Ini semua mungkin disebabkan oleh retorik politik yang keterlaluan oleh segelintir ahli politik yang buta sejarah dan suka menaikan sentimen rakyat secara berlebihan. Mereka lupa bahawa segala tindak tanduk mereka akan sering diperhatikan oleh rakyat dan juga musuh-musuh negara.
Di Sabah ini bukan merupakan perkara baru bahawa sentimen anti Semenanjung dimainkan oleh ahli-ahli politik terutamanya daripada kalangan pembangkang. Mereka menghasut rakyat Sabah dengan pelbagai dakyah daripada isu royalti minyak sehinggalah kepada kuasa autonomi.
Tun Dr Mahathir pernah dengan tegas mengatakan suatu waktu dahulu jika Sabah hendak keluar daripada Malaysia, Semenanjung akan menghantar tentera untuk menghentikannya.
Segala-galanya tentang Sabah hendak dipolitikkan. Bukan sahaja hendak memberikan kuasa autonomi tetapi juga ada usaha untuk membawa Sabah keluar daripada Persekutuan Malaysia.
Filipina semasa pentadbiran Corazon Aquino telah mencipta sejarah di mana tuntutan ke atas Sabah oleh Filipina telah dimansuhkan. Namun terdapat pula kini ahli-ahli politik Sabah sendiri yang cuba bermain dengan api dan cuba menimbulkan kembali isu yang telah mati dan dipersetujui bersama oleh kedua-dua kerajaan dimana tiada sebarang tuntutan lagi akan dibuat pada masa akan datang.
Bukan mudah untuk menyelesaikan sebarang masalah yang melibatkan kedaulatan negara ini. Warga Filipina di Sabah bukannya sedikit, jumlah mereka melebih 800,000 orang. Sudah pasti sentimen kenegaraan dan kerakyatan akan sedikit sebanyak akan mempengaruhi pendirian mereka kelak.
Sebab itu ahli-ahli politik dalam usaha meraih sokongan dan undi untuk parti masing-masing seharusnya mempunyai sedikit kekangan. Bukan semua perkara boleh dihamburkan dalam kempen atau ceramah. Hal-hal yang menyangkut-paut dengan kedaulatan negara tidak seharusnya dijadikan bahan kempen.
Senja tadi kira-kira jam 7.30, mereka yang ada kaitan dengan Tentera Kesultanan Sulu ini telah menyerang pula Balai Polis di Semporna dan telahpun mengorbankan lagi dua orang anggota keselamatan.
Mungkin agensi perisikan kerajaan memang gagal menghidu kemasukan mereka yang secara terancang sejak 4 bulan dahulu. Siapa menduga kerana mereka datang ke rumah saudara mara atas tujuan lawatan mungkin dan sopan santun yang mereka tunjukkan tidak memungkinkan timbul syak wasangka kepada sesiapa jua.
Begitu juga di Semenanjung ini, jika tanpa penelitian yang rapi oleh pihak berkuasa seperti imigresen, siapa menyangka bahawa yang datang dari Taiwan, Singapura, Hong Kong dan Tanah Besar China tersebut bukannya penduduk tetap negara ini.
Budaya mereka sama, wajah mereka sama, pertuturan mereka sama dan Bahasa Melayu memang mudah dipelajari di mana dalam masa kurang daripada 3 bulan mereka telah fasih Berbahasa Malaysia.
Menambah buruk lagi keadaan ialah apabila ada segelintir pegawai di Jabatan tertentu yang mudah gelap dengan wang ringgit, maka mudahlah segala dokumen diperolehi, maka jadilah pendatang mata sepet ini warga negara Malaysia. Kemungkinan ini tidak boleh dipandang ringan.
Pendatang Mynmar atau Rohinya di Langkawi seperti yang ditulis oleh Datuk Noor Azam, jika selamat mendarat mereka akan bersembunyi di rumah saudara mara untuk seketika dan kemudian keluar seperti biasa mencari perniagaan ataupun menjalankan perniagaan.
Bagaimana pula dengan warga Bangladesh, warga Nepal, warga Vietnam dan warga India. Warga Indonesia tidak perlu disebut lagilah, jumlahnya sudah melampaui batas.
Dua hari selepas PM DS Mohd Najib mengangkat sumpah jawatan Jokiden ada menghantar surat, minta beliau memberi perhatian kepada 4 perkara pokok. Pertama jaga Agama Islam, kedua jaga Orang Melayu, ketiga jaga isu perkauman dan keempat jaga keselamatan rakyat daripada pendatang tanpa izin...
Sekarang ini kita sudah tidak tahu mana satu pendatang tanpa izin dan mana satu pendatang dengan izin. Di hari cuti sesetengah tempat di Kuala Lumpur akan tenggelam dengan warga asing yang entah dari mana datangnya... Ianya walaupun untuk seketika pasti meresahkan rakyat.
Jokiden juga pernah menulis di sini bahawa jika tidak ada isu-isu besar menjelang PRU13 yang tidak mampu ditangani oleh kerajaan, maka BN akan menang besar. Nampaknya kini telah timbul isu besar yang memerlukan kebijaksanaan kerajaaan untuk menyelesaikannya.
Kisah Lahad Datu dan Kg Tanduo ini sudah pasti akan menenggelamkan semua isu-isu terkini. Samada ahli politik BN mahupun pembangkang, isu ini tidak akan menguntungkan sesiapa dan jika tersalah komen, jawabnya merana badan ni. Kecualilah memang terbukti penglibatan PEMBANGKANG dalam menjemput tentera Sulu ini untuk menceroboh negara.
Isu ini sedang menguasai media sosial. Terdapat pro dan kon nya. Tidak ada sesiapa dapat menahan sesiapa daripada berkata-kata. Wikileak juga sedang mengumpulkan segala maklumat ini untuk kegunaannya pada masa akan datang. Isu rambut palsu Nalla juga tidak akan dapat mematikan isu panas ini.
Kisah Lahad Datu dan Kg Tanduo ini sudah pasti akan menenggelamkan semua isu-isu terkini. Samada ahli politik BN mahupun pembangkang, isu ini tidak akan menguntungkan sesiapa dan jika tersalah komen, jawabnya merana badan ni. Kecualilah memang terbukti penglibatan PEMBANGKANG dalam menjemput tentera Sulu ini untuk menceroboh negara.
Isu ini sedang menguasai media sosial. Terdapat pro dan kon nya. Tidak ada sesiapa dapat menahan sesiapa daripada berkata-kata. Wikileak juga sedang mengumpulkan segala maklumat ini untuk kegunaannya pada masa akan datang. Isu rambut palsu Nalla juga tidak akan dapat mematikan isu panas ini.
Pengikut Sultan Sulu tidak akan serah diri
MANILA 2 Mac - Pengikut Kesultanan Sulu yang menceroboh sebuah perkampungan di Lahad Datu, Sabah tidak akan menyerah diri dan berundur dari kawasan tersebut.
Anak perempuan ketua kumpulan itu, Puteri Jaycel berkata, kumpulan itu akan terus bertahan di Kampung Tandou, Lahad Datu dan bersedia mati di sana, selepas berlaku pertempuran antara kumpulan itu dengan pasukan polis Malaysia, semalam.
Sebanyak 12 anggota kumpulan itu terbunuh dan dua anggota komando polis Malaysia terkorban dalam pertempuran itu pagi semalam.
''Selepas mengebumikan jenazah adik-beradik kami, mereka (anggota kumpulan itu) yang masih berada di Lahad Datu bersedia untuk mati di sana bagi mempertahankan maruah kami,'' katanya.
Jurucakap Sultan Jamalul Kiran III, Abraham Idjirani juga berkata, kumpulan bersenjata itu akan bertahan di Sabah.
Beliau turut menyatakan, ketua kumpulan yang menceroboh Sabah itu, Raja Muda Azzumudie Kiram yang merupakan adik kepada Jamalul, tidak cedera dalam pertempuran tersebut.
Kumpulan tersebut dilaporkan memasuki perkampungan tersebut di Lahad Datu, Sabah tiga minggu lalu.
Sementara itu, Presiden Filipina, Benigno Aquino III, hari ini sekali lagi menggesa pengikut Kesultanan Sulu itu menyerah diri bagi mengelak pertempuran berdarah berterusan.
Aquino dalam mesej kepada Kiram berkata, mereka perlu menyerah diri serta-merta tanpa sebarang syarat.
Abraham ketika mengulas gesaan Aquino itu berkata: ''Maruah kami lebih penting daripada nyawa kami.".
Kematian anggota kumpulan itu "akan menguatkan lagi semangat kami untuk mempertahankan hak rakyat Filipina ke atas Sabah," tambah beliau. - AGENSI/DPA
1MALAYSIA TOLAK FITNAH, TOLAK PKR, DAP DAN PAS, SELAMATKAN MALAYSIA DARI PAKATAN.
No comments:
Post a Comment