Friday, May 4, 2012

TERKINI.... HAJI HADI PITAM LAGI SEKALI....


Ini Surat Tertutup Jokiden khas untuk 2 orang Tuan Guru PAS (Kalau surat tentulah panjang sikit)

Ini baru lepas pitam ke ni??? Nak pitam lagi ke??

Merenung masa depan sendiri atau negara??

Haji Hadi dilaporkan sebagai berkata akan meneruskan Bersih 4. Hahaha.. dah kemaruklah tu, dah gian sangatlah, dah teruja. Dia ingat orang semua suka..Hahaha Tipah tertipu!!!!!

Biasalah alasan dia selagi SPR tak telus, selagi tak bersih, selagi semua tuntutan tidak dipenuhi, maka dia akan menggerakan demontrasi bersih4 pula. Ini tidak memeranjatkan dan telah diramalkan. Pada 8 Julai 2011 Jokiden telah menulis di Utusan Malaysia, mengatakan selepas 9 Julai akan ada 9 Ogos, 9 Oktober dan seterusnya.. Baca di sini.

Kenyataan Haji Hadi seperti berikut: " Kita tengok dulu, kalau dia (kerajaan) tak buat perubahan, media tak tidak bebas, pilihanraya tipu, daftar polis tidak bersih, kita akan buat lagi (Bersih4)" Utusan Malaysia 2 Mei 2012.

Mana ada dalam dunia ni semua tuntutan dapat dipenuhi, mana boleh nak puaskan hati semua orang. Dalam keluarga yang mempunyai anak seramai 9 orangpun susah si ayah nak memenuhi kesemua tuntutan anak-anak tersebut. Anak yang mendengar kata akan lebih diberi perhatian oleh si bapa daripada anak yang gedebe. Inikan pula nak memuaskan hati 28 juta orang.

Kenyataan Nik Aziz lagi sedap seperti berikut: "Jadi cara untuk membuang mungkar sekarang ialah demonstrasi. Sebab itulah saya kata wajib pergi Bersih 3.0, lebih baik kita buat daripada kita khianat cara lain seperti bakar bendera, ini bukan kerja Islam.

"Maka kalau ada Bersih 4.0, 5.0 atau 6.0 siapa pergi saya akan beri sokongan. Salah apa, nak suruh orang ramai, macam kita ada pasukan bola, kalau saya ada perlawanan bola, saya beri RM20,000, RM30,000 tambang bas.

"Salah apa, saya nak suruh nampak ramai demonstrasi, nak suruh ramai menentang mungkar, tolak Islam adalah perkara paling mungkar dan jahat,"

"Kecoh itu kerana disekat. Air turun dari bukit jangan sekat dia turun ke laut, kalau sekat dia masuk kampunglah. Demonstrasi hak rakyat hatta komunis beri peluang rakyatnya berdemonstrasi.

"Orang Pas kita jamin dididik dengan baik tapi baik sampai orang titik kepala tak boleh. Orang Pas tidak akan buat macam itu (melakukan rusuhan) tapi kalau disekat masalahlah," tambahnya.

"Demontrasi bagus dan halal" Biar betul tuan guru. 

Jokiden tidak merayu Tuan Presiden PAS dan Tuan Mursyidul Am PAS ini untuk memikirkan semula tindakan yang mereka ingin ambil tersebut. Tidak ada hujah untuk membantahnya. Tidak ada risiko yang ingin diterangkan kerana sebagai pemimpin parti semuanya diketahui oleh mereka. Nak buat demontrasi bersih lagi, buatlah..... Teruskan dan dipersilakan.

Silakan Tuan Guru. Di Malaysia tuan boleh dengan bebas melakukan segala kemusnahan dan tuan terlepas kerana antaranya berselindung di sebalik serban yang besar tu.

Naiwaitu??? hanya Allah yang tahu. Allah mengetahui apa yang ada dalam hati tuan. Jika itu yang terbaik yang Islam ajarkan silakan Tuan Guru. Turunlah dan kumpulkan orang lebih ramai dari bersih3. Jika dulu takut keluar belanja, mulai sekarang cari duit untuk penyokong-penyokong tuan. Jika UMNO/BN akan dilihat bersyubahat dalam perkara mungkar sebegini, namun bagi tuan yang sentiasa menyebut Islam di mulut, akan dilihat benar oleh pengikut tuan.

  Samada polis hadir atau tidak inilah hasilnya kelak.

Alasan sudah sedia ada. Sebersih manapun SPR, bagi Tuan, ianya tetap tidak bersih dan tidak akan mampu memenuhi selera tuan. Sepenuh mana segala tuntutan tuan dilayan oleh SPR tidak akan dapat memuaskan nafsu tuan kerana:

Pertamanya tuan juga seperti orang lain yang baru hendak berpolitik iaitu persepsi yang melekat di minda tuan ialah, SPR tidak bersih, tidak telus, SPR diperguna, SPR manipulasi dan SPR berpihak. Jika itu yang ada dalam fikiran tuan seperti yang selalu disuarakan, buat macam manapun SPR tetap tidak akan bersih dalam mengendalikan PRU. Atau..

Keduanya tuan juga seperti sesetengah pemimpin pembangkang yang lain berfikiran kotor dan melihat isu SPR merupakan isu yang boleh menaikan suhu kebencian rakyat terhadap kerajaan. Peluang ini bagi tuan harus digunakan sebaik mungkin untuk membolehkan PAS mendapat undi lebih dalam PRU13. Sedangkan dalam hati tuan (Ingat, Allah mengetahuinya) mengakui bahawa SPR sebenarnya tidaklah seteruk seperti yang dimomokan. Dalam hati tuan selama ini tuan memenangi pilihanraya adalah hasil ketelusan SPR.

Jadi SPR sebenarnya hanyalah alat kempen yang mujarab semata-mata. Tidak lebih dari itu. Tuan mempunyai alasan tersendiri dalam setiap tindakan tuan. Tindakan tersebut mestilah mampu memberikan keuntungan politik kepada parti tuan. Umpamanya, tuan berasa lebih selesa berpelukan dan bergesel pipi dengan LKS pemimpin parti politik yang dari dulu, kini dan selamanya menolak perjuangan yang parti tuan bawa. Tuan juga mempunyai alasan untuk tidak mahu bersalaman dengan Tun Dr Mahathir suatu ketika dahulu atas alasan Tun Dr Mahathir kurang Islamik.

Gambar ini tidak berbohong.
Parti Tuan memperjuangkan Islam, parti LKS menentang Islam. Demi kuasa boleh belaka.

Masakan tempua bersarang rendah!!!

Tuan mempunyai alasan untuk mengunjungi LKY di Singapura mungkin untuk menunjukkan betapa hormatnya tuan kepada pemimpin Cina dari seberang tambak tersebut dan Cina di Johor jangan takut kepada PAS. Tuan juga mempunyai alasan untuk tidak menghadiri jamuan hari raya Perdana Menteri di Seri Perdana kerana mungkin merasakan DSN kurang Islamik daripada LKY. 

Hebat Tuan, Singapura sejak hari pertama keluar Malaysia hingga ke hari ini tetap tidak mesra sepenuhnya. Pemimpin Singapura selamanya prejudis terhadap Malaysia.

2 L. Tidak terasa apa-apakah dalam hati tuan melihat gambar ini.??

 
Tuan memimpin sebuah parti politik 'Islam' terbesar di Malaysia, maka segala pertuturan, perbuatan, langkah dan tindakan yang Tuan ambil dilihat oleh ahli parti Tuan sebagai seolah-olah menjurus kepada Islam itu sendiri. Benarkah???  Hakikatnya Tuan sendiri boleh senaraikan semua perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam yang diamalkan oleh parti Tuan, sekiranya di hati tuan ada sekelumit keikhlasan untuk berjuang menegakan Islam di bumi bertuah ini.

Tuan berdua  mahu rakyat pergi ke meja peti undi untuk membuang undi dengan hati yang berbelah bahagi. "Betul ke UMNO/BN ni?" "Kejam ke UMNO/BN ni..?" Zalim ke kerajaan ni..?" "SPR ni betul ke telus ni?" Mereka ingin rakyat ragu-ragu, was-was dan bila tiba ketika nak memangkah...terus pangkah pembangkang kerana masih timbul keraguan tentang semua hal yang di bawah kerajaan.  Tidak pernahkah tuan merasa berdosa apabila mengajak penyokong mempercayai sesuatu yang tidak benar atau sebaliknya.

Inilah sebenarnya niat tuan. Tuan amat menyedari bahawa tanpa keraguan, rakyat sudah pasti memilih UMNO/BN. Tuan menyedari jasa UMNO/BN terhadap rakyat, terhadap negara, terhadap tuan dan keluarga tuan sendiri amat besar.  Tanpa UMNO/BN tuan sendiri tidak mungkin mengecapi apa yang tuan kecapi hari ini.

Sepatutnya tuan mengajak penyokong tuan supaya turut menguatkan kerajaan yang ada, bukannya cuba melemahkan. Lemahnya kerajaan ini akan turut dirasai kesannya oleh anak cucu tuan di masa depan. Sepatutnya tuan menggunakan kelebihan yang Allah kurniakan kepada tuan untuk mententeramkan pengikut tuan dan melarang mereka daripada berhimpun semata-mata untuk memuaskan nasfu Anwar Ibrahim. Tuan mampu sekiranya tuan mahu dan tuan sudah tentu berhujah menggunakan Nas dan Hadis.  

Menentang 'mungkar' dengan cara merusuh di jalan raya walaupun bertujuan baik, tetap tidak dibenarkan oleh agama. Namun sudah tentu hujah tuan walaupun terpesong akan dilihat betul oleh pengikut tuan.

  Gelak bersama, dalam hati siapa tahu. "Bersyubahatkah aku..???" 

Silakan tuan, buatlah bersih4 jika itu dapat memuaskan hati rakan sekongkolan tuan dari PKR dan DAP. Tuan telah memilih rakan seperjuangan yang hati kecil tuan sendiri mungkin mengetahui siapa mereka, pendirian mereka, akhlak mereka dan matalamat mereka. Atau tuan benar-benar tidak mengetahuinya lalu tuan memilih benefit of the doubt.

