Saturday, May 5, 2012

HAJI HADI PITAM LAGI... SURAT KE 2


Sambungan Surat

"Ini rahsia besar ni.."
 
Tuan berdua serta puak-puak tuan sepanjang masa memutar belitkan kenyataan. Sepanjang masa menabur fitnah. Malah PAS hidup atas isu fitnah, maki hamun serta isu hudud sejak ia ditubuhkan lebih 50 tahun dahulu. Budaya memfitnah dan memaki hamun dalam setiap ceramah disegarkan oleh parti dan puak tuan. 

Namun yang digambarkan sebagai pemfitnah ialah media arus perdana, lalu tuan menjadikan alasan untuk meneruskan demontrasi jalanan siri ke4. Silakan sekiranya tuan merasakan hujah tersebut wajar. Media arus perdana seperti Utusan Malaysia pemegang saham terbesarnya ialah UMNO. Patut sekali semua yang baik tentang kerajaan, UMNO dan BN ditonjolkan.  

Sesuatu yang benar tetapi merugikan pembangkang apabila disiarkan oleh media perdana maka segera akan dituduh sebagai fitnah jahat. Sedangkan tuan menutup mata dan memekakan telinga sekiranya fitnah disebarkan oleh media lidah rasmi milik tuan dan puak sekongkolan tuan.

Masih segar dalam ingatan rakyat bagaimana pantasnya media pembangkang memainkan isu Menteri Penerangan dituduh merogol pembantu rumahnya, sedangkan kesahihan berita tersebut belum dipastikan. Jika menerima berita dari orang fasik, selidikilah dahulu kesahihan berita tersebut. Namun 'pesalah' tersebut ialah pemimpin UMNO maka segalanya diharuskan dan dibelasah tanpa belas ihsan. Tidak ada teguran terhadap editor akhbar berkenaan kerana isu tersebut menguntungkan pembangkang. tuan menyedari puak tuan tidak memerlukan bukti soheh, cukuplah rakyat dibiarkan membuat andaian sendiri.

Perdana Menteri dituduh sebagai pembunuh Altantunya tanpa perlukan bukti. Setiap akhbar puak tuan serta setiap ceramah tuan sejak 5 tahun lalu memainkan isu tersebut tanpa teguran kerana tuan tahu isu itu dekat dengan hati rakyat.

Keberanian DSN bersumpah sebanyak 4 kali di dalam masjid dengan menyebut nama Allah, tidak sedikitpun dapat menghentikan ribut fitnah tersebut, sedangkan tuan tahu dosa memfitnah lebih besar daripada membunuh. Tuan jangan mengharapkan akhbar dan media propanganda kerajaan hendak menyebelahi tuan, jika itu yang tuan tuntut ianya pasti tidak akan berlaku dan tuan mempunyai alasan kukuh untuk meneruskan bersih4. teruskanlah..


Tidur lagi.. negara tidak boleh diuruskan melalui mimpi tuan..
 
Rakyat sesungguhnya tidak mudah lupa dengan apa yang tuan perkatakan. Sekejap boleh, sekejap tidak boleh. Suatu waktu dulu tuan menyebut, mengaibkan pemimpin adalah dibolehkan. Tuan mempunyai hujah untuk berkata demikian kerana yang hendak diaibkan tersebut ialah pemimpin dari BN.  Kebelakangan ini puak tuan berhujah bahawa tidak boleh sama sekali mengaibkan pemimpin hanya kerana yang diaibkan tersebut ialah pemimpin dari puak tuan. Berlaku adillah sikit tuan. Walaubagaimanapun tidak kira dipihak mana, mengaibkan seseorang tetap tidak boleh.

Beberapa hari yang lepas tuan dikatakan berkata bahawa Perlembagaan Negara akan diubah dan Agama Islam akan digugurkan sebagai agama rasmi. Pastinya apabila orang mempertikaikan perkara tersebut tuan akan mengatakan media arus perdana tersalah tafsir dan putar belit. Kebanyakan negara di dunia ini mempunyai agama rasmi.

Menyedari keresahan rakyat Perdana Menteri terpaksa mengulas dengan berkata perlembagaan negara tidak boleh dipinda sewenang-wenangnya.  Jikalah kenyataan hendak menggugurkan agama Islam sebagai agama rasmi keluar dari mulut Ibrahim Ali, mungkin tuan dan puak-puak tuan tidak cukup air liur untuk membelasah beliau. 

Pemimpin UMNO/BN digambarkan sebagai makhluk perosak, kejam, zalim, perasuah, gila kuasa, fasik, munafik,  mungkar, penuh skandal, tidak Islamik dan tidak bermoral. Hakikatnya di pihak tuan juga tidak kurang pemimpin sebegitu dan kini satu persatu terbongkar. Walaupun tuan mengatakan jijik dengan segala pembongkaran tersebut, tetapi tidakkah tuan percaya bahawa semua itu sudah ketentuan Allah.

Ambiga tuan sanjung, puji dan puja sedangkan tuan amat tahu, suatu waktu dulu wanita tersebut merupakan musuh parti tuan dan menentang tuan dalam pelbagi isu. Hari ini wanita yang sama seolah-olah begitu suci dan wangi perjuangannya. Segalanya semata-mata demi keuntungan politik.

UMNO Tuan perlekehkan dan tuan tohmahkan sebagai menolak Islam, sedangkan selama ini UMNOlah yang menyelamatkan dan mempertabatkan Islam di bumi ini. Tuan lebih percayakan DAP kerana menurut tuan pemimpin DAP tidak tolak Islam dan dah mula faham Islam. Benarkah??? Sila tuan baca pendedahan ini iaitu Rancangan Halus DAP. Tuan dianggap besyubahat.

Tuan mungkin teruja yang amat sangat dengan 'kejayaan' bersih3 tempoh hari sehinggakan tuan melihat ada peluang untuk menjatuhkan kerajaan yang dipimpin oleh orang Islam ini melalui cara tersebut. Sebab itu tuan ingin meneruskan dengan bersih4. Silakan.. Mulut tuan mengatakan kehadiran melebihi 200,000 orang, sedangan hati tuan mungkin berkata hanya setakat 70,000 orang sahaja.

200,000 atau 70,000 bukan soalnya, namun yang dikesalkan ialah imej negara yang tercemar, kemusnahan harta benda, kecederaan anggota keselamatan, wartawan serta penyokong tuan tidak sedikitpun menginsafkan tuan berdua. Hati tuan tidak terusik sedikitpun dan tidak ada rasa malu pada diri sendiri kerana tuan dan puak tuan berjaya menyakinkan penyokong tuan bahawa yang patut disalahkan ialah pihak polis, kerajaan, UMNO/BN, SPR dan media arus perdana sebagai punca segala masalah.

Jika semua itu membanggakan tuan maka silakanlah menganjurkan bersih4 secepat mungkin.

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Patutlah orang panggil dia Mahpooozzz Bean.

2 comments:

  1. Terbaek tuan blog ... lagi baek kalau tuan dapat masukkan dalam media perdana atau hantar terus kepada orang tua nyanyuk berdua tu ... mana tahu ...kot kot Allah bukakan hati penyanyuk penyanyuk tu dan seterusnya insaf di atas setiap fitnah dan fatwa songsang yang di lakukan ....

    ReplyDelete
  2. Tqvm kepada blogger Seputih Kapas..

    ReplyDelete