Friday, July 6, 2012

Anehnya Nik Aziz, Kita Ini Islam Bukannya Melayu

 

ADALAH suatu hal yang pelik apabila Nik Abdul Aziz Nik Mat membangkitkan isu Islam dan Melayu semata-mata ingin menyatakan bahawa perjuangan Pas adalah Islam dan perjuangan UMNO adalah Melayu. Lalu memperjuangkan nasionalisme Melayu itu dianggap asabiyah.

Nik Aziz masih tak faham bahawa orang Melayu di Malaysia umumnya Islam. Analisis mudahnya kalau orang Pas adalah Islam maka orang UMNO yang memperjuangkan Melayu adalah 'kafir'. Sejak bila Pas dan Nik Aziz berpendirian begini.

Datuk Kamaruddin Jaafar dalam bukunya mengenai perjuangan Dr. Burhanuddin al Helmi seorang pemimpin Pas awal menggunakan slogan perjuangan bangsa, agama dan negara. Apakah perjuangan bangsa Melayu oleh Burhanuddin di anggap tidak selari dengan syariat? Apakah Abu Bakar Bakir, Ustaz Zulkifli Muhamad pejuang Pas yang gigih menggunakan slogan yang sama juga dianggap asabiyah?

Melayu dalam Perlembagaan negara ditakrif sebagai beragama Islam, berbahasa Melayu dan menggunakan adat istiadat Melayu yang tidak bercanggah dengan Islam.

Melayu di Malaysia ialah Melayu yang Islam. Bahasa Melayu yang diperjuangkan ialah Bahasa Melayu yang terdapat di dalamnya ribuan istilah al-Quran. Apakah memartabatkan bahasa yang namanya Melayu adalah asabiyah atau bercanggah dengan Islam?

Prof. Syed Naquib al Attas dalam bukunya Islam dan Kebudayaan Melayu menyatakan dengan jelas mengenai proses pengislaman yang berlaku di kalangan orang Melayu dengan menyebutkan pengaruh Islam telah membawa perubahan kepada tasawur Melayu yang berasaskan akidah dan etika.
Rasulullah SAW amat sukakan kaum Quraish. Ibnu Khaldun membicara konsep asabiyah bukan dalam bentuk yang melakukan kezaliman. Dalam Surah al Hujurat ayat 13, menyatakan dengan jelas bahawa kejadian Melayu itu adalah kejadian Allah. Melayu yang melakukan kekenalan (litaarrafu) dengan Islam menyebabkan akidah tauhidnya terbina, ibadahnya terbangun, syariahnya menjadi batas sempadan dan akhlaknya menjadi sumber rujukan,

Pada idealnya kita ingin menjadikan orang Melayu Islam dalam erti kata yang syumul atau lengkap sempurna. Ia menuntut proses dakwah dan tarbiyah. Seperti teguhnya tekad Rasullullah SAW supaya seluruh kaum Quraish menjadi Islam. Namun bapa saudara Rasulullah, Abu Talib berbangsa Quraish tidak peluk Islam. Asbab atau sebab dakwah datang dari Rasulullah tetapi memberi hidayah adalah kerja Allah.

Mengapa Nik Aziz tak ikut jejak Pak Muhammad Natsir, Perdana Menteri Pertama Indonesia dan orang kuat Dewan Dakwah menyatakan dalam buku Fiqh ad Dakwahnya bahawa walaupun beliau ahli politik tetapi jalur dakwah, bersifat kasih sayang dan belas kasihan tetap menjadi pilihannya.

Nik Aziz selalu mengambil pendekatan simplistik. Ambil mudah tentang penggunaan istilah dan konsep. Gelar-gelar yang dikemukakan dan menggunakan istilah bukan dalam konteksnya menampakkan politik kebencian dan dendam kesumat yang menyebabkan perpecahan fikrah umat. Ramai yang taksub kepadanya menyebabkan kejumudan berlaku dan kekeliruan terjadi. Dan ia membawa perpecahan sesama umat.

Hari ini Pas mengajak UMNO bermuzakarah. Esoknya Pas membatalkan hasrat itu. Apakah Pas main-main dengan isu ini. Isu penyatuan adalah isu murni dan ia suatu tuntutan. Kalau dengan DAP parti bukan Islam, Pas mampu melakukan tahalluf siasi atau kerjasama politik. Buruk sangatkah UMNO yang didukung oleh orang Islam sehingga muzakarah tidak boleh berlaku.

HAMAS dan PLO di Palestin pernah berperang dan berbunuh kerana perbezaan fahaman. Pas dan UMNO tidak pernah berperang dan berbunuh. Dulu Pas kata berkawan dengan orang kafir hukumnya haram. Tetapi bagaimana hukum itu bertukar menjadi halal pula. Apakah syariat Islam mempunyai dua sumber yang saling bercanggah.

Nik Aziz kini menyebut undi Pas dapat pahala bermakna tidak mengundi Pas berdosa. Yang berdosa itu siapa? Orang yang mengundi UMNOlah. Ini fatwa siapa.

Dulu Nik Aziz bertahan dengan undi Pas masuk syurga. Bermakna tidak undi Pas masuk neraka. Syariat dan fatwa mana yang Nik Aziz ambil dan kemudian berubah-ubah pula.

Kalau undi Pas masuk syurga dan berpahala, mengundi DAP dalam konteks pakatan apa hukumnya. Mengundi orang yang mengundi parti yang memperjuangkan liberalisme dan dan pluralisme yang menyamakan Tuhan itu apa hukumnya.

Politik Pas masih lagi mengambil pendekatan politik 1950-an dan 1960-an. Orang sudah berilmu dan pandai berfikir dan membezakan sesuatu yang bersifat retorik dan emosi yang berdegar-degar. Politik umumiyat sudah berlalu. Politik Islam menuntut ilmu yang jelas dan program kerja yang terarah.

Oleh itu usaha memberi pilihan Melayu dan Islam adalah usaha untuk mengelirukan. Ramai warga pencen dan orang muda yang ghairah dengan Islam terjebak dengan kenyataan Nik Aziz ini seolah-olah memasuki Pas langsailah dosa-dosa yang lalu dan terbinalah kelab-kelab taubat di kalangan para artis dan juga bekas pentadbir yang menyangka tidak perlu menjadi Melayu lagi dan jadi Islam segala-galanya tanggung beres.

Ia adalah jalan pintas untuk mendapat barakah Allah. Ia tidak salah pada Islam tetapi salah menjadikan politik kepartian lebih tinggi daripada martabat Islam itu sendiri.

Oleh: Jendela Tok Ki, Utusan Malaysia.

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

Wednesday, July 4, 2012

Berita Yang Membuatkan Nuar Brahim Meroyan..



Dua berita yang dipaparkan di bawah pasti tidak menyenangkan Nuar Brahim kerana dia mempunyai kepentingan dalam kedua-dua berita tersebut.

Beita pertama JPN mengesahkan tidak ada pengundi hantu. Tidak ada yang diberi kad pengenalan untuk sewenang-wenangnya mengundi dalam PRU13 kelak seperti yang selalu Nuar ceramahkan.

Isu kad pengenalan adalah isu keselamatan negara dan ia harus diberikan perhatian yang serious oleh JPN. Pentadbiran UMNO/BN menitik beratkan soal keselamatan ini. Yang tidak peduli dengan keselamatan dan ancaman terhadap negara ialah Nuar. Dia cuma pentingkan keselamatan negara Israel sahaja.

Berita kedua ialah cadangan pembesaran Pelabuhan Tanjung Pelepas di JB demi untuk menampung penambahan kapal-kapal besar yang bakal berlabuh di sana nanti.

Nuar tidak suka dengan kejayaan PTP ini kerana ia milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang dianggapnya sebagai kroni UMNO dalam Parlimen. Dia juga tak suka Syed Mokhtar yang menerima subsisi harga gula dan tepung. Dulu kerajaan beri subsidi kepada Robert Kuak..dia sukalah.

Turut tidak suka dengan kejayaan PTP ini ialah kerajaan abang DAP iaitu PAP di Singapura kerana ia menjadi saingan kepada Pelabuhan Singapura yang selama ini menguruskan harta karun dari Gugusan Kepulauan Melayu yang hendak di eksport ke luar negara.

JPN perjelas dakwaan pembangkang


 MURID Tahun Enam, Nur Farah Hezrieen (kanan) ditemani bapanya, Azmi Muhamad Isa (kiri) mengambil kesempatan untuk membuat kad pengenalan baru di pejabat bergerak JPN di Sekolah SK Simpang, Taiping, semalam. - BERNAMA
 
 
TAIPING 2 Julai - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan dakwaan kononnya ada mengeluarkan taraf kewarganegaraan kepada warga asing supaya boleh mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Ketua Pengarahnya, Datuk Jariah Mohd. Said berkata, JPN bertanggungjawab memproses permohonan daripada warga asing yang layak dan terpulang kepada mereka untuk mengundi atau tidak setelah berjaya mendapat status warganegara.

Sambil menyifatkan dakwaan tersebut tidak berasas, Jariah menjelaskan, Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 19(1) dan Perkara 15(1) membenarkan warga asing yang layak memohon kewarganegaraan.

"Macam-macam orang boleh cakap. Tugas JPN ialah kalau orang asing itu layak, dia boleh mohon di bawah Perlembagaan Persekutuan tetapi perlu dapatkan permit masuk daripada Jabatan Imigresen dahulu dan mematuhi syarat-syarat tertentu.

"Selepas itu, dia harus memohon kad pengenalan merah untuk mendapat taraf pemastautin tetap (PR) dan selepas memenuhi syarat-syarat, maka barulah boleh mohon kewarganegaraan," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang di sini hari ini.

Ditanya mengenai dakwaan pembangkang wujudnya pengundi hantu kerana ada beberapa MyKad dikesan mempunyai nama dan tarikh lahir yang sama, Jariah menjelaskan, ia bukan bermakna berlaku pemalsuan kad pengenalan.

"Dalam sistem JPN, kami akan pergi kepada dua perkara penting iaitu gambar dan cap jari. Ia tidak akan sama. Cap jari dan gambar juga tidak akan sama walaupun kembar.

"Jadi, tohmahan-tohmahan ini sudah kita jawab. Dia kata tarikh lahir, nama dan bin sama tetapi apabila kita periksa balik, kita beritahu gambar, cap jari dan nombor, semuanya tidak sama," ujarnya.
Menurut beliau, pihak yang membuat dakwaan MyKad dimiliki individu yang sama boleh pergi ke JPN untuk membuat semakan kerana jabatan itu menyimpan segala rekod termasuk tarikh lahir dan meninggal dunia setiap warganegara.

Dalam pada itu, Jariah memberitahu, sehingga Jun lalu, seramai 618,410 rakyat negara ini yang berusia 12 tahun masih tidak memohon MyKad dengan Selangor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 61,186 orang.

Tambah beliau, seramai 58,183 orang pula tidak mengambil kad pengenalan lama yang telah dikeluarkan setelah membuat permohonan tahun lalu.

Bagi MyKad baru yang diperkenalkan Januari lalu pula, katanya, sebanyak 819,622 keping telah dikeluarkan tetapi 465,985 daripadanya tidak dikutip pemohon.

Sehubungan itu, beliau meminta mereka mengambil MyKad yang telah siap itu dengan segera

 
PTP Melabur RM1.4 bilion


PTP pemandangan dari udara
JOHOR BAHRU 2 Julai - Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) melabur RM1.4 bilion dalam tempoh tiga tahun akan datang untuk membeli kren baru, menaik taraf kren gantri beroda getah (RTG) sedia ada kepada berkuasa elektrik dan membina dermaga pelabuhan baru.

Pengerusinya, Datuk Mohd. Sidik Shaik Osman berkata, pembelian kren dengan kapasiti lebih besar itu bagi memenuhi keperluan semasa memandangkan semakin banyak syarikat perkapalan kini membina kapal lebih besar.

Beliau berkata, sebagai contoh syarikat Evergreen sedang membina 10 buah kapal bersaiz mega dengan kapasiti muatan 13,800 unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) dan Maersk Line yang turut menyiapkan 20 buah kapal 'Maersk Triple-E' di Korea Selatan yang bersaiz sangat besar.

"Tiada satu pun kren yang digunakan di pelabuhan seluruh dunia hari ini dapat mengendalikan kapal-kapal mega ini kerana tidak cukup besar. Jadi, pelabuhan memerlukan kren-kren baru yang lebih canggih, tinggi dan jangkauan luar yang lebih jauh.

"PTP bersama enam pelabuhan antarabangsa lain seperti Felixstowe, Bremerhaven, Rotterdam, Yantian, Shanghai and Ningbo yang dipilih Maersk Line untuk program 'Daily Maersk' perlu membina kren baru bagi membolehkan pengendalian kontena di kapal-kapal ini. PTP kini berada di peringkat perolehan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Sidik berkata, PTP merancang untuk mendapatkan lapan buah kren baru yang menelan belanja RM250 juta, selain pelaburan untuk 32 unit kren RTG tambahan yang melibatkan kos lebih RM200 juta dan pembinaan dua dermaga tambahan yang mampu mengendali lapan juta TEU pada tahun ini.

Menurutnya, pencapaian yang ditunjukkan PTP setakat ini amat memberangsangkan apabila telah mencatat rekod baru dengan pengendalian 697,617 TEU pada bulan lalu, sekali gus memecahkan rekod sama sebanyak 679,256 TEU pada Mac lalu.

Beliau menyifatkan prestasi yang baik ini bertepatan dengan objektif PTP untuk memberikan perkhidmatan pelabuhan yang efisien secara berterusan.

Ia dilakukan melalui pemindahan kontena yang pantas dan tempoh pusingan kapal yang pendek serta seterusnya meningkatkan produktiviti pelabuhan.

"Untuk memastikan kedudukan PTP terus kukuh, kami perlu berusaha meningkatkan prestasi dan melabur dalam teknologi terkini dari semasa ke semasa," katanya.

Mohd. Sidik berkata, PTP turut menyedari peningkatan pengendalian kontena dari seluruh negara yang ditransitkan melalui PTP dengan pengendalian sebanyak 230,000 TEU kontena dari kawasan utara dan 320,000 TEU kontena dari kawasan tengah Semenanjung Malaysia pada tahun lalu.

Katanya, PTP menjadi pilihan kerana fasiliti moden yang dimiliki dan peralatan baru itu nanti bakal meningkatkan kapasiti daripada 8.4 juta kepada 10 juta TEU setiap tahun dengan kemungkinan besar memerlukan pembinaan dermaga pelabuhan baru dengan peralatan secukupnya setiap tahun.

Tuesday, July 3, 2012

Pentadbiran Ulamak gagal lagi..



 
Pelajar KUIN
 

 
 


 
Dalam setiap ceramah PAS para pencacai atau penceramah mereka tidak lupa mencanangkan tentang kehebatan pentadbiran di negeri yang diketuai oleh seorang ulamak ini. Di Kedah digambaran pentadbiran PAS yang diketuai oleh Ustaz Azizan seorang ulamak digembar gemburkan sebagai yang terbaik pernah Kedah alami.

Di bawah kepimpinan PAS Kedah bertambah maju, bertambah makmur, duit bersepah-sepah macam sampah. Di bawah PAS semuanya telus, semuanya bersih, semuanya indah. Kedah kini jauh berbeza dengan zaman pemerintahan BN dahulu yang penuh dengan segala 'najis'

Itulah gambaran yang diberikan oleh penceramah PAS ke serata tempat, macamlah rakyat di negara ini semuanya buta hati, buta perut dan buta telinga. Mereka lupa maklumat boleh diperolehi dihujung jari tanpa perlu ke lokasi.

Hakikatnya Kedah di bawah PAS bertambah derita dan terseksa rakyatnya. Pelbagai kemungkaran yang dilakukan oleh puak-puak PAS kedah kini terburau satu persatu. Daripada masalah rumah kos rendah, masalah air, masalah hutan balak dan bukit yang gondol, masalah madrasah sehinggalah ke pentadbiran di Majlis2  Daerah.

Terkini akhbar melaporkan tentang kepincangan yang berlaku du KUIN. Ini bukan kali pertama, namun setelah rakyat tidak mampu bersabar lagi maka mereka mula menunjukan protes. Kesimpulannya di mana-mana sahaja PAS memerintah, mereka akhirnya gagal. Sebabnya ialah pemimpin mereka terlalu melampau menggunakan agama untuk kepetingan politik mereka sedangkan mereka melakukan dosa setiap hari.

Lain kali penceramah PAS yang menunjuk handal depan Abby atau Aishah ini kena buka mulut luas-luas dan buka mata sebelum berkata-kata. Jangan sampai kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi.  

200 warga kerja Kuin adakan demonstrasi desak rektor letak jawatan


 
ALOR SETAR 3 Julai - Kira-kira 200 warga kerja Kolej Universiti Insaniah (Kuin) hari ini membuat demonstrasi aman mendesak Rektornya Prof Datuk Dr Jamil Osman meletak jawatan.

Demonstrasi yang dinamakan "Himpunan Aman Bersih Kuin 2.0" itu berlangsung di hadapan pejabat rektor kolej itu kira-kira pukul 1.30 tengah hari tadi dengan semua peserta berpakaian putih sebagai tanda protes.

Muhammad Azki Hafizi Ibrahim yang mewakili kumpulan tersebut dalam ucapannya berkata, mereka sudah hilang kepercayaan terhadap Jamil kerana mengabaikan kebajikan mereka dan pelajar.
Beliau mendakwa krisis kewangan Kuin yang berada di bawah kerajaan negeri, sangat kritikal kerana anak syarikat Kuin tidak mampu beroperasi sendiri sehingga terpaksa bergantung kepada kewangan Kuin.

Katanya, desakan itu yang pertama kali dibuat pada 19 Feb lepas akan berterusan jika Jamil enggan meletak jawatan, selain memanjangkan perkara tersebut kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak. - BERNAMA

Ini salah UMNO/BN atau salah media arus perdana jugak kah??

 
"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila"  Mahpooozzz Bean.

Penilaian Luaran Semata-mata.. Pengisian Belum Tahu.


  

Benar ramai orang terpengaruh dengan seseorang berdasarkan penampilan luaran semata-mata. Hati budi sukar diselami. Apa yang kelihatan, itu yang akan menjadi ikutan atau itu yang diberikan perhatian. Ini lumrah manusia.

Pakaian umpamanya melambangkan sikap sipemakai. Ada benar dan ada tidak benarnya. Apakah  hanya berdasarkan pakaian seseorang sahaja sudah cukup untuk kita membuat penilaian terhadap seseorang itu.

Saikologi ini yang banyak digunakan oleh pemimpin politik dalam menaikan imej diri dan harga diri. Hakikatnya belum tentu tabiat berpakaian seseorang itu akan melambangkan keluhuran budi pekerti mereka. Jokiden pernah menulis, seorang gadis manis berpakaian sopan tetapi beromen di Taman Bunga.

Ada seorang konduktor bus yang mukanya sentiasa berkilat akibat cuaca panas dalam bas, kemudian menyertai sebuah parti politik, telah menukar gaya pakaiannya terutamanya di waktu malam dan sudah mual bercakap tentang nahi mungkar, maka tetiba sahaja dia dipanggil ustaz.

Seorang yang lain pula, mempunyai perwatakan lemah lembut, tidak banyak cakap, tasbih selalu ada ditangan, ada sedikit janggut dan tiada misai, bertugas sebagai guru agama secara sambilan, tetiba kita ternampak gambarnya di dalam tv diiringi oleh anggota polis ke mahkamah untuk di dakwa atas tuduhan cuba memperkosa seorang gadis bawah umur.

Seorang tokoh politik  yang segak dengan berpakaian kemas dalam setiap majlis di Kuala lumpur, tetiba kelihatan dungu dengan kain pelikat dan ketayap berjalan di super market di kampungnya semata-mata untuk kelihatan merendah diri kepada masyarakat setempat. Sepatutnya dia tidak hipokrit dan jadilah diri sendiri seadanya.

