Wednesday, March 13, 2013

Percayalah, Pembangkang Akan Ranap Dalam PRU13...


           
Pakatan menggambarkan Tentera sebagai babi menembak lanun Sulu. Tunggulah hukuman daripada 300,000 anggota keselamatan di peti undi kelak 
 

Penyokong tegar pakatan sememangnya tidak mahu berpijak di bumi yang nyata. Segala salah laku pemimpin mereka dipercayai oleh mereka sebagai konspirasi berniat jahat UMNO/BN. Sedangkan sudah terang lagi bersuluh bahawa banyak sekali kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin pakatan yang kemudian berjaya diterbalikkan untuk mengaburi mata pengikut mereka.
 
Kedudukan parti-parti dalam pakatan kini berada dalam keadaan yang terlalu lemah akibat pelbagai skandal, salah laku, salah urus tadbir dan kegagalan menangani banyak isu.
 
Namun segala kelemahan tersebut cuba disembunyikan oleh pemimpin pakatan dari pengetahuan penyokong mereka dan  rata-rata penyokong mereka masih ingin menegakkan benang yang sudah basah.
 
Penyokong tegar sentiasa cuba diyakinkan bahawa pakatan kini berada dalam keadaan yang sangat kuat. Pakatan bersedia untuk mengambil alih tampuk kuasa daripada UMNO/BN. Pakatan dikhabarkan akan memenangi PRU13 dengan cemerlang kelak.
 
UMNO/BN dikatakan akan menjadi pembangkang selepas PRU13. UMNO/BN akan kehilangan majoriti di Parlimen dan hanya akan tinggal 4 buah negeri sahaja yang kekal milik UMNO/BN dimana selebihnya akan jatuh ke tangan pakatan. Sedapnya mereka menabur dakyah untuk menyenagkan hati pengikut mereka.
 
Pakatan dikatakan akan membongkar segala salah laku pemimpin UMNO/BN yang korup, yang rakus dan akan menghapuskan kroni tegar. Mereka juga akan memberikan segala kemewahan kepada rakyat dan segala-galanya akan menjadi percuma di bawah pakatan.
 
Itulah antara teori dan metos yang dijanjikan oleh pakatan dan dihamburkan dalam setiap ceramah mereka sebagai santapan minda kepada penyokong mereka. Realitinya betulkah begitu.???
 
Sejak kebelakangan ini majlis ceramah pakatan di seluruh negara sudah tidak mendapat sambutan lagi. Rakyat akhirnya muak dengan segala 'pendedahan' yang mereka lakukan,. Ceramah pakatan amat membosankan kecuali bagi mereka yang suka berkhayal.
 
Dulu, kini dan mungkin selamanya, ceramah pakatan daripada pemimpin besar mereka seperti Assmin Ali, Nuar, Hj Hadi, Mat Sapu, LGE dan Nik Aziz sehinggalah kepada pemimpin cabuk dan ustaz mee magie segera mereka seperti Bob Lokman, Abby Abady, Hairie Othman dan Aishah penuh dengan persepsi, andaian, tohmahan dan fitnah. Ini menyebabkan rakyat dan pengundi merasa muak dan jelak, lalu mereka meminggirkan ceramah pakatan.

Kini hampir setiap hari ahli akar umbi pakatan bangun menyuarakan bantahan atas pelbagai isu samada dalam parti sendiri mahupun bantahan terhadap parti sekongkolan mereka. Yang paling ketara ahli-ahli Pas kini tanpa segan silu membakar dan memijak gambar pemimpin DAP dan PKR. Mereka begitu bosan dan ini akan diterjemahkan atas kertas undi kelak.

Tidak cukup dengan itu, ahli akar umbi Pas bangun membantah dan mendesak supaya Menteri Besar Mereka Azizan Razak supaya segera meletakakan jawatan kerana telah gagal segala-galanya. Azizan bukan sahaja gagal membela rakyat dan gagal membangunkan Kedah, tetapi juga dikatakan gagal membela ahli Pas sendiri. Terlalu banyak kes-kes kelemahan pentadbiran Pas di Kedah yang bukan sahaja tidak disenangi oleh rakyat, tetapi juga tidak disenangi oleh ahli parti sendiri.

Di Selangor rakyat tidak buta mata dan tidak buta hati. Kerajaan pakatan yang diterajui oleh PKR bagi mereka tidak lebih daripada kerajaan boneka yang kuasa di belakangnya ialah DAP. Kekayaan Selangor kini seolah-olah habis dimonopoli oleh pemimpin DAP dan PKR. Sementara Pas tidak mampu berbuat apa-apa. Berdegar-degarlah Pas hendak membakar kilang Carlberg di Shah Alam jika berkuasa, hakikatnya rumput di tepi kilang tersebut pun tidak mampu dilayukan oleh Pas.

Antara petanda pakatan akan ranap yang selalu terlepas pandang oleh kita ialah apabila Media Arus Perdana seperti TV3, RTM, Utusan Malaysia, Berita Harian dan NST tidak ada langsung menunjukkan kebimbangan dalam penyiaran artikel serta pembongkaran ke bobrokan pakatan ini. Pihak media selalunya akan berhati-hati dalam laporan mereka dan mereka juga menilai situasi sepanjang masa. Keberanian media arus perdana ini memberikan isyarat bahawa parti UMNO/BN ini akan terus memerintah dan membentuk kerajaan selepas PRU13 kelak.

Di Kelantan selepas 22 tahun memerintah, rakyat akhirnya kini membuka mata. Mereka tidak lagi termakan dengan racun arsenik yang ditabur oleh Pas setiap kali tibanya musim PRU iaitu isu hudud Pas dan Royalti minyak. Dua isu ini sudah tepu. Rakyat inginkan sesuatu yang lebih nyata untuk diri mereka dan keluarga mereka.

Tidak ada pembangunan yang menyeluruh di Kelantan. Berlaku penghijrahan ke bumi lain kerana bumi 'Serambi Mekah' tidak menjanjikan kebahagian untuk mereka. Difahami juga bahawa perantau ini apabila balik masih memberikan undi kerada kerajaan Pas atas rasa kenegerian dan kebanggaan. Namun kini semuanya seakan berubah dan perantau juga sudah bersedia untuk Tukar Kelantan.

22 tahun berjanji...
  

Fakta sebenarnya: Penghijrahan disebabkan tidak ada pekerjaan di Kelantan. Banyak kilang sudah ditutup dalam beberapa tahun ini.

Rakyat Kelantan tentu maklum, Marruli, kilang sarung tangan getah sudah ditutup. Ini belum termasuk Estern Garmen (kilang baju berjenama), kilang Canon (barangan elektronik), Putpman (buat baju sejuk dan baju kanak-kanak berjenama), Roma (kilang tayar), Rowako (operasi kilang dikecilkan dan dibuka di Bangkok) serta terbaru kilang ditutup, Borneo Technical.

Dan banyak sekali kilang kecil ditutup sehingga melibatkan beribu-ribu rakyat. Ini terutama membabitkan orang muda lelaki dan wanita yang hilang pekerjaan. Mereka terpaksa berhijrah meninggalkan ibu bapa dan anak isteri.

Cukup-cukuplah tu Nik Abdul Aziz. Bo la wei kerajaan Pas Kelantan!


  
Salah UMNO/BN ni sabotajjjj.. Perjalanan ke Putrajaya terkandas..

Di Penang disebabkan oleh dasar chauvinis keterlaluan DAP, jurang perbezaan kaum semakin ketara. Kaum India dan Melayu dipinggirkan dalam serba serbi samada secara nyata atau secara halus. Rakyat merintih dengan isu pembangunan yang tidak menguntungkan kerana hanya dimonopoli oleh golongan berada sahaja.

Pegawai kerajaan tidak akan mampu untuk memiliki rumah kerana harga yang tidak munasabah dimana harga sebuah rumah terespun sudah menjangkau suku juta ringgit. Pelaburan asing terus melarikan diri dari Pulau Pinang. Projek mega untuk menyaingi Singapura terus diberikan keutamaan. Pelabur Hong dan Singapura menjadi anak emas. Yang tinggal untuk membantu kemenangan DAP di Pulau Pinang dalam PRU13 nanti ialah isu perkauman sahaja. Mereka akan mula memainkan ini 'Kerajaan Cina' perlu dipertahankan. Tambah lagi minyak..'UMNO nak meruntuhkan atau merampas kerajaan Cina' Hahaha..

 
 
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN. U ULANG SOALAN, I SAMAN YOU.
 

1 comment:

  1. Tinjauan saya (tak akademik atau pun scientific) lebih kurang mcm tuan juga. InsyAllah, BN akan menang dgn cemerlang. Amin

    ReplyDelete