Semut Hitam ada membuat cerita berkenaan dengan Tukang Kayu yang kerjanya masuk hutan cari kayu.. Baca di sini jika sesiapa tidak menemuinya.
Jokiden nak sambung sikit, saja nak santai-santai. Sebabnya Jokiden sakit hati betul bila Nuaq timbulkan dalam Parlimen tentang 40,000 pendatang asing didaftarkan oleh SPR, tapi dia tak ada bukti. Kotor sangat cara berpolitik Nuaq Brahim ni.
Kisah tukang kayu inipun Jokiden dapat dari alam maya juga ni, baik kita berkongsi. Begini ceritanya.
Oleh kerana sudah terlalu kerap melalui jalan yang sama menuju ke dalam hutan, si tukang kayu menjadi leka dan sambil berjalan sambil bersiul-siul, sambil menyanyi dan sambil menghayun2 kapaknya. Dalam leka menghayun kapak tersebut dia sampai ke tepi tasik yang luas yang memang dilaluinya setiap hari.
Terlebih hayun dan terlalu syok agaknya kapak si tukang kayu terlucut dari tangan dan tercampak ke dalam tasik yang dalam tersebut. Si tukang kayu terkejut dan panik. Dia tidak tahu nak buat apa. Hanya itu kapak yang dia ada. Termenung dia di pinggir tasik dan kemudian air matanya mengalir tanpa disedari. dia begitu sedih.
Tiba-tiba muncul pari-pari dari dalam tasik tersebut dan menegur si tukang kayu, beginilah perbualan yang sempat dirakamkan:
Pari-pari: "Kenapa bersedih tukang kayu dan kenapa menangis?"
Tukang kayu: "Kapak saya tercampak dalam tasik tersebut dan hanya itulah yang saya ada.." katanya minta dikasihi.
Pari-pari: "Oooo, gitu, jangan susah hati, biar saya tolong carikan." kata pari-pari dan tanpa menunggu sesaat lebih lama, dia menyelam ke dalam tasik dan tidak lama kemudian dia muncul kembali sambil membawa sebilah kapak perak yang berkilat-kilat. "Inikah kapak tukang kayu, nah ambilah.." kata pari-pari. Terbeliak mata si tukang kayu melihat kapak tersebut dan air liurnya hampir meleleh keluar. Namun dia segera insaf bahawa kapak perak itu bukan miliknya.
Tukang kayu: "bukan, bukan, kapak saya buruk je, kapak besi, itu bukan saya punya" katanya hampa.
Pari-pari: "Tak pe, tunggu.." Dia kembali menyelam dan timbul sesaat selepas itu sambil membawa kapak emas yang amat cantik dan menghulurkannya kepada tukang kayu. "Mungkin ini kapak tukang kayu, ambillah.." katanya lagi. Mata si tukang kayu semakin besar terbeliaknya, dan air liur sah terhambur keluar.
Tukang kayu: "Buuu kaan..buukann, itu bukan kapak saya, kapak saya buruk je, kapak besi" dia mula gagap macam MB Selangor tu..
Pari-pari: "tak pe biar saya cari lagi.." dia terus menyelam dan timbul semula dengan kapak besi milik si tukang kayu yang sebenarnya. "Ini ke kapak tukang kayu??"
Tukang Kayu: "ya, ya, itu saya punya.." katanya gembira kerana dia dapat semula kapaknya dan dapatlah dia meneruskan aktiviti mencari kayunya.
Pari-pari: "Tukang kayu sungguh mulia dan jujur, tidak mahu mengaku hak orang lain.. oleh kerana kejujuran tukang kayu saya hadiahkan kapak perak dan kapak emas ini kepada tukang kayu..." kata pari-pari lalu menghilangkan diri.
Dengan sekelip mata si tukang kayu menjadi kaya raya memiliki kapak perak seberat 2 kg dan kapak emas seberat 3 kg dan dia terus pulang untuk memberitahu isterinya. Apa berlaku selepas itu??? nanti Jokiden sambung dalam posting akan datang.
Moral cerita: Pembaca boleh reka sendiri.
Moral ceritanya kita kena pandai trick atau berhelah dengan pari-pari. Sebenarnya pemotong kayu tu bukan jujur sangat pun. Nampak dia sebenarnya teringin kapak emas dan perak sebab air liur terhambur-hambur. Akan tetapi sebab dia pandai trick dia berhelah konon-kononya tak mau. Macam malu-malu kucing. dan trick beliau berjaya.
ReplyDeleteMacam itu juga dalam politik. Cakap la "saya tak mau menjadi calon. Kehadiran saya hanya untuk membantu rakyat". Mesti dapatnya jadi calon punya.
Kebanyakan manusia mempunyai harga kepada kejujurannya. Contohnya jika terjumpa sepuluh ringgit di atas jalan beliau mungkin berusaha untuk memulangkannya dan lengkaplah kejujurannya. Tetapi jika menjadi keTua pengarah kementerian yang mengeluarkan kontrak .......
Itu lah moral ceritanya
Sambung sikit ttg komen Talha,
ReplyDeleteCalon, dalam hatinya mungkin kata "akulah calon yang paling sesuai.."
Jika terjumpa 10 sen di tengah jalan biarkan je di situ hingga berkarat, jika terjumpa RM10 berusaha untuk pulangkan, tapi kalau terjumpa RM100??? terbeliak mata..