"Hebat jugak Assmin ni.."
Jokiden baru sahaja membuat posting tentang Cabang, Ranting dan Urat PKR di Pasir Salak telah lebur kerana ahlinya keluar meninggalkan parti akibat hilang kepercayaan terhadap hala tuju parti.
Mereka sepakat mengatakan PKR tidak ada agenda memperjuangkan rakyat. Yang ada hanyalah untuk memuaskan nafsu peribadi pemimpin mereka. Namun seperti yang selalu dikatakan bahawa Nuar masih mampu untuk memperbodohkan segelintir pengikutnya.
Sebenarnya sokongan terhadap Nuar adalah disebabkan oleh pelbagai faktor sampingan dan tidak ada kena mengena dengan apa yang Nuar janjikan kononnya untuk membela rakyat atau menghapuskan rasuah. Sokongan segelintir rakyat kepada Nuar hanyalah disebabkan oleh impian dan harapan kosong yang dijanjikan oleh Nuar.
Orang Cina melalui DAP menyokong Nuar bukanlah disebabkan oleh Nuar ini seperti yang digambarkan sebagai seorang yang cerdik dan berjiwa rakyat. Bukan. DAP menyokong kerana mereka nampak melalui Nuar mereka ada peluang untuk melemahkan UMNO dan Melayu dan lain-lain institusi.
Sementara PAS menyokong Nuar kerana mereka selamanya merasakan UMNO adalah musuh mereka dan halangan kepada mereka untuk mendapat lebih banyak kuasa. PAS terlalu membenci UMNO kerana mereka gagal bersaing dengan UMNO. Tidak ada dalam jiwa pemimpin PAS melawan UMNO dan menyokong Nuar disebabkan oleh UMNO menolak Islam. Bukan itu sebabnya.
PAS dan pemimpinnya amat menyedari bahawa Islam selamat di bawah UMNO. Mereka mendapat segala nikmat dunia di bawah UMNO. Namun kebencian PAS mengatasi segalanya dan mereka sanggup bersekongkol dengan PKR dan DAP dalam menghancurkan UMNO dengan harapan kosong kononnya mereka boleh mengambil tempat UMNO dalam menjaga Melayu dan Islam. Jangan mimpi, PAS akan menjadi budak suruhan DAP dan PAS. Kini tanda-tandanya jelas terbentang.
Berbalik kepada isu keluar parti ini, PKR Gombak kini menerima tamparan hebat apabila Timbalan kepada Assmin Ali telah keluar parti dan menyertai UMNO bersama dengan 250 orang ahli. Banyak tu. Selamat pulang kepada beliau.
Biasalah semakin dekat dengan PRU semakin banyak yang akan berpindah parti dan mereka akan mendapat perhatian.
PRU-13: 250 ahli PKR Cabang Gombak sertai UMNO
KUALA LUMPUR 8 April - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Gombak yang diketuai Timbalan Presiden, Azmin Ali kini tempang selepas sebanyak 250 ahlinya dengan diketuai Timbalan Ketua Cabang, Abu Bakar Ninggal dan Ahli Jawatankuasa Cabang, Mazlan Abdul Rashid keluar daripada parti itu.
Serentak itu, kesemua mereka menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar selepas hilang kepercayaan terhadap PKR khususnya Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin.
Abu Bakar ketika ditemui berkata, PKR telah jauh tersasar daripada perjuangan memartabat bangsa, agama dan negara kerana Anwar serta Azmin dilihat meletakkan kepentingan peribadi melebihi segalanya selain turut diselubungi masalah moral yang kronik.
"Kepercayaan saya terhadap PKR, Azmin dan Anwar semakin terhakis sejak beberapa tahun lalu rentetan pelbagai isu yang menyelubungi parti ini. PKR tidak lagi membela bangsa, agama dan negara tetapi hanya ghairah mahu menabalkan Anwar sebagai Perdana Menteri.
"Apatah lagi Anwar dan Azmin juga diselubungi masalah moral. Jadi kami melihat hanya UMNO sahaja dapat membela nasib bangsa setelah kami membandingkan apa yang berlaku di Selangor," katanya dalam Majlis Pengisytiharan Keluar PKR di Batu 10, Gombak, di sini malam ini. - UTUSAN ONLINE
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
PAS kata UMNO tolak Islam...
ReplyDeleteHabis tu, PKR ada tarik Islam ker..?
dasar..!!
Pernah juga Nk Aziz kata DAP sudah faham Islam. PKR tidak tarik Islam. Namun apa nak buat 'UMNO tolak Islam' hanya itu yang Nik Aziz tau cakap.
Delete