Tuesday, April 9, 2013

Terkini Hj Hadi Pula Umumkan Calun-Calun PAS Yang Akan Kalah..


  
"ekau yang tulih daghi a-z, ekaulah umum...den tak ubah sepatahpun"
 
 
 
Nama Fauzi Shaari telah diumumkan untuk bertanding atas tiket PAS di Parlimen Larut. Tidak dapat dipastikan dia kena tanda tangan akujanji ceraikan bini talak tiga atau tidak sekiranya cabut dari PAS. Tidak lama dahulu dia dikatakan terkejut kerana terpaksa berbaiah. Pelik juga kita kenapa dia terkejut. Seorang pegawai kanan polis yang telah berkhidmat begitu lama tetapi tidak ada maklumat tentang baiah PAS ini. Tidak mungkin.
 
Atau dia buat-buat terkejut sahaja semata-mata untuk mengaburi mata pihak lain. Melihat kepada senarai yang diumumkan oleh Hj Hadi tersebut, termasuk diri dia dan Timbalannya Mat Sapu, maka nyatalah, tidak ada seorangpun yang berpontensi untuk memberikan kerusi kepada PAS dan juga Pakatan.
 
Husam Al Lakasam Musa nampaknya sengaja menempah maut di tangan Tengku Nan di Putrajaya. Nak jadi Giant Killer kononnya, takut lain pula jadinya nanti. 15,000 pengundi Putrajaya sudah tentu tidak akan mensia-siakan segala jasa bakti Setiausaha Agung UMNO tersebut selama ini.
 
Memanglah pada PRU12 dahulu majoriti Tengku Nan cuma 2,000 lebih  sahaja. Itu senario ketika itu dikala warga Putrajaya yang 90% terdiri daripada kakitangan kerajaan begitu meong dengan BN. Tentulah dia menerima tempiasnya. Kali ini jangan main-main Husam..
 
   
Pegawai pelaburan PAS..??

Wahai Kusam, anda mungkin terperanjat kelak apabila diumumkan keputusan yang tidak langsung memihak kepada anda. Setiap pengundi Warga Putrajaya dikenali oleh Tengku Nan dan misi anda adalah ibarat menarik kereta kebal penankis peluru berpandu ke Gunung Kinabalu.
 
Sebaiknya Husam hanya bertanding satu kerusi sahaja. Jangan ikut perangai tamak haloba pemimpin pembangkang yang lain, dimana kerusi Parlimen mahu, kerusi negeri juga mahu. Itu bukan hendak berkhidmat namanya. Itu tamak hendakkan elaun lebih. Itu juga pengecut namanya kerana takut kalah dan tidak yakin untuk menang.
 
Penyanyi 'janji manismu' ini kompem pulak bertanding di Parlimen Jempol. Buatlah kongsert masa kempen nanti. Namun siang-siang lagi Jokiden sudah dapat menjangkakan bahawa majoriti calun BN Jempol pasti melonjak naik kali ini sebaik sahaja nama Aishah diumumkan oleh Mat Sapu dan kini oleh Hj Hadi. Tengoklah nanti majoriti BN hampir sekali ganda naiknya.
 
Yang lain-lain, Mat Sapu, Mahpooozzz Beans, Raja Kamarul, Salahuddin dan Hj Hadi, tak payah ulaslah. Kesemuanya Insyaallah akan lingkup kali ini. Rakyat sudah muak dengan perangai mereka semua dan karenah yang mereka timbulka dalam dunia politik tanah air.
 
 


PRU-13: Hadi umum Aishah, Fauzi Shaari antara calon Pas

KUALA LUMPUR 9 April - Penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah hari ini diumumkan sebagai calon Pas bagi Parlimen Jempol manakala bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Fauzi Shaari bertanding di Parlimen Larut pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
 
Dua Naib Presiden Pas pula iaitu Datuk Salahudin Ayub tidak akan mempertahankan Parlimen Kubang Kerian sebaliknya telah diumunkan sebagai calon Pas di Parlimen Pulai.
 
Sementara seorang lagi Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa telah dipilih sebagai calon Pas di Parlimen Putrajaya.
 
Seorang arkitek terkenal berasal dari Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad pula telah diumumkan sebagai calon Pas di Parlimen Kuala Terengganu.
 
Pengumuman tersebut dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini.
 
Berikut senarai calon Pas bagi kerusi Parlimen yang diumumkan parti itu hari ini:
 
* Datuk Seri Abdul Hadi Awang - Marang
* Mohamad Sabu (Timbalan Presiden) - Pendang
* Datuk Husam Musa (Naib Presiden) - Putrajaya
* Datuk Mahfuz Omar (Naib Presiden) - Pokok Sena
* Salahudin Ayub (Naib Presiden) - Pulai
* Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad - Kuala Terengganu
* Datuk Fauzi Shaari - Larut
* Wan Aishah Wan Arifin - Jempol

 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment