Tuesday, July 3, 2012

Penilaian Luaran Semata-mata.. Pengisian Belum Tahu.


  

Benar ramai orang terpengaruh dengan seseorang berdasarkan penampilan luaran semata-mata. Hati budi sukar diselami. Apa yang kelihatan, itu yang akan menjadi ikutan atau itu yang diberikan perhatian. Ini lumrah manusia.

Pakaian umpamanya melambangkan sikap sipemakai. Ada benar dan ada tidak benarnya. Apakah  hanya berdasarkan pakaian seseorang sahaja sudah cukup untuk kita membuat penilaian terhadap seseorang itu.

Saikologi ini yang banyak digunakan oleh pemimpin politik dalam menaikan imej diri dan harga diri. Hakikatnya belum tentu tabiat berpakaian seseorang itu akan melambangkan keluhuran budi pekerti mereka. Jokiden pernah menulis, seorang gadis manis berpakaian sopan tetapi beromen di Taman Bunga.

Ada seorang konduktor bus yang mukanya sentiasa berkilat akibat cuaca panas dalam bas, kemudian menyertai sebuah parti politik, telah menukar gaya pakaiannya terutamanya di waktu malam dan sudah mual bercakap tentang nahi mungkar, maka tetiba sahaja dia dipanggil ustaz.

Seorang yang lain pula, mempunyai perwatakan lemah lembut, tidak banyak cakap, tasbih selalu ada ditangan, ada sedikit janggut dan tiada misai, bertugas sebagai guru agama secara sambilan, tetiba kita ternampak gambarnya di dalam tv diiringi oleh anggota polis ke mahkamah untuk di dakwa atas tuduhan cuba memperkosa seorang gadis bawah umur.

Seorang tokoh politik  yang segak dengan berpakaian kemas dalam setiap majlis di Kuala lumpur, tetiba kelihatan dungu dengan kain pelikat dan ketayap berjalan di super market di kampungnya semata-mata untuk kelihatan merendah diri kepada masyarakat setempat. Sepatutnya dia tidak hipokrit dan jadilah diri sendiri seadanya.

Ada orang kenamaan yang bijak menyesuaikan pakaian dan penampilan diri dengan suasana sekitar, maka beliau dengan segera dianggap seorang pemimpin berjiwa rakyat. Dia akan segera diperbandingkan dengan pemimpin lain yang tidak sepertinya dalam bab pakaian sedangkan dia hanya menyesuaikan diri dengan suasana. Umpamanya dia ke masjid dengan jubah dan bukannya dengan kot serta bowtie.

Penilaian sebegini tanpa menyelami hati budi seseorang itu sebenarnya adalah pendekatan cetek dan adakalanya menjerat diri. Kita tidak seharusnya terpengaruh dengan penampilan luaran semata-mata kerana seseorang itu mungkin mempunyai sebab musabab kenapa dia bertindak begitu. Dalam erti kata lain jangan mudah terpedaya.

Dr Mahathir suatu ketika telah terpedaya dengan cara penampilan, pertuturan, senda gurau dan perbuatan zahir Nuar Brahim. Sehinggakan apabila ada orang yang cuba memberikan gambaran sebenar tentang Nuar, Dr Mahathir akan melihat orang itu mempunyai niat yang tidak baik terhadap Nuar. Apa sahaja yang buruk cuba dikaitkan dengan Nuar maka Dr Mahathir akan segera menganggapnya karut. Semua dibakul sampahkannya.

Begitulah hebatnya Nuar dalam penampilan diri sebagai seorang yang warak, sopan santun, berbudi pekerti mulia, kelihatan alim dan berilmu sehinggakan ke hari ini masih ramai yang percaya bahawa Nuar memang seperti itu dan gagal untuk mempercayai segala tingkah laku yang sebaliknya. Akibatnya masyarakat kini menjadi kacau bilau.

Elok selepas ini jangan kita mudah terpedaya dengan segala penampilan luaran semata-mata. Kesucian hati seseorang insan tidak terletak kepada apa yang dia pakai. Allah tidak melihat kepada rupa paras dan pakaian seseorang, tetapi Allah melihat kepada hati setiap insan. Semua manusia adalah sama dan yang membezakan ialah takwa dan iman.

Dulu, kini dan selamanya.


Hj Hadi tanpa serban, mungkin ramai yang tidak akan mengenalinya.

No comments:

Post a Comment