Sunday, July 1, 2012

DAUN. Pokok Dan Lynas

Ribuan anak muda sertai perhimpunan sokong Lynas


KUANTAN 24 Jun - Perhimpunan menyokong projek pembinaan kilang memproses nadir bumi, Lynas anjuran gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri, Mendukung Agenda Untuk Nasional (DAUN) di Pantai Teluk Cempedak petang semalam berjaya menarik kehadiran lebih 2,000 peserta.

Penyelarasnya, Wan Emril Nizam Wan Embong berkata, program yang dilangsungkan secara santai itu sebagai tanda sokongan anak muda kepada projek berkenaan yang dilihat mampu membantu perkembangan ekonomi setempat.

Katanya, kesediaan ribuan anak muda hadir pada program itu secara sukarela membuktikan dakwaan pembangkang bahawa penduduk di bandar itu tidak menyokong projek tersebut sebagai tidak benar.

''Program itu yang berlangsung sejak pagi sehingga tengah malam melibatkan pelbagai aktiviti lain seperti persembahan kesenian dan aktiviti senaman secara keseluruhannya telah menarik kehadiran hampir 10,000 orang.

"Justeru, DAUN membidas tindakan sesetengah pihak yang masih menyebarkan dakyah negatif sedangkan pakar dari dalam dan luar negara termasuk Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengesahkan kilang tersebut selamat untuk alam sekitar dan penduduk," katanya di sini malam tadi.

Sempena perhimpunan itu juga, pihak DAUN secara simbolik menanam pokok dinamakan Lynas sebagai tanda sokongan anak muda kepada pembinaan kilang memproses nadir bumi tersebut. Utusan Malysia 25/6/12

Perhimpunan bantah Lynas gagal capai sasaran


 


KUANTAN 24 Jun - Acara kemuncak program 'Duduki Balok Gebeng 24 jam' anjuran kumpulan anti-Lynas hari ini hanya menyaksikan tidak sampai 1,000 orang yang menyertai perarakan ke lokasi kilang memproses nadir bumi itu, jauh daripada sasaran 10,000 peserta.

Kumpulan tersebut bergerak ke pintu masuk kawasan perindustrian itu kira-kira pukul 10 pagi dari sebuah resort di Balok dengan menggunakan kenderaan sendiri dan tiga buah bas.

Bagaimanapun, usaha mereka untuk mengadakan demonstrasi di hadapan kilang Lynas gagal apabila pihak polis mengarahkan peserta bersurai ekoran beberapa syarat di bawah peruntukan undang-undang gagal dipatuhi penganjur.

Justeru, penganjur yang diketuai Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack memutuskan untuk berhimpun secara bantah dan duduk di persimpangan pintu masuk Gebeng.

Kebanyakan peserta rata-ratanya terdiri daripada masyarakat Cina termasuk beberapa wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) anti-Lynas dari luar Kuantan.

Hanya kira-kira pukul 11.30 pagi baru kelihatan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu;

Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Triang dari DAP, Leong Ngah Ngah dan Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said hadir dan menyampaikan ucapan masing-masing.

Sementara itu, menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff, pihaknya mengarahkan peserta perhimpunan itu supaya bersurai apabila mereka mula melakukan perarakan dari pintu masuk Gebeng ke kilang Lynas.

"Mereka hanya berarak kira-kira 12 meter dan mula bersurai apabila arahan tersebut dikeluarkan.
"Polis akan meneliti perkara tersebut dan menjalankan siasatan kerana mereka tidak mematuhi beberapa prosedur yang telah ditetapkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Utusan Malaysia 25/6/12

 

No comments:

Post a Comment