Wednesday, May 22, 2013

Antara Kenang Budi Dengan Melepaskan Anjng Tersepit.


       
 

Seorang rakan fb membuat posting dengan mengatakan bahawa DS Zahid Hamidi Menteri baru KDN telah tidak mengenang budi kerana pernah menjadi anak emas Nuar Brahim. Jokiden jawab rengkas sahaja di ruangan tersebut.
 
Darah Nuar dikatakan mendidih dengan tulisan DS Zahid Hamidi dalam Utusan Malaysia. Dia mengatakan jika hendak sangat sistem undi popular, berhijrahlah ke negara yang mengamalkan sistem tersebut. Bukan payah sangatpun, buat permohonan kepada kerajaan dan kerajaan akan meluluskannya.
 
Kenyataan tersebut telah berjaya membangkitkan nafsu amarah Nuar dan di dalam ceramah haramnya Nuar dilaporkan berkata "Negara ini bukan mak bapak dia punya" Maka DS Zahid telah menjawab kembali dengan mengatakan "Betul, bukan mak bapak saya punya, tetapi bukan juga mak bapak Nuar punya.."
 
Jawapan itu adalah tepat seperti bagaimana rentak begitulah tarinya. Ada ubi ada batas, ada budi ada balas. Memang dunia mengetahui bahawa DS Zahid pernah menjadi sekutu rapat Nuar dan dia bersama dengan Datuk Roslan Kassim pernah di tahan polis pada tahun 1998 kerana membela dan menyokong Nuar. Ketika itu mereka hanya tahu Nuar ini seorang yang bersih dan suci.
 
Bagi mereka Nuar ini telah dianianya oleh mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad. Ada berjuta rakyat yang bersimpati dengan Nuar ketika itu termasuklah DS Mohd Zahid Hamidi ini. Namun setelah penyokong tegar dan 'orang kanan' Nuar ini menyedari siapa Nuar yang sebenarnya maka satu persatu mereka menjauhkan diri daripada Nuar dan tercatatlah di dalam sejarah dunia bahawa Nuar adalah satu-satunya 'pemimpin' yang pernah ditinggalkan oleh terlalu ramai pengasas partinya. Itu fakta. Manusia jarang mahu terus-terusan ditipu oleh orang lain.
 
  
Mereka yang insaf.. tak sanggup ditipu lagi.
 
Tidak sesuai untuk mengatakan DS Zahid sebagai tidak mengenang budi seperti yang dimomokkan oleh pemilik akaun fb tersebut sekiranya dia mengetahui latar belakang Nuar dan hubungannya dengan DS Zahid.
 
Menteri KDN yang baru ini juga pernah menjadi Setiausaha Politik kepada DS Mohd Najib dalam tempoh waktu yang lama. Hubungan mereka juga rapat. Memang benar Nuar pernah menjadikan DS Zahid Hamidi ini sebagai orang kanan dan semasa dia menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, namun di dalam soal negara ini beliau tiada pilihan selain daripada mengutamakan kepentingan negara daripada kepentingan seorang insan yang diragui akhlak dan moralnya untuk menjadi pemimpin.
 
Pendirian DS Zahid dalam menjauhkan diri daripada Nuar adalah betul dan tepat. Jika alasan kenegaraan tidak menjadi keutamaan beliau maka terdapat alasan lain untuk dia berbuat demikian iaitu Nuar sendiri telah memberikan contoh teladan yang harus diikuti dan dicontohi.
 
Apakah Nuar seorang yang mengenang budi??? Apakah dia seorang yang tahu berterima kasih dan menghargai pertolongan atau sumbangan orang lain????
 
Bukan sedikit tokoh-tokoh UMNO yang berasa pedih hati apabila Tun Mahathir menantang Nuar sebagai menatang minyak yang penuh dan memberikan beliau dulang emas untuk Nuar berjaya dalam dunia politik dan kepimpinan negara. Melompat-lompat Nuar menaiki tangga hiraki kepimpinan UMNO atas bantuan Tun Mahathir, Tan Sri Sanusi dan Tun Daim. Ada Nuar berterima kasih dan menghargai jasa mereka.????
 
Sebaik di pecat sahaja maka Nuar telah memilih untuk memaki, mencaci dan menghina orang-orang yang pernah berjasa dan membantu beliau dahulu. Kisah ini telah beribu kali di ceritakan namun sesekali perlu diulang supaya orang yang masih belum sedar dan tahu akan akhirnya tahu juga.
 
Wamakaru, wamakarallah.. Perancangan manusia, perancangan UMNO dan perancangan tun Mahathir ialah untuk menjadikan Nuar sebagai Perdana Menteri dan pemimpin nombor wahid. Itu peranacangan manusia biasa. Perancangan Allah SWT pula ialah seperti yang kita lihat Nuar tidak akan menjadi pemimpin kepada negara Islam ini. Berlakulah sebab musabab untuk tidak membolehkan atau memungkinkan nuar menjadi seorang Perdana Menteri.  Tak kan itupun susah sangat nak faham.
 
Pak Lah dikatakan telah berusaha untuk menyelamatkan Nuar dan membebaskannya dari penjara. Ini budi bicara seorang pemimpin dan tidak ada salahnya. Tun Mahathir juga selepas dua hari mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 1981 pernah membebaskan tahanan ISA paling ramai ketika itu. Dia juga menasihatkan Agung supaya mengampunkan Dato' Harun Idris  yang dipenjara atas isu rasuah semasa menganjurkan perlawanan tinju antara Muhammad Ali dengan Joe Burgner.
 
Apabila ditanya oleh wartawan asing tidakkah Nuar berasa terhutang budi kepada Pak Lah yang telah berusaha membebaskan beliau dari penjara dengan selamba sahaja dia menjawab "siapa suruh bebaskan saya". Kemudian pernah wartawan Thailand bertanyakan soalan kenapa dia menentang Tun Ghaffar kerana sebelumnya telah berkali-kali dia mengatakan yang dia tidak akan melawan Tun Ghaffar  dengan sengeh dia menjawab "sebab itu jangan percaya apa yang orang politik cakap" Ada Nuar nak berterima kasih kepada orang yang pernah menyelamatkan dia termasuk KJ yang menghantarkan pass port ke rumahnya????
 
Jadi tidak perlulah sesiapa mengatakan DS Zahid Hamidi sebagai lupa daratan, tidak mengenag budi, kacang lupakan kulit dan 'stupid' semata-mata kerana menjauhkan diri daripada Nuar Brahim. Keselamatan Negara ini jauh lebih penting daripada hayat politik seorang insan bernama Nuar Brahim.
 
 
 
PEMBANGKANG KAKI TIPU, DAH KALAH TERIMALAH HAKIKAT YANG RAKYAT TOLAK PAKATAN.

3 comments:

  1. Apa punya muka tak malu,, dulu sebelum PRU 13 bagai nak rak mereka yakin BN akan Be End tapi hari ini selepas rakyat dah mengundi BN menang PRU 13 mereka tak boleh terima kenyataan pula.. Langsung ubah tajuk jadi undi majoriti seberti negara republik.. Betul kata DS Zahid, kalau nak kira macam, tu pegi duduk di negara Republik la.. Memang puak mereka tak boleh terima hakikat dan taqdir dari Allah.

    ReplyDelete
  2. Allah Maha Kaya...Anuar tak kenang budi Tun Mahathir yang telah banyak berjasa padanya malah Wan Azizah juga sama, tak kenang jasa, walaupun tau 'bang Anuar ada penyakit' tapi masih tuduh Tun buat fitnah dan buruk burukkan Tun diluar negara. Balasan dari Allah. Pepatah Inggeris pun ada mengatakn "what goes around, comes around" Kita buat orang..orang buat kita....ini adalah hukum Allah.

    ReplyDelete
  3. Ya Allah ya tuhanku...sekiranya hidupnya Anuar Ibrahim akan menghancurkan sebuah negara islam ini, aku mohon kepadamu cabutlah nyawanya....Amin

    ReplyDelete