Friday, May 31, 2013

Yang Ini Wajar Di Ulang Baca,


   My Photo

Bila hati Melayu mati

KETEGASAN Menteri Pendidikan mengenai kedudukan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), beberapa hari lalu menarik perhatian saya. Kerajaan berpendirian, jika UEC mahu diiktiraf, mereka mesti melakukan pengubahsuaian dan perubahan selaras dengan dasar pendidikan negara dan berpandukan kepada undang-undang dalam Akta Pendidikan Negara. Ini keputusan yang tepat, adil dan sangat bertoleransi. Jika ada tidak bersetuju, carilah negara lain yang boleh bersetuju.
 
Beginilah sepatutnya cara seseorang negarawan bertindak. Tanpa rasa takut. Cukuplah kita menjadi ahli politik hebat menjelang dan ketika pilihan raya. Apabila telah menang, tibalah masanya bertindak sebagai negarawan. Melihat kepada kepentingan semua, berbanding bangsa, dengan berpaksikan kepada perlembagaan.
 
Isu pendidikan Cina acap kali dan telah lama dibangkitkan oleh Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong) dan sekutunya yang lain seperti seperti Jiao Zong, Dong Jiao Zong, Hua Zong dan berbagai Zong lagi. Nasihat saya, tidak perlu layan permintaan mereka lagi. Sudahlah. Kita sudah beri lebih daripada mencukupi. Apa balasannya?
Memahami
 
Tidak keterlaluan saya katakan, selagi kita tidak penuhi permintaan mereka, sehingga kucing bertanduk pun mereka akan terus desak dan tuntut. Segelintir Cina tidak akan berpuas hati selagi mana kita tidak memenuhi segala tuntutan kecinaannya. Mungkin tulisan ini terlalu ekstrem, tetapi inilah hakikatnya untuk memahami budaya politik Cina.
 
Kita selalu mengajak orang lain keluar daripada kepompong rasis. Persoalannya, adakah orang Melayu sahaja yang perlu keluar dari sikap rasis? Kalau Melayu tidak fikir untuk Melayu, adakah orang lain yang diharapkan berfikir untuk masa depan Melayu. Adakah kita mengharapkan orang Cina berfikir untuk Melayu? Jika ada Alhamdulillah. Ia baik untuk pembinaan negara bangsa.
 
Realiti yang ada, pantang ada sedikit dikaitkan dengan Melayu, akan ditentang habis. Jika diasimilasikan atau disekutukan dengan orang putih, tidak mengapa? Dengan Melayu pantang sekali. Inilah sikap rasis ultra kiasu.
 
Sebab itulah, ketika majlis angkat sumpah Exco, pembukaan Sidang Parlimen atau DUN, atau apa jua majlis rasmi yang melibatkan raja, tidak ada seorang pun yang memakai pakaian kebangsaan (baju Melayu). Rata-ratanya memakaikan blazer dan tali leher. Sehingga pakai songkok pun mereka tidak mahu.
 
Seolah-olah memakai pakaian kebangsaan ini satu penghinaan. Walhal, apa salah, ‘berkorban’ seketika, bukannya tiap-tiap hari, lima tahun sekali atau mungkin setiap kali penggal persidangan Parlimen atau DUN. Hina sangatkah memakai pakaian ini? Sudah sampainya kita wajibkan pemakaian tersebut. Jangan terlalu memberi kebebasan atas nama demokrasi, kita juga yang akan rugi nanti.
 
Bayangkan jika pakaian etnik masing-masing dibenarkan dalam majlis-majlis sebegini, maka meriahlah, berwarna-warnilah majlis rasmi tersebut seolah-olah pesta pakaian, bukan majlis rasmi. Tidak ada seorang pun kalangan mereka yang akan memakai pakaian kebangsaan. Sedangkan pakaian kebangsaan adalah untuk semua, bukan untuk orang Melayu. Samalah juga pemahaman sekolah kebangsaan untuk semua, bukan untuk orang Melayu.
 
Saya yakin selepas ini, untuk meraikan orang lain atau memastikan lebih ramai bukan Melayu menyertai, sekolah kebangsaan akan menjadi lebih liberal dan terbuka. Tidak mustahil, ada identiti penting Melayu akan tercabut.
 
Ini tidak termasuk menunaikan janji-janji PRU-13 baru-baru ini untuk menambah sekolah, memberikan tanah dan banyak lagi tawaran sebagai alasan untuk memancing undi mereka kononnya.
Apakah akan berlaku suatu hari, demi untuk meraikan semua, kita yang berubah menjadi mereka, bukannya mereka yang sepatutnya berubah menjadi kita. Semua dasar mesti disesuaikan untuk mereka, bukan mereka menyesuaikan dengan sesuatu dasar kebangsaan.
 
Kita mempunyai dasar yang baik, seperti Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan sebagainya. Bila tiba kepada pelaksanaan, selagi sesuatu bangsa itu tidak diraikan, selagi itulah dasar tersebut tidak diterima.
 
