Wednesday, April 10, 2013

Mahathir Telah Nyanyuk Dan Diperalatkan Oleh UMNO.. Nik Aziz..

 
Tun M di Muar 14,000 orang hadir 7/4/13
 
 
 
 
 
Derma lebuh raya rakyat... tak lama lagi siaplah tu..
 
 
 

Tun Mahathir telah nyanyuk, kah..kah..kah..kah.. Sampai hati Nik Aziz menuduh Tun Mahathir begitu. Berkesan sungguh kempen-kempen yang sedang dijalankan oleh Tun setakat ini sehiggakan mampu membuatkan Nik Aziz meroyan.
 
Ada ke patut dia kata Tun Mahathir sudah mula merepek. Sebab itu bijak pandai selalu berkata, jika satu jari menuding ke arah orang lain, ketahuilah bahawa ada 4 jari lagi yang sedang menuding ke arah diri sendiri.
 
Tun masih mampu berdiri selama dua jam dan berucap tanpa henti. Apakah Nik Aziz mampu berbuat demikian. Mendidih darah dia apabila Tun dengan lantang menyeru supaya dia dikalahkan dalam PRU13 akan datang.
 
Dia bertegas tidak mahu bersara, persetankan dengan nasihat Tun Mahathir supaya dia segera mengundurkan diri. Katanya dia akan terus bertanding dan akan terus bercakap mengenai Islam.
 
Tidak ada sesiapa yang melarang dia daripada terus bercakap pasal Islam. Untuk bercakap pasal Islam tidak semestinya dengan menjadi YB. Tidak bermakna tidak menjadi MB lagi, maka dia tidak dibenarkan pula bercakap pasal Islam.
 
Mungkin jika dia sudah tidak menjadi ahli politik lagi, percakapan dia tentang Islam akan lebih diyakini oleh orang ramai kerana sudah tidak mempunyai agenda politik lagi.
 
Yang Dr Mahathir minta dia berhenti ialah dari arena politik, kerana dengan kenyataan-kenyataan agama berbaur politik maka masyarakat semakin keliru.  Menjadi ahli politik dalam keadaan yang uzur dan tidak dapat berkhidmat sepenuhnya kepada rakyat yang diwakili dan tidak dapat menjaga amanah yang diberikan oleh pengundi, bukankah merupakan satu pengkhianatan kepada orang yang diwakili. Itu sebab mengapa beliau didesak supaya berundur sahaja.
 
 
 

PRU-13: Nik Aziz bertegas terus bertanding, kecam Tun M

 
KOTA BHARU 9 April - Selepas menyatakan hasrat untuk bertanding sampai bila-bila walaupun berkerusi roda, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi bertegas tidak akan bersara daripada politik sebaliknya akan terus berjuang selagi beliau masih bernafas.
 
Beliau berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah seorang tua yang nyanyuk sehingga mengeluarkan kenyataan meminta beliau bersara.
 
Nik Abdul Aziz turut mempersoalkan kenapa Dr. Mahathir bersara daripada politik walaupun tidak disuruh tetapi pada masa sama masih aktif bercakap pasal politik.
 
"Dia tu, siapa dia ajar suruh berhenti. Dia bersara daripada Perdana Menteri tetapi dia merepek seluruh (kawasan) dalam politik, asyik kecek (cakap) politik, apa ini kerja orang tua nyanyuk.
 
"Saya pegang, selagi saya bernafas saya akan pegang jawatan, pegang peranan saya dalam membentuk Islam, masalah saya menteri besar ke itu masalah kedua tapi saya terus bercakap dalam Islam," katanya ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka di sini hari ini.
 
Dr. Mahathir ketika berucap di Johor Bharu baru-baru ini menasihatkan rakyat supaya menamatkan karier politik tiga pimpinan pembangkang yang telah lama berkecimpung dalam politik iaitu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Nik Abdul Aziz. - UTUSAN ONLINE




1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
 

1 comment:

  1. Apo citor....sokong tun m lagi ko bai ???

    ReplyDelete