Ada orang kenamaan yang bijak menyesuaikan pakaian dan penampilan diri dengan suasana sekitar, maka beliau dengan segera dianggap seorang pemimpin berjiwa rakyat. Dia akan segera diperbandingkan dengan pemimpin lain yang tidak sepertinya dalam bab pakaian sedangkan dia hanya menyesuaikan diri dengan suasana. Umpamanya dia ke masjid dengan jubah dan bukannya dengan kot serta bowtie.

Penilaian sebegini tanpa menyelami hati budi seseorang itu sebenarnya adalah pendekatan cetek dan adakalanya menjerat diri. Kita tidak seharusnya terpengaruh dengan penampilan luaran semata-mata kerana seseorang itu mungkin mempunyai sebab musabab kenapa dia bertindak begitu. Dalam erti kata lain jangan mudah terpedaya.

Dr Mahathir suatu ketika telah terpedaya dengan cara penampilan, pertuturan, senda gurau dan perbuatan zahir Nuar Brahim. Sehinggakan apabila ada orang yang cuba memberikan gambaran sebenar tentang Nuar, Dr Mahathir akan melihat orang itu mempunyai niat yang tidak baik terhadap Nuar. Apa sahaja yang buruk cuba dikaitkan dengan Nuar maka Dr Mahathir akan segera menganggapnya karut. Semua dibakul sampahkannya.

Begitulah hebatnya Nuar dalam penampilan diri sebagai seorang yang warak, sopan santun, berbudi pekerti mulia, kelihatan alim dan berilmu sehinggakan ke hari ini masih ramai yang percaya bahawa Nuar memang seperti itu dan gagal untuk mempercayai segala tingkah laku yang sebaliknya. Akibatnya masyarakat kini menjadi kacau bilau.

Elok selepas ini jangan kita mudah terpedaya dengan segala penampilan luaran semata-mata. Kesucian hati seseorang insan tidak terletak kepada apa yang dia pakai. Allah tidak melihat kepada rupa paras dan pakaian seseorang, tetapi Allah melihat kepada hati setiap insan. Semua manusia adalah sama dan yang membezakan ialah takwa dan iman.

Dulu, kini dan selamanya.


Hj Hadi tanpa serban, mungkin ramai yang tidak akan mengenalinya.

Monday, July 2, 2012

Persepsi Penyokong Tegar...


Meraikan kemenagan

Sepanyol seperti yang diramalkan oleh banyak pihak muncul juara EURO12 dalam perlawanan akhir pagi tadi dengan mengalahkan Italy 4/0. Ini merupakan kejohanan ke tiga dalam tempoh 4 tahun milik pasukan bolasepak no 1 dunia itu.

Dua negara Eropah ini sedang bergelut dengan krisis ekonomi terburuk dengan Spain telahpun menerima pinjaman daripada IMF bulan lalu. Malah kebanyakan negara Eropah kini sedang dilanda oleh krisis ekonomi kecuali negara Jerman.

Pasukan Sepanyol sebahagian besar pemain utamanya adalah daripada pasukan Real Madrid dan Barcelona. Sebab itui gaya permaian mereka adalah sebijik seperti gaya permaian Barcelona. Namun dalam perlawanan akhir ini pemain dari EPL lebih menyinar dua pemain Chelsea iaitu Juan Mata dan F Torres telah menjaringkan gol serta David Silva yang bermain untuk M City.

Jumlah jaringan gol pastinya membuatkan kaki judi banyak hilang wang pertaruhan. Pakar bolsepak meramalkan jumlah jaringan adalah sekadar 2 gol berbalas 1 bagi mana-mana pasukan. Jelas selepas Italy ketinggalan dua gol, mood serta fokus pemain mereka hilang. Mereka kelihatan tertekan dan Balotelli menerima bala.

Kelemahan Italy ternyata berpunca daripada sikap ketua pasukan yang juga penjaga gol yang bermain tidak sepenuh hati dan sambil lewa sahaja. Malas menyepak bola keluar daripada kawasan penalti dan membiarkan pemain pertahanan belerja lebih masa.

 
"Kami juara!!!"


Mari kita buat persepsi atau andaian mengenai perlawanan akhir ini:

Penyokong Tegar Itali:

1. Tidak berpuas hati dengan corak permainan keseluruhan pemain itali. 

2. Pengadil tidak adil dan berat sebelah.

3. Pengadil telah dibeli.

4. Pengadil bersekongkol dengan penjaga garisan dan pegawai untuk mempastikan kekalahan Itali.

5. Ketua Esekutif UEFFA M Platini yang berasal daripada Perancis telah campur tangan dan memanipulasi keputusan perlawanan pagi tadi. 

6. Keseluruhan pemain Itali telah dirasuah oleh pihak bookies dan mereka mendakwa mempunyai bukti kukuh dalam perkara tersebut.

7. Pemain Italy tidak cukup rihat. Pemain Sepanyol mempunyai tempoh rihat yang lebih lama.

8. Itali kalah sebab UMNO!!!! Hahaha..

Penyokong Tegar Sepanyol:

1. Sepanyol telah bermain dengan baik dan kerjasama berpasukan amat mantap. 

2. Strategi pasukan Sepanyol yang mengekang pergerakan Balotelli telah membuahkan hasil di mana penyerang berbisa tersebut gagal bergerak bebas.

3. Pengadil dan penjaga garisan amat profesyenal dalam menjalankan tugas mereka.

4. Pemain Itali banyak yang makan rasuah dan kena siasat.                   


Penyokong Atas Pagar:

1. Itali mengekalkan pemain lama, otai dan berpengalaman.

2. Pemain Sepanyol banyak muka baru, fresh, muda dan berdidikasi.

3. Juara selalunya pasti akan mempertahankan kejuaraan.

4. Mulanya memberikan sokongan kepada Itali tetapi setelah kelihatan Itali bermain longlai dan akan kalah, mereka mengalihkan sokongan kepada pasukan Sepanyol.  


Moral Cerita: BN akan monang dalam PRU13.. hahaha..


"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Mahpooozzz Bean.

Sunday, July 1, 2012

Tanda-tanda Perang Antara Pakatan Sudah Bermula..

 "80 kerusi yo.. tambah ompek boleh (14)..takkan tak bulih?"


"Ekau sokong yo..eden nak 80 kerusi kali ni.." "No hal..you amik kerusi PKR, bukan kerusi DAP.."

PAS hari ini sudah mula test market. Presidennya telah membuat kenyataan bahawa PAS akan bertanding di 80 kerusi Parlimen. Maknanya baki 140 kerusi lagi akan dikongsi oleh PKR, DAP dan juga mungkin parti Yong Teck Lee di Sabah. Nuar bersetuju ke? LKS, LGE dan Karpal Sinki setuju ke? Jika Nik Aziz sudah tentu dia akan jawab "Itu dia punya pasallah.." Hj Hadi berani ke kata begitu sekiranya Karpal membuka mulut.

Karpal mungkin tidak kisah sangat kerana 80 kerusi tersebut sudah tentu kawasan majoriti pengundi Melayu. Yang mungkin tersentak ialah PKR. Nuar bercadang nak menambah kerusi dengan mengurangkan kerusi PAS dan kerusi DAP tetiba Hj Hadi meminta pula penambahan kerusi dari 66 kepada 80. 

Jika PAS mengambil kerusi yang ditandingi oleh PKR dulu maka PKR dengan sendirinya akan 'kehilangan' 14 kerusi, Makin tipis peluang PKR. Setuju ke Nuar dengan permintaan PAS ini.

Dalam PRU12, PAS mendapat pertambahan undi daripada kaum Melayu yang marah dengan UMNO sebab itu mereka menang 23 kerusi. Pengundi India yang marah kepada MIC dan PPP juga memberikan undi kepada calon PAS.

Kali ini undi Orang Melayu, undi anggota Perkhidmatan Awam dan undi Orang India akan kembali kepada BN. PAS akan kehilangan banyak kerusi semula dan kedudukan mereka walaupun bertanding di 80 kerusi Parlimen akan menjadi lebih lemah dan suara PAS akan tenggelam.

Dalam PRU12 pengundi yang tidak mempunyai pilihan terpaksa memberikan undi kepada calon-calon PKR. Kali ini sebahagian besar akan berpindah semula kepada BN terutamanya golongan yang di atas pagar, pengundi kaum India dan pengundi Melayu yang beralih angin sekejap.

PKR juga akan kehilangan banyak kerusi nanti, sebab itu mereka siang-siang lagi telah menyediakan alasan yang paling mantap sekiranya kalah kelak iaitu "BN menipu, SPR membantu.."

Pengundi Cina sebahagian kecil pasti kembali kepada BN dan calon-calon MCA, Gerakan, PPP dan SUPP pasti menambah kerusi kepada BN.

Pengundi Melayu yang tidak mengundi calon-calon dari MCA, Gerakan, PPP dan MIC dalam PRU12 pasti kembali menyokong BN setelah melihat transformasi yang dilakukan oleh PM DSN. Kawasan-kawasan seperti Seremban, Taiping, Teluk Kemang, Kuantan, Bukit Mertajam, Kulim, Bandar Tun Razak dan Sg Siput akan kembali kepada BN.   

Kawasan bandar yang majoriti pengundinya kaum Cina, DAP akan terus menguasainya dengan sedikit kejutan di mana calon-calon MCA kembali menang.

Insyaallah PAS akan lumpuh kerana terlampau menggunakan agama untuk kepentingan duniawi. PKR akan berkubur dengan segala macam masalah yang memualkan rakyat, yang memualkan negara Timur Tengah dan yang memualkan negara Barat. DAP akan terus dominan dalam pakatan haram.

Dalam usaha untuk menyelesaikan kemelut pembahagian kerusi nanti Nuar akan berjanji lain depan DAP dan dia akan bercakap dalam nada lain kepada PAS. Nuar akan menjual kedua-dua puak tersebut. Bila PAS dan DAP rasa tertipu, maka kedua-duanya akan memberontak. DAP terus bersendirian dan berusaha untuk menambahkan kerusi di PP.  

Lalu cita-cita untuk ke Putra Jaya tetap masuk angin keluar asap dan JAUH PANGGANG DARI API.

Hadi: PAS Tanding 80 Kerusi.

MARANG 1 Julai - Pas berhasrat menjadi tulang belakang kepada pemerintahan negara jika pakatan pembangkang menguasai kerajaan Pusat dalam pilihan raya umum akan datang.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, jumlah kerusi yang akan ditandingi parti tersebut mungkin meningkat sehingga 80 berbanding 66 kerusi dalam pilihan raya umum lalu.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada ceramah perdana sempena Himpunan Hijau Pas ke Putrajaya Ganti UMNO Peringkat Negeri Terengganu di Padang Mengkuang, Bukit Payung di sini malam tadi.

Pada pilihan raya umum ke-12, Pas bertanding di 66 kerusi Parlimen dan menang 23 daripadanya, lebih kecil berbanding DAP dan PKR masing-masing bertanding di 47 dan 97 kerusi di mana DAP menang di 28 kawasan dan PKR pula 31 kerusi. - UTUSAN

"Orang gila lebih waras daripada orang tidak gila" Mahpooozzz Bean.

Amerika Gagal.. Terpaksa Istihar Darurat..

Amerika dilaporkan dilanda musibah sejak kebelakangan ini. Minggu lepas kebakaran besar dilaporkan berlaku dan memusnahkan beribu-ribu kawasan hutan.


Yang terkini Amerika dilanda ribut taufan dan angin kencang yang mengakibatkan banjir besar serta kemusnahan teruk. Dilaporkan juga berjuta-juta rakyatnya terpaksa bergelap kerana ketiadaan bekalan lektrik.

Ada bidang yang Amerika ini hebat dan ada bidang terutamanya dalam menghadapi bencana alam, Amerika ternyata gagal, seperti gagalnya Obama menghalang seorang Paderi membakar Al-Quran tidak beberapa lama dahulu.

Storms: Mid-Atlantic power outages could last days

 


 
 
WASHINGTON (AP) — It could be several more days before electricity is restored to areas hit by vicious storms that killed at least 13 people and left 3 million power customers to negotiate sweltering temperatures without air conditioning.
 
 
Across a swath from Indiana to New Jersey and south to Virginia, officials warned the heat wave could take a toll on the elderly, young or sick. Problems from the storms that began Friday ranged from a damaged prison in Illinois to tree-strewn train tracks that stranded 232 Amtrak passengers for more than 20 hours in West Virginia.
 
 
Emergencies have been declared in Maryland, West Virginia, Ohio, the District of Columbia and Virginia, where Gov. Bob McDonnell said the state had its largest non-hurricane outage in history, as more storms threatened. "This is a very dangerous situation," the governor said.

Power officials said the outages wouldn't be repaired for several days to a week.
 
 
The storm did damage from Indiana to New Jersey, although the bulk of it was in West Virginia, Washington and the capital's Virginia and Maryland suburbs. At least six of the dead were killed in Virginia, including a 90-year-old woman asleep in her bed when a tree slammed into her home. Two young cousins in New Jersey were killed when a tree fell on their tent while camping. Two were killed in Maryland, one in Ohio, one in Kentucky and one in Washington.
 
 
In Washington's northern Virginia suburbs, emergency 911 call centers were out of service; residents were told to call local police and fire departments. Huge trees toppled across streets in the nation's capital, crumpling cars. Cell phone and Internet service was spotty, gas stations shut down and residents were urged to conserve water.
 
 
The power outages were especially dangerous because they left the region without air conditioning in an oppressive heat wave. Temperatures soared to highs in the mid-90s Saturday in Baltimore and Washington, a day after readings of up to 104 degrees were reported in the region.
 
 
Three Baltimore City fire companies set to permanently close this week were staying open several more days to help cope.
 
 
Utility officials said it could take at least several days to restore power to all customers because of the sheer magnitude of the outages and destruction. Winds and toppled trees brought down entire power lines, and debris has to be cleared from power stations and other structures.
 
 
"The devastation ... is very significant," New Jersey Gov. Chris Christie said after ordering the National Guard to deliver fuel for generators and fresh water to stricken areas. He reported that power had been restored to such tourist areas as Atlantic City's casinos.
 
 
Illinois corrections officials transferred 78 inmates from a prison in Dixon to the Pontiac Correctional Center after storms Friday night caused significant damage in the state, Department of Corrections spokeswoman Stacey Solano said.
No one was injured, Solano said. Generators are providing power to the prison, which is locked down, confining remaining inmates to their cells.

In Indiana, a toppled tree crushed the top of Vicki Hunt's car and smashed the back window.
 
 
"It came so fast," the Fort Wayne woman told broadcaster WPTA-TV. "All of a sudden all you heard was a swoosh, and next thing you know the tree fell ... we heard a big crash, which obviously was my car."

In West Virginia, 232 Amtrak passengers were stranded Friday night on a train blocked on both sides of the tracks by toppled trees.

Brooke Richart, a 26-year-old teacher from New York City, was among the passengers stranded for 20 hours. She read half a book and took walks outside the train, which had light, air conditioning and food the entire time. But she called the wait "trying."
"Thankfully we could go in and out of the train because we were there so long. If you wanted to stretch your legs or take a walk, you could," she said.
Amtrak spokesman Steve Kulm said passengers were taken away by buses Saturday night.
 
 
 
Some major online services also saw delays and disruptions.
 
 
Netflix, Instagram and Pinterest resorted to using Twitter and Facebook to update subscribers after violent storms across the eastern U.S. caused server outages for hours. Netflix and Pinterest restored service by Saturday afternoon.
 
 
Instagram used its Facebook fan page to communicate with users of its photo-sharing service. It posted a message on Saturday morning that blamed the electrical storm for the outage that sent its engineers scrambling to restore service.

Meanwhile, utilities said they were struggling to restore power amid the heat wave.
 
 
Myra Oppel, a spokeswoman for the utility Pepco, reported over 400,000 outages in Washington and its suburbs. "We do understand the hardship that this brings, especially with the heat as intense at is. We will be working around the clock until we get the last customer on."

Especially at risk were children, the sick and the elderly.

In Charleston, W.Va., firefighters helped several people using walkers and wheelchairs get to emergency shelters. One of them, David Gunnoe, uses a wheelchair and had to spend the night in the community room of his apartment complex because the power — and his elevator — went out.


Rescuers went up five floors to retrieve his medication.

Others sought refuge in shopping malls, movie theaters and other places where the air conditioning would be cranked up.

In Richmond, Va., Tracey Phalen relaxed with her teenage son under the shade of a coffee-house umbrella rather than suffer through the stifling heat in a home without power. Phalen said Hurricane Irene left her home dark for six days last summer, "and this is reminiscent of that."
 
 
Robert Clements, 28, said he showered by flashlight Friday night after losing power at his Fairfax, Va., home. His fiancee learned electricity wouldn't be restored for days at her apartment complex so she booked a hotel Saturday to beat the heat.

"It feels like an oven," said Clements' fiancee, Ann Marie Tropiano, of the apartment she left behind.

DAUN. Pokok Dan Lynas

Ribuan anak muda sertai perhimpunan sokong Lynas


KUANTAN 24 Jun - Perhimpunan menyokong projek pembinaan kilang memproses nadir bumi, Lynas anjuran gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri, Mendukung Agenda Untuk Nasional (DAUN) di Pantai Teluk Cempedak petang semalam berjaya menarik kehadiran lebih 2,000 peserta.

Penyelarasnya, Wan Emril Nizam Wan Embong berkata, program yang dilangsungkan secara santai itu sebagai tanda sokongan anak muda kepada projek berkenaan yang dilihat mampu membantu perkembangan ekonomi setempat.

Katanya, kesediaan ribuan anak muda hadir pada program itu secara sukarela membuktikan dakwaan pembangkang bahawa penduduk di bandar itu tidak menyokong projek tersebut sebagai tidak benar.

''Program itu yang berlangsung sejak pagi sehingga tengah malam melibatkan pelbagai aktiviti lain seperti persembahan kesenian dan aktiviti senaman secara keseluruhannya telah menarik kehadiran hampir 10,000 orang.

"Justeru, DAUN membidas tindakan sesetengah pihak yang masih menyebarkan dakyah negatif sedangkan pakar dari dalam dan luar negara termasuk Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengesahkan kilang tersebut selamat untuk alam sekitar dan penduduk," katanya di sini malam tadi.

Sempena perhimpunan itu juga, pihak DAUN secara simbolik menanam pokok dinamakan Lynas sebagai tanda sokongan anak muda kepada pembinaan kilang memproses nadir bumi tersebut. Utusan Malysia 25/6/12

Perhimpunan bantah Lynas gagal capai sasaran


 


KUANTAN 24 Jun - Acara kemuncak program 'Duduki Balok Gebeng 24 jam' anjuran kumpulan anti-Lynas hari ini hanya menyaksikan tidak sampai 1,000 orang yang menyertai perarakan ke lokasi kilang memproses nadir bumi itu, jauh daripada sasaran 10,000 peserta.

Kumpulan tersebut bergerak ke pintu masuk kawasan perindustrian itu kira-kira pukul 10 pagi dari sebuah resort di Balok dengan menggunakan kenderaan sendiri dan tiga buah bas.

Bagaimanapun, usaha mereka untuk mengadakan demonstrasi di hadapan kilang Lynas gagal apabila pihak polis mengarahkan peserta bersurai ekoran beberapa syarat di bawah peruntukan undang-undang gagal dipatuhi penganjur.

Justeru, penganjur yang diketuai Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack memutuskan untuk berhimpun secara bantah dan duduk di persimpangan pintu masuk Gebeng.

Kebanyakan peserta rata-ratanya terdiri daripada masyarakat Cina termasuk beberapa wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) anti-Lynas dari luar Kuantan.

Hanya kira-kira pukul 11.30 pagi baru kelihatan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu;

Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Triang dari DAP, Leong Ngah Ngah dan Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said hadir dan menyampaikan ucapan masing-masing.

Sementara itu, menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff, pihaknya mengarahkan peserta perhimpunan itu supaya bersurai apabila mereka mula melakukan perarakan dari pintu masuk Gebeng ke kilang Lynas.

"Mereka hanya berarak kira-kira 12 meter dan mula bersurai apabila arahan tersebut dikeluarkan.
"Polis akan meneliti perkara tersebut dan menjalankan siasatan kerana mereka tidak mematuhi beberapa prosedur yang telah ditetapkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Utusan Malaysia 25/6/12