Ultra kiasu selalu berhujah, UEC telah diiktiraf di seluruh dunia, kenapa tidak di Malaysia? Jawapannya, kerana diiktiraf dunialah, menjadikan perangai mereka sanggup menterbalikkan jalur gemilang sebagai protes kepada kemenangan UMNO BN dalam PRU-13 baru-baru ini. Kebanyakan mereka adalah lulusan UEC. Apakah jenis manusia sebegini yang ingin kita lahirkan.
Hidup mati
 
Banyak negara lain yang tidak tahu berbahasa Cina, negara tersebut tetap maju dan urusan dengan negara China berjalan seperti biasa. Pendek kata, isu bahasa bukan isu hidup mati kemajuan sesebuah negara. Iran begitu aktif berhubung dengan negara China, tidak pula kedengaran, kerajaan Iran mewajibkan rakyat belajar bahasa Cina.
 
Sebelum PRU-13, Perdana Menteri buat pertama kalinya dalam sejarah telah menjemput Dong Zong untuk berbincang tentang pengiktirafan UEC. PM menyarankan keperluan pelajar dari sekolah aliran Cina untuk mempunyai sekurang-kurangnya satu kredit kertas Bahasa Malaysia dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berserta dengan UEC, sebagai satu syarat untuk memohon memasuki IPTA. Tawaran sebegini pun sukar diterima? Apa lagi yang Cina mahu? Saya fikir persoalan ini tidak keterlaluan. Ketika kerajaan mula berlembut, adakah budi dibalas?
 
Permintaan PM ini terlampau kecil jika dilihat kelulusan membenarkan sekolah vernakular beroperasi secina-cinanya. Kenapa tidak dihargai toleransi ini? Mereka tetap bersangka buruk. Pada mereka, jika diberikan penekanan kepada BM, ia akan meninggalkan kesan kepada Pengajaran dan Pembelajaran bahasa Cina. Pendek kata, mereka mahu penguasaan Mandarin secina-cinanya.
 
Kehendak mereka tidak mengapa gagal BM, asalnya lulus mata pelajaran lain yang semua diajar dalam Mandarin sebagai kelayakan untuk memasuki IPTA.
 
Sekarang ini pun, kesan daripada sekolah vernakular, berlaku polarisasi di kampus yang amat ketara. Pergilah ke IPTA. Jangan banding dengan IPTS, kerana majoriti mereka begitu ramai. Pergilah melihat Kolej New Era Kajang yang dipunyai sendiri oleh Dong Jiao Zong dan lulusan UEC mereka. Itupun kerajaan dalam kempen baru-baru ini mahu memberikan pengiktirafan sebagai universiti penuh beberapa kolej Cina di Pulau Pinang. Dengan tawaran ini, adakah mereka simpati dengan kerajaan?
 
Saya mohon kepada kerajaan sebelum memberikan apa jua kelulusan kepada sekolah atau universiti perkauman ini, buatlah kajian terlebih dahulu. Beri kami geran untuk membuat kajian seperti ini. Ini tidak, sudah kajian tidak dibuat, asyik menyerang orang lain.
 
Misalnya, kontroversi kenyataan Datuk Mohd Noor Abdullah dan Tan Sri Abdul Rahman Arshad, menyeru kerajaan agar menghapuskan sekolah vernakular atas alasan ia menggugat perpaduan dan punca sokongan kepada pembangkang meningkat, harus dilihat secara positif.
 
Kedua tokoh ini bersependapat sekolah vernakular menjadi punca perkauman semakin meluas di kalangan masyarakat pelbagai kaum dalam negara. Mereka turut mencadangkan kerajaan mengikut langkah negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Filipina yang menerima pakai penggunaan bahasa tunggal dalam dasar pendidikan mereka.
 
Sehingga kini, parti pembangkang dan ultra kiasu tidak habis-habis mengecam kenyataan yang dikatakan tidak bertanggungjawab kedua-dua tokoh tersebut dan menegaskan Perlembagaan Persekutuan melindungi sekolah vernakular dan pendidikan dalam bahasa ibunda, memetik Perkara 152 (1) (a) dan (b) dalam undang-undang tertinggi negara.
 
Kenapa harus mangsakan tokoh ini? Buatlah penyelidikan terlebih dahulu untuk melihat kebenarannya. Fikirkan agenda nasional, daripada agenda bangsa. Ultra kiasu menyuruh kita berhenti bercakap soal rasis. Tindak-tanduk mereka lebih rasis daripada orang rasis.
 
Tidakkah kita sedar kerajaan telah membantu SJKC sehingga menenggelamkan sekolah agama. Persoalannya, adakah guru-guru Sekolah Jenis Kebangsaan ini mengundi UMNO BN? SJKC sebenarnya menjadi lubuk melahirkan lebih ramai ultra kiasu, jika tidak dipantau daripada sekarang.
Bersekongkol
 
Ingatan saya kepada orang Melayu, jangan menjadi terlalu liberal dan bersekongkol dengan ultra kiasu. Misalnya, pendirian seorang Ketua Pegawai Eksekutif Melayu. Beliau dengan lantang berkata “I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by Utusan‘s editorial stance. Nasihat saya, jaga baik-baik syarikat tambang murah itu. Tidak perlu campur perkara di luar bidang. Kalau tak tahu lebih baik diam. Fikirkan bagaimana cara untuk memanjangkan skirt dan menutup dada pramugari Melayu di syarikat penerbangan murah itu.
 
