Gambar dan kenyataan di atas Jokiden ambil dari posting dan sharing rakan FB Jokiden. Kami berkawan baik sejak dahulu namun pandangan politik kami agak berbeza. Sejak dulu, kini dan selamanya Jokiden tidak pernah respon kepada apa sahaja posting dan sharing dari kawan-kawan atas dasar kami saling menghormati antara satu sama lain. Jokiden tidak mahu ada kawan-kawan yang tersinggung dengan komen Jokiden. Sebab itu sharing dan komen mereka sekadar Jokiden baca, tetapi tidak pernah komen atau like atau dislike.
Di sini juga Jokiden tidak bermaksud untuk respon kepada kawan2 Jokiden, sebaliknya posting ini Jokiden tujukan kepada admin fb yang kawan Jokiden sharekan tersebut.
Dalam para pertama ada kecenderungan puak-puak pakatan untuk menyalahkan UMNO/BN. Ini tidak mengejutkan kerana itulah cara paling mudah untuk melepaskan diri dari segala permasalahan. Menuding jari ke arah orang lain merupakan strategi yang kadang kala berkesan dan kadang kala memakan diri pula.
Rasanya tak sempat mandi junub ni..
Maksud fitnah dalam para pertama ini juga tentulah tentang video yang memaparkan SUA sedang melakukan perkara yang terlampau. Tidak mudah sebenarnya untuk membuat video ini malah mana-mana video palsu sekalipun. Pemalsuan akan mudah dikesan.
Apa lagi di dalam video 11 minit ini perbualan mereka adalah jelas, termasuk soal telifon kehabisan batery, nak bayar sewa rumah dll. Mungkin mereka berdua sudah biasa dan tidak kekok seperi video Nuar dengan Chinadol tersebut. Akhirnya kedengaran "amik duit you sikit aaa.." Jika bersetubuh dengan bini, takkan terus bayar selepas itu.
Di dalam strategi cyber troper pakatan memang sudah diusahakan bahawa beberapa tindakan untuk membela SUA ini mesti dilakukan dengan apa cara sekalipun dan mereka mempunyai beberapa pilihan.
Pertama SUA ini mesti mengaku di depan media massa dengan membawa anak isteri, bahawa beliau adalah pelaku dalam video berkenaan dan kemudian mesti pergi bercuti sehingga pilihanraya selesai.
Kedua TGHH mestilah mempertahankan SUA dan tindakan mengarahkan SUA bercuti atau meletakkan jawatan menunjukkan PAS tidak 'menyokong' sebarang unsur-unsur maksiat dalam parti.
Ketiga cyber troper pakatan mestilah menyalah dua pihak dengan tersebarnya video tersebut, iaitu DS Mohd Najib dan UMNO/BN. Dosa pahala jangan kira asalkan PAS tidak kehilangan undi disebabkan oleh penyiaran video ini.
Pilihan keempat SUA Dato' Mustopo Ali mestilah menafikan sekeras-kerasnya tentang perbuatan dia melanyak perempuan tersebut. Nafikan semata-mata dan katakan ini fitnah. Itulah perancangan awal dan strategi mereka sama dengan strategi yang diambil ketika mempertahankan Ostad Badrul Amin yang melakukan kaunseling pada jam tiga pagi.
Pilihan Mustopo Ali adalah seperti berikut: “Saya akui yang saya merupakan pelaku dalam klip video tersebut dan kejadian tersebut berlaku 2 tahun yang lepas dan saya ingin tegaskan, perlakuan saya tidak menggambarkan perjuangan PAS kerana ia adalah kesilapan peribadi saya”. Watan Harian.
Pilihan Mustopo Ali adalah seperti berikut: “Saya akui yang saya merupakan pelaku dalam klip video tersebut dan kejadian tersebut berlaku 2 tahun yang lepas dan saya ingin tegaskan, perlakuan saya tidak menggambarkan perjuangan PAS kerana ia adalah kesilapan peribadi saya”. Watan Harian.
Dosa khalwat dan dosa zina JANGAN diperbesarkan dan mereka masih perlu dimuliakan jika tidak mahu undi ahli PAS hilang. Yang penting dan mesti diperbesarkan ialah dosa mengedarkan video tersebut.
Musuh politik sebenarnya keliling pinggang dan berada di mana-mana. Musuh dalam selimut amat sukar dikenal pasti. Dalam kes Assmin aiscream misalnya dikatakan ia dilakukan oleh orang dalam yang rapat dan biasa dengan dia, yang faham selok beluk rumah dia dan yang faham dengan aktiviti dia. Namun yang disalahkan ialah UMNO/BN.
Dalam kes video Mustopo ini dikatakan ia adalah perbuatan orang-orang yang hampir dengan dia dan yang tahu akan pergerakan beliau, minat beliau dan kegemaran dia. Pihak ini tentulah mempunyai sebab-sebab tertentu untuk merakamkan perlakuan tersebut untuk tujuan yang mereka sahaja tahu.
Dikatakan puak PKR meroyan dengan Mustopo atas pembahagian kerusi di Terengganu dan juga di tempat-tempat lain. Ada juga yang mengatakan bahawa pendedahan ini untuk menutup mulut dan ahli PAS agar tidak lagi mempersoalkan moral Nuar Brahim untuk menjadi Perdana Menteri.
Ada juga yang mengatakan ini semua hasil daripada perangkap yang dipasang oleh UMNO/BN untuk dijadikan bahan bukti bahawa selama ini pemimpin PAS sebenarnya menipu ahli-ahli PAS. Mereka berlagak alim, syumul, zuhud di depan khalayak dan ahli mereka, namun di belakang tabir, mereka sebenarnya adalah manusia hipokrit.
Kepada pembaca blog ini, terpulanglah yang mana satu ingin dipercayai. Dikatakan juga banyak lagi video dan gambar perlakuan lucah pemimpin PAS Kedah yang mungkin akan didedahkan sekiranya perlu oleh sesama mereka.
Sudah diketahui umum bahawa Azizan Razak selaku Menteri Besar mendapat tentang ahli parti sendiri yang diketuai oleh Phahrolrazi sejak hari pertama beliau mengangkat sumpah sehinggalah ke hari terakhir DUN dibubarkan. Dengarnya akan berlaku pertandingan tiga penjuru di DUN Sg Limau nanti.
Apapun Allah SWT telah memberi peluang dan izin kepada PAS untuk memerintah Kedah untuk tempoh lima tahun. Ternyata kerajaan PAS Kedah telah gagal membela rakyat sebaliknya berjaya mengkayakan kroni. Hakikat ini tentulah pahit untuk ditelan oleh penyokong PAS. Mereka tidak akan bersetuju dengan kelemahan dan kegagalan pentadbiran PAS selama 5 tahun ini sebaliknya mereka lebih suka menyalahkan pihak lain. Biasanya tentulah UMNO/BN.
Namun pendedahan oleh Cikgu Non di dalam bukunya 'Kafirkah Aku' telah memperjelaskan segala kemungkaran kerajaan PAS Kedah. Mungkin juga cikgu Non ini memperolehi kekuatan hasil daripada doa dan munajat yang meminta diberikan pentunjuk kepada kebenaran yang selalu dilakukan oleh puak-puak PAS ini.
Namun pendedahan oleh Cikgu Non di dalam bukunya 'Kafirkah Aku' telah memperjelaskan segala kemungkaran kerajaan PAS Kedah. Mungkin juga cikgu Non ini memperolehi kekuatan hasil daripada doa dan munajat yang meminta diberikan pentunjuk kepada kebenaran yang selalu dilakukan oleh puak-puak PAS ini.
Pusat-pusat hiburan tumbuh merata-rata di zaman PAS. Segala polisi yang ingin dilaksanakan jika bertentangan dengan aspirasi DAP pasti akan mendapat tentangan dan akhirnya PAS akan tunduk juga. Ahli PAS bukalah mata dan selidikilah perkara ini.
Jadi rasanya Insyaallah dalam PRU13 kali ini PAS mungkin gagal mempertahankan Kedah dan Allah akan mengembalikan Kedah kepada pimpinan UMNO/BN. Pada tahun 1999 Allah memberikan kuasa pemerintahan kepada PAS, namun pada tahun 2004 Allah kembalikan semula kepada UMNO/BN.
Benar doa adalah senjata orang mukmin. berdoalah dan bermunajatlah untuk menunjukkan kebenaran. Sebenarnya telah banyak kali ahli-ahli PAS berdoa dan bermunajat kepada Allah sejak berpuluh tahun dahulu. Tentulah doa yang dibuat dalam majlis melebihi 40 orang sangat berkat, apalagi dalam majlis yang dihadiri oleh puluhan ribu seperti di dalam gambar di atas.
Banyak juga sudah ditunjukkan kebenaran dan semuanya seolah-olah tidak berpihak kepada pakatan dan peliknya mereka tidak mahu menerima kenyataan. Siapa tahu penyibaran VCD lucah SUA PAS ini adalah juga hasil daripada doa dan munajat ahli-ahli PAS selama ini. Mana tahu??
Sebab itu di sini Jokiden menyarankan, berdoa dan bermunajatlah untuk sesuatu kebaikan dan berhentilah berdoa untuk kehancuran pihak lain terutamanya UMNO/BN. Berhentilah berdoa untuk tujuan politik semata-mata.
Allah maha mengetahui bahawa UMNO telah sekian lama mempertabatkan Islam di bumi bertuah ini, sedangkan PAS semakin dilihat menghina Islam, memperlekehkan Islam dan mengelirukan umat Islam. Sebab itu perjuangan UMNO/BN masih direstui oleh Allah. Namun ahli-ahli PAS memilih untuk menafikannya.
Berkenaan dengan para ketiga, malam tadi Jokiden berceramah di PDM Juasseh. Ayat tersebut juga Jokiden baca dan terjemahannya adalah seperti di atas. Itu keyakinan Jokiden dan mungkin juga keyakina semua Muslimin dan Muslimat. Ayat tersebut merupakan kegemaran puak PAS dan PKR, namun untuk menghayatinya adalah sesuatu yang boleh dipersoalkan.
Dalam usaha menerangkan maksud ayat di atas Jokiden mengambil contoh tentang Nuar Brahim. Perancangan keseluruhan ahli UMNO, perancangan Tun Dr Mahathir, perancangan Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Sanusi Junid sejak 1981 lagi ialah untuk menabalkan Nuar Brahim sebagai Perdana Menteri Malaysia yang 'memperjuangkan' Islam dalam serba serbinya.
Itu perancangan manusia. Sedangkan perancangan Allah SWT rupanya adalah berbeza sama sekali. Perancangan Allah Nuar tidak akan menjadi Perdana Menteri Malaysia. Maka berlakulah sebab musabab dan Nuar akhirnya tersingkir walaupun takhta 'Jawatan Perdana Menteri' telah terlalu hampir dalam gengaman beliau pada tahun 1998.
Ini berlaku pada 10/4/13 sehari sebelum video terlampau keluar.
Ahli PAS Cawangan Tawang, Bachok, tingggalkan PAS. Patutnya lebih banyak mengikut jejak langkah mereka.
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
No comments:
Post a Comment