Orang nak berpolitik dia nak berpolitik, orang nak berceramah dia nak berceramah. Orang tak bagi lawan polis, dia nak lawan polis. Bila kena tangkap menikus, macam cicak kubin. Inilah sikap 'pemimpin' pelapis PKR kononnya di NSDK ini.
Musuh politik pulak keliling pinggang. Kehebatan dia ialah membuat andaian-andaian-andaian-andaian. "Ini bukan saya cakap... tuan-tuan fikirlah sendiri mistri ini.." Macam itulah yang selalu dia laungkan terutamanya dalam kes cincin 24 juta dan kes Altantunya.
Siap memberitahu orang ramai bahawa dia ada bukti kukuhhhhhhhhhhhhh, ada resit belian. Padan muka bila tokey Jacob siap dengan videonya menyelar tindakan dia. Nak menipu siang malam, bukannya nak membela rakyatpun.
Cincin untuk pamiran pun dikatakan hendak dibeli oleh DSRM, apa punya banganglah dia ni. Kemudian dengan bangganya dia mengusung PI Bala kononnyanya hendak menjelaskan kepada rakyat tentang penglibatan PM dan DSR dalam pembunuhan Altantunya. Dia yang dungu mempercayai benda-benda karut marut dan fitnah, diajaknya pulak orang ramai supaya turut sama menjadi dunggu.
Projek hospital dan LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA BONGEK ni sudah lama diperjelaskan oleh MBNS. Apa lagi yang dia nak menipu pendengarnya. Jika dia tidak mendapat fakta atau penjelasan, janganlah pula nak menabur fitnah siang dan malam.
Hari tu sibuk dia beria-ia sangat dan bertempik dengan Mahpooozzz Beans, siap dengan menyanyi lagi, memfitnah kerajaan Kedah 20 tahun dahulu yang dituduhnya menggelapkan wang berjuta ringgit. Di mana anak jantannya kalau dah cukup bukti tidak pulak membawa kes itu ke mahkamah. Ajak orang mempercayai fitnah dia, kononnya dia hebat sangatlah tu.
Mahpooozzz lainlah dia nak jadi MB Kedah atau nak jadi PM, jadi dia kena tutup segala kemungkaran yang terlampau banyak dilakukan oleh kerajaan PAS sekarang. Salah satu cara nak tutup kesalahan dan kelemahan diri ialah dengan menghamburkan tuduhan kepada pihak lain. Itu yang Mahpooozzz beans lakukan.
PRU-13: Penyokong tegar pembangkang diperdaya lagi
SEREMBAN 9 April - Ayam sabung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shahrin patah tajinya di gelanggang ceramah malam tadi apabila membangkit isu lapuk yang sudah pun dijawab dengan terang dan jelas oleh kerajaan negeri sebelum ini.
Isu pembinaan hospital dan lapangan terbang di Rembau terus menjadi modal beliau yang dikenali sebagai Chegubard untuk menarik perhatian kira-kira 200 orang pada ceramah yang dibuat di depan rumah seorang penduduk di Taman Melor, Senawang dekat sini.
Beliau berterusan memperdayakan penyokong tegar pembangkang dengan mendakwa tidak ada pembinaan hospital dan lapangan terbang di Rembau seperti yang dijanjikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
"Mana hospitalnya? Tak ada. Dia (Mohamad) lancarkan lapangan terbang di Kota. Benda ini dijanjikan tiap-tiap tahun.
"Sampai bila kita akan dijanjikan dengan politik penipuan," katanya.
Hakikatnya, Mohamad tidak pernah mengumumkan untuk membina lapangan terbang di Rembau apatah lagi untuk melancarkannya.
Beliau hanya bersetuju dengan cadangan Negeri Sembilan Sports Aviation Club (NSSAC) yang berhasrat membina kemudahan bagi membolehkan aktiviti pesawat kawalan jauh.
Tuduhan pembangkang itu telah pun dijawab oleh Mohamad dalam banyak siri program yang dihadirinya dan rakyat negeri ini dapat menerima penjelasan itu dengan baik.
Namun disebabkan ketandusan isu, parti pembangkang masih mahu menghidupkan penipuan itu sebagai bahan dalam siri ceramah mereka.
Sementara itu, pada 7 Mac lalu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu, tender bagi pembinaan Hospital Rembau bernilai RM120 juta telah dikeluarkan awal bulan berkenaan selepas kerja-kerja tanah di lokasi pembinaan selesai baru-baru ini.
Hospital yang akan dibina di Mukim Chembong dengan kapasiti sebanyak 76 katil serta kemudahan rawatan itu bakal menampung keperluan 60,000 penduduk di sekitar kawasan terbabit.
Anehnya, penjelasan daripada Mohamad dan Tiong Lai tidak dibangkitkan oleh Chegubard dalam ceramah berkenaan sekali gus membuktikan bahawa beliau hanya mahu memperdayakan pemikiran orang ramai yang hadir di sebalik keterangan yang jelas mengenainya.
Dia ni berlakon macam Nuar jugak ye..? apapun mulut tetap bisa.
Lagi fitnah budak chegubard ini di bawah:
SEREMBAN 9 April - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini menganggap Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin umpama budak yang tidak menamatkan pengajiannya di universiti.
Ini berikutan tindakan aktivis sosial itu yang membuat tuduhan melulu kononnya Menteri Besar telah membawa keluar dokumen-dokumen penting kerajaan sejak dua minggu lalu.
"Adakah dia (Badrul Hisham) yakin sangat menang, bercakap seperti budak-budak yang tidak habis pengajiannya. Tiada apa yang hendak disorokkan kerana apa yang dilakukan selama ini dibuat secara terbuka," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis makan tengah hari bersama ketua-ketua jabatan di Hotel Royale di sini hari ini.
Mohamad mengulas kenyataan yang dibuat Badrul Hisham dalam ceramahnya di Taman Melor, Senawang dekat sini malam tadi, kononnya Menteri Besar telah membawa keluar dokumen penting kerajaan sejak dua minggu lalu.
Mohamad yang juga Pengerusi BN negeri berkata, dakwaan yang dibuat oleh Badrul Hisham itu tidak masuk akal kerana semua dokumen kerajaan terletak di setiap jabatan yang menguruskan kemajuan negeri.
"Oleh itu pejabat saya tidak ada menyimpan sebarang dokumen, kerana ia pejabat Menteri Besar. Tidak timbul saya atau pegawai saya keluarkan dokumen tersebut daripada pejabat berkenaan," katanya.
Pada masa yang sama juga, Mohamad berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh kakitangan kerajaan sepanjang dua penggal beliau menjadi Menteri Besar. - UTUSAN ONLINE
PRU-13: Badrul Hisham umpama budak tidak habis pengajian - MB

1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
No comments:
Post a Comment