Baru-baru ini saya naik muak melihat layanan mereka terhadap Sir Richard Branson, pengasas/pengerusi Virgin Group, yang terpaksa berpakaian pramugari perempuan, anjuran syarikat penerbangan tersebut. Pramugari Melayu dipaksa melayan beliau termasuk mencukur bulu kakinya. Tertanya-tanya saya ke mana hala tuju anak-anak Melayu yang bekerja di sini. Apakah mereka akan menjadi Melayu atau apa?
 
Sebahagian pramugari Melayu disuruh berlakon seperti kartun mencelup rambut dengan warna putih dan berpakaian seksi semata-mata meraikan orang putih tersebut. Nasihat saya kepada Melayu celup ini, selamatkanlah Melayu-Melayu di sini daripada hancur dan hilang identiti. Majlis tersebut diakhiri dengan mandi arak. Cuba lihat YouTube mereka.
 
Saya menyeru agar orang Pas menonton sama, kerana dalam Harakah online, saya terbaca Pas begitu memuji Melayu celup ini hanya kerana bermusuh dengan Utusan dan UMNO BN. Nasihat saya kepada Pas, berhati-hati, nanti makan diri. Sokong seseorang bukan kerana marah kepada UMNO. Sokongan hendaklah berasaskan kepada apa yang benar, apa yang salah. Itu baru nama perjuangan Islam. Jika tidak, Pas sama sahaja dengan yang lain.
 
Ingatlah! Tatkala orang lain semakin kuat Cinanya (atau Indianya), adakah orang Melayu perlu menjadi semakin menjadi liberal atau cair bagi menunjukkan bahawa kita tidak rasis. Jika ini berlaku, Melayu tidak berlaku adil kepada bangsanya sendiri. Melayu telah menjadi pengkhianat kepada bangsanya sendiri. Jangan biarkan hati Melayu mati kerana terlalu meraikan orang lain.
 
PROF MADYA DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH merupakan Ketua Program, Program Pengajian Kenegaraan, Kepimpinan dan Ketamadunan, Fakulti Pengajian Pengurusan dan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
 
 
PEMBANGKANG KAKI TIPU, DAH KALAH TERIMALAH HAKIKAT YANG RAKYAT TOLAK PAKATAN.
 

Thursday, May 30, 2013

Dulu Shahar Arpan, Lepas Tu Waad Mansor Dan Terkini Khir Toyo..

 
  
 
 
Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo dan mengekalkan hukuman penjara ke atasnya.
 
Kita bersimpati terutamanya apabila para hakim tidak menemui bab-bab teknikal untuk melepaskan beliau seperti seorang hakim yang membebaskan Nuar atau seorang yang tidak membenarkan tahanan reman ke atas Tian Chua, Tamri Ghaffar dan Harris Ibrahim walaupun mereka ternyata menghasut.
 
24 jam mana cukup masa untuk mendapatkan maklumat ke atas Tian Chua ni. 5 jam masa habis untuk dia berbaring sahaja dan minta anggota polis menyeretnya masuk ke dalam van. 5 jam lagi masa habis untuk dia menunggu peguamnya sampai.
 
Kemudian 5 jam lagi masa habis untuk dia sengeh-sengeh-sengeh. 5 jam lagi habis untuk dia membisu tanpa mahu bersuara atau bekerjasama. Akhirnya dalam tempoh 24 jam tidak ada apapun yang polis boleh dapat daripada Tian Chua batu ini. Dia bebas dan dia masih sengeh dan memperlekehkan segala undang-undang dalam negara ini.
 
Dia kebal, dia tidak bersalah, dia boleh sesuka hati memaki hamun sesiapa. Itulah kelebihan Tian Chua, kaki tidur baring di depan trak polis ini. Namun hakim tidak membenarkan dia di reman untuk dia terus di siasat.
 
Walaupun kita orang UMNO/BN bersimpati dengan tokoh-tokoh UMNO/BN yang menerima hukuman mahkamah, namun kita masih berfikiran rasional dan menerima seadanya dan tidak berkumpul untuk mempengaruhi keputusan mahkamah.
 
Pemimpin UMNO/BN jua mempunyai penyokong yang ramai, namun apabila dibicarakan dan di dapati bersalah, maka mereka terpaksalah menghadapinya. Kita tidak menyusahkan fikiran dan minda mana-mana hakim untuk membuat keputusan.
 
Ini berbeza dengan kes yang melibatkan pembangkang. Bila di dakwa maka mulalah tuduhan mengatakan mereka dianianya, dizalimi, difitnah dan bla..bla..blaaaaaa... Mulalah mereka mengumpulkan pembangkang untuk menunjukkan mereka kononnya tidak bersalah dan mereka cuba dalam pelbagai cara untuk menganggu proses mahkamah. Sei benar-benar meluat dengan puak-puak pakatan ini.  
  

Hukuman penjara Khir Toyo kekal


PUTRAJAYA 30 Mei - Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo kekal menjalani hukuman penjara setahun atas kesalahan mendapatkan untuk dirinya dan isteri dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai jutaan ringgit selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuannya terhadap hukuman, sebentar tadi. -UTUSAN
 
 
 
PEMBANGKANG KAKI TIPU, DAH KALAH TERIMALAH HAKIKAT YANG RAKYAT TOLAK PAKATAN.

Nak Sokong Ke, Tak Nak Sokong Ni.. Ada Budi Ada Batas..


Semalam bertempat di Ampangan, lokasi biasa sekitar Surau Hitam, telah berlangsung kempen PRU14 oleh puak PAS. Memang lah puak PAS ni gila ceramah dan bukannya gila untuk berkhidmat untuk rakyat.
 
Belumpun sempat petisyen PRU13 hendak dilakukan puak mereka ini telah mula mengatur strategi untuk merampas NSDK pada PRU14 kelak. Pelik betul bunyinya. PRU13 belumpun sampai sebulan berlangsung, maka mereka sudah kembali kepada modus lama iaitu berceramah siang dan malam.
 
Sekali imbas strategi mereka ini  sebenarnya mempunyai matalamat yang tersendiri. Majlis ceramah terus diadakan demi untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa PAS masih wujud dalam dunia politik tanah air ini.
 
Keduanya majlis ceramah juga untuk membolehkan penyokong tegar mencari 'makan' malalui kesusahan orang lain iaitu dengan mengadakan pasar malam bergerak dan menganggu kelancaran lalu lintas serta mengganggu ketenteraman pengunjung kedai makanan serta jiran-jira yang memerlukan ketangan pada waktu malam.
 
Ketiganya majlis ceramah juga berkemungkinan untuk memberi 'penceramah' sumber rezeki melalui kutipan derma dan penceramah juga mempunyai kerja harian atau kerja malaman untuk menyara keluarga.
 
Keempat mungkin juga majlis ceramah berfungsi sebagai menyediakan pemimpin pelapis yang berani mengkritik, berani mencarut, berani maki hamun kerajaan serta pemimpin UMNO/BN. Selain daripada itu kita tidak nampak sebenarnya apakah yang mereka inginkan melalui ceramah-ceramah tersebut. PRU masih segar dalam ingatan dan belumpun 30 hari  berlalu, apa perlunya berkempen mulai sekarang. Kita tidak faham dengan perangai pemimpin PAS yang 24 jam berpolitik dan 365 hari tidak mempunyai kerja lain selain daripada mengumpulkan orang untuk mendengar cacian mereka.
 
Kelimanya majlis ceramah juga berkemungkinan sebagai hiburan dan pengganti kepada penglipur lara untuk ahli dan penyokong PAS. Nak pergi disko atau pub kang berdosa pulak, itu lembah maksiat. Tetapi mereka juga terlupa menyertai majlis ceramah maki hamun PAS juga adalak maksiat yang lebih besar dan mereka mendapat 'saham' yang tersembunyi.  Habis tak terfikir ke oleh pemimpin PAS ini untuk mengajak ahli dan penyokongnya membuat amal mahruf yang mendatangkan kebaikan.
 
Betul kadang-kadang pemimpin PAS ini mengadakan majlis 'ilmu' kononnya tazkirah di dalam masjid-masjid tertentu. namun membicarakan hal-hal keduniaan semata-mata di dalam Rumah Allah, lagi besar dosanya. Tambah menyeksakan apabila kutukan dan cacian dilakukan dari atas mimbar. Lagi besar dosa yang ditanggung oleh pemimpin PAS dan ahlinya yang bersekongkol dengan mereka tersebut.
 
Niat di dalam hati sudah tidak betul, apa lagi yang terkeluar daripada mulut nanti sudah pasti tidak ada berkatnya. Seperti kata Timbalan Pesuruh Jaya PAS kawasan Gombak, beliau sebelum meneruskan khutbahnya, matanya akan melilau terlebih dahulu mencari wajah-wajah pemimpin UMNO yang hadir di depannya untuk ditaji. Dia ingat dia hebat tu. Dia ingat dia dapat pahala dengan menaji para jumaah. Dia tidak sedar dia berdosa besar tu..
 

Boikot produk bukan kejam



Nadzim Johan (tengah) bersama gabungan NGO Islam menunjukkan risalah untuk memboikot produk syarikat menaja perhimpunan haram dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam.
 
 
KUALA LUMPUR 28 Mei - Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam menafikan dakwaan mengatakan tindakan pihaknya memboikot beberapa produk syarikat milik kaum Cina yang dipercayai menaja perhimpunan haram sebagai kejam.
 
Sebaliknya, menurut Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, tindakan memboikot itu adalah isyarat kepada syarikat berkenaan agar berhenti memberikan sokongan kepada sebarang bentuk perhimpunan haram.
 
"Saya hairan kenapa gabungan NGO Islam ini dituduh kejam memboikot lapan produk terbabit sedangkan tentera siber DAP, Red Bean Army telah melancarkan serangan memboikot produk milik bumiputera sejak 2011 lagi.
 
"Ini jelas terbukti dalam laman sosial Facebook dan beberapa blog yang mengajak kaum tertentu memboikot produk roti Gardenia yang didakwa milik UMNO," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
 
Pada 14 Mei lalu, Nadzim yang mewakili 85 NGO Islam menggesa rakyat memboikot beberapa produk keluaran syarikat milik kaum Cina yang dipercayai turut menyumbang dana bagi menjayakan perhimpunan haram.
 
Katanya, orang ramai boleh mengetahui senarai lapan produk itu dengan melayari laman web PPIM di http://ppim.org.my/.
 
Lebih keterlaluan katanya, apabila kumpulan Red Bean Army yang dipercayai didalangi DAP turut mengatakan hasil jualan roti Gardenia sebanyak 16 sen disalurkan kepada UMNO.
 
Tambahnya, kumpulan itu juga dikatakan menyerang kopitiam Original Ipoh Old Tow n White Coffee yang didakwa milik isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor melalui beberapa blog.
 
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, serangan fitnah dan pembohongan melalui alam siber yang dilancarkan Red Bean Army sangat berbahaya dan menggugat keharmonian serta perpaduan di negara ini.
 
"Bayangkan apa perasaan kaum lain terutama Melayu jika fitnah yang dilakukan Red Bean Army dengan menggesa kaum Cina memboikot roti Gardenia dan bertukar kepada produk lain.
 
"Fenomena ini sangat merisaukan kita. Tindakan kita memboikot lapan produk itu bukan berunsur perkauman, sebaliknya memberikan pengajaran kepada syarikat yang dipercayai menyokong perhimpunan haram," katanya.
 
Nadzim berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa mengambil tindakan tegas dan proaktif ke atas serangan fitnah dan pembohongan tentera siber Red Bean Army itu agar keharmonian serta perpaduan negara sentiasa terpelihara.
 
Sementara itu, Kementerian Kesihatan juga diminta menarik semula lesen penggunaan racun benzoyl peroxide yang terdapat dalam salah satu produk yang diboikot gabungan tersebut.
 
 
 
 
PEMBANGKANG KAKI TIPU, DAH KALAH TERIMALAH HAKIKAT YANG RAKYAT TOLAK PAKATAN.
 

Dulu Naib Presiden, Kini Timbalan Presiden Pula Terkeluceh..

 
  
Malu ahhhh!!! terima kasih lantik I!!!!!
 
 
Heboh sedikit masa dahulu tentang kedudukan Husam Musa yang tidak dilantik sebagai Exco dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan. Menurut Ahmad Yaacob nama Husam adalah yang teratas sekali semasa dipersembahkan kepada Baginda Sultan. Dia di tolakkkkkkkkk!!!!
 
Husam bukan sahaja merupakan Exco kanan dalam kepimpinan Nik Aziz dahulu yang merupakan antara orang kepercayaan Nik Aziz, tetapi dia juga merupakan Naib Presiden PAS yang masih berkuat kuasa iaitu orang nombor tiga parti.
 
Berlaku kekecuhan dan rasa tidak puas hati dikalangan penyokong Husam ketika itu. Berlaku demontrasi (budaya merekalah tu) di depan Istana dan di pejabat Menteri Besar yang baru. Kain rentang dan sepanduk dinaikkan oleh sejemput penyokong Husam.
 
Sudahla dia ditolak di Putrajaya walaupun dengan bantuan pengundi hantu dari Bangla dan juga hasil tipu muslihat dari SPR dan UMNO/BN, dia juga tidak diterima oleh rakyat Kelantan sendiri atau lebih khusus lagi Kebawah Duli Tuanku tidak beberapa pekenan dengan dia tu. Hahaha...
 
Kini terjadi pula di Selangor. Assmin Ali, Timbalan Presiden PKR dan orang nombor dua parti juga tidak dilantik menduduki kerusi Exco Selangor. Baca di sini.
 
Kita tidak pasti apakah ketiadaan Assmin disebabkan nama beliau di tolak oleh Baginda Sultan atau ditolak oleh Khalid Gagap atau boleh juga Assmin sendiri yang menolaknya. Mungkin dia merasakan jawatan sebagai Exco amat kecil berbanding dengan kedudukan beliau sebagai orang penting dan orang nombor dua parti.
 
Mungkin dia merasakan dia tidak layak untuk di suruh arah oleh MB nanti. Jatuh air muka dia. Jatuh maruah dia di mana sepatutnya dia yang menyuruh arah Khalid sepanjang masa.
 
Yang menariknya 'buah hati' Khalid iaitu Elly Kangkang, nampaknya kekal dan ini sudah tentu 'membahagiakan' Khalid dan menambahkan aura atau semangat kentalnya untuk mentadbir dan memajukan Selangor ke arah yang lebih gemilang.
 
Kehadiran Elly Kangkang sentiasa di sebelah beliau terutamanya semasa memberikan kenyataan media kelak sudah tentu menambahkan ceria hidup Khalid ini dan diharapkan ke gagapan dia akan berkurangan. Hahaha..
 
 
PEMBANGKANG KAKI TIPU, DAH KALAH TERIMALAH HAKIKAT YANG RAKYAT TOLAK PAKATAN.
 

Wednesday, May 29, 2013

Hadiah Pertama Pakatan Untuk Rakyat....


  
 
 
 
 
 

Bukan nak mengungkit, cuma sekadar nak mengulang bicara. Dulu semasa kempen PRU12, sibuk puak-puak PAS melanyak kerajaan UMNO/BN Selangor tentang isu babi. Siang kisah babi, malam kisah babi dan subuh juga kisah babi. Kerajaan PAS akan menghapuskan babi sekiranya berjaya mendapat kuasa hasil kerjasama dengan PKR dan DAP.
 
Akhirnya rakyat terpengaruh dan selain daripada ratusan janji PRU12, maka isu babi dan isu kilang arak yang siap dengan sepanduknya melintang di merata tempat telah berjaya memenangkan pakatan di Selangor.
 
Sebagai hadiah kepada pengundi yang sudah memilih pakatan maka kerajaan Selangor yang turut disertai oleh PAS telah memberikan hadia kemenangan yang berharga iaitu ladang bai menerima peruntukan sebanyak RM100 juta. Amik kaw!!!
 
Kini segala janji ditabur lagi, siang dan malam, nak hapus itu dan ini, nak turunkan itu dan ini. Kerajaan UMNO/BN zalim, kerajaan pakatan perihatin dan berkebajikan. Maka riuh rendahlah mereka untuk menurunkan harga minyak dan menghapuskan tol. Maka sekali lagi rakyat Selangor tertipu dan pakatan dipilih sekali lagi untuk menerajui Selangor dengan kemenangan yang lebih besar.
 
Maka sebagai hadiah pertama dari kerjaaan pakatan Selangor ialah kenaikan caj parking lereta di Shah Alam dari 40 sen sejam pertama kepada 60 sen sejam pertama. Yang lain-lain akan menyusul kemudian. Yang penting rakyat mesti disusahkan dulu sebagai hadiah memenangkan pakatan. Kemudian tunggulah kenaikan kadar sewa premis seperti yang Khalid selalu cakap, sewa mahal pun ada orang nak sewa. Harga rumah tinggi juga ada orang nak beli, maklumlah Selangor kan negeri maju.
 
Sibuk puak pakatan memperkatakan dan merekasaya cerita berkenaan dengan kenaikan harga roti, harga garam dan harga minyak sebaik sahaja BN kembali memerintah kerajaan pusat. Itu adalah kerja-kerja penipuan oleh cybertropers mereka untuk menaikkan suhu kemarahan rakyat selepas PRU ini.
 
Rupanya dalam diam-diam kerajaan pakatan sudah ada agenda untuk menaikan kadar sewa petak kereta. Sekali lagi amik kaw!!!  Kisah menarik ada di sini. mesti baca. 
 
Kadang-kadang pakatan ini membuat janji yang tidak masuk akal. Contohnya dalam isu penghapusan tol di Lebuhraya Utara Selatan. Sebenarnya mereka mendapat idea tersebut daripada saudara mereka dari parti PAP di Singapura.
 
Setiap tahun jumlah pelancong ke Malaysia meningkat. Daripada 26 juta yang tiba pada tahun lepas, 16 juta adalah dari Singapura. Dari jumlah tersebut yang menggunakan Lebuh Raya Plus dari JB sehingga ke Bukit Kayu Hitam mungkin sekitar 9 juta kenderaan Singapura yang berulang alik atas pelbagai urusan di Semenanjung ini. Kiralah sendiri berapa ratus juta kehilangan hasil kutipan tol sekiranya semua plaza tol dihapuskan dan kenderaan asing ini sedia mengguna pakai segala kemudahan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia di sepanjang perjalanan mereka. Seperti kata Nuar, Negara ini bukan mak bapak dia yang punya...
 
Kemudian paparan di TV tadi menyaksikan betapa tersengeh-sengehnya Tian Chua dan Hishamuddin Rais yang macam bapok tu di perkarangan mahkamah. Mereka melakukan kesalahan namun di wajah mereka tiada sedikitpun tanda kekesalan malah menunjukkan riak air muka kebanggaan pula. Nurul Izzzah biasalah apabila sahaja rakan tarinya didakwa di mahkamah, maka dia akan menunjukkan rasa cemas yang berlebihan dan terkedek-kedek dia. Pantang betul dia jika Tian Chua ini menghadapi sedikit masalah, maka dialah yang akan ke hadapan.
 
