Thursday, May 23, 2013

Kecanggihan Teknologi Tidak Mampu Menyekat Musibah Ini..


 
Ranap..
 
 
Akibat Tornado..
 
 
Hanya Allah yang mengetahuinya. Kita tidak pasti apakah musibah ini ada kaitan dengan perbuatan Paderi-Paderi Amerika yang sekejap sekejap hendak membakar Al-Quran. Marah sikit hendak memijak-mijak Al-Quran.
 
Kemudian puak-puak di Barat ini sewenang-wenang dan sesuka hati mereka sahaja jika hendak menghina Baginda Rasulullah SAW. Pelbagai bentuk Karektor mereka lakukan. Mereka memang mempunyai kecangghan teknologi, termasuk dalam sistem pertahanan negera mereka. Namun bencana alam seperti ini tidak ada pihak yang mampu untuk menahannya apabila ia datang.
 
Renungkanlah.

Puting beliung landa Oklahoma City, 91 terbunuh

Dua orang kanak-kanak berdiri di hadapan bangunan yang runtuh akibat dilanda puting beliung di bandar Oklahoma City. Sebanyak 91 orang terkorban termasuk 20 orang kanak-kanak dalam bencana itu, kelmarin. - REUTERS
 
MOORE, Oklahoma 21 Mei - Sekurang-kurangnya 91 orang termasuk 20 kanak-kanak dikhuatiri terbunuh apabila satu puting beliung sebesar 3.2 kilometer melanda pinggir bandar Oklahoma City, semalam memusnahkan kediaman penduduk dan sekolah.
 
Menurut pihak hospital, sekurang-kurang 60 daripada 240 mangsa yang cedera merupakan kanak-kanak.
 
Sebuah sekolah rendah, rumah-rumah dan sebuah hospital merupakan antara bangunan yang ranap mengakibatkan penduduk bandar yang didiami kira-kira 50,000 orang itu terkejut dengan kemusnahan dan kehilangan jiwa.
 
Presiden Barack Obama mengumumkan kawasan bencana besar di Oklahoma dan mengarahkan bantuan Persekutuan bagi membantu usaha kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan Moore.
 
Krew kecemasan bertungkus-lumus mencari sisa runtuhan Sekolah Rendah Plaza Tower yang menerima kesan langsung puting beliung yang berlaku pada sebelah petang, kata Gabenor Oklahoma, Todd Lamb kepada CNN.
 
Laman Facebook sekolah itu 'dibanjiri' mesej daripada pengguna dari seluruh negeri yang merayu: ''Sila cari kanak-kanak ini''.
 
Pemeriksa perubatan Oklahoma berkata, 20 daripada 91 orang yang dipercayai terbunuh merupakan kanak-kanak.
 
Jabatan itu telahpun mengesahkan kematian seramai 51 orang dan mendapat maklumat daripada perkhidmatan kecemasan untuk menerima lebih 40 mayat yang ditemui daripada runtuhan bangunan.
''Kami sangka kami telah mati kerana kami berada di dalam bilik bawah tanah yang turut diterbangkan angin. Sisa bangunan mula menghempap kami dan kami menyangka kami telah mati,'' kata Ricky Stover semasa memeriksa kesan kemusnahan rumahnya.
 
Bandar Moore kini musnah dengan serpihan bangunan berada di mana-mana, papan tanda hilang, lampu rosak, rumah musnah dan kenderaan tercampak akibat bencana itu. - REUTERS

 
PEMBANGKANG KAKI TIPU, DAH KALAH TERIMALAH HAKIKAT YANG RAKYAT TOLAK PAKATAN.
 

No comments:

Post a Comment