Terdapat lebih kurang 50 orang unit amal PAS telah menyamar sebagai polis lalu menangkap, memukul dan menendang Cikgu Bad. Dia dipukul dengan objek tumpul. Dia di maki hamun dan di caci sampai termuntah. Duitnya lebih RM200 telah dikebas oleh Unit Amal PAS tersebut untuk bershoping di KLCC.
Dia telah disumbat bersama 15 orang yang lain ke dalam lori sampah yang amat busuk dan dia sukar bernafas. Dia merayu dan meminta maaf sampai melutut namun tidak diindahkan. Lalu dia beranggapan bahawa Unit Amal PAS yang menyamar sebagai polis tersebut amat zalim dan tidak berperi kemanusiaan.
Ada budi ada batas, selama ini hanya dia yang pandai memaki hamun orang. Selama ini hanya dia yang hebat dan berani. Nah sekarang rasakan pulak giliran kamu apabila Unit Amal PAS bertindak sedemikian terhadap dia.
Unit Amal PAS telah naik bosan apabila ditempelak oleh pelbagai pihak sebagai punca rusuhan, termasuk oleh Ambiga sendiri. Pengorbanan Unit Amal PAS yang beruniform merah tersebut yang telah bekerja keras menjayakan demontrasi haram tempoh hari telah dituduh merempuh polis dan huru hara mula berlaku.
Sedangkan semua kepimpinan tertinggi PAS mengatakan Unit Amal PAS adalah terdiri daripada mereka yang amat berdisplin, berhemah, berbudi bahasa dan sepanjang masa membantu sesiapa yang memerlukan bantuan. Nik Aziz berkata begitu. Sallehuddin Ayubi juga mengatakan demikian.
Tidak mungkin Unit Amal PAS yang merempuh polis dan semua kepimpinan dan ahli PAS mengatakan ramai orang telah menyamar sebagai anggota Unit Amal PAS dan memakai baju merah lalu merempuh polis untuk mengwujudkan suasana kecoh. Yang paling ramai menyamar sebagai Unit Amal PAS ialah ahli Pemuda UMNO dan Polis.
Penyamaran dalam dunia risikan bukanlah perkara baru. Mosad melakukannya. CIA melakukannya. Polis melakukannya.Suatu masa dulu KGV amat terkenal dalam bidang perisikan dan penyamaran ini. Pelbagai cara dan kaedah digunakan.
Dalam demontrasi bersih tempoh hari begitu banyak penyamaran berlaku, sehinggakan tidak dapat dipastikan pendemo dari kumpulan mana. Rasanya yang paling ramai menyamar memakai baju kuning ialah ahli Pemuda UMNO dan ahli PERKASA. Jumlahnya mungkin melebihi 28,412 orang.
Ini diikuti oleh ahli MCA sebanyak 33,079 orang. Jadi kehadiran yang agak ramai tersebut ialah akibat penyamaran oleh UMNO dan MCA. Bakinya sebanyak lebih kurang 7,000 orang merupakan ahli PKR, PAS dan DAP dan penyokong bolasepak serta pelajar sekolah. Sebenarnya demontrasi tersebut telah berjaya menyerlahkan kehebatan BN.
Polis dan SB pula beribu-ribu jumlahnya yang menyamar sebagai Unit Amal PAS dan memakai baju merah. Sebahagian lain pula turut memakai baju kuning. Baju boleh didapati dengan mudah. Tak ada masalah. Tidak perlu bayar dan tidak perlu daftar untuk mendapatkan baju.
Ini bukan Jokiden yang cakap, ini pemimpin pembangkang yang cakap. Tidak tahulah jika mereka berbohong dalam hal ini, sebab mereka ini bukan boleh percaya sangat, memang suka menipu.
Jadi rasa tertekan dengan situasi dan bahang kepanasan akibat bakaran semangat oleh Cikgu Bad, maka sekumpulan 50 orang ahli Unit Amal PAS yang tulin telah bertindak nekad dengan merampas uniform polis, memakainya dan menangkap Cikgu Bad. Cikgu Bad secara sinis telah mengesahkan perkara tersebut, sebab itu semua polis yang menangkap dan memukulnya tidak memakai tanda nama dan nombor. Ini bukan Jokiden cakap, ini dari mulut Cikgu Bad sendiri. Dengarkan Video di bawah:
Dengan itu pesta meriah di Dataran Merdeka dan sekitar Kuala Lumpur tempoh hari bukanlah melambangkan kejayaan pembangkang dari segi mengumpulkan orang ramai. Pak Pacak lebih ramai dari pendemo yang asli.
Yang mereka berjaya ialah memberitahu dunia bahawa di Malaysia kebebasan bersuara tiada batasan. Semuanya bebas memekik, memaki hamun, mencaci sesiapa sahaja yang kita suka. Tidak ada undang-undang yang boleh menyekat kebebasan bersuara di Malaysia ini.
Cuma walaupun bebas, keadaan tetap tidak sama seperti yang berlaku di Dataran Tahrim Mesir, di Bangkok, Filipina, Jakarta dan Libya. Rakyat Malaysia masih waras dan semakin teguh menyokong kerajaan sedia ada kerana mereka yakin kebebasan seperti yang mereka nikmati hari ini akan terus terpelihara jika BN terus berkuasa.
Rakyat berpendapat sekiranya pembangkang berkuasa kelak, semua kebebasan akan disekat. Rakyat tidak boleh bersuara, rakyat tidak boleh mengkritik dan rakyat terpaksa ikut kaedah diktator. Pelajar tidak mampu meneruskan pelajaran kerana tiada tabung lagi. Bukti telah banyak kita lihat hari ini. Parti dikuasai oleh anak beranak, parti dipimpin oleh mereka yang rakus dan siapa bersuara kena pecaaaaaaaaaaaatttttttttt!!!
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Patutlah orang panggil dia Mahpooozzz Bean.
50 orang pukul lu sorang?power beb!power!superman malaysia
ReplyDelete