Ini termasuk tak dalam senarai nak kena tangkap??? Salah ke meniarap atas jalan???
Para blogger telah mula memaparkan muka-muka perusuh yang dikehendaki oleh polis. Mereka sedang di buru dan akan ditangkap tidak lama lagi. 49 orang daripadanya adalah perusuh tegar, sementara perusuh separuh tegar ada sebanyak lebih kurang 700 orang.
Perusuh yang kerjanya maki hamun polis ada sekitar 1000 orang dan skrip telah disediakan melalui pembakaran semangat oleh pemimpin pembangkang melalui pembesar suara.
Perusuh yang hanya berlari-lari anak ada sebanyak lebih kurang 2000 orang. Perusuh yang bertempiaran lari akibat semburan asap pemedih mata ada sekitar 15,000 orang.
Perusuh yang syok sendiri, yang tak tahu apa-apa, tetapi dapat duit belanja dan ditaja oleh pihak tertentu termasuk oleh Nik Aziz ada sekitar 30,000 orang. Mereka ni suka-suka je, nak berkelah dan ada yang sanggup membawa keluarga masing-masing termasuk anak-anak keci.
Seorang daripadanya iaitu seorang India dari Rasah Seremban dilaporkan oleh TV telah didakwa di mahkamah siang tadi. Dia hanya tersenyum, tiada pengakuan bersalah. Kenapa dia senyum????
Budak-budak yang berdemo dan mengkalunkan bunga malai ke potret PM serta Menteri Pengajian Tinggi telah dibicarakan di peringkat Universiti. Hukuman yang dikenakan ke atas 3 orang tersebut ialah Amaran, Denda RM200 serta Digantung Semesta pengajian.
Yang menariknya pendemo dari Rasah Seremban di dakwa di bawah seksyen 143 kanun keseksaan. Dia senyum kerana ikat jamin hanya RM2000.00. Ciput sangat, Sam kemetot pun mampu bayarkan. Jika dia di dapati bersalah dia boleh dipenjara maksimum 6 bulan. Dia juga boleh didenda maksimum RM400.00. Maknanya sehari pergi menoreh getah selesailah membayar denda tersebut.
Masuk penjara, keluar jadi hero, denda ciput, siapa yang takut untuk melakukan kesalahan. Ingat kes Mahpoozzz bean dulu dia sanggup masuk penjara, no hal, keluar dia buat lagi. Tidak ada kesan. Bagi mana-mana pemimpin, yang mereka takut ialah bila masuk penjara tidak layak bertanding. Baru mereka berhati-hati.
Di negara ini berpuluh masuk penjara, jadi banduan, keluar jadi hero, bertanding senang-senang je menang. Malah bertanding dari dalam penjara pun boleh menang, asalkan bijak memusingkan isu dan meletakan kesalahan di pihak lain. Jadikan diri seolah-olah dianinyanya, soheh simpati mencurah-curah dan bertanding boleh menang.
Jadi benarkah undang-undang tersebut merupakan hukuman yang boleh memberikan pengajaran bagi yang melakukan kesalahan.?? Di Singapura mungkin ia di sini mungkin tidak. Ini kena tanya penggubal undang-undang di Parlimen tu.
Saranan Jokiden kepada semua perusuh yang diburu oleh polis tadi, jangan takut dan bimbang, pergi je kemana-mana balai polis serah diri. Bila di bawa ke mahkamah, tunjuk muka sedih, mengaku bersalah, merayu pasti dapat hukuman ringan. Ciput je. keluar dari bangunan mahkamah tu mulakan semula perangai gedebe dan boleh maki polis semula.
Bila serah diri kurang sikit kerja polis, jimatkan masa dan jimatkan tenaga dan kurang sikit kenyataan para Menteri kerajaan. Ada berani???
Terkini, Jokiden dengar Azmin Ali telah menghantar notis (entah kepada siapa) mohon bercuti dari segala tugasan. Hahaha... Berhenti teruslah Azmin. Letak semua jawatan..
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Patutlah orang panggil dia Mahpooozzz Bean.
curi chocolate rm 2.00 tuk anak kena penjara 2 tahun....maki,caci buat demo rosak harta benda dan ganggu ketenteraman awam cuma di denda rm400....jual tin minuman ringan yg di kutip pada perhimpunan bersih dapat lebih dari rm400....
ReplyDelete