Kerjasama yang diberikan oleh pihak kerajaan dengan membenarkan tuan berhimpun di tempat yang selesa secara aman dan tidak menyusahkan sesiapa di mana penyokong tuan boleh duduk seramai 100,000 orang seperti di Stadium Bukit Jalil telah tidak tuan hargai, kerana berhimpun secara aman bukanlah niat sebenar puak-puak tuan.  

Kelembutan kerajaan dalam melayani tuan selama ini tuan pandang sepi, tuan tetap memilih jalan yang ditegah oleh undang-undang kerana desakan rakan sekongkolan tuan.

DAP dengan slogan Malaysian Malaysianya hidup atas isu perkauman sejak penubuhannya walaupun DAP menuduh orang lain bersifat perkauman. Tuan menyedari perkara tersebut. Tuan mungkin terbuai dengan falsafah DAP seperti yang dijaja dalam setiap ceramahnya bahawa Perdana Menteri dan Menteri Besar mestilah orang Melayu beragama Islam. Itu benar tuan, namun berapa ramai dalam dunia ini pemimpin boneka yang nampak memegang tampuk kuasa, namun tidak ada kuasa. Masih ingatkah tuan tentang tanah tol di Perak??? 999 tahun.

PKR rakan sekongkol tuan muncul dengan budaya politik baru iaitu politik demontrasi jalanan dan tidak mempunyai arah tuju yang jelas namun tetap berselindung disebalik slogan 'membela rakyat' yang tidak sepatutnya melekakan tuan.

PAS parti pimpinan tuan pula demi untuk memenuhi tuntutan rakan tuan terpaksa melupakan asas perjuangan untuk mendirikan negara Islam dan membawa pendekatan baru iaitu Negara Berkebajikan. Tuan sebenarnya amat menyedari Islam sebenarnya selamat selagi UMNO memegang tampuk kuasa. Tuan juga menyedari apa sahaja yang ada tentang Islam di negara ini adalah hasil perjuangan UMNO.

Namun tidak mengapa, tuan mempunyai alasan lain untuk memperlekehkan UMNO dan masih beria-ia untuk meneruskan Bersih4. Silakan, kali ini tidak akan ada pihak yang melarang. Kerajaan tidak akan melarang, polis tidak akan hadir dan FRU juga tidak akan hadir. Tuan boleh bebas sebebasnya.

Suatu hari tuan berucap di hadapan ahli parti tuan dan dengan jelas tuan menyebut Negara Perpaduan dan mendapat reaksi positif dari pelbagai pihak. Beberapa hari kemudian dengan di apit oleh rakan sekongkol tuan, maka terkeluarlah tuduhan tuan terhadap UMNO, Utusan dan TV mengatakan semuanya tersilap lapor dan tersilap taksir apa yang tuan ucapkan. Begitulah patuhnya tuan kepada rakan sekongkolan tuan.

Tuan tetap kelihatan hebat dengan berpakaian begini.. 

Sepuluh tahun dahulu terkeluar dari mulut tuan bahawa jika syaitan boleh memberikan kemenangan kepada parti tuan maka pertolongan syaitan itu juga diterima. Sehingga begitu sekali sedangkan wahai anak Adam jangan kamu ikut akan syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata. Jadi persekongkolan dalam perkara maksiat dan mungkar dengan DAP dan PKR adalah perkara tersangat kecil yang tidak seharusnya memberatkan kalbu tuan. Teruskanlah..   

(Posting ini akan disambung malam nanti, Insyaallah. Jokiden nak rihat sebentar. Jika ada yang berminat untuk mengikutinya boleh lawat semula sekitar jam 11.00 malam nanti. TQ atas sokongan) 


"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Patutlah orang panggil dia Mahpooozzz Bean.

4 comments:

  1. SPR tidak adil... Beri PAS menang kat Kelantan dan memerintah selama 20 tahun...

    ReplyDelete
  2. Anon May 4-4.38am-saya setuju yang amat sangat-lepas ne agak2 kita nak buat BERSIH di Kota Baru ka, Penang ka, Shah Alam ka atau Alok Stak pun Boleh-sebab depa kata SPR kerja tak betol.

    ReplyDelete
  3. Buat BERSIH 4 kat KL ...tapi buat kat Jalan Bukit Bintang ka, Petaling STreet ka... Jangan asyik buat kat Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Masjid India saja....

    ReplyDelete
  4. betul...betul...aku setuju dengan pendapat korang cuba kali ni di tukar tempat kat lain asyik kat dataran merdeka , napa nuar takut dengan taukeh taukeh china kat bukit bintang dan petaling street ke? aku rasa tempat ni lebi strategik pasal ramai pelancung dn pelacur lepas puas mengapi apikan pengikut PR boleh jumpa pelacur pelacur. Amcam anuar kalau kau anak jantan buat lah kat area tu , mau kau kena libas dengan china china di petaling street / bukit bintang. Ini na tunujuk lagak kat kawasan orang melayu , apa le,,,,gengster taik kucing

    ReplyDelete