Tuesday, April 9, 2013

Calun-calun PKR Yang Akan Kalah Di Johor Diumumkan...

  
 
 

Ketua Umum, umumkan lagi. Memang hebat dia menjalankan tugasnya, tiada siapa dapat menandingi beliau dalam soal umum mengumum ini.
 
Di Pekan Tangkak, Johor, Nuar anak Brahim telah membuat pengumuman di hadapan 2,000 orang pendengar ceramahnya malam tadi tentang calun-calun yang bakal mewakili PKR dalam PRU13:
 
Parlimen Segamat - Chua Jui Meng,
Gelang Patah - Lim Kit Siang Ikan,
Parlimen Ledan - Hassan Karim,
Parlimen Sri Gading - Khuzan Mohammad,
Sombrong - Onn Abu Bakar,
Sekijang - Julailey Jemadi,
Pasir Gudang - Dr Ahmad Faidi Saidi,
Batu Pahat - Idris Jauzi,
Johor Bahru  - Hashim Hussien (Jeneral Pencen yang tua),
Parlimen Tebrau - Steven Chong,
Parlimen Muar - Nor Hizwan Ahmad.
 
Chua Jui Meng mungkin hilang merajuknya kerana mendapat Parlimen Segamat. Namun laluan beliau di sana bukannya mudah. Dikatakan sejak awal bahawa Parlimen Segamat adalah merupakan salah satu kawasan yang mungkin dapat ditawan oleh PKR.
 
Jika pengundi India di sana memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada BN, nampaknya Chua Jui Meng boleh disarakan terus dari arena politik selepas PRU13 kelak.

PRU-13: PKR umum calon di tujuh kerusi Parlimen di Johor

LEDANG 9 April - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan tujuh calon baharunya yang akan bertanding di tujuh kerusi Parlimen negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), termasuk kerusi untuk Pengerusi PKR negeri, Datuk Dr. Chua Jui Meng.
 
Melalui satu ceramah di pekarangan sebuah rumah di pekan Tangkak, di sini kira-kira pukul 11.55 malam tadi, pengumuman dibuat oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan hampir 2,000 penyokongnya.
 
Anwar memberitahu, Jui Meng akan bertanding di kerusi Parlimen Segamat, manakala bekas calon Parlimen Johor Bahru yang tewas sebelum ini, Hassan Karim iaitu Naib Ketua PKR negeri bertanding di kerusi Parlimen Ledang.
 
Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya negeri, Khuzan Mohammad pula akan bertanding di Parlimen Sri Gading; Ketua Biro Pendidikan dan Latihan PKR Wilayah Persekutuan, Onn Abu Bakar di Sembrong dan penulis blog, Julailey Jemadi di Sekijang.
 
Calon lain ialah Timbalan Ketua PKR Johor, Dr. Ahmad Faidi Saidi di Pasir Gudang; bekas pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Datuk Idris Jauzi di Batu Pahat.
 
Anwar turut mengumumkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang akan bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah seperti diperkatakan sebelum ini dan mengulangi bahawa bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Hashim Hussien dicalonkan di Johor Bahru.
 
"Pengarah Pilihan Raya PKR negeri, Steven Chong bertanding di Parlimen Tebrau manakala Pengerusi PKR Parlimen Muar, Nor Hizwan Ahmad bertanding di Parlimen Muar," ujarnya. - UTUSAN ONLINE


Kisah Kucing (CAT) baca di sini


1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment