Tuesday, March 12, 2013

Kini Selamat.. Jom Balik Kampung. Mengundi..

"Saya menyokong Nuar sebab muka dia bersih..." Hahaha..
   

Isu Lahad Datu, isu Kalimah Allah, isu Amanat Hj Hadi, isu Liwat Dua, isu Tabung Memali, isu CEC, isu Ibu Tunggal, isu Mohd Azlan, isu Ayam dan Lembu, isu Hutan Balak Gondol, isu Tanah Gua Musang, isu Gunting Rambut, isu Kuin, isu Unisel, isu Air Bersih, isu Manifesto Bukan Janji, isu Manifesto Tipu, isu PI Bala, isu Sihir Ilmu Hitam dan banyak lagi isu yang kelihatan tidak langsung memberi markah kepada puak Pakatan menjelangnya PRU13 ini.
 
Jika hendak disenaraikan isu-isu yang membelenggu rakyat akibat perbuatan rakus dan tidak beretika pakatan yang telah mendapat sedikit kuasa dalam PRU12 lalu, pastinya senarai ini akan menjadi panjang berjela. Jika nak diulas satu persatu pula maka boleh menjadi sebuah buku yang tebal seperti mana yang dilakukan oleh Cikgu abc atau Cikgu Non.  

Jokiden hanya ingin mengulas tentang isu Kg Tanduo, pencerobohan Lanun Sulu dan peranan pasukan Keselamatan Negara.
 
Sekalung tahniah dan syabas di atas kebijaksanaan pasukan keselamatan negara dalam menyelesaikan kemelut yang melanda bumi Kampung Tanduo di Lahad Datu. Kejayaan cemerlang ini merupakan satu lagi catatan sejarah dimana kedaulatan negara berjaya dipertahankan oleh pasukan keselamatan walaupun korban nyawa tidak dapat dielakkan.
 
Kejayaan ini telah menaikan nama anggota keselamatan, nama kerajaan, nama BN dan seterusnya nama UMNO. Sementara di pihak pembangkang pula dengan segala kepakaran dan kemahiran mereka untuk memusingkan atau menterbalikkan isu ini untuk kepentingan politik mereka nampaknya menemui kegagalan.
 
Berhempas pulas puak pakatan melalui pelbagai saluran untuk mendapatkan  keuntungan politik melalui peristiwa hitam ini, namun segalanya menemui jalan buntu.
 
Sehingga kini tidak langsung terdengar komen atau kutukan puak pakatan terhadap puak yang menceroboh kedamaian Kampung Tanduo, sebaliknya mereka cuba sedaya mungkin untuk meletakkan semua kesalahan kepada pihak kerajaan, keselamatan dan UMNO/BN.
 
Memang puak pembangkang ini mengamalkan budaya pelik. Lanun yang menceroboh, kerajaan pula yang bersalah. Orang lain yang menghasut supaya lanun menyerang Kg Tanduo, UMNO/BN pula yang dituduh lambat bertindak, tidak cekap, zalim terhadap lanun, membazirkan aset negara, gagal mengawal pantai dan pelbagai lagi. Mereka mengharapkan rakyat khususnya di Sabah akan berpihak kepada mereka.
 
Lanun ditembak salah, lanun ditangkap salah. Ada gambar salah, tak ada gambar pun salah juga. Jadi semuanya serba salah. Yang betul hanya puak mereka yang meroyan dan melalak siang dan malam.  
 
Namun rakyat masih waras dan khususnya di Sabah mereka memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap tindakan pasukan keselamatan. Hampalah harapan puak pakatan untuk melihat Sabah terus huru hara.
 
Kini hasil kebijaksanaan pasukan keselamatan, Kampung Tanduo telah diistiharkan selamat. Memang ada rumah yang rosak dan perlu diperbaiki. Memang ada kebun yang musnah akibat angkara lanun ini.
 
Yang penting rakyat khususnya penduduk Kampung Tanduo boleh menarik nafas lega. Mereka boleh kembali ke rumah dan kampung halaman mereka dengan rasa selamat. Dan jangan lupa keluar mengundi pada PRU13 akan datang. Jangan bimbang kerana semuanya dijamin selamat. Jadilah hakim negara dan lahirkan kebencian kalian terhadap puak paktan dengan memangkah calon-calon dari BN. Gunakan media sosial sebaik mungkin dan sebarkan kempen melalui SMS supaya undi tidak berbelah bagi kepada BN.
 
 
 

Kg. Tanduo kini bersih, keselamatan Lahad Datu, Semporna kembali normal

 
BENDERA Jalur Gemilang dikibarkan di Kampung Tanduo, Lahad Datu hari ini selepas operasi dan menggeledah dilakukan sejak 5 Mac lalu dan disahkan ia telah bersih. - IHSAN KEMENTERIAN PERTAHANAN
 
BEBERAPA buah trak tentera keliahatan keluar dari Kampung Tanduo, Lahad Datu selepas genap seminggu Ops Daulat dilancarkan. - BERNAMA
 
KUALA LUMPUR 11 Mac - Pada 5 Mac, pasukan keselamatan melancarkan gerakan ofensif terhadap kumpulan penceroboh militan di Kampung Tanduo, dan seminggu selepas Operasi Daulat, keadaan di Lahad Datu dan Semporna kembali seperti biasa.
 
Seramai 54 penceroboh militan ditembak mati manakala 97 lagi ditahan kerana disyaki terbabit dengan pengganas militan, pasukan keselamatan yakin insiden pencerobohan di Lahad Datu akan berakhir.
 
Pasukan keselamatan turut menahan 122 orang kerana berada dalam zon larangan Operasi Daulat.Malah, dalam tempoh 24 jam lepas, tiada insiden berbalas tembak antara pasukan keselamatan dan penceroboh militan itu di tiga kampung yang menjadi tumpuan operasi iaitu Kampung Tanduo, Tanjung Batu dan Sungai Bilis.
 
"Kami sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk memulihkan keadaan dan yakin kami boleh mencapainya," kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib pada sidang akhbar pada 4.30 petang ini.
 
Terdahulu, pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Ahmad Zaki Mokhtar pada 10.40 pagi berkaitan perkembangan semasa insiden Lahad Datu, Hamza mengumumkan Kampung Tanduo, kawasan pendaratan penceroboh militan sebulan lepas, kini bersih daripada kumpulan itu.
 
Sementara itu, lima sekolah di Lahad Datu dan 49 di Semporna dibuka semula hari ini. Hanya tiga sekolah di kawasan zon merah masih ditutup.
 
Bagaimanapun, Hamza mengingatkan masyarakat agar tidak menghampiri kawasan operasi. Pasukan keselamatan kini dalam usaha mengeluarkan mayat penceroboh dari Kampung Tanjung Batu, dan sehingga petang ini, 22 mayat dikeluarkan dan 18 daripadanya dihantar ke Hospital Lahad Datu manakala empat lagi ke Hospital Tawau untuk bedah siasat.
 
"Satu mayat itu macam rupa Komander Musa (ketua kumpulan penceroboh berpangkat jeneral)," kata Ketua Forensik Operasi Daulat, Asisten Supritendan Hussien Omar Khan.
 
Mengulas dakwaan bahawa pasukan keselamatan menggunakan kekerasan terhadap masyarakat pendatang dari Sulu, Hamza menafikannya dan berkata, penduduk kampung Tanjung Batu, Labian dan Sungai Bilis telah dipindahkan.
 
Sejak krisis pencerobohan, lapan anggota polis terkorban dalam serangan pengganas, iaitu dua di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam di Semporna pada 2 Mac. - BERNAMA



1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU.
 

No comments:

Post a Comment