YANG BOLEH. CARI JUGAK YANG BERUSIA 100 TAHUN KE ATAS.. SALAH SEORANG DARINYA IALAH UWAN JOKIDEN 109 TAHUN UWAN SERAK, PENGUNDI TEGAR UMNO TU.


Daftar pemilih tambahan boleh disemak


KUALA LUMPUR 1 Mei - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mula mempamerkan senarai Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2012 di 952 tempat di seluruh negara selama 14 hari bermula hari ini.

SPR dalam satu kenyataan di sini memaklumkan, senarai itu dipamerkan selaras dengan kehendak Peraturan 13(5), Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

Ia dipamerkan di Pejabat Pilihan Raya Negeri di 15 tempat, Pejabat Pos Berkomputer (451), Kompleks/Pejabat Kerajaan (86), Pejabat Daerah/Pejabat Tanah (124), Majlis Daerah/Perbandaran (48), Dewan Serbaguna/Rukun Tetangga/Balai Raya/Penghulu/Dewan (194) dan lain-lain tempat (34).

Menurut suruhanjaya itu, semakan juga boleh dibuat melalui laman web SPR di www.spr.gov.my.
Menurut SPR, sebanyak 289,255 permohonan pendaftaran pemilih baru dan 104,430 permohonan untuk pertukaran alamat pusat mengundi daripada pemilih yang sedia berdaftar telah diterima bagi tiga bulan pertama tahun ini.

"Warganegara Malaysia yang baru memohon menjadi pemilih atau mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon untuk pertukaran alamat pusat mengundi dinasihat supaya menyemak senarai tersebut," menurut SPR.

Suruhanjaya itu memaklumkan warganegara yang baru berdaftar sebagai pemilih tetapi mendapati nama mereka tidak tersenarai boleh membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B.

Sementara bagi pemilih berdaftar yang hendak membuat bantahan terhadap kemasukan nama mana-mana orang dalam Rang Daftar Pemilih itu boleh mengisi Borang C dan tidak melebihi 20 orang, kata kenyataan itu.

Borang tersebut hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar (Pengarah Pilihan Raya Negeri) bagi kawasan pendaftaran yang berkenaan pada hari bekerja dalam tempoh Rang Daftar Pemilih tersebut dipamerkan.

"Nasihat SPR bagi mereka yang ingin membuat bantahan, pastikan bantahan itu adalah berdasarkan kepada alasan yang kukuh dan tidak dibuat secara melulu," kata kenyataan itu.

SPR memaklumkan bahawa suruhanjaya itu tidak mempamerkan senarai nama yang akan dipotong dari Daftar Pemilih yang telah hilang kelayakan seperti meninggal dunia, lucut hak warganegara dan sebagainya.

"Bagaimanapun, untuk memudahkan parti politik membuat semakan kepada senarai nama itu, SPR akan mengedarkan cakera padat (CD) yang mengandungi senarai nama yang akan dipotong kepada parti-parti politik," katanya.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi ibu pejabat SPR di talian 03-8885 6565 atau faks 03-88889117 atau menghubungi mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri. — BERNAMA


"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Patutlah orang panggil dia Mahpooozzz Bean.

KONSPIRASI TERBESAR KHALID GAGAP DENGAN HASSAN ALI..NUAR TERSENYUM PUAS..

Lega betul si Khalid ni.... kenapa ya??
 

SHAH ALAM - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mengecam keras tindakan beberapa blog pro-Umno yang mendakwanya melanggan seks sambil menyifatkan ia sebagai satu "fitnah" terbaru pihak Umno menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

  

Kata Azmin, ia fitnah yang ditohmah ke atas dirinya untuk mengaibkan beliau dan keluarga susulan nasib dilalui Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim tahun lalu.



"Fitnah jelek ini disebarkan oleh media yang dikuasai Umno yang memetik sumber blog pro-Umno.



"Fitnah ini memaparkan seorang lelaki yang mereka tohmah sebagai saya bersama seorang wanita dalam tandas.



"Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah tersebut. Ianya adalah fitnah ulangan menggunakan modus operandi yang sama yang digunakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata beliau dalam satu kenyataan media hari ini.




Di atas adalah penafian Azmin Ali terhadap penyiaran gambar-gambar yang menyerupai beliau yang menunjukkan ais krimnya sedang di nyonyot oleh awek Indon. Penafian tersebut telah banyak disiarkan oleh blog pro kerajaan. TV3 dan Utusan juga menyiarkan perkara tersebut dalam laporan berita masing-masing.

Jokiden memilih untuk tidak mempercayai gambar-gambar tersebut, kerana belum ada mana-mana pihak berkuasa yang mengesahkan ketulinan gambar itu. Lebih selamat untuk mempercayai penafian Azmin seperti di atas daripada mempercayai gambar tersebut.

Ini adalah fiiitttttttnnnaaaaaaaaaahhhhhhhh jahaaaaaaaaaaaaatttttt, bertujuan untuk memalukan Azmin dan keluarganya seperti  kata Azmin dalam sidang medianya. Ini skrip lama UMNO/BN.

Selain daripada itu alasan Jokiden untuk berpihak kepada Azmin samalah dengan sebahagian pendapat para pengkomen dalam blog yang sempat di baca. Alasan kuuuuukuuuuhhh Jokiden untuk mempercayai Azmin ialah:

1. GAMBAR TU BOLEH DI REKA, DI SUPERIMPOSE,
2. CEPATNYA  AZMIN RESPON KEPADA ISU INI,
3. YANG MENYIARKAN GAMBAR IALAH BLOGER UMNO.. SOHEH BERNIAT JAHHHHHHHHHHHAAAAAAAATTTT,
4. BANYAK TEMPAT  LAIN DIA NAK BUAT PROJEK TU.. TAKKAN DLM TANDAS
5. JUGA TAK KAN DIRUANG TAMU.. ISH TAK CAYA.. TAK CAYA..FITNAAAAAAAAHHHHHH
6. KONSPIRASI UMNO UPAH AWEK INDON ..

7. DIA BOLEH BAWA AWEK TU KAT HOTEL MEWAH DALAM DAN LUAR NEGARA

Yang Jokiden hendak komen ialah jika 'skrip lama' UMNO/BN hendak memfitnah Azmin, dia juga nampaknya serupa  menggunakan skrip lama iaitu terus menuding jari kepada UMNO/BN dan kerajaan. Sedikit hari lagi, jika penafian menjadi layu, nama DSN yang tidak kena mengena juga akan diheret sama. Skrip ini selalunya membuatkan sesuatu drama itu box office.. meletup.

Tuduh UMNO/BN, kerajaan dan DSN akan memudahkan sesuatu isu tersebut dialihkan. Musuh setiap ahli politik bertaburan di mana-mana sahaja. Ahli politik tidak boleh berbuat silap. Bukan sahaja mesti bersih, tetapi juga mesti kelihatan bersih.

Azmin mesti sedar, musuh dia keliling pinggang bukan sahaja dari kalangan UMNO/BN, tetapi juga dikalangan ahli parti, dikalangan inner circle PKR sendiri. Juga dia ada musuh dari kalangan ahli PAS, dari kalangan pegawai kerajaan, dari kalangan DAP. Malah Azmin mempunyai musuh dalam keluarga sendiri. (Sehari selepas artikel ini, Suara Rakyat kata itu Azmin)

Apa salahnya penafian tersebut ditujukan kepada Khalid Gagap MB Selangor. Katalah Khalid berkonspirasi dengan Hassan Ali untuk menjatuhkan dia. Katalah Ummi Afilda bersekongkol dengan awek Indon lalu mengupahnya untuk memerangkap dia. Katalah itu perancangan jahat Nurul Izzah atau perancangan jahat Shamsidar. Semuanya serba mungkin atas beribu sebab.

Maksudnya di sini janganlah semuanya hendak dikaitkan dengan UMNO/BN.  Rasanya ramai pemimpin PAS dan bekas pemimpin PAS yang mampu melihat gambar tersebut. Jika video mungkin ada yang tidak sanggup melihatnya. Ini gambar, sekali pandang dan cukup.

Apapun kita tunggu komen dari Dr Hassan Ali selepas ini. Yang mungkin turut seronok dengan penyiaran gambar tersebut ialah Nuar Brahim, Badrolamiiiiinnnnnn dan Mat Sapu. Shamsidar?? Lega...!!!!

Ps, macam sudah di atur-atur pulak gambar ni keluar sebaik sahaja Bersih 3 berakhir.
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Patutlah orang panggil dia Mahpooozzz Bean.

Tuesday, May 1, 2012

UNIT AMAL PAS MENYAMAR JADI POLIS..


 

Terdapat lebih kurang 50 orang unit amal PAS telah menyamar sebagai polis lalu menangkap, memukul dan menendang Cikgu Bad. Dia dipukul dengan objek tumpul. Dia di maki hamun dan di caci sampai termuntah. Duitnya lebih RM200 telah dikebas oleh Unit Amal PAS tersebut untuk bershoping di KLCC.

Dia telah disumbat bersama 15 orang yang lain ke dalam lori sampah yang amat busuk dan dia sukar bernafas. Dia merayu dan meminta maaf sampai melutut namun tidak diindahkan. Lalu dia beranggapan bahawa Unit Amal PAS yang menyamar sebagai polis tersebut amat zalim dan tidak berperi kemanusiaan.

Ada budi ada batas, selama ini hanya dia yang pandai memaki hamun orang. Selama ini hanya dia yang hebat dan berani. Nah sekarang rasakan pulak giliran kamu apabila Unit Amal PAS bertindak sedemikian terhadap dia.

Unit Amal PAS telah naik bosan apabila ditempelak oleh pelbagai  pihak sebagai punca rusuhan, termasuk oleh Ambiga sendiri. Pengorbanan Unit Amal PAS yang beruniform merah tersebut yang telah bekerja keras menjayakan demontrasi haram tempoh hari telah dituduh merempuh polis dan huru hara mula berlaku.

Sedangkan semua kepimpinan tertinggi PAS mengatakan Unit Amal PAS adalah terdiri daripada mereka yang amat berdisplin, berhemah, berbudi bahasa dan sepanjang masa membantu sesiapa yang memerlukan bantuan. Nik Aziz berkata begitu. Sallehuddin Ayubi juga mengatakan demikian.

Tidak mungkin Unit Amal PAS yang merempuh polis dan semua kepimpinan dan ahli PAS mengatakan ramai orang telah menyamar sebagai anggota Unit Amal PAS dan memakai baju merah lalu merempuh polis untuk mengwujudkan suasana kecoh. Yang paling ramai menyamar sebagai Unit Amal PAS ialah ahli Pemuda UMNO dan Polis.

Penyamaran dalam dunia risikan bukanlah perkara baru. Mosad melakukannya. CIA melakukannya. Polis melakukannya.Suatu masa dulu KGV amat terkenal dalam bidang perisikan dan penyamaran ini. Pelbagai cara dan kaedah digunakan.

Dalam demontrasi bersih tempoh hari begitu banyak penyamaran berlaku, sehinggakan tidak dapat dipastikan pendemo dari kumpulan mana. Rasanya yang paling ramai menyamar memakai baju kuning ialah ahli Pemuda UMNO dan ahli PERKASA. Jumlahnya mungkin melebihi 28,412 orang.

Ini diikuti oleh ahli MCA sebanyak 33,079 orang. Jadi kehadiran yang agak ramai tersebut ialah akibat penyamaran oleh UMNO dan MCA. Bakinya sebanyak lebih kurang 7,000 orang merupakan ahli PKR, PAS dan DAP dan penyokong bolasepak serta pelajar sekolah. Sebenarnya demontrasi tersebut telah berjaya menyerlahkan kehebatan BN.

Polis dan SB pula beribu-ribu jumlahnya yang menyamar sebagai Unit Amal PAS dan memakai baju merah. Sebahagian lain pula turut memakai baju kuning. Baju boleh didapati dengan mudah. Tak ada masalah. Tidak perlu bayar dan tidak perlu daftar untuk mendapatkan baju.

Ini bukan Jokiden yang cakap, ini pemimpin pembangkang yang cakap. Tidak tahulah jika mereka berbohong dalam hal ini, sebab mereka ini bukan boleh percaya sangat, memang suka menipu.

Jadi rasa tertekan dengan situasi dan bahang kepanasan akibat bakaran semangat oleh Cikgu Bad, maka sekumpulan 50 orang ahli Unit Amal PAS yang tulin telah bertindak nekad dengan merampas uniform polis, memakainya dan menangkap Cikgu Bad. Cikgu Bad secara sinis telah mengesahkan perkara tersebut, sebab itu semua polis yang menangkap dan memukulnya tidak memakai tanda nama dan nombor. Ini bukan Jokiden cakap, ini dari mulut Cikgu Bad sendiri. Dengarkan Video di bawah:

  
Dengan itu pesta meriah di Dataran Merdeka dan sekitar Kuala Lumpur tempoh hari bukanlah melambangkan kejayaan pembangkang dari segi mengumpulkan orang ramai. Pak Pacak lebih ramai dari pendemo yang asli.

Yang mereka berjaya ialah memberitahu dunia bahawa di Malaysia kebebasan bersuara tiada batasan. Semuanya bebas memekik, memaki hamun, mencaci sesiapa sahaja yang kita suka. Tidak ada undang-undang yang boleh menyekat kebebasan bersuara di Malaysia ini.

Cuma walaupun bebas, keadaan tetap tidak sama seperti yang berlaku di Dataran Tahrim Mesir, di Bangkok, Filipina, Jakarta dan Libya. Rakyat Malaysia masih waras dan semakin teguh menyokong kerajaan sedia ada kerana mereka yakin kebebasan seperti yang mereka nikmati hari ini akan terus terpelihara jika BN terus berkuasa.

Rakyat berpendapat sekiranya pembangkang berkuasa kelak, semua kebebasan akan disekat. Rakyat tidak boleh bersuara, rakyat tidak boleh mengkritik dan rakyat terpaksa ikut kaedah diktator. Pelajar tidak mampu meneruskan pelajaran  kerana tiada tabung lagi. Bukti telah banyak kita lihat hari ini. Parti dikuasai oleh anak beranak, parti dipimpin oleh mereka yang rakus dan siapa bersuara kena pecaaaaaaaaaaaatttttttttt!!!



"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Patutlah orang panggil dia Mahpooozzz Bean.