Ia memerlukan kata putus dari Tun Mahathir juga nampaknya baru selesai isu PTPTN yang dicanang oleh pakatan haram pembangkang ini rupanya. Bila Tun M, telah bersuara semuanya nampak senang, mudah dan akan selesai. Khalid Nordin pun nampaknya dah berasa cukup lega dengan saranan mantan Perdana Menteri tersebut.
Sebab itulah beliau kekal dengan gelaran Negarawan Negara. Masalah yang mulanya nampak berat dengan mudah diselesaikan oleh Tun M. Namun sebenarnya untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian seseorang itu memerlukan keberanian yang luar biasa. Tun Mahathir memang seorang yang berani.
Semalam Tun M telah memberikan pandangan tentang isu PTPTN ini, hari ini juga sekali lagi beliau bersuara dan biasalah beliau akan kekal dengan pendapat asal beliau dalam apa hal sekalipun. House PK mempunyai butiran lengkap, baca juga komen-komen pelawat.
Saranan Tun M, siapa yang nak PTPTN sila ambil, siapa yang tak nak yang dah rasa kaya sangat, mampu sangat, jangan ambil. PTPTN diwujudkan untuk golongan yang kurang mampu, itu sahaja. Mudah, kenapa nak bising-bising sangat.
Saranan Tun M, siapa yang nak PTPTN sila ambil, siapa yang tak nak yang dah rasa kaya sangat, mampu sangat, jangan ambil. PTPTN diwujudkan untuk golongan yang kurang mampu, itu sahaja. Mudah, kenapa nak bising-bising sangat.
Macam Nurul Izah dulu, ayahnya mampu tapi ambil juga bisiswa Petronas untuk melanjutkan pelajaran.
Seorang proffesor hari ini berkata, jika kita pergi ke KFC nak beli ayam goreng, belilah dan bayarlah sendiri. jangan pergi ke KFC, melantak 7 ketul ayam goreng hingga menjilat jari, kemudian suruh pulak kerajaan tanggung semua itu.. hahaha..
Pembangkang nampaknya tewas lagi dalam isu PTPTN ini, buat penat je si mahasiswa sewel pergi berdemo di Dataran Merdeka, sudahlah tak mendapat sambutan dari kalangan mahasiswa sendiri, kemudian cuba pula menentang undang-undang negara dengan mendirikan khemah-khemah berwarna warni.
Nuaq Brahim ni memang mudah lupa, katalah kerajaan hapuskan PTPTN, atau bagi pendidikan percuma, kos pendidikan ini bukannya murah... perlatan yang sempurna serba moden, bangunan canggih, gaji pensyarah yang jumlahnya sangat besar dan keperluan lain demi keselesaan pelajar semuanya itu merupakan beban yang berat untuk dipikul.
Banyak Universiti dan juga Kolej Swasta akan gulong tikar dan menamatkan operasi mereka jika pelajar tiada. Bukan ramai sangatpun yang mampu menghantar anak ke mana-mana kolej kerana yuran pengajian yang tinggi. Tanpa PTPTN, kolej swasta akan kering kontang kerana tiada pelajar. Apakah mereka yang terlibat dalam industri pendidikan ini bersetuju dengan penghapusan PTPTN ini??? sudah tentu tidak. Kan tak pasal-pasal Nuaq ni dapat lagi satu musuh..
Jika kerajaan dalam usaha hendak menyelamatkan universiti dan kolej ini bersetuju pula dengan segala susah payah, menyalurkan fund kepada pihak terbabit supaya terus beroperasi, tidakkah suatu hari nanti kerajaan akan dituduh pula bill out atau menyelamatkan syarikat berkenaan menggunakan 'duuuiiitttt rakyaaaaattttttt'
Tidak mustahil pemilik-pemilik kolej ini kelak dilabelkan sebagai kroni UMNO/BN dan Nuaq akan terus menyalak. Macam Robert Kuak tu, kan senang-senang dapat duit subsidi gula dari kerajaan??. Pemilik kolej ini pula bukan semuanya warga negara Malaysia. Bukan juga semuanya orang Melayu, ada juga bangsa Cina dan India.
Lepas tu besok Nuaq akan menyalak lagi mengatakan semua bill perubatan hospital pakar swasta juga patut ditanggung oleh kerajaan dengan menggunakan duit Petronas. Lepas tu dia akan minta lagi supaya cukai kereta mewah yang berkuasa kuda tinggi dihapuskan, supaya mudah orang nak beli kereta mewah yang diimpot.. Ish..Ish makin tak masuk akal apa yang Nuaq perjuangkan ini. Bukan dia nak membela rakyat marhaen, nak membela orang berada rupanya.
Lepas tu besok dia minta kerajaan gunakan duit keuntungan Tabung Haji untuk membiayai tambang kelas pertama rakyat yang naik kapal terbang. Lepas tu, dia akan suruh kerajaan desak BERNAS supaya membekalkan beras secara percuma kepada semua rakyat termasuk yang kaya raya.
Lepas tu dia... lepas tu dia... ish..ish banyak lagilah yang dia mainkan sehinggalah ke satu titik nokhtah.. Bila???? Apabila rakyat menolaknya dalam pilihanraya ke 13 ini. Bila dia kecundang teruk dan bila dia berjalan di Chowkit Road, tidak ada sesiapa peduli lagi.. masa tu baru dia tahu bahawa rakyat Malaysia menolaknya sepenuh hati...
Jika ada yang terlupa, Jokiden ingatkan bahawa Kol Muhammar Gadhafi memberikan air percuma kepada rakyatnya, memberikan api percuma, pendidikan percuma, rawatan hospital percuma.... dan pelbagai lagi yang percuma, namun dia dibunuh juga oleh rakyatnya sendiri.. Kenapa???? Jawapannya apabila segelintir rakyat terpengaruh dengan hasutan halus kuasa asing dan tidak lagi boleh berfikir secara rasional.
Kuasa asing meracuni pemikiran rakyat Libya supaya bangun menentang Gadhafi kerana Gadhafi tidak sehaluan dengan mereka. Gadhafi telah banyak kali memalukan Yahudi. Mesir jatuh, Nigeria jatuh, Iraq jatuh, Syria menunggu masa, Kuwait jadi Boneka hingga hari ini... Kita akan saksikan satu persatu kejatuhan kerajaan di dunia ini yang tidak disenangi oleh Barat. Tidak mustahil negara kita juga akan mengalami nasib yang sama.
Untuk mengelakan itu semua berlaku, rakyat mestilah menolak pembangkang secara total dalam PRU13 nanti. Jika ini dapat dilakukan sekurang-kurangnya negara kita terselamat daripada gangguan anasir luar untuk tempoh lima tahun.
No comments:
Post a Comment