Tuesday, April 9, 2013

Mari Baca Berita Ini Dan Mari kita Gelak..


 
 
 
 
 
Kata dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih. Wartawan inipun satu hal, yang mereka pergi provok Nik Aziz tu buat apa. Dia ini kalau tidak mampu menjawab soalan maka kenyataan merapu dan merepeklah yang bakal keluar dari mulutnya.
 
Bila dia tidak boleh menjawab maka satu-satunya yang dia ingat dan tahu maka dia sebut dan ulanglah semula iaitu 'UMNO tolak Islam.'
 
Sanggup dia mengatakan bahawa UMNO membawa kecelakaan kepada Orang Melayu sedangkan apa yang Melayu nikmati hari ini adalah hasil perjuangan UMNO. Namun kalau kita ulangpun bukan dia nak faham, bukan dia nak setujupun. Lebih baik kita tidak perlu ulang lagi.
 
Kita biarkan sahaja dia ini terus meracau kerana jika nak dinasihatkanpun bukan dia nak dengar. Kita jangan terperanjat jika dia akhirnya bersetuju mengeluarkan fatwa bahawa memang digalakkan menyokong seorang peliwat untuk menjadi Perdana Menteri kerana peliwat itu budak yang 'cerdik'.
 
Tanpa sedar atau tidak dia sudah mula mengatakan UMNO nak meletakkan taraf sama dengan  tuhan pulak dah. UMNO sudah jadi kuda tunggangan MCA pulak dah.. Kah..kah..kah..kah..DAP terima Islam, DAP sudah faham Islam, DAP baik da DAP sangat wangi sekarang sehinggakan sanggup nak guna lambang PAS. Lawaklah Nik Aziz ni.
 
Esok lusa kita tunggulah dia akan kata bahawa Utusan Malaysia tersalah lapor atau tersalah tafsir akan kata-kata dia. Atau dia akan kata Utusan Malaysia putar belit. Masih ingatkankita tentang kata-kata Pisau.net suatu masa dulu, iaitu setiap kali Nik Aziz buka mulut ia merupakan labialiti kepada PAS.
 
Apapun kenyataan Ulama Pondok yang konsisten mengatakan HARAM MENGUNDI PAS, telah menaikkan suhu kemarahan Nik Aziz ketahap yang sukar dikawal. Baru kini dia mampu menjawab tentang isu 'haram mengundi PAS ini'



PRU-13: Nik Aziz dakwa UMNO bawa kecelakaan kepada Melayu

 

KOTA BHARU 9 April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang semakin terdesak selepas mendapat tentangan daripada golongan ulama dan tahfiz semakin merepek apabila mendakwa kewujudan UMNO satu kecelakaan besar kepada orang Melayu.
 
Beliau dalam nada marah mendakwa pemimpin-pemimpin UMNO jahat dan berlagak seperti tuhan apabila mula bercakap mengenai Islam tetapi pada masa sama menolak agama itu dalam perjuangan.
 
Dalam kenyataan kerasnya, Menteri Besar Kelantan itu turut mendakwa UMNO adalah parti yang paling haram di negara ini kerana menolak Islam dan tidak mengamalkan undang-undang Islam semata-mata mahu menjaga hati pemimpin-pemimpin MIC dan MCA yang katanya jelas menolak Islam.
 
Pada masa sama, beliau mendabik dada mendakwa kononnya Pas telah berjaya mendidik pemimpin-pemimpin DAP sehingga parti itu menerima Islam dan mahu menggunakan lambang Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) jika DAP diharamkan.
 
"Dia sebut haram undi Pas, saya kata kalau Pas ini haram tiada parti di Malaysia ini yang boleh diundi. UMNO lebih haram lagi kerana UMNO orang Melayu, tolak Islam, bila tolak Islam, dia nak bawa hala agama mana, pemimpin UMNO nak bawa Melayu pada agama apa.
 
"UMNO ni letak taraf dia serupa dengan tuhan, dia boleh kata Islam itu ditolak pada hal Islam ni agama Allah. Allah ni maha suci, maha kuasa kita sebut subhanallah jadi pemimpin UMNO ni letak taraf dia serupa tuhan, berasa nak tolak, tolak, berasa nak terima, terima, ini jahat.
 
"Oleh yang demikian kalau ada parti di Malaysia ini yang haram diundi UMNO-lah yang pertama diharamkan. Pas tahu MCA tak boleh terima Islam, DAP terima, jadi Pas punya keadaan berkeras sekalipun nak Islam DAP boleh terima.
 
"Maka  kerana UMNO ambil hati MCA ertinya UMNO kuda tunggangan bagi MCA. Pas (prinsip kami) berkeras nak terima kami jadi pakatan dengan DAP kena terima Islam tak nak terima sudah," katanya ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka di sini hari ini.
 
Nik Abdul Aziz diminta mengulas deklarasi yang dikeluarkan pada Persidangan Ulama Pondok, Sekolah Agama Rakyat, dan Tahfiz seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini bahawa mengundi pakatan pembangkang pada PRU-13 adalah haram kerana parti pembangkang menyokong pluralisme agama yang jelas menyekutukan Allah.
 
Untuk rekod, Pengerusi DAP, Karpal Singh pernah mencabar Pas agar "melangkah mayatnya dahulu" jika parti sekutunya bercadang untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hudud. - UTUSAN ONLINE

 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.

1 comment:

  1. Kenyataan dari org tua yg nyanyuk lg menyanyukkan.. menyedihkan..

    ReplyDelete