Selesai sudah konvensyen DAP yang menyaksikan parti chauvinis Cina ini kekal dengan sentimen kecinaannya. Tiada calun-calun Melayu yang berjaya meraih kemenangan dan mendapat tempat dalam saf kepimpinan DAP. Mungkin ada perlantikan seorang dua nanti sebagai tindakan untuk mengaburi mata atau untuk 'mengambil hati.'
Selepas ini nanti akan kita dengar beberapa hujah pakatan terutamanya daripada mereka yang berketurunan Melayu tetapi mencuba untuk berjuang menerusi parti DAP. Sudah tentu mereka mempunyai pandangan tersendiri. Sudah tentu mereka tidak akan berkecil hati dan sudah tentu mereka akan berusaha untuk mendapatkan tempat pula sebagai calun boneka dalam PRU13 kelak.
Secara logiknya memang tidak patutpun pemimpin Melayu yang menjadi ahli DAP mendapat kemenagan dalam pemilihan parti tersebut. Mereka tidak sepatutnya berada dalam barisan kepimpinan. Setakat untuk menjadi macai dibolehkan. Untuk membuat dasar usah harapalah.
DAP mempunyai agenda yang tersendiri dalam percaturan politik di tanah air kita ini. Ada yang diketahui dan ada yang tersembunyi. Ada yang tersirat dan ada yang tersurat. Ada yang boleh difahami dan ada yang tidak mampu untuk difahami. Ada yang mereka boleh perbincangkan secara umum dan ada yang mereka terpaksa berbincang sesama senidri.
DAP dulu, kini dan selamanya tidak menyenangi perkembangan Islam di negara ini. Mana mungkin disaat DAP hendak mengatur strategi untuk melemahkan Islam dan membuat perancangan jangka panjang ianya turut disertai oleh Orang Melayu..
Orang Melayu tidak kira apa ideologi politiknya, tetap akan merasa sensitif apabila agama mereka disentuh dengan cara yang tidak baik, tidak sopan, tidak manis apalagi bertujuan untuk melemahkan agama mereka.
Sudah pasti sekiranya ada pemimpin Melayu dalam saf kepimpinan DAP dikala agamanya, bangsanya dan keturunanya dikutuk dan dihina secara melampau oleh bangsa lain, telinganya pasti merah dan tindakannya mungkin berlainan.
Tanpa ada wakil Orang Melayu dalam Jawatankuasa Pusat DAP, maka memudahkan mereka untuk berbincang, bermesyuarat dan merangka pelan tindakan. Walau macammana liberal sekalipun pemikiran pemimpin Melayu yang menyertai DAP, mereka tidak akan dapat menerima sekiranya agama mereka dipersendakan.
Ini yang berlaku kepada beberapa orang seperti saudara Razali yang pernah bersama DAP, akhirnya terpaksa melarikan diri kerana tidak tahan dengan perancangan sulit yang menjurus untuk menjahanamkan bangsanya. Dia cabut dan dia mendedahkan banyak rahsia. Namun biasalah akan ada orang lain, bangsa Melayu yang sudi menjadi ahli DAP.
"Perlukan bantuan.. jgn lupo esok bantu ese plak, gunokan mulut laser you tu"
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.
No comments:
Post a Comment