Saturday, May 5, 2012

DS Najib Menjadi Punca Di Sebalik Demontrasi Bersih.. Buktinya...

Apo laie yg puak ni ondak ni..?    

Setiap perhimpunan dikawasan awam, dimana sahaja atas muka bumi ini, atas nama apa sekalipun tetap mengundang risiko. Jika dibenarkan pula penganjur atau pemimpin berucap dan membakar semangat para peserta, keadaan pasti menjadi lain. Ketenteraman yang dijangkakan pada awalnya akan bertukar ganas.

Berbeza sedikit dengan perhimpunan yang diadakan di kawasan tertutup, dalam bangunan atau dalam stadium. Perhimpunan yang dianjurkan oleh pihak pemerintah sekalipun tetap mempunyai risiko. Apa lagi perhimpunan yang bertujuan untuk menentang sesuatu isu atau pihak.

Jika polis anti rusuhan pun ada kalanya tidak mampu untuk membendung orang ramai apabila mereka merusuh, apalagi kemampuan penganjur. Bila suasana sudah menjadi tidak terkawal penganjur akan menghilangkan diri sambil memikirkan strategi terbaik untuk melepaskan semua tanggung-jawab. Mereka akan mencari pihak lain untuk diletakan semua kesalahan. Selalunya polis dan pihak keselamatanlah yang akan dijadikan kambing hitam.

Penganjuran bersih tidak sepatutnya dilakukan jika benar pembangkang di Malaysia inginkan satu penyelesaian yang terbaik. Mereka telah membuat tuntutan dan SPR telah berjanji untuk memenuhi tuntutan mereka. Daripada 8 tuntutan mereka 7 telah diterima. Asalnya 22 tuntutan dan 17 diterima oleh SPR. Wakil mereka dalam PSC dengan sendirinya dianggap bodoh. 

Walaupun kerajaan berlembut dengan tuntutan mereka, pembangkang terpaksa mencari kaedah lain untuk menunjukkan mereka masih wujud di negara ini. Maka SPR dijadikan modal terbaik, tanpa rasa malu. Bersih3 diadakan. Apa hasil yang mereka dapat?? sudah bertambah bersihkan SPR??

Sejak Perdana Menteri DSN mengambil alih kuasa, satu persatu transformasi dilakukan oleh beliau. kemampuan beliau menyelesaikan semua masalah membuatkan pembangkang hilang punca dan hampir pitam. Kemampuan kerajaan di bawah pimpinan DS Najib membela rakyat menyebabkan kewujudan pakatan pembangkang seolah-olah tidak relevan lagi.

Kejayaan transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri telah dengan sendirinya membuatkan pakatan pembangkang kelihatan CACAT di sana sini. Dalam temph tiga tahun menerajui negara, dengan slogan 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan kejayaan jelas terpampang di depan mata dan rakyat menerimanya dengan baik.

Sedangkan pentadbiran pembangkang di negeri yang mereka perintah terus kucar kacir, pincang dan serabut dengan pelbagai masalah. Senario yang menyebelahi BN ini  membuatkan pembangkang menghitung hari-hari terakhir mereka sebagai pentadbir.

Masalah asas rakyat seperti sampahpun tidak dapat mereka selesaikan hinggakan negeri maju suatu ketika dahulu, kini dikenali sebagai negeri sampah. 

Kegigihan Perdana Menteri dan Timbalannya dalam mempastikan seluruh lapisan rakyat mendapat pembelaan, menyebabkan Nuar serta rakan sekongkolannya menghadapi jalan buntu serta resah gelisah. Semua warga mendapat pembelaan Perdana Menteri dan yang terakhir rasanya ialah warga koperat. Mood rakyat yang semakin berpihak kepada DSN dan BN membuatkan pakatan haram seperti orang hilang arah.

Sebenarnya ramai yang tahu bahawa Nuar dan puaknya menyedari kemampuan DSN dalam menerajui negara ini. Sebab itu mereka berusaha seboleh mungkin supaya DSN tidak dinobatkan sebagai Perdana Menteri sejak awal lagi. Jika pentadbiran negara terus lemah, pastilah dalam PRU13 pakatan haram akan mudah memenangi hati rakyat. Kini mereka ketandusan isu.

Ketenangan DSN dalam menghadapi sebarang masalah, membuatkan pemimpin pembangkang yang utama sebagai orang dungu. Ini yang menghantui mereka. Sesuatu mesti dicipta supaya rakyat tidak terus terusan menerima baik segala pembaharuan yang dibuat oleh kerajaan.

Jadi Bersih mungkin boleh mencalar sedikit sebanyak imej tenang, cool  Perdana Menteri:

Ingin menunjukkan kerajaan seolah-olah hilang kawalan,
Ekonomi negara bertambah baik,
Pentadbiran pembangkang di negeri yang mereka perintah gagal dan mesti ditutup,
Golongan ulama' menyokong UMNO/BN,
Golongan muda berpihak kepada UMNO/BN,
Isu PTPTN menjerat pembangkang,
Penyelewengan pembangkang mengatasi penyelewengan UMNO/BN walaupun baru sepenggal berkuasa,
Masalah kejumudan pemimpin UMNO/BN hampir selesai sepenuhnya,
Kakitangan awam dihargai,
ISA, AUKU, Akta mesin cetak dihapuskan,
Isu FGVB hanya 8/120,000 orang menentang,
BR1M, KR1M, KLINIK1M, GTP, ETP, 1MDB
Gulungan peniaga Cina  selesa dengan pertumbuhan ekonomi,
Media baru tidak disekat,
Bantuan buku percuma,
Elektrik percuma,
Nadi rakyat didengar.
Tol dihapuskan,
Harga minyak kekal,


Kata-kata PM yang pembangkang tidak sanggup dengar:

"Kalau anak jantan bersainglah di peti undi.."
"Kita tidak pernah ganggu biarpun suatu ketika kerajaan Pas Kelantan hidup atas satu kerusi dan dua undi sahaja," katanya.

Sesuatu yang amat sukar, yang tidak akan mampu dilakukan oleh Nuar ialah, kejayaan Perdana Menteri menyelamatkan negara daripada terjerumus kekancah kemelesetan dengan pendekatan yang pragmatik membuatkan pembangkang macam cicak termakan kapur. Terkebil-kebil.

Barang keperluan mencukupi, harga terkawal, perniagaan berjalan seprti biasa, kilang-kilang terus beroperasi, bank masih banyak wang, penjualan kereta walaupun ada sekatan, terus berdaya tahan, hujung minggu pusat pelancungan masih meriah dan negara terus aman damai.

Semua faktor di atas tidak memihak kepada pembangkang. Isu-isu lama sebelum DSN menjadi PM seperti kes Liong Sik, Chan kong Choy, Khir Toyo, NFC, sedikit sebanyak menjejaskan juga persepsi rakyat terhadap BN, namun dapat ditangani oleh secara berhemah oleh DSN. Pening..pening..  bertambah pening Pakatan haram. Jadi Bersih hanyalah alat untuk menunjukkan mereka masih ada dalam senario politik Malaysia ini.

Di awal perlantikan DSN sebagai Perdana Menteri pada 2009, tumpuan ialah untuk menyerang peribadi beliau, isteri beliau dan keluarga beliau. Pembunuhan karakter dilakukan semaksimum mungkin, namun nampaknya kurang menjadi dan PM tetap cool, tidak melatah, tidak terusik dan terus bekerja untuk membela rakyat. Pembangkang mati akal lagi.

Melalui perbincangan strategi mereka menemui jalan yang paling berkesan dan ada uummphh ialah keluar ke jalanan buat hiruk pikuk, kacau bilau, panggil press dari luar negara dan jadikan SPR serta polis sebagi kambing hitam.

Apakah mereka semua Ambiga, Nik Aziz, Mat Sabu, LKS, LGE, nuar, Azmin, Wan Azizah, tian Chua, Hj Hadi tidak nampak risikonya bila berhimpun di kawasan lapang dan ditempat awam??? Mereka tahu semua risiko dan semua kemungkinan tersebut.

Mereka tahu akan ada yang cedera, mereka tahu akan ada harta awam yang rosak, mereka tahu jumlah yang ramai tidak akan dapat dikawal, mereka tahu ramai reporter akan hadir, mereka tahu polis akan dimaki hamun, mereka tahu kedai-kedai akan terpaksa ditutup, mereka tahu teksi akan lumpuh, mereka tahu ramai yang akan berkaki ayam, mereka tahu sampah sarap akan bersepah, mereka tahu FRU akan bawa gas dan mereka tahu imej negara akan tercalar. Jadi kenapa jalan yang busuk ini mereka pilih??? Kerana hanya itu talian hayat terakhir pembangkang.

Bila semuanya seolah-olah berjalan elok, polis dan FRU yang kena makipun buat dek je, Nuar telah 
segera bertindak dengan mengarahkan supaya peserta demontrasi merempuh polis dan tercapailah apa yang dia inginkan....Dia sebenarnya tersenyum.


Ps: Dengarnya ibu Azmin akan muncul di TV3 malam ini..

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Patutlah orang panggil dia Mahpooozzz Bean.

No comments:

Post a Comment