Friday, April 12, 2013

Lagi Petanda Pas Nak Tumbang...Utusan Malaysia Disaman Lagi RM400 Juta..


Semakin dekat dengan PRU semakin banyak pula isu-isu panas yang melibatkan puak-puak pakatan ini. Semakin banyak isu semakin jauh rakyat atau pengundi dari mereka. Pemimpin PAS ini manusia biasa, tetapi ramai yang berlagak luar biasa, maka mereka selalunya cakap tidak serupa bikin atau bikin tidak serupa cakap.
 
Beberapa hari lalu Nik dilaporkan berkata bahawa sembahyang orang UMNO tidak dapat pahala. Jauh hati orang Melayu yang berjumlah 12 juta orang ini. Kemudian dia kata UMNO buat masjid bukan nak cari pahala, bukan sebab agama, tetapi sebab nak bagi projek kepada kroni UMNO. Sebenarnya syak wasangka ini pun satu dosa juga. Ooppp terlupa pulak, puak-puak tu mana pernah takutkan dosa ia tak??
 
Kemudian timbul pula kekejaman kerajaan Pas Kelantan yang mengsita projek Pondok Geting yang sedang dalam pembinaan. Alasanya biasalah kerana tidak mendapat kelulusan. Namun Hj Abdullah Saamah sekarang ini tengah sibuk mengatakan bahawa mengundi PAS adalah haram, maka sedikit sebanyak telah ada kesannya. Sebab itu kerajaan PAS ingin membalas dendam terhadap kelantangan Perstuan Ulama Pondok tersebut.
 
Ada juga tuduhan bahawa pondok yang bakal dibina itu adalah untuk menjadi tempat mendidik anak-anak UMNO. Untuk menanamkan doktrin UMNO. PAS lagi teruk mereka telah menanamkan ideologi PAS bermula dizaman tadika lagi. 
 
Kemudian timbul pula kisah perebutan kerusi di Sg Aceh dimana PKR telah menamakan Chegubard sebagai calun PKR di sana. Namun PAS berkeras bahawa Sg Aceh adalah kawasan dia. Tidak ada yang mahu beralah setakat ini.
 
Terkini muncul pula video 'Mujibbur Rahman' di mana pelakon dalam video itu ada mirip-mirip pemimpin PAS. jika video itu akhirnya disahkan 99.99% tulin kelak, bukankah rakyat semakin memahami tembelang PAS???
 
Bagi Jokiden semua musibah yang menimpa PAS pada hari ini adalah akibat daripada sikap pemimpin PAS yang keterlaluan menyelewengkan agama semata-mata untuk kepentingan politik dunia mereka. Terimalah pembalasannya satu persatu.
 
 
 
 
 
 
 
 
 




hmmm PKR- PARTY KIAN RUNTUH ,HAHAHAH MEMANG TEPAT KALAU KITA TGOK GBR INI, mereka bakal runtuh pilihan raya akan dtg  woooot
 
 

Polis terima laporan video seks pemimpin pembangkang

KUALA TERENGGANU 11 April - Polis mengesan perbuatan mengedarkan video cakera padat (VCD) seks yang kononnya melibatkan seorang pemimpin utama parti pembangkang oleh seorang lelaki di daerah Besut hari ini.
 
Kejadian itu dikesan di kawasan Perumahan Lorong Sekolah dan Perumahan Lorong Hidayah di Kampung Alor Lintang, Besut.
 
Video cakera padat beserta sejumlah gambar 'aksi' pemimpin pembangkang itu di dalam sampul surat itu diletakkan di pekarangan rumah penduduk sekitar kawasan itu.
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K. Manoharan, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung pengedaran video seks itu kira-kira pukul 7.40 pagi ini di Balai Polis Kampung Raja, Besut.
 
"Bagaimanapun, lelaki yang mengedarkan sampul surat mengandungi gambar dan VCD itu gagal dikesan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE



PRU-13: 300 ahli Pas Tawang sertai UMNO

BACHOK 12 April - Pas Cawangan Tawang lumpuh selepas 300 ahli dan penyokong tegarnya yang kecewa dengan kepimpinan parti itu mengisytiharkan keluar Pas dan menjadi ahli UMNO.
 
Kesemua borang keahlian mereka diserahkan kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Selamat Tinggal Pas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beris Pancor di sini malam tadi.
 
Turut hadir pada majlis itu adalah Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr. Awang Adek Hussin. - UTUSAN ONLINE


PRU-13: Orang no. 2 DAP Sabah keluar parti

KOTA KINABALU 11 April - DAP Sabah hari ini menerima tamparan apabila Naib Pengerusinya, Edward Ewol Mujie bertindak keluar parti dan menyertai parti Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO).
 
Edward yang menyerahkan sendiri borang keahliannya kepada Presiden UPKO, Tan Sri Bernard Dompok dalam satu majlis di Kampung Putaton di sini, merupakan individu berpengaruh DAP Sabah yang kedua dalam masa seminggu bertindak meninggalkan parti itu.
 
Minggu lalu, Ketua DAP Kepayan di sini, Stephne Jimbangan bertindak demikian bersama 128 penyokongnya dan menyertai UPKO.
 
Edward berkata, antara penyebab utama tindakan nekadnya itu adalah kerana tertarik dengan usaha gigih tiga parti utama komponen Barisan Nasional (BN) di Sabah, iaitu UPKO, Parti Bersatu Sabah dan Parti Bersatu Rakyat Sabah untuk menyatukan etnik Kadazandusun Murut melalui program 'Gelombang Tataba' (Perpaduan). - UTUSAN ONLINE


PRU-13: Pembangkang di Pasir Salak makin goyah, 60 ahli Pas sertai UMNO

PASIR SALAK 12 April - Selepas 428 pemimpin dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertindak keluar parti dan menyertai UMNO, kedudukan pakatan pembangkang di Parlimen Pasir Salak semakin goyah apabila 60 ahli Pas kawasan itu pula membuat tindakan sama.
 
Kumpulan itu diketuai Pengerusi Pas Cawangan Taman Desa Cempaka, Samiran Sapuan, 64, yang menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman dalam majlis di sini malam tadi.
 
Samiran dalam ucapannya pada majlis tersebut mengakui, keputusan meninggalkan Pas bukan sesuatu yang mudah tetapi terpaksa dilakukan demi kepentingan agama, bangsa dan negara.
 
"Saya mohon keampunan dan kemaafan atas kesilapan kami (ketika) bersama Pas sebelum ini," katanya sambil disambut dengan laungan hidup UMNO sebanyak tiga kali oleh lebih 5,000 penyokong Barisan Nasional (BN) yang hadir pada majlis tersebut.



1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.

No comments:

Post a Comment