Hahaha... kita tipu rakyat!!!!
Jokiden dapat maklumat dari seorang rakan dan maklumat ini hendak dikongsikan di sini kerana dalam setiap ceramah pembangkang inilah yang selalu di gembar gembur sebagai bahan untuk menarik sokongan.
Pada 16 April bertempat di Dewan JKKK Simpang Tiga, pembangkang telah melancarkan jentera PRU 13 bagi kawasan Nibong Tebal. Majlis dianjurkan oleh PAS Cawangan Sg Air Hitam, Sg Aceh dan di pengerusikan oleh Jamri Abu Bakar.
Tokoh besar pembangkang yang hadir ialah Mat Sapu iaitu Timbalan Presiden PAS, seorang penceramah bebas iaitu Azmi Abdullah dan juga Chang Lih Kang.
Dikhabarkan agak ramai juga yang hadir iaitu hampir 1,200 orang. Dengan jumlah sebegitu ramai, apa lagi bertambah bersemangatlah Mat Sapu ni. Habis semua dia sapu. Mari kita lihat bagaimana mereka masih mengekalkan isu bodoh yang mereka sendiri sedar dan mereka cuba mengajak orang lain supaya turut bodoh bersama mereka.
Mat Sabu mengatakan Pakatan haram pembangkang telah berada diambang kemenangan menuju ke Putra Jaya. Janganlah berangan-angan Mat, lambat lagi rakyat nak menolak BN. Terimalah hakikat bahawa BN telah berjaya mentadbir negara ini dengan cukup baik sejak dahulu. Sedikit sebanyak kelemahan akan terus diperbaiki dari semasa ke semasa.
Dia mengatakan bahawa semua pembangunan adalah merupakan tanggung-jawab pemerintah. Benar sekali, cuma di negeri yang pakatan haram perintah, pembangunan juga cuba digambarkan merupakan tanggung jawab kerajaan pusat, sebab itu mereka lepas tangan. Berdosa Mat, berdosa menipu, berdosa putar belit dan amat berdosa jika tidak berbuat sesuatu yang terbaik untuk rakyat setelah mendapat kuasa. Kelantan mundur Mat walaupun sudah 'membangun bersama Islam' sejak 20 tahun dulu.
Siapa yang menyebabkan Islam di hina Mat?? jawapannya ialah PAS. Akuilah walaupun pahit. Terimalah hakikat yang PAS gagal membangunkan umat Islam walaupun pedih. Dalam PRU13 rakyat Kelantan akan memberikan undi kepada BN, sebab PAS telah gagal sepanjang memerintah di sana. Mana logiknya 20 tahun memerintah hanya buat sebiji masjid. Apo bondo ea ni Mat. Malulah sikit kepada rakyat. Janganlah nak tutup kegagalan sendiri, hebohkan pulak kegagalan lawan. Takkan nak buat masjid, lambang kesucian Islam pun nak minta kerajaan pusat bertanggung-jawab.
Bangun pagi lihat sekeling, sejauh mata boleh melihat, semua itu adalah hasil pemerintahan BN, nak nafi ke?? Kan ke Mat Sapu ni bila berceramah, dia tanya dan dia jawab, "siapa yang buat jambatan ni???, UMNO!!!" "siapa yang buat lebuh raya ni???, UMNO!!!" Itu kesukaan dia.
Turut dimainkan oleh Mat Sapu ialah isu komisyen pembelian kapal selam dan isu berkaitan Altantunya. RM540 juta telah dijelaskan banyak kali, dimana itu bukan wang komisyen sebaliknya kos penyelenggaraan kapal tersebut, termasuk kos kakitangan untuk selama 6 tahun. Membeli dan menyelenggara kapal selam bukannya semudah membeli lori pengangkut sampah di negeri pakatan tersebut. Ia memerlukan penelitian rapi sepanjang masa. Kapal selam tidak boleh menyelam, hanya isu basi. Dia memang dungu, tetapi diajaknya pendengar juga supaya jadi dungu. LGE telah tersesak nafas semasa menaiki dan menyelam bersama kapal selam berkenaan, sudah lupa atau memang dungu timbalan presiden ni..
Kata Mat Sapu lagi ada 80,000 pengundi yang ada dalam pendaftaran SPR tapi tak ada dalam Pejabat Pendaftaran Negara, ooomang aii,, ada waktunya dia dakwa terlebih daftar pulak.. hantulah tu.. Hari tu Nuaq pulak mendakwa ada 1 juta pengundi hantu. Isu ini menjelaskan lagi betapa dungunya Mat Sapu ni. Semasa taklimat dengan SPR anihnya semua wakil rakyat pembangkang menerima pulak penjelasan SPR, namun bila keluar mereka terus mainkan isu bodoh ini untuk menggambarkan SPR tidak telus, SPR menyebelahi BN dan SPR dikawal selia oleh BN.. Kerana itu Mat Sapu menghasut rakyat supaya turun pada 28 April berdemo Bersih di KL.. hahaha..
Mat Sapu juga menuduh isu penjualan tanah tapak masjid hanyalah propanganda UMNO, sedangkan pembangkang akan membina masjid yang lebih besar lagi di situ.. hahaha.. Mat Sapu buat lawak.. dah kantoi, cakap jelah dah kantoi.
Serangan terhadap PM, diteruskan dengan mengatakan bahawa kelulusan pinjaman kepada NFC dibuat oleh DSNTR, hahaha.. dia sengaja tak mahu sebut pasal Pak Lah lah tu.
Seorang lagi penceramah mengatakan ulama' UMNO melampau apabila mengaitkan PAS sebagai parti ajaran sesat. Katanya PAS mengikut landasan Islam, PAS mengamalkan sistem pemerintahan Islam.. hahaha.. cuba sebut dua tiga apa yang PAS ikut cara Islam, dari segi apa??? Kotor, pemalas, pemaki hamun, fatwa songsang, riak, takbur, busuk hati, khalwat, zina, rasuah, guna duit rakyat, makan gaji buta dan banyak lagi adalah merupakan ciri-ciri pemerintahan PAS, mahu nafi kah???
Kenyataan MP Kota Belud yang mengatakan PAS menjanjikan syurga sebagai rasuah politik adalah penghinaan terhadapa Rasullullah saw. Penghinaan terhadap Rasullullah lebih banyak dilakukan oleh pemimpin PAS, termasuklah Nik Aziz yang menyamakan Baginda sama dengan mamat biasa yang lahir di Kelantan.. Ish..ish.. taubatlah ahli PAS, atau jauhkan diri dari parti sesat ini.
Si dungu yang seorang lagi mengatakan BN lakukan rampasan kuasa di Perak. Kalau dah bangang tu, bangang jugaklah. Dalam sistem demokrasi parti yang mempunyai lebih kerusi akan memerintah. Dah lupa ke, di Kelantan PAS hanya ada satu kerusi lebih, pun PAS terus memerintah.
Di Perak ni, seorang ADUN DAP keluar parti, sebabnya dia tak tahan dihina sepanjang masa oleh Ngeh bersaudara tu. Bila dia cabut pembangkang kurang satu kerusi dan bila dia sokong BN, BN dapat tambah satu kerusi. kemudian dua orang lagi cabut bila tak tahan dengan DAP dan PKR, lalu pembangkang atau pakatan haram kurang dua kerusi. Dua-dua berikrar kepada Sultan nak sokong BN, maka bertambahlah BN 3 kerusi lagi... lebih kerusi bolehlah bentuk kerajaan, MANA ROMPAKANNYA???? MANA???
Itupun yang Nuaq cuba lakukan, nak beli MP BN 30 orang dan nak guna duit rakyaaattttt sampai RM300 juta. Malangnya itu tidak terjadi.. busuk punya kaki. Watikah Sultan yang bagi, mana haramnya... Kok seorang je yang keluar hari tu, pakatan haram masih memerintah Perak.. ish..ish.. tak faham, bangang atau sengaja nak manipulasi.. Belajarlah menerima fakta jangan nak meroyan macam Nizar tu.
Isu bayaran perunding kepada syarikat Amerika oleh kerajaan menyebabkan Kelantan diabaikan hanyalah dongeng murahan. Kerajaan pusat dah terlalu banyak menyalurkan peruntukan kepada Kelantan. Ada mereka berterima kasih?? ada mereka bersyukur??? ada mereka tahu membalas budi??? ada mereka bagi air bersih kepada rakyat??? jawablah kalau betul Islam.
Kesimpulannya pakatan pembangkang atau lebih tepat pakatan haram asyik mendakwa jika BN, jika UMNO dan jika SPR tidak menipu, lama dah mereka memerintah negara ini. Sebenarnya jika PAS, DAP dan PKR tidak MENIPU dan MEMFITNAH, berceramah berdasarkan fakta, etika dan budi bahasa, lama dah mereka terlingkup dalam sistem demokrasi di Malaysia ini. Mereka akan tewas dalam semua segi..
No comments:
Post a Comment