"Sapo yang datang malam ni sohih kono tipu dek den.."
Kalau tidak menipu bukanlah Nuar Brahim namanya. Kalau tidak umum bukanlah Ketua Umum namanya. Seminggu dua ini sejak di Majidee, Sabah, Sarawak dan merata tempat, nampaknya penipuan Nuar berjalan lancar.
Maksudnya di sini, dia berjaya menipu terlalu ramai orang, dengan sedikit alasan yang standard dan orang percaya pula. Penyokongnya tidak pula merasa tertipu apabila sudah ada alasan diberi dan mereka pulang dengan senang hati dengan harapan esok akan ditipu lagi.
Memang diakui bahawa sejak kebelakangan ini ceramah puak pakatan adalah agak hambar dan tidak mendapat sambutan. Kadang kala sekitar 500 orang, 50 orang dan ada kalanya 17 orang. Posting di Blog ini banyak mengkisahkan betapa ceramah puak pakatan telah kehilangan auranya walaupun di hadiri oleh pemimpin utama mereka.
Hanya sekali sekala sahaja ceramah mereka berjaya mengundang ribuan pendengar. Sebagai contoh di Johor pada minggu lepas ceramah yang dihadiri oleh Lim Kit Siang Ikan dan Salahuddin Pudu Raya hanya mampu menarik sekitar 100 orang sahaja. Ini amat memalukan pemimpin pembangkang tersebut.
Jika pada PRU12 dan PRU11 dahulu puak pembangkang khususnya Nuar menggunakan strategi atau gimik 'gempur' atau 'bongkar' untuk menarik perhatian umum supaya hadir ke dalam ceramah mereka. Maka teruja dengan apa yang bakal 'dibongkar' kononnya maka ramailah yang datang ke program ceramah mereka.
Namun biasalah dari mula ceramah sehingga detik jam 12 malam, tidak ada satupun yang mereka bongkarkan. Akhirnya pendngar pulang dengan kecewa termasuk penyokong tegar UMNO/BN. Namun gimik tersebut berkesan untuk menarik pendengar.
Terkini gimik Nuar dan pakatan untuk menarik pendengar ialah dengan menaikkan kain rentang, poster dan bena di merata kawasan sekitar 100 kilometer persegi dari kawasan ceramah mereka demgam mengatakan bahawa 'Pengumuman kesemua senarai calun' akan dibuat oleh Nuar malam itu. Namun akhirnya sehingga ke akhir ceramah Nuar tidak akan mengumumkan apa-apa kecuali seorang dua sekadar untuk menyedapkan hati pendengarnya.
Biasalah dia akan memberikan alasan yang pelbagai. Sebenarnya memang tidak akan ada pengumuman rasmi, tujuan dia hanyalah untuk menipu masyarakat sekitar supaya datang beramai-ramai termasuk penyokong UMNO/BN untuk mendengar senarai calun.
Pada malam tadi rakan Jokiden menghantar sms mengatkan berpuluh ribu hadir ke ceramah Nuar di Enconsave Kuala Pilah, kerana Nuar akan mengumumkan senarai calun penuh untuk NSDK. Jokiden membalas smsnya mengatakan itu semua tipu daya dan helah Nuar sahaja untuk mengghairahkan orang supaya datang beramai-ramai. "jika tidak mahu kena tipu..jangan pergi" kata Jokiden menasihati beliau. Akhirnya dia tertipu dengan taktik Nuar dan matalamat Nuar untuk menjemput orang ramai datang telah berjaya. Taktik ini akan diulang sehingga 18 April ini.
Pada malam ini pendengar di Selangor terutamanya di Keramat, AU, Gombak, Selayang, Ampang dan Hulu Klang pula akan tertipu dengan helah Nuar ini. jika tidak percaya pergilah.
Sebenarnya tanpa pengumuman pun sebenarnya rakyat di kawasan tersebut atau di negeri tersebut sudah mengetahui siapa calun-calun yang akan mewakili PKR dalam PRU13 nanti. Dan hampir kesemua calun-calun tersebut tidak mempunyai potensi untuk menang. Maknanya calun yang diumumkan tersebut adalah calun-calun yang bakal kalah oleh UMNO/BN.
Lagi penipuan Nuar Baca sini.
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
No comments:
Post a Comment