Cuba seorang penduduk marhean Lembah Pantai di dakwa di mana-mana mahkamah, sudah pasti dia tidak akan ambil kisah, tidak ambil pusing dan tidak ambil peduli. Namun Tian Chua adalah insan istimewa kepadanya dan segala rupa simpati mestilah ditunjukkan secara berlebihan. Melihat riak air mukanya tadi seolah-olah Tian Chua di dakwah di bawah sksyen 302 atau 39b yang membawa hukuman mati. Begitulah yang terpancar di wajah Nurul Izzzah hari ini.
 
 
 
PEMBANGKANG KAKI TIPU, DAH KALAH TERIMALAH HAKIKAT YANG RAKYAT TOLAK PAKATAN.
 

Tuesday, May 28, 2013

Kes Ini Je Ke Yang Nuar Berani Report..


Habislah Bangla-Bangla ni..
  


Banyak-banyak kes yang dia lalak kan setiap malam melalui himpunan Blackout 505, ini je kes yang dia mampu nak buat report polis. Memanglah Nuar ni sengaja nak cari pasal. Memanglah ada pihak yang mengatakan dia ni meroyan.
 
Mana kisah Bangla 145,000 orang, 70,000 orang atau 40,000 yang dia bising tak cukup tanah dan sehingga dipercayai oleh orang-orang 'cerdik pandai' penyokong tegar dia itu.???
 
Mana kes lampu padam semasa pengiraan undi termasuk yang calon DAP bentong nafikan itu. Mana Nuar, mana??? Takkan kes dakwat kekal ini sahaja menjadi sesuatu yang cukup hebat untuk mengatakan kemenangan pakatan telah dirompak oleh BN.
 
Mana kes helikopter berlegar-legar dalam gelap gulita dan tiba-tiba menjatuhkan beg-beg undi untuk memenangkan calon-calon UMNO/BN??? Mana??? Nuar, mana???
 
Eloklah berhenti menjadi badut seperti yang Tun Daim katakan. PRU13 sudah sebulan berakhir. Kini orang sibuk dengan agenda untuk memenuhi janji-janji PRU13 dan bukan lagi menghabiskan masa untuk mendengar lalakan kamu yang tidak ada hentinya itu.
 
Belajarlah untuk berpijak di bumi yang nyata. Jokiden tidak bersimpati dengan mu Nuar, tetapi Jokiden amat bersimpati dengan rakan-rakan Jokiden yang turut mempercayai apa yang kamu fikirkan. Kesian tengok rakan-rakan yang terpengaruh dengan kata-kata fitnah mu siang dan malam sehingga dia meletakkan dirinya di tempat yang tidak sepatutnya. Itu sahaja.


Anwar buat laporan polis mengenai dakwat kekal pada PRU


Kisah Kapal Terbang Terlupa Isi Minyak, Biar Betul, Baca Di Sini.
 
 
PEMBANGKANG KAKI TIPU, DAH KALAH TERIMALAH HAKIKAT YANG RAKYAT TOLAK PAKATAN.
 

Sunday, May 26, 2013

Ini Kalau Betul-Betul Berlaku, Hebat Ni..


  



  


Semasa makan tengah hari hari ini Jokiden bersama seorang rakan membuat percambahan fikiran. Kita tidak tahu apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh Timbalan Presiden UMNO mengenai BN sebagai satu parti dalam siaran berita TV malam tadi.
 
Namun secara dasarnya kami tidak bersetuju sekiranya UMNO akan dibubarkan dan diganti dengan parti BN. UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu dan UMNO tetap relevan dulu kini dan mungkin selamanya.
 
Yang perlu dilakukan ialah penambah baikan dalam segenap segi sesuai dengan peredaran zaman. Keputusan besar samada untuk membubarkan UMNO ini sebenarnya terletak kepada para pemimpin yang kini sedang memagang kuasa dan juga para ahli UMNO.
 
Juga pembetulan persepsi buruk terhadap UMNO/BN yang berjaya dilontarkan oleh puak pembangkang sepatutnya ditangani dengan lebih berwibawa.
 
Sama juga dengan keputusan Kerajaan untuk menghapuskan ISA, Akta Mesin Cetak, Tempat Tahanan Terhad dan AUKU dahulu, Jokiden juga tidak setuju, namun itu sudah menjadi sejarah. Semuga perkara ini mendapat perbahasan menyeluruh dikalangan ahli parti dan rakyat terbanyak kelak.
 
Bersama ini juga disertakan respon beberapa parti politik untuk tujuan rekod di dalam blog ini. Adalah mengkagumkan sekiranya betul-betul terjadi kesemua parti politik kaum India mampu bergabung. Mahu pengsan pakatan pembangkang mendengarnya.
 
Bagaimana pula dengan KIMMA??? hendak menyertai MIC atau hendak menyertai UMNO nanti???
 

MIC, PPP, IPF, Makkal Sakthi bergabung?

 
KUALA LUMPUR 26 Mei - MIC akan duduk semeja dengan parti-parti politik mewakili kaum India atau mempunyai ramai anggota dari kaum itu seperti Parti Progresif Penduduk (PPP), Barisan Kemajuan India Malaysia (IPF) dan Makkal Sakthi dalam waktu terdekat untuk membincangkan kemungkinan kesemua parti berkenaan bergabung.
 
Presiden MIC, Datuk Seri G.Palanivel berkata, penggabungan tersebut bertujuan membolehkan kerjasama terjalin di antara kesemua parti politik yang terlibat demi kepentingan dan pembangunan masyarakat India di Malaysia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
 
"Cadangan untuk menggabungkan kesemua parti ini dibangkitkan pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC Jumaat lalu.
 
"Cadangan berkenaan akan saya kongsi bersama parti politik mewakili kaum India yang lain dalam waktu terdekat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Penulis Tamil Malaysia Ke-51 di sini, hari ini.
 
Palanivel yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menjelaskan, cadangan tersebut perlu dibincangkan dulu bersama parti-parti politik terlibat sebelum sebarang keputusan diambil.
 
Mengenai Persatuan Penulis Tamil Malaysia, Palanivel berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju memberikan peruntukan berjumlah RM100,000 kepada persatuan berkenaan.
 
"Buat masa ini persatuan ini hanya menunggu peruntukan tersebut mendapat kelulusan," katanya.
Setiausaha persatuan tersebut, A.Gunanathan berkata, persatuan akan mengadakan sambutan jubli emas pada tahun ini.
 
Persatuan Penulis Tamil Malaysia mempunyai 1,500 anggota di seluruh negara. - BERNAMA
 
 

BN parti tunggal: PRS tak setuju, khuatir lenyapkan suara etnik minoriti

KUCHING 26 Mei - Cadangan menggabungkan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) dikhuatiri akan melenyapkan suara etnik-etnik minoriti seperti Iban dan Kadazan.
 
Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri Dr. James Jemut Masing berkata, struktur BN sedia ada adalah sesuai memandangkan Malaysia mempunyai rakyat pelbagai kaum.
 
Katanya, parti tunggal BN mungkin menyebabkan asimilasi kumpulan etnik lain seperti Iban dan Kadazan, sekali gus melenyapkan suara mereka dalam politik.
 
"Saya tidak bersetuju dengan cadangan tersebut kerana parti-parti komponen BN sedia ada kini sudah berada dalam posisi yang baik, tidak perlu diubah-ubah atau digabungkan.
 
"Kita kena lihat perkara ini dengan lebih menyeluruh sebab kaum minoriti di Sabah dan Sarawak juga perlu mempunyai saluran dan parti mereka sendiri," katanya di sini semalam. - UTUSAN ONLINE


Cadangan BN jadi parti tunggal perlu diperhalusi mendalam - KJ

PUTRAJAYA 26 Mei - Cadangan menjadikan komponen Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal perlu diperhalusi secara serius bukan sahaja di kalangan parti komponen tetapi juga di kalangan ahli UMNO, kata Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin.

"Ahli ada pandangan mereka yang tersendiri, ada yang sokong dan ada yang bangkang dan mengatakan bahawa ketika ini bukan masa yang sesuai (untuk melaksanakannya) kerana UMNO perlu mempunyai tempat yang tersendiri dalam BN.

"Ia idea yang menarik yang perlu dipertimbangkan dengan serius, kita perlu bincang dalam UMNO kerana ada yang bersetuju ini adalah model masa depan BN, bagaimanapun ada yang menyatakan UMNO tidak boleh digabungkan kerana dikhuatiri nanti akan hilang identitinya," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE



Bersatu, terima hakikat prestasi BN, bukan cadang parti tunggal - LDP


KOTA KINABALU 26 Mei - Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk VK Liew berpendapat prestasi buruk beberapa parti komponen Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak mewajarkan bagi BN dijadikan sebagai parti tunggal.

Beliau berkata, sebaliknya semua parti komponen BN bersatu atas hakikat setiap parti mempunyai ciri dan kelebihan tersendiri.

Memberikan contoh latar belakang BN untuk menyokong pandangannya itu, Liew berkata:

"Kita sorot semula bagaimana BN dibentuk pada awal 1970-an untuk menggantikan Perikatan ketika itu, kita tahu setiap parti komponen beroperasi untuk iltizam dan tujuan bersama, sebagai parti tersendiri yang keanggotaannya mengikut kaum.

"Dalam erti kata sebenar, setiap parti komponen mewakili kepentingan kaum atau masyarakat tertentu di Malaysia. Bagaimanapun, BN hanya berperanan sebagai satu parti semasa pilihan raya dengan semua calon parti komponen bertanding menggunakan lambang BN dan berkempen di bawah manifesto BN walaupun setiap parti komponen turut mengeluarkan manifesto sendiri.

"Kejayaan setiap parti kemudian diukur daripada segi keupayaan untuk memenuhi tuntutan penduduk di kawasan masing-masing dan berapa banyak kawasan dimenangi mereka pada pilihan raya umum," katanya kepada Bernama di sini hari ini. - BERNAMA


 
PEMBANGKANG KAKI TIPU, DAH KALAH TERIMALAH HAKIKAT YANG RAKYAT TOLAK PAKATAN.