Saturday, April 20, 2013

Saya Akan Kembali Berkempen... Tun Mahathir..


 
Saya akan ke Pasir Mas berkempen untuk Ibrahim Ali.

UMNO/BN sudah memenangi satu kerusi. Terima kasih atas tindakan bijak dan penuh hati-hati oleh Che Johan Che Pa yang tidak menyerahkan borang pencalonannya kerana memberi laluan kepada Datuk Ibrahim Ali untuk mempertahan kerusi tersebut secara satu lawan satu.
 
Pemimpin UMNO/BN boleh bersilat lidah dalam isu ini, namun jangan lupa untuk menyokong Datuk Ibrahim Ali dalam kempennya untuk mempertahankan kerusi tersebut yang tentunya mesra BN. Setelah beliau menang kelak, UMNO mesti segera menerima beliau kembali sebagai ahli parti.
 
Dia seorang pejuang dan ada kalanya nasib selalu menyebelahi beliau. Jokiden selalu memikirkan bahawa jentera PERKASA akan berkampung di Pasir Mas bagi memenangkan bos meraka nanti. Kehadiran jentera akan membuatkan kem beliau sentiasa ceria dan bermotivasi tinggi untuk menymbangkan satu kerusi bagi BN.
 
 

PRU-13: Kes Che Johan dirujuk Lembaga Disiplin UMNO.

KOTA BHARU 20 April - Barisan Nasional (BN) Kelantan akan merujuk tindakan calon mereka bagi kerusi Parlimen Pasir Mas, Che Johan Che Pa yang tidak menyerahkan borang penamaan calon, kepada Lembaga Disiplin parti.
 
Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam satu kenyataan di sini memberitahu, tindakan Che Johan itu sangat mengejutkan kerana beliau tidak pernah dimaklumkan mengenai perkara itu.
 
"BN Kelantan memandang serius isu ini. Kita terkejut dengan keputusan beliau (Che Johan) untuk tidak bertanding di Parlimen Pasir Mas walaupun sudah diberikan watikah pencalonan," katanya hari ini.
 
Sementara itu, UMNO Bahagian Pasir Mas akan mengadakan siasatan berhubung insiden tersebut.
 
Ketua UMNO bahagian, Datuk Hanafi Mamat memberitahu, pihaknya tidak mengetahui dan tidak dimaklumkan oleh Che Johan mengenai hasratnya untuk tidak bertanding.
 
"Saya terkejut. Dia tidak maklumkan kepada saya. Ketika kita isi borang, dia isi borang, segala-galanya lengkap dan dibawa ke pusat penamaan calon.
 
"Apabila tiba saat pencalonan saya nampak dia tidak kemukaan borang pencalonan. Bila saya tanya kenapa tidak serahkan borang, beliau hanya cakap itu pilihannya," katanya kepada pemberita selepas proses penamaan calon di Pasir Mas hari ini.
 
Beliau diminta mengulas mengenai tindakan Che Johan yang menarik diri pada saat akhir bagi memberi laluan kepada Ibrahim untuk berdepan satu lawan satu dengan anak Mursyidul Am Pas, Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz. - UTUSAN ONLINE
 
Lagi kenyataan Che Johan Che Pa..
 
Che Johan berkata, beliau mengambil keputusan itu bagi memastikan Pas tewas di kerusi tersebut dan membantu BN mendapatkan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.
 
Serentak dengan itu, beliau menyeru kepada semua pihak supaya memberikan sokongan sepenuhnya kepada Ibrahim dan semua calon BN di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Pasir, Tendong dan Chetok.
 
"Selepas mendapat tahu Ibrahim mencalonkan dirinya dan saya pasti pagi tadi selepas saya melihat beliau menyerahkan borang pencalonan, maka saya menarik diri daripada bertanding di Parlimen Pasir Mas untuk mengelak pertandingan tiga penjuru kerana semua tahu pertembungan tiga penjuru amat sukar untuk BN menang di sini.
 
"Jadi saya mengambil langkah untuk menarik diri lebih-lebih lagi saya melawan Ibrahim yang saya anggap seperti ayah dan mentor politik saya. Saya tidak mahu kami berdua terkorban dan dengan hati yang berat saya menarik diri bagi memastikan Pasir Mas tidak jatuh ke tangan pembangkang dan seterusnya membantu BN mengambil balik Kelantan," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Pejabat UMNO Pasir Mas di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE



1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU. JANGAN PERCAYA JANJI2 PAKATAN.
 

1 comment:

  1. Tentunya Tun akan kembali bukan sahaja di Pasir Mas, ke semua kawasan yang kritikal. Semuanya untuk memastikan kemenangan BN dan seterusnya mengekalkan kepimpinan bangsawan.

    ReplyDelete