Model BMW lama.
Zakar menegang, lelaki saman BMW
SAN FRANCISCO 1 Mei - Seorang lelaki memfailkan saman terhadap dua buah syarikat berikutan pengalaman ngeri yang dilaluinya apabila alat sulitnya menegang selama dua tahun selepas menunggang sebuah motosikal berkuasa besar.
Henry Wolf yang menetap di sini, mengemukakan saman tersebut terhadap syarikat pengeluar motosikal, BMW dan juga Corbin-Pacific Inc., yang bertanggungjawab membuat tempat duduk kenderaan itu di Mahkamah Agung San Francisco, minggu lalu.
Dalam saman tersebut, Wolf mendakwa pada mulanya dia sangat gembira dapat menunggang motosikal BMW 1993 yang dilengkapi tempat duduk Corbin-Pasific, dalam tunggangan selama dua jam tanpa henti.
Namun, secara tiba-tiba selepas itu, alat sulitnya mengalami ketegangan sepanjang masa yang didakwanya berpunca daripada rekaan tempat duduk berbonggol dan kegagalan pembuatan serta pemasangan oleh defendan.
Peristiwa tersebut menurutnya berlaku pada 1 Mei 2010 dan sejak itu, keadaannya berterusan sehingga sekarang.
Wolf turut menyatakan bahawa aktiviti hariannya terjejas termasuk tidak dapat melakukan hubungan seks, yang menyebabkan dia mengalami tekanan emosi dan mental yang teruk.
Sementara itu, sebuah blog automotif, Rushlane melaporkan, kejadian seperti itu bukan yang pertama pernah berlaku.
Bagaimanapun dalam kebanyakan kes, ia dilihat mempunyai kaitan langsung antara rekaan tempat duduk motosikal dan masalah berkaitan seperti kesuburan dan mati pucuk.
Menurut blog tersebut, getaran yang berterusan sepanjang tunggangan ditambah keadaan tempat duduk, dikatakan menjadi punca masalah tersebut berlaku. - AGENSI
Paderi Bakar Al-Quran
Seorang Paderi dari Florida Terry Jones bertindak membakar kitab suci Al-Quran serta gambar lukisan yang menggambarkan Nabi Muhammad saw pada hari Sabtu yang lalu. Pembakaran itu disiarkan sepenuhnya menerusi internet dan disertai oleh kira-kira 20 orang di Gerejanya.
Jabatan Negara Amerika telah mengecam tindakan Paderi tersebut kerana ia tidak mencerminkan nilai-nilai masyarakat Amerika sebenarnya.
Komen Jokiden
Posting ini lari sedikit daripada cerita politik, namun ianya boleh saja dikaitkan sekiranya kita mahu. Moral ceritanya banyak seperti antaranya:
Menyalahkan orang lain atau pihak lain atas musibah diri,
Kebebasan yang tidak terbatas, saman ke atas sesiapa sahaja jika tidak berpuas hati,
Umat Islam yang menjadi minoriti di negara lain tidak menikmati apa yang umat Islam di sini nikmati.
Ada orang risau bila 'aiskrimnya' tidak naik atau tidak tegang. Namun kes yang di atas sudah terbalik pulak 'aiskrimnya' asyik naik dan tidak turun-turun selama lebih dua tahun. Dia menyaman BMW atas masalah tersebut.
Di mana-manapun berdasarkan rekod terdahulu apabila naskah Al-Quran dibakar dengan niat menghina, selalunya tempat itu atau negara itu akan menerima musibah segera. Umpamanya dilanda banjir besar, ribut taufan, puting beliung dan juga hangus terbakar.
Di Selatan Thailand bom terus meletup dan dua anggota renjer Thai terbunuh. di Syria bom motar meletup dan membunuh 11 orang. Kisah bom meletup ini boleh kita baca dalam akhbar setiap hari. Kisah ini boleh kita tonton dalam TV setiap hari. Kisah ini banyak dipaparkan dalam internet setiap hari.
Di Malaysia hasil usaha keras UMNO/BN umat Islamnya bernasib lebih baik dari umat Islam ditempat lain. hargailah nikmat tersebut. Keamanan negara ini jangan dimusnahkan dengan imej buruk melalui demontrasi jalanan.
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Patutlah orang panggil dia Mahpooozzz Bean.
No comments:
Post a Comment