Sunday, April 29, 2012

LEBIH 20 JUTA ORANG YANG BERFIKIRAN BEGINI

Lebih satu juta keluar berdemo pada 28/4/12 semalam
 

Bandingkan dengan gambar di bawah. Gambar dari blog Celah Gelegar
 
Jokiden banyak menerima sms dan yang terkini ialah dari dari seorang rakan mengenai demontrasi haram bersih di Kuala Lumpur semalam. Dimasukan di sini tanpa sebarang edit:

"Askum mate, masukan dalam blog-minta kerajaan BN berani ambil tindakan-tangkap pemimpin pembangkang yang terlibat dalam bersih sial 3-mengapa terlalu berlembut-nak puaskan hati majoriti atau minoriti-dah tak ada keyakinan nak menang ke. Kalau tak yakin boleh bagi tau rakyat, kita boleh bagi SIALAN menerajui kerajaan pula. BN MESTI BERANI membuat keputusan tegas untuk melindungi rakyat-jika tak letak jawatan-bagi kepada yang lebih berani. Kami tak mau pemimpin yang lembik-banyak bercakap tapi tak ada tindakan-dah lama dah!!! Ikut style Tun Dr Mahathir-dalam benci tapi terlalu ramai menyayanginya. Tun berani membuat keputusan yang tak popular tapi rakyat rasa terbela-MAJORITY RULE! Jangan biarkan rakyat n silence majoritu rasa tersisih & tak tenteram & aman atas pimpinan yang terlalu berlembut- MESTI ADA BATASAN & BERANI BERTINDAK-SEKARANG"

Ramai lagi yang berfikiran sama seperti penghantar sms di atas. Soalnya sampai bila kerajaan hendak terus berlembut dengan puak-puak ini. Rakyat biasa tidak boleh bertindak kecuali di peti undi. Tetapi sekiranya rakyat merasakan kerajaan yang ada hari ini lembik dan takut bertindak, maka rakyat akan pilih orang yang berani untuk memimpin negara.

Semalam seorang remaja berusia 17 tahun memberitahu Jokiden "Nuar hebat, dah masuk penjara, keluar penjara tetapi masih ramai penyokong... kalau orang lain dah keluar penjara.. habislah.." Ini pendapat budak kecik. Siapa sebenarnya yang memberi ruang kepada Nuar untuk menjadi hebat ini??????

Puak pembangkang mungkin berfikiran, "kita buat je.. bukan kerajaan nak bertindakpun pada kita.kerajaan lemah.. lama-lama senyaplah.. dah banyak bukti dah.."  

Semalam juga Jokiden dengan hati yang pedih mengenang kembali detik-detik di mana Pak Lah mengarahkan agar pendemo Hindraf tidak di dakwa, sedangkan Pihak Pejabat Peguam Negara sudah bersedia dengan pertuduhan. Akibatnya BN hilang 2/3, meskipun terdapat banyak faktor lain. Isu Hindraf adalah salah satu daripada punca kejatuhan BN. 

Nuar pada tahun 2008 berjaya menunjukan kerajaan di bawah teraju Pak Lah adalah lemah dan perlu ditukar. Ada berjuta orang dalam negara ini yang mempunyai pemikiran sedemikian. Nak nafikan ke??  

Sehari selepas PM DSN angkat sumpah Jokiden ada menulis begini "4 perkara pokok yang mesti DSN lakukan sebagai PM jika mahu kekal berkuasa iaitu Pertahankan orang Melayu, Pertahankan Agama Islam, Pertahankan keselamatan rakyat teramai dan lindungi rakyat daripada pendatang asing"

Baca sedikit komen daripada AFP di bawah:

Malaysian police free all 471 protesters
KUALA LUMPUR, (AFP) - Malaysian police said all 471 people arrested during a demonstration for free and fair elections, including a senior opposition lawmaker, have been freed.

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Patutlah orang panggil dia Mahpooozzz Bean.

4 comments:

  1. Pak Lah adalah PM malaysia yang gagal dan lemah....setiap tindak tanduk anwar adalah hasil dari kelemahan dan kegagalan pak lah...tanggung lah sendiri.

    ReplyDelete
  2. memang btoi... yg sokong bersih ni cuma minoriti... tlg jaga yg majoriti ni dsn oii. dah letih ngan polotik malaysia ni. btw gambar kat atas tu superimpose la. tapi kawan2 dr pr duk jaja gambar tu la dr smlm

    ReplyDelete
  3. nak letak gambar pun jgn ler yg pakai superimpose... ingat rakyat malaysia ni budak tadika ker.... so cheap...

    ReplyDelete
  4. wa sudah benci dan muak, kata bersih tapi tak bersih, semlam sudah kasi sapu bersih ke?...apa jadi... bnyk rugi dari untung ma.....

    ReplyDelete