Uwan Serak (kiri) Lahir 6/11/1903, gambar pada 21/4/12...Mengundi baginya mesti..
Tak habis-habis dengan SPR ini buat kerja baik nak puaskan hati semua pihak dan nak ikut peraturan serta undang-undang. Bukan mudah nak mengemaskinikan daftar pemilih dalam sebuah negara Seperti Malaysia yang mempunyai pembangkang bermentaliti kelas bawahan. Atau mereka terlampau kelas atasan. Ada ke pembangkang nak berterima kasih dengan segala ketelusan SPR ni?
Buatlah macam mana baik sekalipun pasti mereka akan mengada-adakan kesilapan kecil lalu menjadikannya isu nasional. Mereka buat-buat dungu sambil mengharapkan agar ramai yang benar-benar jadi dungu dan ikut telunjuk mereka.
Nasib SPR lah selalu dijadikan kambing hitam. Nasib Polislah selalu digambarkan kejam. Nasib Hakim-hakimlah selalu dimomokan sebagai memihak kerajaan. Nasib pemimpin dan Menteri UMNO lah selalu di persepsikan sebagai perasuah dan kroni. Nasib Utusan Malaysialah selalu digambarkan sebagai media pencacai UMNO/BN.
Nasib pemimpin pembangkanglah selalu mendapat kelebihan untuk meletakan semua kesalahan terhadap kerajaan. Nasib pemimpin pembangkanglah sebab dipercayai membela rakyat sedangkan tidak ada sekelumitpun pembelaan mereka. Nasib pemimpin pembangkanglah boleh menjadikan isu sex mereka sebagai bahan lawak jenaka dalam mana-mana ceramah mereka. Banyak lagi nasib-nasib ni jika hendak disenaraikan.
APA LAGI PAKATAN, DAFTAR SUDAH DIPAMIR, PERGILAH SEMAK DAN CARI PENGUNDI HANTU SEBERAPA RAMAI YANG BOLEH. CARI JUGAK YANG BERUSIA 100 TAHUN KE ATAS.. SALAH SEORANG DARINYA IALAH UWAN JOKIDEN 109 TAHUN UWAN SERAK, PENGUNDI TEGAR UMNO TU.
Daftar pemilih tambahan boleh disemak
KUALA LUMPUR 1 Mei - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mula mempamerkan senarai Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2012 di 952 tempat di seluruh negara selama 14 hari bermula hari ini.
SPR dalam satu kenyataan di sini memaklumkan, senarai itu dipamerkan selaras dengan kehendak Peraturan 13(5), Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.
Ia dipamerkan di Pejabat Pilihan Raya Negeri di 15 tempat, Pejabat Pos Berkomputer (451), Kompleks/Pejabat Kerajaan (86), Pejabat Daerah/Pejabat Tanah (124), Majlis Daerah/Perbandaran (48), Dewan Serbaguna/Rukun Tetangga/Balai Raya/Penghulu/Dewan (194) dan lain-lain tempat (34).
Menurut suruhanjaya itu, semakan juga boleh dibuat melalui laman web SPR di www.spr.gov.my.
Menurut SPR, sebanyak 289,255 permohonan pendaftaran pemilih baru dan 104,430 permohonan untuk pertukaran alamat pusat mengundi daripada pemilih yang sedia berdaftar telah diterima bagi tiga bulan pertama tahun ini.
"Warganegara Malaysia yang baru memohon menjadi pemilih atau mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon untuk pertukaran alamat pusat mengundi dinasihat supaya menyemak senarai tersebut," menurut SPR.
Suruhanjaya itu memaklumkan warganegara yang baru berdaftar sebagai pemilih tetapi mendapati nama mereka tidak tersenarai boleh membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B.
Sementara bagi pemilih berdaftar yang hendak membuat bantahan terhadap kemasukan nama mana-mana orang dalam Rang Daftar Pemilih itu boleh mengisi Borang C dan tidak melebihi 20 orang, kata kenyataan itu.
Borang tersebut hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar (Pengarah Pilihan Raya Negeri) bagi kawasan pendaftaran yang berkenaan pada hari bekerja dalam tempoh Rang Daftar Pemilih tersebut dipamerkan.
"Nasihat SPR bagi mereka yang ingin membuat bantahan, pastikan bantahan itu adalah berdasarkan kepada alasan yang kukuh dan tidak dibuat secara melulu," kata kenyataan itu.
SPR memaklumkan bahawa suruhanjaya itu tidak mempamerkan senarai nama yang akan dipotong dari Daftar Pemilih yang telah hilang kelayakan seperti meninggal dunia, lucut hak warganegara dan sebagainya.
"Bagaimanapun, untuk memudahkan parti politik membuat semakan kepada senarai nama itu, SPR akan mengedarkan cakera padat (CD) yang mengandungi senarai nama yang akan dipotong kepada parti-parti politik," katanya.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi ibu pejabat SPR di talian 03-8885 6565 atau faks 03-88889117 atau menghubungi mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri. — BERNAMA
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Patutlah orang panggil dia Mahpooozzz Bean.
No comments:
Post a Comment