Dua berita yang dipaparkan di bawah pasti tidak menyenangkan Nuar Brahim kerana dia mempunyai kepentingan dalam kedua-dua berita tersebut.
Beita pertama JPN mengesahkan tidak ada pengundi hantu. Tidak ada yang diberi kad pengenalan untuk sewenang-wenangnya mengundi dalam PRU13 kelak seperti yang selalu Nuar ceramahkan.
Isu kad pengenalan adalah isu keselamatan negara dan ia harus diberikan perhatian yang serious oleh JPN. Pentadbiran UMNO/BN menitik beratkan soal keselamatan ini. Yang tidak peduli dengan keselamatan dan ancaman terhadap negara ialah Nuar. Dia cuma pentingkan keselamatan negara Israel sahaja.
Berita kedua ialah cadangan pembesaran Pelabuhan Tanjung Pelepas di JB demi untuk menampung penambahan kapal-kapal besar yang bakal berlabuh di sana nanti.
Nuar tidak suka dengan kejayaan PTP ini kerana ia milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang dianggapnya sebagai kroni UMNO dalam Parlimen. Dia juga tak suka Syed Mokhtar yang menerima subsisi harga gula dan tepung. Dulu kerajaan beri subsidi kepada Robert Kuak..dia sukalah.
Turut tidak suka dengan kejayaan PTP ini ialah kerajaan abang DAP iaitu PAP di Singapura kerana ia menjadi saingan kepada Pelabuhan Singapura yang selama ini menguruskan harta karun dari Gugusan Kepulauan Melayu yang hendak di eksport ke luar negara.
JPN perjelas dakwaan pembangkang
TAIPING 2 Julai - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan dakwaan kononnya ada mengeluarkan taraf kewarganegaraan kepada warga asing supaya boleh mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Ketua Pengarahnya, Datuk Jariah Mohd. Said berkata, JPN bertanggungjawab memproses permohonan daripada warga asing yang layak dan terpulang kepada mereka untuk mengundi atau tidak setelah berjaya mendapat status warganegara.
Sambil menyifatkan dakwaan tersebut tidak berasas, Jariah menjelaskan, Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 19(1) dan Perkara 15(1) membenarkan warga asing yang layak memohon kewarganegaraan.
"Macam-macam orang boleh cakap. Tugas JPN ialah kalau orang asing itu layak, dia boleh mohon di bawah Perlembagaan Persekutuan tetapi perlu dapatkan permit masuk daripada Jabatan Imigresen dahulu dan mematuhi syarat-syarat tertentu.
"Selepas itu, dia harus memohon kad pengenalan merah untuk mendapat taraf pemastautin tetap (PR) dan selepas memenuhi syarat-syarat, maka barulah boleh mohon kewarganegaraan," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang di sini hari ini.
Ditanya mengenai dakwaan pembangkang wujudnya pengundi hantu kerana ada beberapa MyKad dikesan mempunyai nama dan tarikh lahir yang sama, Jariah menjelaskan, ia bukan bermakna berlaku pemalsuan kad pengenalan.
"Dalam sistem JPN, kami akan pergi kepada dua perkara penting iaitu gambar dan cap jari. Ia tidak akan sama. Cap jari dan gambar juga tidak akan sama walaupun kembar.
"Jadi, tohmahan-tohmahan ini sudah kita jawab. Dia kata tarikh lahir, nama dan bin sama tetapi apabila kita periksa balik, kita beritahu gambar, cap jari dan nombor, semuanya tidak sama," ujarnya.
Menurut beliau, pihak yang membuat dakwaan MyKad dimiliki individu yang sama boleh pergi ke JPN untuk membuat semakan kerana jabatan itu menyimpan segala rekod termasuk tarikh lahir dan meninggal dunia setiap warganegara.
Dalam pada itu, Jariah memberitahu, sehingga Jun lalu, seramai 618,410 rakyat negara ini yang berusia 12 tahun masih tidak memohon MyKad dengan Selangor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 61,186 orang.
Tambah beliau, seramai 58,183 orang pula tidak mengambil kad pengenalan lama yang telah dikeluarkan setelah membuat permohonan tahun lalu.
Bagi MyKad baru yang diperkenalkan Januari lalu pula, katanya, sebanyak 819,622 keping telah dikeluarkan tetapi 465,985 daripadanya tidak dikutip pemohon.
Sehubungan itu, beliau meminta mereka mengambil MyKad yang telah siap itu dengan segera
PTP Melabur RM1.4 bilion
PTP pemandangan dari udara
JOHOR BAHRU 2 Julai - Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) melabur RM1.4 bilion dalam tempoh tiga tahun akan datang untuk membeli kren baru, menaik taraf kren gantri beroda getah (RTG) sedia ada kepada berkuasa elektrik dan membina dermaga pelabuhan baru.
Pengerusinya, Datuk Mohd. Sidik Shaik Osman berkata, pembelian kren dengan kapasiti lebih besar itu bagi memenuhi keperluan semasa memandangkan semakin banyak syarikat perkapalan kini membina kapal lebih besar.
Beliau berkata, sebagai contoh syarikat Evergreen sedang membina 10 buah kapal bersaiz mega dengan kapasiti muatan 13,800 unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) dan Maersk Line yang turut menyiapkan 20 buah kapal 'Maersk Triple-E' di Korea Selatan yang bersaiz sangat besar.
"Tiada satu pun kren yang digunakan di pelabuhan seluruh dunia hari ini dapat mengendalikan kapal-kapal mega ini kerana tidak cukup besar. Jadi, pelabuhan memerlukan kren-kren baru yang lebih canggih, tinggi dan jangkauan luar yang lebih jauh.
"PTP bersama enam pelabuhan antarabangsa lain seperti Felixstowe, Bremerhaven, Rotterdam, Yantian, Shanghai and Ningbo yang dipilih Maersk Line untuk program 'Daily Maersk' perlu membina kren baru bagi membolehkan pengendalian kontena di kapal-kapal ini. PTP kini berada di peringkat perolehan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mohd. Sidik berkata, PTP merancang untuk mendapatkan lapan buah kren baru yang menelan belanja RM250 juta, selain pelaburan untuk 32 unit kren RTG tambahan yang melibatkan kos lebih RM200 juta dan pembinaan dua dermaga tambahan yang mampu mengendali lapan juta TEU pada tahun ini.
Menurutnya, pencapaian yang ditunjukkan PTP setakat ini amat memberangsangkan apabila telah mencatat rekod baru dengan pengendalian 697,617 TEU pada bulan lalu, sekali gus memecahkan rekod sama sebanyak 679,256 TEU pada Mac lalu.
Beliau menyifatkan prestasi yang baik ini bertepatan dengan objektif PTP untuk memberikan perkhidmatan pelabuhan yang efisien secara berterusan.
Ia dilakukan melalui pemindahan kontena yang pantas dan tempoh pusingan kapal yang pendek serta seterusnya meningkatkan produktiviti pelabuhan.
"Untuk memastikan kedudukan PTP terus kukuh, kami perlu berusaha meningkatkan prestasi dan melabur dalam teknologi terkini dari semasa ke semasa," katanya.
Mohd. Sidik berkata, PTP turut menyedari peningkatan pengendalian kontena dari seluruh negara yang ditransitkan melalui PTP dengan pengendalian sebanyak 230,000 TEU kontena dari kawasan utara dan 320,000 TEU kontena dari kawasan tengah Semenanjung Malaysia pada tahun lalu.
Katanya, PTP menjadi pilihan kerana fasiliti moden yang dimiliki dan peralatan baru itu nanti bakal meningkatkan kapasiti daripada 8.4 juta kepada 10 juta TEU setiap tahun dengan kemungkinan besar memerlukan pembinaan dermaga pelabuhan baru dengan peralatan secukupnya setiap tahun.
No comments:
Post a Comment