Boleh dikatakan sejak mutakhir ini kerapa sangat berlaku kes tembakan di negara kita ini. Pada minggu lepas terdapat sekurang-kurangnya 4 kes tembak menembak berlaku di seluruh negara. Itu yang dilaporkan. Yang tidak dilaporkan mungkin banyak lagi.
Peristiwa ini sebenarnya mencerminkan suasan yang kurang selamat dikalangan masyarakat. Terdapat ramai rakyat yang berani melakukan jenayah pembunuhan ini walaupun hukuman keras termasuk digantung sampai mati atau penjara sepanjang hayat kepada pelaku jenayah itu.
Seperti juga kes dadah, terdapat segelintir rakyat yang tidak pernah rasa serik walaupun ada yang dihukum mati atau penjara, namun aktiviti penyeludupan dadah dan penjualan dadah tetap juga tidak berkurangan di negara kita ini.
Banyak tangkapan dilakukan namun banyak juga yang terlepas yang melibatkan wang jutaan ringgit. Amerika telah berusaha sedaya mungkin untuk menggubal undang-undang senjata api yang cukup keras walaupun dibantah oleh penjual dan pembekal senjata.
Kanak-kanak tadika dan murid-murid sekolah di Amerika bila-bila masa sahaja boleh menjadi sasaran orang mengamuk dan melakukan pembunuhan kejam dengan menggunakan senjata api.
Kita bimbang di negara ini juga akhirnya menjadi seperti di Amerika di mana rakyat mengambil undang-undang dalam tangan mereka sendiri dan membunuh sesiapa sahaja. Kita juga merasa hairan bagaimana senjata api begitu banyak dimiliki oleh rakyat negara ini dan bekalan peluru begitu mudah diperolehi seperti juga bekalan dadah.
Pihak berkuasa harus memantau perkara ini dengan serious jika tidak mahu perkara yang lebih buruk menghantui negara suatu masa nanti. Rakyat pula janganlah suka menunjukkan sikap membela setiap pelaku jenayah dan menganggap penjenayah sebagai 'hero' pula terutamanya apabila melihat sesuatu jenayah tersebut dari sudut politik.
Tukang rumah cedera ditembak ketika bersarapan
BACHOK 16 Mei - Seorang tukang rumah cedera ditembak ketika sedang bersarapan di sebuah warung di Kampung Kemayan, Tawang dekat sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, mangsa Azmi Ismail, 37, dari Kampung Pantai Senok cedera di bahagian belakang pinggang dan peha kanan selepas terkena dua das tembakan.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, mangsa kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu dan keadaannya dilaporkan stabil. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment