Sunday, April 7, 2013

Mana Orang Ni??? Lim Kit Siang Ikan Mengamuk Kerana Bakal Berkubur Di Gelang Patah..

Apa yang apek tua ni merepek ni??
 


Ini bakal mengundang malapetaka ni. Dua orang heavyweight pakatan datang berceramah ke Gelang Patah, namun cuma 100 sahaja yang sudi datang mendengarnya. Siapa hendak disalahkan ini??? Nuar Brahim, Nik Aziz, Lim Guan Eng, Abdul Ghani atau UMNO???
 
Benar ke apa yang disaksikan dan dipaparkan oleh wartawan Utusan ini atau dia sengaja membuat fitnah berniat jahatttttttttttttttt untuk menjatuhkan nama baik Salahuddin dan nama baik penasihat DAP Lim Kit Siang yang sudah expired ini.
 
Atau ini salah Tun Dr Mahathir kerana awal-awal lagi sudah meminta agar pengundi Gelang Patah, mematahkan terus sayap Lim Kit Siang  ini. Susah hendak dipercayai orang sehebat Kit Siang hanya mampu menarik pendengar sebanyak 100 orang dalam majlis dia.
 
Rakyat sebenarnya sudah muak dengan gaya politik Kit Siang yang suka lari ke serata tempat meninggalkan pengundi yang pernah di wakilinya tanpa sebarang jasa. Pengundi tidak mendapat pembelaan sedangkan dia dibayar gaji dengan duit cukai rakyat sejak berpuluh tahun dahulu. Dia ni makan gaji buta sepanang masa, patutlah dibersarakan.
 


PRU-13: Petanda awal pengundi Gelang Patah tolak Kit Siang

AHLI politik veteran DAP, Lim Kit Siang ketika menyampaikan ucapan di hadapan tidak sampai 100 orang yang menghadiri ceramah politik pembangkang di Pekajang, Gelang Patah malam tadi. Kit Siang adalah bakal calon pembangkang di Parlimen Gelang Patah. - UTUSAN
 
SALAHUDDIN Ayub ketika menyampaikan ucapan pada ceramah politik anjuran pembangkang di Pekajang, Gelang Patah malam tadi. - UTUSAN
 
NUSAJAYA 7 April - Tanda-tanda awal ahli politik veteran DAP, Lim Kit Siang ditolak oleh para pengundi di Gelang Patah terserlah apabila tidak sampai 100 orang menghadiri ceramah Penasihat DAP di Kampung Pendas, dekat sini malam tadi.
 
Mungkin sedar kehadirannya tidak mendapat sambutan, Kit Siang yang diumumkan sebagai calon pembangkang di Parlimen Gelang Patah itu hanya sempat berceramah kira-kira lima minit sebelum beredar.
 
Ceramah itu kemudiannya diteruskan oleh Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub. Dalam ucapannya, Salahuddin seolah-olah hilang arah kerana asyik bermodalkan mengenai isu pendidikan percuma yang diuar-uarkan pembangkang dalam manifesto mereka.
 
Bukan itu sahaja, beliau yang dijangka bertanding di Parlimen Pulai itu juga kerap mengulangi isu berbangkit lain bagi memburukkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sedangkan permasalahan tersebut telah pun diselesaikan kerajaan.
 
Antaranya, termasuk menuduh kerajaan negeri merampas tanah rakyat untuk tujuan pembangunan sedangkan isu itu telahpun diperjelaskan dan melibatkan sedikit sahaja tanah rakyat.
 
Dia yang sebelum ini banyak menghabiskan masanya di luar Johor termasuk pilihan raya umum 2008 bertanding di Kubang Kerian, Kelantan turut mengulang dakwaan bahawa pakatan pembangkang bukan sebuah parti perkauman.
 
Sebaliknya, dia menuduh dan menuding jari kepada UMNO sebagai sebagai parti yang memperjuangkan hanya satu-satu kaum sahaja. - UTUSAN ONLINE



1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment