Sunday, May 12, 2013

Selepas Merusuh Ini Apa Lagi Helah Nuar..???

 
21 orang  kena dakwa selepas demo ini.

Ingat dulu ketika Lim Guan Eng siang malam mempertikaikan keputusan mahkamah kerana membebaskan Rahim Thamby Chik, dia sebenarnya menghina mahkamah dan berharap dia akan ditangkap. Bila dia ditangkap dan dibicarakan maka dia didapati bersalah, maka dia dipenjara. Maka dia ada modal politik kononnya dia masuk penjara disebabkan membela seorang gadis Melayu. Sebenarnya dia tidak pernah bela pun. Rahim merupakan musuh politiknya di Melaka dan dia tidak mampu menghadapi Rahim secara demokrasi. 
 
Kaedah ini yang Nuar hendak guna pakai sekarang ini. Dia berharap sangat untuk ditangkap dan dibicarakan seterusnya dipenjarakan semata-mata untuk meraih simpati penyokongnya. Jika dia berterusan begitu dia akhirnya akan ditinggalkan keseorangan dalam masa yang tidak lama lagi.
 
Nuar sedar rakyat telah menolak dia. Dia sedar dia telah tewas. Dia sedar dia telah malu dengan Israel. Dia sedar dia telah segan dengan Amerika. Dia sedar dia tidak ada upaya untuk menumbangkan BN dengan cara demokrasi. Dia sedar itu semua. Apa pilihan dia untuk terus merasa gah??? atau untuk terus menjadi 'hero'??? Baca di sini betapa dia sebagai proxi Amerika telah gagal.
 
Mengadakan rusuhan selepas PRU13 ini bukanlah merupakan perkara baru. Memang telah dijangkakan. Tun Mahathir telah mengingatkan. Tun Daim telah mengingatkan. DS Mohd Najib telah mengingatkan rakyat tentang 'Arab Spring' kononnya itu.
 
Strategi Nuar ialah agar penyokong dia tidak muak, tidak letih dan masih ada yang sanggup ke jalan raya. Assmin secara sinis telah memperli Nuar. Salah siapa bila gagal ke Putrajaya. Assmin juga mengingatkan Nuar agar melihat ke arah diri sendiri sebelum melihat ke arah orang lain. Maknanya Assmin juga sedar bahawa pakatan telah kalah.
 
Amat malang sekali kerana masih ada segelintir penyokong yang dapat dipergunakan oleh Nuar untuk agenda politiknya. Namun akhirnya mereka juga akan sedar dan kembali kepangkal jalan tidak lama lagi.
 
Sentimen penyokong mudah dibakar dengan isu lampu padam, namun tidak ada seorangpun penyokong pakatan yang berani menjadi hero dan membuat bantahan rasmi tentang perkara itu. Mereka sendiri mengupah 'bangla'  dan mereka sendiri yang menangkap 'bangla'. Mereka sendiri yang bodoh dan mereka sendiri yang bengap.
 
Mereka sendiri yang menyorokkan kertas undi dan mereka sendiri yang menimbulkannya. untuk membuat laporan polis, mereka tetap takut kantoi dan akan didakwa.
 
Nuar jangan ingat dia seorang sahaja yang kuat. Nuar jangan ingat dia seorang sahaja yang hebat. Jangan ingat dia sahaja yang bersih. Jangan ingat dia sahaja yang ada penyokong. Jangan ingat dia sahaja yang mampu membakar semangat pengikutnya. Nuar jangan ingat dia sahaja yang berkuasa. Nuar jangan ingat dia seorang sahaja yang suci dalam negara ini. Jangan ingat dia seorang sahaja yang bijak berpidato dan menaikan emosi.
 
Sebelum DAP dan PAS menarik sokongan kepada beliau Nuar harus muhasabah diri seperti saranan Assmin Ali. Negara ini tidak akan runtuh dengan demontrasi jalanan kerana masih ada berjuta rakyat yang waras yang mahukan keamanan.
 
Jika semuanya telah rosak kelak, jika semuanya telah porak peranda disebabkan oleh kerenah beliau, pastilah penyokongnya sendiri akan melanyak beliau kembali. Jika berlaku suasana yang tidak tenteram disebabkan oleh perangai beliau, komuniti Cina yang ingin berniaga pasti akan menentang beliau. DAP akan menerima tempiasnya nanti. Dari itu sebelum nasi menjadi bubur Nuar harus berhenti setakat ini dan pulanglah ke rumah dan merintihlah sendirian mencari kebenaran.
 
Jika benarlah segala apa yang Nuar tuduhkan, dan dia mempunyai bukti kukuh, maka dia tidak akan memilih jalan sesat ini untuk berkuasa. Dia akan menggunakan segala bukti tersebut secara diam-diam untuk membuktikan segala dakwaan dia masuk akal dan ada betulnya. Dia akan membawa kes ini ke muka pengadilan dan dia akan meminta dunia menyokongnya.
 
Cara yang dia ambil sekarang membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa dia berada di pihak yang kalah, di pihak yang salah dan di pihak yang sudah kehabisan modal untuk ke Putrajaya. Redholah Nuar dan tunggulah 5 tahun lagi jika masih sihat.
 
 

No comments:

Post a Comment