Monday, April 8, 2013

Nik Aziz Terus Meroyan..Manifesto BN Mengarut..


 
Apakah dia kini sedang mengkafirkan diri dia sendiri..

Peribahasa lama mengatakan, 'bapa borik anak rintik' sesuai sangat dengan Nuar Brahim dan Nurul Izzah serta Nik Aziz dan Nik Abduh.
 
Jika Nik Aziz begitu selamba je menghina junjungan besar Nabi Muhamad saw, maka Nik Abduhpun begitu juga. Dalam usaha untuk menunjukkan kehebatan mereka maka perbandingan sewenang-wenangnya dibuat antara manusia biasa denga Nabi.
 

  
 

“Puak ini (Umno) kalau Nabi Muhammad (SAW) hidup balik, dia lawan,” katanya disambut sorakan penyokong Pas. Ini tentulah dia dapat ilham daripada saranan pemuda PAS tempoh hari yang mengatakan UMNO mungkin membuat video...Orang UMNO tidak sejahil orang PAS dan pemimpin UMNO tidak sedungu pemimpin PAS. Itu faktanya.
 
Keceluparan mulut Nik Aziz anak beranak ini memang tiada hadnya. menjelang PRU13 pastilah mereka akan lebih-lebih lagi celupar demi untuk meraih undi. Tuduhan demi tuduhan terhadap UMNO/BN akan terhambur setiap waktu yang terluang. Menuduh UMNO membina masjid semata-mata untuk memberikan kroni peluang mengaut keuntungan amatlah tidak dialu-alukan.
 
“Nak Islam macam mana, dia (BN) tolak Islam. Dia (BN) buat masjid bukan kerana Islam… dia nak kontraktor (projek) je, di Kelantan ini nak kata banyak projek Pusat (Kerajaan Pusat), bangunan sekolah, hospital… semua Pusat buat, tetapi satu pun tidak beritahu harga sebenar,” katanya.
 
Meroyan sungguh Nik Aziz ni kerana semua yang Kerajaan Pusat buat di Kelantan tidak dinyatakan 'harganya' atau tidak beritahu harga sebenarnya. Ini menunjukkan beliau selalu ketinggalan dalam semua perkara kerana telah uzur agaknya.
 
“Orang Umno maknanya orang yang menolak Islam. Saya minta Melayu tolong terima Islam secara syamil, secara komprehensif… Apabila tolak Islam, maknanya tolak Allah. Islam mari (datang) daripada Allah,” katanya.

Tuduhan Orang UMNO menolak Islam akhirnya akan memakan diri dia kembali. Tengoklah nanti. Fatwa-fatwa sesat yang mereka buat dulu kini sedang mengejar mereka dan kini mereka menambah lagi dari semasa kesemasa tanpa mahu bertaubat.  
 
“Kita (Pas) menerima Islam, Islam ini serba molek. Tiba-tiba kita Melayu menolak Islam. Bukan Melayu sahaja, Arab pun tolak Islam yang menyebabkan sekarang timbul Arab Spring. Kerana apa tolak Islam? Kerana habis tempoh? Nabi sampai kiamat Islam dia guna,” katanya.
 
Ketika ditanya mengenai manifesto BN yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam semalam, Nik Aziz berkata, semua yang diumumkan itu mengarut kerana secara dasar Umno menolak Islam.

Dalam masa terdekat ini dua kali dia mengeluarkan perkataan mengarut. Jika kita masih ingat tidak lama dahulu apabila wartawan bertanya apakah mungkin PAS akan keluar daripada pakatan pembangkang maka dia dengan angkuhnya berkata "mengarut" Maknanya DAP begitu suci bai PAS.

“Buatlah apa saja pun, asalkan tolak Islam, semuanya mengarut,” katanya. Kenyataan-kenyataan Nik Aziz ini dipetik dari blog Gelombangkick.

Jika Jokiden mempunyai kuasa seperti Presiden UMNO, sah Jokiden hantar Tok Mon bertanding satu lawan satu dengan Nik Aziz ni, biar dia tahu langit tinggi rendahnya.
 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment