Wednesday, April 10, 2013

Ooomangaii, Zalim Betul Kerajaan PAS... Memang Patut Kena Tukar..


  

Patutlah selama ini PAS sibuk mengatakan atau menuduh kerajaan UMNO/BN zalim dan menindas rakyat. Rupa-rupanya mereka yang berperangai demikian.
 
Puak-puak PAS ini bukannya boleh ditegurpun, kalau ditegur juga maka adalah tindak balas yang berupa kezaliman atau kekejaman yang dilakukan oleh pemimpin PAS ini.
 
Nasharuddin Mat Isa menegur pemimpin PAS dalam beberpa isu maka dia dibisukan da dipecat daripada majlis Syuro.
 
Hassan Ali menegur kepimpinan PAS walaupun secara lemah lembut, maka dia juga dizalimi dengan cara paling kejam iaitu dipecat tanpa dibuat pertuduhan dan tanpa diberi peluang membela diri.
 
Itu Islam anutan PAS, berbeza dengan Islam yang sebenar iaitu apabila menghukum hendaklah dengan adil dan saksama dan peluang membela diri hendaklah diutamakan, supaya mangsa tidak dizalimi.
 
Tetapi puak PAS dan pemimpin mereka apa peduli dengan masalah orang lain. Yang penting mereka dapat membuktikan betapa zalim dan kejamnya mereka terhadap sesiapa juga yang cuba menentang kehendak hawa nafsu kuda pemimpin PAS.
 
Terkini pembiaan asrama pondok pula di sita oleh kerajaan PAS Kelantan. Biasalah pelbagai alasan boleh mereka berikan. Tetapi sebenarnya ialah PAS ingin mengzalimi pemimpin dan penasihat Ulama Pondok Abdullah Saamah yang kuat mendesak Nik Aziz supaya memperbetulkan diri. Beliau dan persatuannya juga dengan jelas mengatakan bahawa HARAM MENGUNDI PAS dalam PRU13 bagi orang Islam kerana baginya PAS sudah sesat.
 
Sudah tentulah kelantangan beliau tidak disenangi oleh Nik Aziz. Kini orang yang takut tersesat sudah nekad tidak akan mengundi PAS. Maka berdesinglah telinga Nik Aziz dan berderau darahnya, maka dibuatnya lah pelbagai fatwa karut lagi seperti sembahyang orang UMNO tidak dapat pahala dan UMNO buat projek demi kroni dan tidak juga mendapat pahala. Wei.. pahala esklusif untuk diagih-agihkan oleh Nik Aziz sahaja.


Lantang kritik Pas, Pondok Geting disita MDT

Beginilah keadaan bangunan tambahan bagi Pondok Geting yang disita oleh Majlis Daerah Tumpat atas dakwaan dibina tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan itu, semalam.
 
 
TUMPAT 9 April - Dua puluh empat jam selepas Persidangan Pondok Ulama Pondok, Sekolah Agama Rakyat dan Tahfiz mengeluarkan deklarasi bahawa haram bagi umat Islam mengundi Pas dalam pilihan raya umum nanti, Kerajaan Pas Kelantan bertindak menyita Pondok Geting di sini.
 
Tindakan sita terhadap Pondok Geting yang diasaskan oleh tokoh agama, Abdullah Sa'amah itu dibuat oleh Majlis Daerah Tumpat (MDT) atas dakwaan membina bangunan tanpa kebenaran Yang Dipertua pihak berkuasa tempatan berkenaan.
 
Bagaimanapun, tindakan yang dibuat oleh MDT itu mencetuskan persoalan kerana bangunan tambahan yang dibina dalam kawasan pondok tersebut sebenarnya mengikut prosedur ditetapkan.
 
Malah pada masa yang sama, poster palsu yang menyatakan Abdullah adalah calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor ditampal pada batang pokok kelapa dan wakaf sekitar kawasan itu.
 
Abdullah yang ditemui di sini hari ini berkata, kedua-dua tindakan tersebut dipercayai bermotifkan politik kerana kelantangan beliau menentang Pas di atas pentas ceramah di seluruh negara.
 
Beliau bagaimanapun menegaskan, tidak gentar sama sekali dengan fitnah dan tekanan yang dibuat oleh Pas itu, malah akan meneruskan perjuangannya menyedarkan umat Islam mengenai perjuangan palsu Pas.
 
"Ini hanya keputusan politik untuk memberi tekanan kepada saya supaya berhenti berceramah, saya tidak hendak buat apa-apa, cuma hendak baca surah Yasin dan solat hajat supaya masalah ini dapat diselesaikan dan mereka yang terlibat diberikan hidayah.
 
"Saya berjuang atas UMNO dengan ikhlas dan akan berusaha bagi memastikan Barisan Nasional mengambil alih semula pentadbiran negeri ini, jadual ceramah saya akan diteruskan seperti biasa, pada 14 April ini saya akan berada di Kedah," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
 
Abdullah memberitahu, MDT turut mengeluarkan saman semalam ketika beliau berada di Gurun, Kedah dengan memberi tawaran kompaun sebanyak RM500 kerana kesalahan membina bangunan tanpa kebenaran.
 
Katanya, sebelum itu pihak berkuasa tempatan tersebut telah menghantar empat notis amaran sejak Februari lalu.
 
"Bangunan lima tingkat ini dibina hasil sumbangan Kerajaan Pusat yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dahulu.
 
"Kita mengikut prosedur yang ditetapkan, malah ketika surat amaran yang pertama dihantar saya bertanya kepada penguat kuasa terbabit untuk apa surat ini, dia hanya berkata tidak ada apa-apa, boleh teruskan pembinaan.
 
"Tetapi hari ini apabila pegawai Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) ke MDT untuk bertanya mengenai saman tersebut, isu lain pula timbul. MDT menjelaskan bangunan tersebut akan hanya boleh diteruskan sekiranya mendapat persetujuan daripada 12 orang pemiliknya," kata beliau


 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
 

2 comments:

  1. webportal berita edisi percuma tanpa perlu melanggan.......... Freemalaysiakini2.com

    ReplyDelete
  2. Kalau majlis ulama' PAS telah menjadi berhala bisu, jangan salahkan ulama' tulin bersuara dan membetulkan kesesatan PAS. Ini ada lah kes di mana ulama' tulin takut kepada Allah dan neraka Allah. Lain pulak pemimpin dan ulama' PAS yang takut kepada manusia kerdil yang mereka sendiri create, ia itu TGNA, dan sanggup membiarkan TGNA perangai menjadi tuhan. Mereka-mereka ini menempah istana neraka.

    ReplyDelete