Thursday, April 11, 2013

Apakah Anda Kenal Mereka Ini...


 
Jiwanya tetap bersama UMNO. Mengetuai 400,000 ahli JATI
 
 
 
Menyimpan banyak rahsia besar Nuar Brahim. Rajin berceramah

 
 
 Selalu rasional dalam perbahasan dan telah berputus arang dengan DAP dan PKR

 
 
Menjadi ahli UMNO dan membawa 1,500 penyokongnya.
 
 
Dikatakan ada 300,000 ahli JATI dibelakangnya. Konsisten mengajak pengundi supaya menolak PAS dan pakatan haram
 
 Musuh tegar DAP, Karpal n Nik Aziz
 
 
Menentang Nuar dimana sahaja.
 
  
Warga BN tidak seharusnya menjadikan perkara ini sebagai isu kerana dalam politik seribu kemungkinan boleh terjadi. Keputusan pucuk pimpinan mestilah dipatuhi. Itulah ramuan untuk memenangi sesuatu pertarungan.
 
Komen daripada puak pakatan juga seharusnya tidak diambil berat kerana mereka lebih teruk lagi mengguna pakai kaedah yang sama sekiranya boleh memberikan mereka kemenangan. Lagipun puak pakatan ini segala-galanya ingin disalahkan pihak lain.
 
Daripada muka-muka di atas mungkin akan ada yang menjadi calun mewakili BN dan menggunakan lambang BN dalam PRU13 ini kelak.
 


Calon Bebas guna lambang BN

KUALA LUMPUR 10 April - Barisan Nasional (BN) akan menampilkan elemen baru pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti apabila buat pertama kalinya bakal membenarkan calon Bebas bertanding menggunakan lambang parti tersebut.
 
Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengesahkan perkara itu berkata, perbincangan mengenainya telah dibuat dan calon Bebas tidak perlu menyertai mana-mana parti komponen untuk menggunakan lambang BN.
 
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan bilangan kawasan yang bakal ditandingi calon Bebas menggunakan lambang BN, sebaliknya berkata, jumlah tersebut amat kecil kerana tiada sebarang penambahan kerusi berlaku.
 
Jelas Najib, pemilihan siapa calon Bebas yang akan bertanding menggunakan lambang BN bergantung kepada penerimaan pengundi di sesuatu kawasan itu selain melihat kepada kesesuaian demografi politik semasa.
 
"Mereka boleh bertanding menggunakan lambang BN. Kalau kita fikir ada ruang dan boleh bertanding, tidak semestinya masuk parti komponen. Dia boleh guna tiket BN," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
 
Antara calon Bebas yang disebut-sebut bakal bertanding menggunakan lambang BN ialah penyandang kerusi Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali dan penyandang kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin.
 
Mengenai pertukaran kerusi antara parti-parti komponen, Najib berkata, beliau membuat keputusan selepas mengambil kira pilihan raya umum 2008 serta sokongan semasa bagi memastikan kelebihan berpihak kepada BN.
 
Katanya, jumlah kerusi yang akan ditukar secara silang antara parti komponen juga tidak banyak kerana ia perlu melihat kepada kesesuaian sesuatu kerusi selain menilai sendiri kemahuan pengundi di kawasan berkenaan.
 
"Kita mengamalkan sikap fleksibel dalam isu ini sebab secara asasnya jumlah kerusi harus dibahagi berdasarkan 2008 tetapi kita juga mengambil kira demografi semasa dan ia melibatkan beberapa kawasan," katanya.



1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment